All prayer guides

Pernahkah Anda Dikutuk & Dicaci Kerana Dosa Kisah Silam?

Pernahkah Anda Dikutuk & Dicaci Kerana Dosa Kisah Silam?

Mukadimah

Pernah tak anda merasai dikutuk, dipulau dan dijauhi beberapa individu oleh kerana dosa atau kesalahan anda yang lepas?

Biarpun anda telah bertaubat dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi, tetap ada segelintir orang yang menghukum anda berdasarkan kisah silam.

Anda dirundung sedih. Terlalu sedih.

Apalah lagi dosa aku?

Aku dah bertaubat. Aku usaha untuk berubah.

Apa lagi yang kurang?

Renungkan sejenak — mengapa hati kita bersedih?

Bukankah Allah itu Maha Menerima Taubat?

Kalau begitu, kenapa kesedihan itu masih ada?

Jawapannya: kerana kita ini makhluk sosial.

Makhluk yang mengharapkan penghargaan daripada insan lain.

Makhluk yang mahu diterima dalam kalangan manusia yang lain.

Ingin menjadi seperti orang lain. Gembira bersama. Ketawa bersama.

Saling menyokong satu sama lain demi mencapai cita-cita masing-masing.

Namun, setiap insan itu tidak serupa.

Ada yang membesar dalam keluarga yang sempurna didikan agamanya, dan ada pula yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang asuhan agamanya.

Golongan yang cukup didikan agama lazimnya sukar bermesra dengan golongan yang sebaliknya.

Itu jika dilihat dari sudut asuhan sejak kecil.

Satu lagi sudut ialah fitrah semula jadi manusia itu sendiri.

Ada insan yang sejak kecil sempurna didikan agamanya, namun dia turut terjebak dalam maksiat.

Lalu orang lain merendah-rendahkan peribadinya. “Kopiah je lebih!”. “Dasar munafik!”.

Sudah tentu individu sebegini akan berasa amat terguris hatinya.

Bukankah sudah menjadi lumrah manusia untuk tersilap?

Dalam Surah An-Nisaa’ ada dinyatakan maksudnya, “Diciptakan manusia itu lemah.

Tidak kira sama ada seseorang itu datang daripada latar belakang agama ataupun tidak.

Dia tetaplah seorang manusia.

Manusia ciptaan Allah, yang turut Allah sediakan baginya peluang kedua.

Setiap manusia itu berhak untuk mendapat peluang kedua, walau apa pun kisah silam dan dosa yang lampau..

Siapalah kita untuk menghakimi masa lalu seseorang?

Siapalah kita untuk memulaukan seseorang gara-gara dosa-dosa lampaunya? Siapa kita sebenarnya?

Peluang kedua ialah ruang untuk seseorang itu pulang semula kepada Allah.

Peluang kedua ialah sebuah pengajaran.

Peluang kedua jugalah yang menjadikan seseorang lebih tabah daripada sebelumnya.

Andai peluang kedua tidak wujud, pandangan manusia akan menjadi sempit.

Manusia tidak akan mengambil pelajaran.

Manusia tidak akan tahu menghargai setiap ‘peluang’.

Kerana melalui peluang kedua itulah seseorang membuktikan dirinya mampu menebus peluang yang pernah terlepas.

Usahlah mencela.

Hulurkanlah ruang untuk seseorang itu belajar dan memperbaiki diri.

Allah itu Maha Pengampun.

Ketika menghuraikan Surah Ali-Imran ayat 135 sehingga 136, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Bin Zainal Abidin menyatakan:

Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah. Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.”[1]

Bertaubat itu adalah tugas sepanjang hayat.

Tidak mengira apa jua bangsa sekalipun.

Bagi diri kita pula, hendaklah kita bersedia untuk tidak sesekali mengungkit sejarah lama seseorang.

Di samping itu, kita juga perlu bersedia memaafkan orang lain.

Anda bukanlah seorang yang bodoh sekiranya anda tidak menghulurkan peluang kedua kepada seseorang.

Namun anda juga tidak akan rugi apa-apa apabila memberikannya.

Sekiranya anda terus-menerus memberi peluang kedua kepada sesiapa yang pernah bersalah terhadap anda, itu tandanya anda seorang yang menaruh harapan tinggi terhadap kemampuan manusia untuk berubah menjadi lebih baik.

Seseorang yang buat silap, pasti memerlukan pengharapan untuk dirinya belajar dan membaiki kesilapan.

Namun anda yang berada di situ tetap menghulurkan peluang dan harapan kepadanya, sekalipun anda pernah dikecewakan.

Sedarlah, anda sungguh hebat.

Kebahagiaan pasti akan menyapa anda apabila anda memaafkan insan lain.

Bukankah anda sendiri menginginkan layanan yang sama?

Apabila anda tergelincir melakukan kesilapan, pastinya anda menyesal, dan dari situ anda turut memohon diberi peluang, bukan?

Kerana dari situlah anda mengutip pelajaran daripada peluang pertama, lalu membuktikan yang anda sudah ‘belajar’ pada peluang kedua.

Setiap insan mampu belajar untuk berubah.

Justeru, hulurkanlah peluang itu.

Tulisan ini adalah hasil karya saudara Sadiq Salihoddin.

Semoga ia memberi input yang bermanfaat kepada semua pembaca.

Rujukan

Abidin, P. M. (2019, November 20). Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang? Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Daniels, K. (2017). Why Second Chances Are So Important. Vocal.

Frequently asked questions

How do I perform Pernahkah Anda Dikutuk & Dicaci Kerana Dosa Kisah Silam??

The Pernahkah Anda Dikutuk & Dicaci Kerana Dosa Kisah Silam? guide is broken into 5 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Pernahkah Anda Dikutuk & Dicaci Kerana Dosa Kisah Silam? have?

This guide has 5 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.