
Mukadimah
Apakah cara dan niat untuk menunaikan Solat Isyak?
Menerusi panduan ini, saya akan terangkan langkah demi langkah cara mengerjakan solat fardu Isyak sehingga sempurna, berserta doa yang dibaca selepas solat.
Bagi memudahkan anda, setiap bacaan akan disertakan transliterasi RUMI dan sokongan audio.
Mudah-mudahan ia memberi manfaat..
Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan Solat Isyak?
Solat Isyak (صلاة عشاء) ialah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam.
Solat fardu ini wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang masih hidup dan berakal.
Ia tidak boleh sama sekali ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan, kerana meninggalkannya termasuk dalam kategori dosa-dosa besar.
Malah, sekiranya seseorang itu sakit teruk sehingga hanya matanya sahaja yang mampu digerakkan, solat tetap wajib dikerjakan pada waktunya iaitu menggunakan isyarat mata.
Andai seseorang itu terlepas menunaikan solat fardu, maka wajib ke atasnya untuk menggantikannya dengan niat qada
Tujuan asas panduan ini disediakan ialah untuk membantu golongan yang baru memeluk Islam serta sesiapa yang ingin mempelajari solat.
Semoga panduan ini dapat memudahkan urusan solat anda.
Lafaz Niat Solat Isyak
Lafaz niat bagi Solat Isyak adalah seperti berikut:

Usolli fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Niat Solat Isyak dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala
Waktu Masuk Solat Isyak
Waktu Isyak masuk apabila lenyapnya cahaya merah di ufuk dan berterusan sehingga terbitnya fajar sadiq.
Waktu Isyak merupakan waktu solat yang paling panjang kerana ia berlanjutan sepanjang malam.
Bilangan Rakaat Solat Isyak
Solat Isyak dikerjakan sebanyak 4 rakaat sahaja.
Ia boleh ditunaikan secara berseorangan ataupun berjemaah.
Cara Solat Isyak
Ringkasan langkah mengerjakan solat fardu Isyak
- Berdiri tegak menghadap kiblat lalu lafazkan niat: “Usolli fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala” atau “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala”
- Membaca Doa Iftitah
- Bacakan Surah al-Fatihah
- Bacakan pula surah atau ayat lain daripada Al-Quran, contohnya al-Kafirun
- Lakukan rukuk dengan bacaan “SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih”
- Bangun iktidal dengan bacaan “Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh”
- Lakukan sujud pertama dengan bacaan “Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih”
- Duduk antara dua sujud dengan bacaan “Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii”
- Sujud kedua, serupa dengan sujud pertama
- Duduk istirahat sebelum bangkit untuk rakaat kedua
- Rakaat kedua dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat, disusuli bacaan al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lain
- Lakukan rukuk, bangun iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua.
- Duduk tahiyat awal dengan bacaan tahiyat awal.
- Bangun untuk rakaat ketiga dengan takbir intiqalat, bacakan al-Fatihah, lakukan rukuk, bangun iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua.
- Bagi rakaat keempat, ulangi langkah seperti rakaat ketiga.
- Akhiri solat dengan tahiyyat akhir dan memberi salam.
Solat Isyak mengandungi empat rakaat, dan setiap rakaat disusuli langkah-langkah yang dinyatakan di atas.
Pada bahagian di bawah ini, saya susun langkah-langkah ringkas yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh rujuk gambar dan audio yang disertakan.
Rakaat Pertama — 1. Berdiri Tegak Menghadap Kiblat
Berdirilah dengan selesa sambil memandang ke arah tempat sujud.
Hayati dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian lafazkan niat Solat Isyak:
Niat

Usolli fardol Isya’i Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.
Rakaat Pertama — 2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Angkatlah takbir dengan menyebut “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
Nota
Sekiranya anda tidak mampu berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, maka boleh lakukan takbiratul ihram dahulu kemudian disusuli niat dalam hati beberapa saat selepas itu.


Rakaat Pertama — 3. Membaca Doa Iftitah

Setelah mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.
Seterusnya bacalah Doa Iftitah.
Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:
Bacaan Doa Iftitah
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَAllaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Rakaat Pertama — 4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah
Selepas selesai membaca Doa Iftitah, bacakan pula surah al-Fatihah.
Al-Fatihah merupakan bacaan rukun di dalam solat.
Oleh sebab itu, ia wajib dibaca semasa solat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Pertama — 5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran
Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, bacakan pula surah-surah lain atau ayat-ayat daripada al-Quran.
Anda bebas memilih mana-mana surah yang digemari dan diingati.
Antara surah pendek ialah al-Kafirun.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Rakaat Pertama — 6. Kemudian, Lakukan Rukuk
Sebaik selesai membaca surah, teruskan dengan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

Semasa rukuk:
Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk adalah seperti berikut:
Bacaan Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Rakaat Pertama — 7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Bacaan Iktidal

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Rakaat Pertama — 8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

Bertakbir lalu turun sujud sambil membaca:
Bacaan Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Pertama — 9. Kemudian, Duduk antara dua sujud
Selepas itu, bangkit dari sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Kedudukan ini dipanggil duduk antara dua sujud.
Posisi duduk antara dua sujud adalah seperti di bawah:

Bacaan ketika duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Rakaat Pertama — 10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan serta bacaannya adalah serupa seperti sujud pertama.
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Pertama — 11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduklah istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangkit berdiri untuk rakaat seterusnya.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus bangkit dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua — 12. Rakaat Kedua Dimulakan Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 13. Baca Surah al-Fatihah.
Sebagaimana rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Kedua — 14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Setelah selesai membaca al-Fatihah, bacakan pula surah al-ikhlas
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Rakaat Kedua — 15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacakanlah bacaan rukuk:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Rakaat Kedua — 16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), seterusnya bacakanlah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Rakaat Kedua — 17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Kedua — 18. Kemudian Duduk Antara Dua Sujud

Bacakan bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Rakaat Kedua — 19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Kedua — 20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal
Sebaik selesai sujud kedua, bangkitlah ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam kecuali jari telunjuk kanan diluruskan.
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bacakanlah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
Bacaan Tahiyat Awal
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍAttahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Cara Naik Ke Rakaat Ketiga
Setelah selesai membaca tahiyat awal, bersedialah untuk bangkit semula.
Bertakbir dan berdirilah untuk meneruskan rakaat ketiga.
Seperti bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus bangkit berdiri dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Ketiga
Rakaat ketiga adalah serupa seperti rakaat pertama, cuma tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
Rakaat Ketiga — 21. Rakaat Ketiga Dimulakan Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat Ketiga — 22. Baca Surah al-Fatihah.
Sebagaimana rakaat kedua, sekali lagi pada rakaat ketiga dibacakan surah al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Ketiga — 23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Rakaat Ketiga — 24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), seterusnya bacakanlah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Rakaat Ketiga — 25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Ketiga — 26. Kemudian Duduk Antara Dua Sujud

Bacakan bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Rakaat Ketiga — 27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat Ketiga — 28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Keempat.
Sebelum bangun ke rakaat ke-4, duduklah istirahat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum bangkit berdiri untuk rakaat seterusnya.

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus bangkit dengan kedua-dua tangan.
Rakaat keempat
Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah serupa seperti rakaat ketiga, iaitu tidak perlu dibaca surah selepas al-Fatihah.
Rakaat keempat — 29. Rakaat Keempat Dimulakan Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat keempat — 30. Baca Surah al-Fatihah.
Sebagaimana rakaat ketiga, sekali lagi pada rakaat ke-4 dibacakan surah al-Fatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat keempat — 31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan rukuk:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Rakaat keempat — 32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), seterusnya bacakanlah:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Rakaat keempat — 33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Rakaat keempat — 34. Kemudian Duduk Antara Dua Sujud

Bacakan bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Rakaat keempat — 35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
- Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir

Ketika menyebut syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Bacaan Tahiyat Akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌAttahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Rakaat keempat — 37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

Palingkan muka ke sebelah kanan, lalu ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Isyak.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?
Sebagai misalan, andai saya terlupa mengerjakan rakaat ketiga solat zohor atau tertinggal bacaan doa qunut, bagaimanakah keadaan solat saya?
Perlukah saya mengulangi solat itu semula?
Jawapan
Pertama sekali, kita perlu menentukan terlebih dahulu sama ada perkara yang tertinggal itu termasuk dalam kategori rukun ataupun sunat.
Sekiranya perkara yang tertinggal itu adalah rukun, maka anda KENA mengulangi semula rukun tersebut dan menambah Sujud Sahwi pada penghujung solat.
Contoh:
- Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda perlu bangun semula selepas tahiyat akhir dan menambah 1 rakaat lagi, kemudian disusuli Sujud Sahwi.
Namun jika perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu mengulangi perbuatan yang tertinggal itu. Memadai dengan melakukan sujud sahwi sahaja.
Contoh:
- Jika anda terlupa membaca Doa Qunut, maka cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.
Nota: Sekiranya perkara yang tertinggal itu pula adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu diulang ataupun sujud sahwi. Cukup teruskan sahaja solat seperti biasa.
Doa Selepas Solat Isyak

Setelah selesai menunaikan solat fardhu, kita amat digalakkan untuk mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok sekiranya sebaik selesai solat, kita terus bangkit dan beredar tanpa disusuli wirid dan doa.
Lazimnya selepas solat, kita disunatkan bertasbih dan sebagainya sebagai memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Salah satu Doa Solat Isyak yang boleh dibaca ialah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا، اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَBismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in. Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro, Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab. Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.
Maksud doa:
Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Isyak

Terdapat solat sunat yang amat digalakkan untuk dikerjakan.
Solat sunat ini dikenali sebagai solat Sunat Rawatib.
Ia dilaksanakan sebelum dan juga selepas selesai mengerjakan Solat Fardu Isyak.
Solat ini berperanan sebagai pelengkap atau tambahan bagi menampung kekurangan yang berlaku ketika menunaikan solat fardu.
Qada Solat Isyak

Sekiranya anda terlepas menunaikan solat fardu Isyak, maka anda hendaklah mengerjakan qada solat.
Qada ( قضاء ) membawa maksud menunaikan solat di luar waktunya.
Qada solat bertujuan untuk menggantikan solat yang telah tertinggal itu. Ia adalah wajib kerana solat fardu yang ditinggalkan dikira sebagai hutang dengan Allah.
Bagi mengqada solat fardu Isyak, bacaan serta pergerakannya adalah serupa dengan solat fardu Isyak yang ditunaikan secara tunai.
Yang membezakan antara solat fardu tunai dan solat qada hanyalah pada bahagian NIAT.
Niat untuk mengqada Solat Isyak adalah seperti berikut:
أُصَلِّي فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Fardhol isya’i Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala
… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Penutup
Tujuan asas panduan ini disediakan ialah untuk membantu golongan yang baru memeluk Islam serta sesiapa yang ingin mempelajari solat.
Semoga panduan ini dapat memudahkan urusan solat anda.