All prayer guides

NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah Solat Sunat Wuduk dikerjakan?

Melalui panduan ini, anda akan diajar cara menunaikan solat sunat wuduk dengan sempurna, ringkas, dan senang difahami oleh sesiapa sahaja.

Setiap langkah akan diterangkan satu persatu dari awal hingga akhir.

Sekiranya panduan ini yang anda cari, jom kita mula..

Maksud Solat Sunat Wuduk

Solat Sunat Wuduk ialah solat yang ditunaikan sejurus selepas seseorang selesai berwuduk. Ia dikerjakan ketika anggota wuduk masih basah, iaitu sebaik sahaja wuduk disempurnakan dan doa selepasnya dibaca. Ada juga yang menamakannya Solat Syukur Wuduk. Amalan sunat ini merupakan kebiasaan Rasulullah ﷺ yang dilakukan baginda sebaik selesai berwuduk.

solat sunat zuhur

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sesiapa yang telah berwuduk disunatkan menunaikan solat sunat dua rakaat sejurus selepasnya, kerana wujud hadis sahih yang menyebut kesunatan amalan ini.

Solat ini tidak terikat dengan mana-mana waktu tertentu — boleh pada waktu pagi, petang, siang mahupun malam. Ia termasuk dalam kategori sembahyang Sunat Muqayyad, iaitu sembahyang yang waktunya dikaitkan dengan wuduk.

Justeru, solat sunat ini tetap boleh ditunaikan sekalipun pada waktu yang dilarang mengerjakan sembahyang sunat.

Berkenaan solat ini, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa daripada kalangan Muslim yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya. Kemudian melakukan solat dua rakaat dengan mengadap kiblat dengan sepenuh hati pasti mendapat syurga — Riwayat Muslim, Abu Dawud dan an-Nasa’i

Hukum Solat Sunat Wuduk

Hukum solat sunat selepas berwuduk ialah Sunat Muakkad, iaitu sunat yang amat dituntut. Ia boleh ditunaikan pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam, bahkan pada waktu-waktu yang diharamkan solat sekalipun. Solat ini ditunaikan sebaik sahaja seseorang selesai mengambil wuduk.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Wuduk

rukun wuduk

Abu Buraidah meriwayatkan sebuah kisah yang menceritakan bahawa:

Suatu hari selepas Rasulullah mengerjakan Solat Subuh, baginda memanggil Bilal dan berkata, ‘Wahai Bilal bagaimana kamu mendahului saya masuk syurga? Setiap kali saya memasuki syurga, pasti saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku. Saya masuk ke dalam syurga semalam dan saya mendengar hentakan sandalmu di hadapanku…” Bilal menjawab, ‘Ya Rasulullah, setiap kali azan saya pasti menunaikan solat dua rakaat. Apabila berhadas, saya segera berwuduk. Dan apabila saya berasakan perlu mengerjakan dua rakaat (sebagai tanda syukur) kepada Allah (yang menghilangkan kekotoran dan memberikan kebersihan)” Rasulullah SAW menyatakan, ‘Jadi dengan kedua-dua amalan ini kamu masuk syurga’

Al-Hafiz Ibnu Hajar menghuraikan bahawa hadis ini memberi isyarat supaya setiap kali berhadas hendaklah diikuti dengan wuduk, dan setiap kali berwuduk pula hendaklah disusuli dengan solat sunat.

Maka jelaslah bahawa solat sunat wuduk boleh ditunaikan pada bila-bila masa selepas berwuduk. (Rujuk Fathul Bari, Ibnu Hajar)

Ibnu Taimiyyah turut berpandangan bahawa solat sunat wuduk ini harus dikerjakan pada sebarang waktu, termasuk pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat yang lain.

Saya tidak melakukan apa-apa amalan yang berharga, cuma setiap kali saya bersuci (berwuduk) sama ada pada waktu malam ataupun siang, pasti saya akan bersolat dengan wuduk itu solat yang ditetapkan kepadaku — Bilal bin Rabah (Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dalam sahih al-Bukhari)

Niat Solat Sunat Wuduk

Berikut ialah lafaz niat bagi solat sunat wuduk:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡوُضُوءِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Wudu’i Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Niat dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.

Doa Selepas Wuduk

Sebaik sahaja selesai berwudhu, sunat hukumnya membaca doa di bawah ini:

أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ،

Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah

وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُ وَرَسُولُهُ،

Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِي مِنَ التَّوَّابِينَ، وَاجۡعَلۡنِي مِنَ الۡمُتَطَهِّرِينَ،

Allahummaj’aini Minat Tauwabin, Waj’alni Minal Mutatahhirin

وَاجۡعَلۡنِي مِنۡ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Waj’alni Min ‘ibadikas-solihin.

Maksudnya:

Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.

Jika doa di atas tidak dibaca, wudhu masih tetap sah. Doa ini boleh ditemui dalam kitab Hidayatus Salikin.

Cara Solat Sunat Wuduk

Ringkasan Cara Menunaikan Solat Sunat Wuduk

  • Mula dengan Takbiratul Ihram sambil berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacakan Surah Al-Fatihah, kemudian susuli dengan surah pilihan — contohnya Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
  • Kerjakan Rukuk, diikuti sujud sebanyak dua kali, sambil memelihara tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
  • Rakaat Kedua: Berdiri semula dengan takbir, baca Al-Fatihah beserta surah pilihan yang lain, kemudian rukuk dan sujud.
  • Apabila rakaat kedua selesai, duduk bagi tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan lafaz salam.

Solat Sunat Wuduk ditunaikan sebagai tanda kesyukuran selepas berwuduk, dengan hati yang ikhlas serta penuh keinsafan.

Langkah demi langkah cara menunaikan Solat Sunat Wuduk diterangkan di bawah:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, lafazkan niat Solat Sunat Wuduk di dalam hati.

Berikut ialah antara lafaz niat yang boleh digunakan:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡوُضُوءِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli****Sunnatal Wudu’i Rak’ataini Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala

  • Lafaz niat solat juga boleh diucapkan sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Lazimnya bagi solat sunat, al-Fatihah terus dibaca tanpa didahului Doa Iftitah.

Namun sekiranya mahu membaca iftitah, ia tetap sunat (mendapat pahala bacaan)

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat. Sebab itulah bacaannya diwajibkan dalam setiap solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 3. Kemudian,

Sesudah al-Fatihah dibaca, teruskan pula dengan bacaan surah pendek daripada al-Quran.

Salah satu surah yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Sewaktu rukuk, bacakan bacaan rukuk ini:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), seterusnya bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Pertama — 7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Pertama — 9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri bagi rakaat kedua, berhenti duduk sebentar (kira-kira 3 saat), barulah bangun untuk meneruskan rakaat berikutnya.

solat taubat

Rakaat Kedua — 11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah membawa erti takbir yang memulakan rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Kedua — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sesudah al-Fatihah dibaca, sambung pula dengan surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Sewaktu rukuk, bacakan bacaan rukuk ini:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 15. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), seterusnya bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kedua — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh muka ke arah kanan sambil melafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… seterusnya toleh pula muka ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Kelebihan Solat Sunat Wuduk

Sesungguhnya solat sunat yang dikerjakan selepas berwuduk mempunyai fadhilat yang amat besar, seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis Rasulullah ﷺ

1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

Sesiapa yang mengambil wuduk mengikut sunnah Nabi SAW kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat, dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

Humran, pembantu ‘Uthman, menukilkan bahawa ‘Uthman pernah menyampaikan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159

2. Sesiapa Yang Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

Sesiapa yang menyempurnakan wuduknya lalu menunaikan solat sunat dua rakaat dengan sepenuh khusyuk kerana Allah SWT, maka syurga menjadi balasannya.

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhany, beliau menyebut bahawa Baginda bersabda:

Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234.

Dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA, diceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah mengajukan soalan kepada Bilal bin Rabah sewaktu solat Subuh:

Wahai Bilal, ceritakan kepadaku tentang amalan yang paling kamu harapkan yang pernah kamu amalkan dalam Islam kerana sungguh aku telah mendengar hentakan kedua-dua sandalmu di hadapanku di dalam syurga. Bilal pun berkata: Aku tidak mengamalkan amalan yang paling aku harapkan di sisiku, cuma aku tidak berwuduk di waktu malam atau siang kecuali aku solat dengan wuduk itu seperti yang ditetapkan bagiku untuk solat. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penutup

Bilal bin Rabah ialah seorang sahabat yang Allah kurniakan jaminan syurga, dan beliau tidak pernah meninggalkan Solat Sunat Wuduk sebagai amalan tetap setiap hari.

Ini membuktikan betapa besarnya nikmat dan ganjaran yang Allah SWT sediakan bagi sesiapa yang istiqamah mengamalkan solat sunat wuduk ini.

Justeru, ayuh kita sama-sama berlumba menunaikan solat sunat ini. Mudah-mudahan kita turut dikurniakan ganjaran Syurga, InsyaAllah.

Harapan kami, panduan ini bermanfaat untuk anda!

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 234
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 55
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582

Frequently asked questions

How do I perform NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap)?

The NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap) guide is broken into 29 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does NIAT & CARA SOLAT SUNAT WUDUK (Panduan Lengkap) have?

This guide has 29 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.