All prayer guides

Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap)

Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah niat serta cara menunaikan solat sunat musafir?

Berikut ialah panduan lengkap tatacara Solat Sunat Musafir. Anda akan dipandu satu langkah demi satu langkah hingga selesai, dan keseluruhan panduan ini telah diringkaskan supaya senang difahami.

Turut disertakan ialah doa musafir.

Apa yang menarik:

Panduan solat ini juga disertakan transliterasi ejaan rumi bagi membantu sesiapa sahaja yang sukar membaca tulisan Arab.

Sekiranya panduan ini yang anda perlukan, jom kita mulakan..

Waktu Mengerjakan Solat Musafir

Sesiapa yang ingin keluar bermusafir — sama ada untuk menziarah, mengerjakan haji atau umrah, berniaga dan sebagainya — dengan jarak perjalanan melebihi 60 batu (dua marhalah), disunatkan baginya menunaikan solat sunat dua rakaat.

Solat sunat musafir ini didirikan dengan harapan agar perjalanan tersebut diberkati oleh Allah SWT.

Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya daripada al-Mut’im bin al-Miqdam, katanya Rasulullah SAW bersabda:

Tiada yang ditinggalkan oleh seorang hamba ke atas ahlinya lebih afdal daripada solat dua rakaat di sisi mereka, ketika dia hendak bermusafir. — Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf Abi Syaibah

Niat Solat Sunat Musafir

Berikut ialah lafaz niat bagi solat musafir:

أُصَلِّيۡ سُنَّةَ السَّفَرِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatas-Safari Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Musafir

Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Musafir

  • Awali Solat Sunat Musafir dengan takbiratul ihram sambil menghadirkan niat di dalam hati: “Sahaja aku solat kerana hendak musafir dua rakaat sunat kerana Allah Taala.”.
  • Pada setiap rakaat, bacakan surah al-Fatihah diikuti surah lazim. Bagi surah lazim, surah al-Kafirun boleh menjadi pilihan.
  • Kemudian rukuk, dan sujud sebanyak dua kali. Jagalah tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
  • Bangkit ke rakaat kedua sambil bertakbir. Baca al-Fatihah berserta surah al-Ikhlas, kemudian ulangi rukuk dan sujud.
  • Sesudah rakaat kedua selesai, duduklah bagi tahiyyat akhir dan tutup solat dengan memberi salam.
  • Setelah solat selesai, panjatkanlah doa dengan sepenuh penghayatan, memohon kepada Allah SWT agar diri dikurniakan keselamatan sepanjang musafir, begitu juga keluarga yang ditinggalkan.

Berikut ialah cara mengerjakan Solat Sunat Musafir:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, pasangkan niat solat di dalam hati.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Membaca Iftitah hukumnya sunat hai’ah. Sekiranya doa ini ditinggalkan, solat masih tetap sah.

اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ حَنِيفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الۡمُشۡرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَ الۡمُسۡلِمِينَ

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina. Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin

Rakaat Pertama — 3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat, justeru bacaannya wajib dalam solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 4. Kemudian,

Sesudah al-Fatihah dibaca, sambunglah dengan ayat daripada surah al-Quran, misalnya surah al-kafirun (ataupun surah lain).

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Anda bebas memilih surah. Surah-surah lain juga boleh dibaca.

Rakaat Pertama — 5. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

rukuk solat

sujud

Rakaat Kedua — 6. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah ialah takbir yang menandakan permulaan rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 7. Baca surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah turut dibaca pada rakaat kedua.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 8. Membaca Surah al-Ikhlas

Bagi rakaat kedua, bacakan surah Al-Fatihah dan ikuti dengan surah Al-Ikhlas:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Anda bebas memilih surah. Surah-surah lain juga boleh dibaca.

Rakaat Kedua — 9. Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.

التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 10. Solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

Doa Selepas Solat Sunat Musafir

Setelah memberi salam, bacalah salah satu daripada doa-doa berikut:

Doa 1

اللَّهُمَّ بِكَ أَسۡتَعِينُ وَعَلَيۡكَ أَتَوَكَّلُ. اللَّهُمَّ ذَلِّلۡ لِي صُعُوبَةَ اَمۡرِي، وَسَهِّلۡ عَلَيَّ مَشَقَّةَ سَفَرِي، وَارۡزُقۡنِي مِنَ الۡخَيۡرِ أَكۡثَرَ مِمَّا أَطۡلُبُ، وَاصۡرِفۡ عَنِّى كُلَّ شَرٍّ.

رَبِّ اشۡرَحۡ لِي صَدۡرِي، وَيَسِّرۡلِي أَمۡرِي، اللَّهُمَّ إِنِّيۡ أَسۡتَحۡفِظُكَ وَأَسۡتَوۡدِعُكَ نَفۡسِي وَدِينِي وَأَهۡلِي وَأَقَارِبِي وَكُلَّ مَا أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَيۡهِمۡ بِهِ مِنۡ آخِرَةٍ وَدُنۡيَا، فَاحۡفَظۡنَا أَجۡمَعِينَ مِنۡ كُلِّ سُوءٍ يَا كَرِيمُ.

Allahumma Bika Asta’iiNu Wa ‘Alaika AtawakkaLu. Allahumma ZallilLi Su’UuBata Amrii, Wa Sahhil ‘Alayya Masyaqqah Safari, Warzuqnii Minal Khayri AkTsaRa MimMa AthLub, WasRif ‘Anniy Kulla Syarrin. Robbish-RahLii Sodri, WayassirLii Amri, Allahumma Inni AstahFiDzuKa Wa AstauDi’Uka Nafsii Wa DiiNii Wa AhLii Wa AQoRiBii Wa Kulla Maa An ‘AmTa Alayya Wa ‘AlayHim Bihi Min AaKhiRoTin Wa Dunya, FahFazNaa Ajma’in Min Kulli Suu’in Yaa Karim.

Maksud doa:

Ya Allah, hanya kepada-Mu aku memohon dan berserah. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, ringankanlah kepayahan perjalananku, limpahkanlah rezeki kepadaku melebihi apa yang aku pinta, dan jauhkanlah aku daripada segala keburukan.

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu; peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kaum kerabatku, serta segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada mereka dalam urusan akhirat mahupun dunia, dan hindarkanlah kami semua daripada sebarang keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia

(Hadis direkodkan oleh At-Tabarani)

Doa 2

اللهُ أَكۡبَرُ، اللهُ أَكۡبَرُ، اللهُ أَكۡبَرُ، سُبۡحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقۡرِنِيۡنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنۡقَلِبُوۡنَ. اللّٰهُمَّ إِنَّا نَسۡأَلُكَ فِيۡ سَفَرِنَا هٰذَا الۡبِرَّ وَالتَّقۡوَى، وَمِنَ الۡعَمَلِ مَا تَرۡضَى. اللّٰهُمَّ هَوِّنۡ عَلَيۡنَا سَفَرَنَا هٰذَا وَأَطۡوِ عَنَّا بُعۡدَهُ. اللّٰهُمَّ أَنۡتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالۡخَلِيۡفَةُ فِي الۡأَهۡلِ. اللّٰهُمَّ إِنَّا نَعُوۡذُبِكَ مِنۡ وَعۡثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الۡمَنۡظَرِ وَسُوۡءِ الۡمُنۡقَلَبِ فِيۡ الۡمَالِ وَالۡأَهۡلِ.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. Subhaanal Lazii Sakh KhaRaLana Hazaa Wa Maa KunNaLaHuu MuqRinin Wa Inna iIaa Rabbina Lamung Qalibuun. Allahumma inna Nas Aluka fii Safarinaa Hazaal Birra Wattaqwaa, Waminal Amali Maa Tardhaa. Allahumma Hawwin ‘Alainaa SafaraNaa Hazaa Wa Atwi Anna Bu’dah. Allahumma AntasSoohiibu FissaFari Wal KhaliiFatu Fil Ahli. Allahumma innaa Na ‘Uuzubika Min Wa’thaa issaFar, Waka Aa Batil Mang Zhori Wa Suu ilmung Qalabi fil Maali Wal Ahli.

Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan perjalanan kami; kami tidak sekali-kali menyekutukan-Nya, dan kepada-Nya jualah kami akan kembali.

Ya Allah, kami memohon agar perjalanan kami ini dipenuhi kebaikan, ketaqwaan serta amalan yang Engkau redhai. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami dan singkatkanlah jarak perjalanan ini bagi kami.

Wahai Tuhan kami, Engkaulah Teman dalam perjalanan ini dan Pelindung bagi keluarga kami. Ya Tuhan kami, kami memohon agar dipelihara daripada segala kepayahan perjalanan ini serta daripada sebarang perkara buruk yang menimpa atau kelihatan pada harta dan keluarga kami.

Doa Semasa Bangun Daripada Duduk Sebelum Memulakan Langkah

اللَّهُمَّ إِلَيۡكَ تَوَجَّهۡتُ، وَبِكَ اعۡتَصَمۡتُ، اللَّهُمَّ اكۡفِنِي مَا هَمَّنِي وَمَا لَا أَهۡتَمُّ لَهُ، اللَّهُمَّ زَوِّدۡنِي التَّقۡوَى، وَاغۡفِرۡ لِي ذَنۡبِي وَوَجِّهۡنِي لِلۡخَيۡرِ أَيۡنَمَا تَوَجَّهۡتُ.

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah, hanya denganMu aku berpegang teguh. Ya Allah, penuhi keperluanku dan apa yang aku abaikan, tambahkanlah bagiku ketakwaan, ampunilah dosaku, dan tunjukkan bagiku kebaikan di mana sahaja aku berada. – Hadis diriwayatkan oleh Ibnu As-Sunni

Mulakan Perjalanan Dengan Langkah Kanan Dan Membaca Doa

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنۡ أَضِلَّ أَوۡ أُضَلَّ أَوۡ أَزِلَّ أَوۡ أَظۡلِمَ أَوۡ أُظۡلَمَ أَوۡ أَجۡهَلَ أَوۡ يُجۡهَلَ عَلَيَّ.

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada tersesat mahupun disesatkan, daripada menjadi hina mahupun dihinakan, daripada menzalimi mahupun dizalimi, serta daripada mengabaikan mahupun diabaikan.

(Hadis direkodkan oleh Abu Daud)

بِسۡمِ اللهِ تَوَكَّلۡتُ عَلَى اللهِ وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya:

Dengan nama Allah, kepada Allah jua aku bersandar; dan tiadalah sebarang daya dan upaya bagi kami melainkan dengan izin-Mu, Ya Allah.

(Hadis direkodkan oleh At-Tirmizi)

Doa Semasa Turun Ataupun Keluar Dari Rumah

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنۡ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada sebarang kejahatan makhluk yang diciptakan.

(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Doa Perlindungan Bagi Keluarga Yang Ditinggalkan

اللَّهُمَّ إِنِّيۡ أَسۡتَحۡفِظُكَ وَأَسۡتَوۡدِعُكَ نَفۡسِي وَدِيۡنِي وَأَهۡلِي وَأَقَارِبِي وَكُلَّ مَا أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَيۡهِمۡ بِهِ مِنۡ آخِرَةٍ وَدُنۡيَا، فَاحۡفَظۡنَا أَجۡمَعِيۡنَ مِنۡ كُلِّ سُوۡءٍ يَا كَرِيۡمُ.

Maksud doa:

Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu; peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kaum kerabatku, serta segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada mereka dalam urusan akhirat mahupun dunia, dan jauhkanlah kami semua daripada sebarang keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia

(Hadis direkodkan oleh at-Tabrani)

Bertawakkal Dan Menyerahkan Seluruh Pergantungan Kepada Allah Bagi Memelihara Keluarga Dan Harta Yang Ditinggalkan

أَسۡتَوۡدِعُكَ اللهَ الَّذِي لَا تَضِيعُ وَدَائِعَهُ

Maksudnya:

Kuserahkan kamu kepada Allah, yang tidak pernah hilang apa jua yang berada dalam simpanan-Nya

(Hadis direkodkan oleh Ibnu Majah)

Doa Menaiki Kenderaan

Apabila sudah berada di dalam kenderaan, bacakan doa-doa berikut sebelum memulakan perjalanan:

1. Semasa mahu menaiki kenderaan:

بِسۡمِ اللهِ

Bismillah

Dengan nama Allah

2. Ketika berada di atas kenderaan:

الۡحَمۡدُ لِلّٰهِ

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah

3. Kemudian diikuti dengan bacaan doa menaiki kenderaan:

سُبۡحَانَ الَّذِي سَخَّرَلَنَا هٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقۡرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنۡقَلِبُونَ

SubHaNallazi SahKhaRa Lana HaaZa WaMaa KunNa Lahu MuqRinin Wa Inna Ila RabbiNa LamunQolibun

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan sebelum ini kami tidak berupaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali

(Surah az-Zukhuf ayat 13-14)

4. Selepas itu lafazkan tahmid:

الۡحَمۡدُ لِلّٰهِ

Alhamdulillah (3x)

Segala puji bagi Allah

5. Diikuti pula dengan lafaz takbir:

اَللهُ أَكۡبَرُ

Allahu akhbar (3x)

Allah Maha Besar

6. Diakhiri dengan bacaan berikut:

سُبۡحَانَكَ إِنِّيۡ ظَلَمۡتُ نَفۡسِي، فَاغۡفِرۡلِي، إِنَّهُ لَا يَغۡفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنۡتَ

SubhaNaka Inni ZhoLamTu Nafsi, FaghFirLi, InnaHu Laa YaghFiRuz-DzuNuuBa illaa Anta

Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya tiada sesiapa yang mampu mengampunkan dosa selain Engkau

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasai’e daripada Ali Bin Rabi’ah, Hadis hasan)

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sahih Muslim, no. 1342
  • Sunan Abu Dawud, no. 5094
  • Sunan Abu Dawud, no. 5095
  • Sahih Muslim, no. 2708
  • Sunan Abu Dawud, no. 2602
  • akuislam.com (audio recitations)

Frequently asked questions

How do I perform Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap)?

The Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap) guide is broken into 27 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Niat & Cara Solat Sunat Musafir (Panduan Lengkap) have?

This guide has 27 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.