
Mukadimah
Apakah niat serta bacaan yang perlu dibaca semasa menunaikan solat?
Tulisan ini mengumpulkan niat dan bacaan dalam solat, lengkap dengan ejaan rumi, untuk memudahkan anda yang masih belum mahir membaca tulisan Arab.
Panduan ini disediakan khas buat mereka yang baru mula belajar solat, kanak-kanak serta muallaf.
Apa yang menarik:
Disediakan juga bantuan audio supaya anda boleh menyebut setiap bacaan dengan tepat.
Kesemua bacaan disusun ikut turutan rukun solat.
Sekiranya anda rasa panduan ini sesuai untuk anda, marilah kita mulakan..
Nota Transliterasi
Di dalam panduan ini, setiap bacaan dipermudahkan menerusi ejaan rumi.
Ejaan rumi digunakan bertujuan membantu serta memudahkan para pembaca yang belum mahir membaca tulisan Arab.
Namun begitu, ejaan rumi tidak mampu menggambarkan sebutan tajwid dan makhraj Arab dengan tepat.
Justeru, manfaatkan audio bacaan bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Niat Solat Fardu Lima Waktu
Bahagian ini menyenaraikan niat bagi solat-solat fardu, dalam tulisan Arab dan rumi.
Niat Solat Subuh
Berikut adalah lafaz niat untuk solat fardu Subuh:
أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَىUsolli fardos-Subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Zohor
Usolli Fardoz-Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Asar
Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Niat Solat Maghrib
Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala
Niat Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Niat Solat Isyak

Usolli Fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat dalam bahasa melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Bacaan Doa Iftitah
Berikut merupakan bacaan doa iftitah:
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَBacaan Doa Iftitah Rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Iftitah
Allah Maha Besar, segala pujian hanya milik Allah. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit serta bumi, dalam keadaan suci bersih menurut Islam. Aku bukanlah daripada kalangan mereka yang menyekutukan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup serta matiku hanyalah bagi Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam. Tiada sesuatu pun yang bersekutu dengan-Nya, dan dengan itu aku diperintahkan, dan aku tergolong dalam golongan muslimin.
Bacaan Dalam Solat Ketika Rukuk
Tasbih yang dibaca ketika rukuk ialah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Bacaan Dalam Solat Ketika Sujud
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bacaan Dalam Solat Ketika Duduk Diantara Dua Sujud
Berikut ialah bacaan ketika duduk di antara dua sujud dalam solat:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Bacaan Doa Qunut
Berikut adalah bacaan doa qunut bagi mereka yang solat secara bersendirian:
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَDoa Qunut dalam Rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii BirahMatika Syarramaa Qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Di bawah ini ialah makna terjemahan doa qunut, baris demi baris:
Allah humah dini fiman hadait. Ya Allah, kurniakanlah hidayah kepadaku seperti mana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait. Anugerahkanlah kesihatan kepadaku seperti mereka yang telah Engkau kurniakan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait. Dan peliharalah aku seperti orang-orang yang telah Engkau pelihara.
Wabarikli fimaa a’tait. Limpahkanlah keberkatan kepadaku pada segala yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii BirahMatika Syarramaa Qadhait. Dan selamatkanlah aku daripada bahaya yang telah Engkau tetapkan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait. Sesungguhnya Engkaulah yang menghukum, bukannya yang dikenakan hukuman.
Wainnahu layadziluman walait. Dan sesungguhnya tidaklah hina sesiapa yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait. Dan tidaklah mulia sesiapa yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Maka bagi-Mulah segala pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik. Aku memohon keampunan daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda.
Bacaan Dalam Solat Ketika Tahiyat Awal
Berikut ialah bacaan tahiyat awal dalam solat:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍBacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna Tahiyat Awal:
Segala penghormatan, keberkatan dan solat yang baik adalah milik Allah. Kesejahteraan ke atas engkau wahai Nabi, begitu juga rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Kesejahteraan ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyat Akhir
Berikut ialah bacaan tahiyat akhir:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌBacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) serta kebaikan adalah untuk Allah. Keselamatan, rahmat Allah dan keberkatan-Nya tetap ke atasmu wahai Nabi. Semoga keselamatan tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) serta kebaikan adalah untuk Allah. Keselamatan, rahmat Allah dan keberkatan-Nya tetap ke atasmu wahai Nabi. Semoga keselamatan tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, kurniakanlah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah Penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di seluruh alam semesta ini, hanya Engkau sahaja Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Penutup
Semoga panduan bacaan dalam solat ini dapat membantu serta memudahkan anda menunaikan ibadah solat.
Solat itu tiang agama.
Ibadah solat jugalah amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Justeru, dirikanlah solat, mudah-mudahan kita semua dikurniakan Syurga.