
Mukadimah
Apakah niat dan tatacara mengerjakan Solat Subuh?
Panduan ini disediakan untuk menolong anda menunaikan solat fardu subuh dengan cara yang ringkas serta mudah difahami oleh sesiapa sahaja.
Anda akan dipandu langkah demi langkah sehingga solat selesai sepenuhnya — termasuk bacaan doa dalam solat.
Bagi memudahkan anda, setiap bacaan turut disertakan transliterasi RUMI serta audio sebagai panduan.
Perhatian:
Tulisan ini dikhususkan untuk sesiapa yang baru mula belajar bersolat dan para muallaf yang baru sahaja memeluk Islam.
Semoga bermanfaat..
Pengenalan
Antara solat fardu yang wajib kita kerjakan ialah solat Subuh
Setiap orang Islam yang masih hidup dan sempurna akal diwajibkan menunaikan solat fardu.
Dalam apa jua keadaan, solat fardu tidak boleh sesekali ditinggalkan kerana meninggalkannya tergolong dalam dosa besar.
Jika seseorang terlepas menunaikan solat fardu, dia wajib menggantikannya semula dengan niat qada
Bilangan rakaat bagi solat Subuh ialah 2 rakaat.
Menurut mazhab Syafie, solat Subuh dikerjakan bersama doa qunut.
Waktu Solat Subuh

Solat Subuh bermula apabila munculnya fajar sadiq:
— iaitu apabila kelihatan cahaya putih yang terbentang secara melintang (horizontal) di kaki langit (horizon), dan tempoh yang dibenarkan untuk menunaikan solat ini berterusan sehingga muncul bahagian awal piringan matahari.
Tempoh waktu yang ada dianggarkan sekitar 2 jam.
Niat Solat Subuh
Berikut ialah bacaan lafaz niat untuk solat subuh:
أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Niat Solat Subuh Dalam Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Jumlah Rakaat
Solat fardu subuh hanya dilakukan sebanyak dua rakaat. Mengikut Mazhab Shafi’e pula, doa qunut dibaca pada rakaat terakhir, iaitu sebelum melakukan sujud.
Cara Solat Subuh
Berikut langkah-langkah untuk menunaikan Solat Fardu Subuh
- Mulakan Solat fardu Subuh dengan takbiratul ihram serta hadirkan niat di dalam hati:“Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala”.
- Bacalah Surah al-Fatihah, kemudian sambung dengan surah lain seperti Surah al-Kafirun.
- Teruskan dengan rukuk, lalu sujud sebanyak dua kali. Jagalah tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
- Bangkit untuk rakaat kedua sambil membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain. Selepas itu, ulangi rukuk dan sujud. Doa Qunut dibaca sebelum sujud.
- Apabila rakaat kedua selesai, duduklah untuk tahiyyat akhir. Tamatkan solat dengan memberi salam ke arah kanan dan kiri.
- Doa Selepas Solat Subuh. Setelah selesai solat fardu Subuh, panjatkanlah doa dengan hati yang ikhlas, memohon agar Allah SWT mengurniakan kebaikan sepanjang hari itu.
Berikut disusun panduan langkah demi langkah yang ringkas untuk membantu anda mendirikan solat ini. Anda boleh melihat gambar dan audio yang turut disertakan:
Rakaat Pertama — 1. Berdiri Tegak Dan Menghadap Kiblat
Berdirilah dengan selesa sambil memandang ke arah tempat sujud.
Hadirkan dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat:
Niat
أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Atau anda juga boleh berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Lafaz Usolli yang dibaca sebelum takbiratul ihram hanyalah sunat. Tujuannya adalah untuk memantapkan niat di dalam hati.
Rakaat Pertama — 2. Angkat Takbir (Takbiratul Ihram) Serentak Dengan Niat Dalam Hati
Lafazkan takbir “Allahuakbar” sambil mengangkat kedua-dua tangan dan hadirkan niat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Sekiranya anda tidak mampu menghadirkan niat di hati serentak dengan takbiratul ihram, maka lakukanlah takbiratul ihram terlebih dahulu, kemudian susuli dengan niat di dalam hati beberapa detik selepas itu.


Rakaat Pertama — 3. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
Seterusnya bacalah Doa Iftitah:
Bacaan Doa Iftitah
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَBacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Rakaat Pertama — 4. Membaca al-Fatihah
Setelah doa iftitah selesai dibaca, sambunglah pula dengan surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah merupakan rukun dalam solat. Maksudnya, andai al-Fatihah tidak dibaca, maka solat kita tidak sah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Pertama — 5. Seterusnya, Bacalah Surah Lain
Apabila bacaan surah al-Fatihah selesai, langkah berikutnya ialah membaca surah-surah lain atau potongan ayat-ayat daripada al-Quran.
Hukum membaca surah selepas Fatihah ini adalah sunat.
Antara surah yang mudah untuk dibaca ialah Surah al-Kafirun.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Selepas bacaan surah selesai, ambillah seketika (tamakninah) sebelum melakukan rukuk.
Rakaat Pertama — 5. Kemudian, Lakukan Rukuk
Setelah surah selesai dibaca, langkah berikutnya ialah bertakbir (Allahuakbar) lalu terus rukuk.
Posisi semasa rukuk:
Belakang badan hendaklah rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Semasa rukuk:
Belakang badan hendaklah rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih ketika rukuk ialah:
Bacaan Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Rakaat Pertama — 6. Seterusnya, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Bangkit dari rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Rakaat Pertama — 7. Lakukan Sujud Pertama
Setelah iktidal, seterusnya kita pun akan sujud.
Turunlah dengan perlahan sambil merapatkan dahi ke sejadah / lantai.

Bertakbir lalu turun untuk sujud dan bacalah tasbih ini sebanyak 3 kali:
Bacaan Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Pertama — 8. Duduk Antara Dua Sujud
Selepas itu, bangkit (duduk) daripada sujud sambil melafazkan “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Fasa ini disebut “duduk di antara dua sujud”
Posisi duduk antara dua sujud adalah seperti di bawah:

Ketika duduk antara dua sujud, bacalah tasbih berikut:
Bacaan Antara Dua Sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Rakaat Pertama — 9. Kemudian, Sujud Kedua
Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan tasbihnya sama seperti sujud pertama.

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan dan bacaannya sama seperti sujud pertama.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Rakaat Pertama — 10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk seketika. Cara duduknya seperti duduk iftirasy.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua-dua lutut sambil menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus bangkit dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua — 11. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz TakbirIntiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua.)

Rakaat Kedua — 11. Bacalah Surah al-Fatihah
Setelah berdiri tegak, bacalah pula al-Fatihah sekali lagi sepertimana rakaat pertama:
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Kedua — 12. Selesai al-Fatihah, Bacalah Surah Lain
Langkah berikutnya ialah membaca pula surah-surah lain.
Antara surah yang pendek dan mudah ialah Surah al-Ikhlas:
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Pemilihan surah adalah bebas. Anda juga boleh membaca surah-surah yang lain.
Rakaat Kedua — 13. Selapas Itu, Rukuk
.

Seperti dalam rakaat pertama:
- Setelah bacaan surah selesai, sambunglah dengan bertakbir (Allahuakbar) lalu terus diikuti dengan rukuk.
- Belakang badan hendaklah rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Setelah tasbih dalam rukuk selesai, maka seterusnya bangkitlah untuk iktidal.
Rakaat Kedua — 14. Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Dan Membaca Doa Qunut

Selepas bangkit daripada rukuk, berdirilah lurus dan bacalah tasbih berikut:

Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Selepas itu bangkit daripada rukuk dan bacalah Doa Qunut.
Di dalam Mazhab Syafi’e, disunatkan membaca Doa Qunut selepas rukuk pada rakaat kedua.
Untuk membaca Qunut, posisinya kekal berdiri lurus sambil mengangkat kedua-dua tangan seperti gambar di bawah:

Bacaan Doa Qunut adalah seperti berikut:
Doa Qunut
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَBacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Maksud Doa Qunut:
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Rakaat Kedua — 15. Sujud Pertama
(Rakaat Kedua)

Setelah doa qunut selesai dibaca, maka terus sujud.
Bertakbir lalu turunlah perlahan-lahan untuk sujud dan bacalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Kedua — 16. Duduk antara Dua Sujud
Selepas itu bangkit (duduk) daripada sujud sambil melafazkan “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan) ke posisi duduk antara dua sujud.

Bacaannya ialah:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Setelah tasbih di atas selesai, maka lakukanlah sujud kedua.
Rakaat Kedua — 17. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua (Rakaat Kedua)

Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaannya sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir (Allahuakbar) lalu terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
Rakaat Kedua — 18. Duduk Tahiyat Akhir
Dalam solat fardu Subuh, tiada rakaat awal.
Apabila sujud kedua telah selesai, maka terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
Posisi kedudukan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Ketika melafazkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌBacaan Tahiyat Dalam Rumi:
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Rakaat Kedua — 19. Akhiri Solat Dengan Memberi Salam

Apabila bacaan tahiyat telah selesai, maka tamatkanlah solat dengan memberi salam.
Palingkan wajah ke sebelah kanan, lalu ucapkanlah salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula wajah ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Rakaat Kedua — 20. Maka Selesailah Solat Fardu Subuh tersebut.
Selepas itu, disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar serta membaca doa selepas solat.
Contoh doa selepas solat turut disediakan pada bahagian bawah Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Cuba bayangkan situasi ini: katakanlah saya terlupa mengerjakan rakaat ketiga dalam solat zohor, atau saya terlupa membaca doa qunut. Jadi, bagaimana pula kedudukan solat saya?
Perlukah saya mengulang semula solat tersebut?
Jawapan
Langkah pertama, kita perlu kenal pasti terlebih dahulu sama ada perkara yang terlupa itu termasuk dalam golongan rukun atau hanya sunat.
Sekiranya bahagian solat yang tertinggal itu merupakan perkara rukun, maka anda KENA lakukan semula rukun tersebut dan tambah Sujud Sahwi di penghujung solat.
Contoh:
- Jika anda terlepas rakaat ketiga (solat zohor), maka anda perlu bangkit semula selepas tahiyat akhir untuk menggenapkan 1 rakaat lagi, kemudian disusuli dengan Sujud Sahwi.
Sebaliknya, jika perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori sunat (sunat ab'adh), maka anda TIDAK perlu mengulang perbuatan yang terlupa tadi. Memadai dengan hanya melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka cukup sekadar membuat sujud sahwi sahaja.
Nota: Andai kata perkara yang tertinggal itu pula adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan anda tidak perlu mengulanginya mahupun bersujud sahwi. Cukup dengan meneruskan solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Subuh

Sebaik sahaja kita habis mendirikan solat fardhu, kita sangat dianjurkan untuk membaca tasbih, tahmid, takbir dan juga istigfar.
Sebaliknya, kurang sesuai sekiranya kita terus bingkas bangun dan beredar sejurus selesai solat tanpa menyambungnya dengan wirid serta doa.
Lazimnya, kita disunatkan bertasbih dan membaca zikir-zikir lain setelah selesai sembahyang sebagai menurut anjuran Nabi Muhammad SAW.
Berikut ialah antara doa yang boleh dibaca selepas solat subuh:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا، اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَDoa dalam ejaan rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Solat Sunat Sebelum Fardu Subuh

Sebelum menunaikan solat Subuh, ada satu solat sunat yang amat digalakkan untuk dikerjakan.
Solat sunat ini dikenali sebagai solat Sunat Rawatib.
Tujuan solat ini ialah sebagai pelengkap atau tambahan bagi menutup sebarang kekurangan ketika kita menunaikan solat fardu.
Qada Solat Subuh

Sekiranya anda terlepas menunaikan solat fardu subuh, maka anda perlu menggantikannya dengan qada solat.
Qada ( قضاء ) membawa maksud melaksanakan solat di luar waktu yang sepatutnya.
Tujuan qada solat adalah untuk menggantikan solat yang telah tertinggal itu. Ia hukumnya wajib kerana solat fardu yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang kepada Allah.
Bagi qada solat fardu Subuh, cara bacaan serta pergerakannya tidak berbeza dengan solat fardu Subuh yang ditunaikan secara tunai.
Yang membezakan antara solat fardu tunai dan solat qada hanyalah pada bahagian NIAT.
Berikut adalah niat untuk qada Solat Subuh:
أُصَلِّي فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Fardhos-Subhi Rak’ataini Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau anda juga boleh berniat menggunakan Bahasa Melayu:
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Tambahan
Penutup
Panduan ini disusun khas bagi membantu saudara baru yang baharu memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang sedang berusaha mempelajari cara menunaikan solat.
Mudah-mudahan apa yang dikongsikan di sini dapat meringankan sekali gus melancarkan urusan solat anda.