All prayer guides

WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi Dan Audio)

WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi Dan Audio)

Mukadimah

Berikut ialah aturan wirid serta doa yang dibaca setelah selesai solat fardhu.

Kandungannya disusun langkah demi langkah supaya anda lebih mudah mempelajari zikir, wirid dan doa selepas solat fardhu.

Apa yang menarik:

Setiap doa disertakan dengan bantuan audio serta transliterasi rumi, khusus untuk membantu anda yang belum lancar membaca tulisan arab.

Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menyempurnakan ibadah solat dengan sebaik-baiknya.

Zikir Dan Wirid Selepas Solat

doa selepas solat

Setiap kali selesai solat fardhu, kita sangat dianjurkan untuk mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir serta beristighfar. Sikap terus bangun dan berlalu pergi sebaik sahaja memberi salam, tanpa sebarang wirid dan doa, adalah kurang elok.

Salah satu wirid yang boleh dijadikan amalan ialah wirid al-Awrad al-Qusyasyiyyah.

Berikut saya aturkan langkah demi langkah yang mudah untuk anda ikuti bagi mengamalkan wirid selepas solat:

Petunjuk

Bagi Solat Zuhur, Asar dan Isyak, memadai membaca wirid versi ringkas iaitu bacaan yang bertanda simbol “🔰”

1

🔰

Mulakan Wirid Dengan Istighfar Sebanyak 3 Kali

Bagi meraih ganjaran yang lebih besar, jadikanlah amalan untuk mengucapkan istighfar berikut sebanyak tiga (3) kali setiap kali selesai solat fardhu:

أَسۡتَغۡفِرُ اللّٰهَ الۡعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ (٣ مَرَّات)

Astagfirullahal-‘Adzīm, Allāzī Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm, Wa Atubu Ilaih (3 kali)

Maksudnya

Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi sentiasa berkuasa, dan aku kembali bertaubat kepadaNya.[1]

2

🔰

Membaca Pengakuan Tauhid Sebanyak 3 kali

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ، يُحۡيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (٣ مَرَّات)

Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr (3 Kali)

Maksudnya

Tiada tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah, tiada sekutu bagiNya; milik Allah segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.[2]

3

🔰

Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka Sebanyak 3 atau 7 Kali

اللّٰهُمَّ أَجِرۡنَا مِنَ النَّارِ (٣/٧ مَرَّات)

Allāhumma Ajirnā Minan-Nār (3 / 7 Kali)

Maksudnya

Ya Allah, selamatkanlah aku daripada seksaan api neraka.[3]

Nota

  • Jika bersolat seorang diri, Ajirna (أَجِرۡنَا) boleh ditukar kepada AjirNi (أَجِرۡنِى)
  • Bagi Solat Subuh dan Maghrib, bacalah sebanyak 7 kali

4

🔰

Seterusnya, Zikir Memohon Keselamatan

اَللَّهُمَّ أَنۡتَ السَّلَامُ، وَمِنۡكَ السَّلَامُ، وَإِلَيۡكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدۡخِلۡنَا الۡـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ يَاذَا الۡـجَلَالِ وَالۡإِكۡرَامِ

Allāhumma Antas-Salām, Wa Minka As-Salām, Wa Ilāika Ya‘ūdu As-Salām, Faḥayyinā Rabbanā Bi-Salām, Wa Adkhilnā Al-Jannata Dāra As-Salām, Tabārakta Rabbanā Wa Ta‘ālayta Yā Dzāl-Jalāli Wal-Ikrām

Maksudnya

Ya Allah, Engkaulah pemberi sejahtera; daripadaMu jualah datangnya segala kesejahteraan dan kepadaMu jualah ia kembali. Justeru, hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dalam keadaan sejahtera, dan masukkanlah kami ke dalam syurga, negeri yang penuh kesejahteraan. Maha berkat Engkau wahai Tuhan kami lagi Maha Tinggi, wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan.[4]

5

🔰

Seterusnya, Membaca Ta’awuz

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيۡطَانِ الرَّجِيمِ

A‘ūDzu Billāhi Mina Ash-Shayṭānir-Rojīm

Maksudnya

Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam

6

🔰

Seterusnya Membaca Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Maksudnya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang mentadbir dan memelihara seluruh alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka; bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

7

Membaca Ayat Ke-163 Surah Al Baqarah

وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٣

Wa ilāhukum ilāhuw Wāḥid, Lā ilāha illā Huwar-Raḥmānur-Raḥīm

Maksudnya

Dan Tuhan kamu itu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.[5]

8

🔰

Seterusnya Membaca Ayatul Kursi

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥

Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm

Maksudnya

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhlukNya. Dia tidak disentuh rasa mengantuk, apatah lagi tidur. MilikNya segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa pun yang mampu memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya kecuali dengan keizinanNya. Dia mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sedikit pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Dia kehendaki untuk diberitahu. Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meluas meliputi langit dan bumi, dan tidak sedikit pun memberatkan Allah untuk menjaga dan memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya) lagi Maha Besar (kekuasaanNya).[6]

9

Membaca Ayat Ke-284 Surah Al Baqarah

لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواۡ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢٨٤

Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Milik Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Sama ada kamu menzahirkan apa yang tersimpan dalam hati kamu ataupun menyembunyikannya, Allah tetap akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan ingatlah, Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

10

Membaca Ayat Ke-285 Surah Al Baqarah

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواۡ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨٥

Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr

Maksudnya

Rasulullah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang-orang yang beriman; kesemuanya beriman kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang Rasul dengan Rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat; (kami memohon) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

11

Membaca Ayat Ke-286 Surah Al Baqarah

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٢٨٦

Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn

Maksudnya

Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya. Baginya pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ke atasnya juga dosa kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau letakkan ke atas kami beban yang berat sebagaimana yang pernah Engkau letakkan ke atas umat-umat sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak mampu menanggungnya. Maafkanlah kesilapan kami, ampunkanlah dosa kami dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka bantulah kami mencapai kemenangan ke atas kaum-kaum yang kafir”.[7]

12

Membaca ayat ke-18 Surah Ali ‘Imran

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوۡلُواۡ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١٨

Syahidallāhu Annahū Lā ilāha illā Huwa Wal-Malā’ikatu Wa Ulul-‘Ilmi Qā’imam Bil-Qisṭ, Lā Ilāha Illā Huwal-‘Azīzul-Ḥakīm

Maksudnya

Allah menyatakan (kepada seluruh makhlukNya dengan dalil dan bukti) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa menegakkan (pentadbiran seluruh alam) dengan keadilan; dan para malaikat serta ahli ilmu turut mengakui dan menegaskan demikian — tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

13

Membaca ayat ke-19 Surah Ali ‘Imran

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ

Maksudnya

innad-dīna ‘indallāhil-islām

Sesungguhnya agama (yang benar lagi diredai) di sisi Allah ialah Islam.

14

Membaca ayat 26 Surah Ali ‘Imran

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ ٢٦

Qulillāhumma Mālikal-Mulki Tu’til-Mulka Man Tasyā’u Wa Tanzi‘Ul-Mulka Mim Man Tasyā’u Wa Tu‘Izzu Man Tasyā’u Wa Tużillu Man Tasyā’, Biyadikal-Khaīr, Innaka ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang menguasai segala pemerintahan! Engkaulah yang mengurniakan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menarik kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau jualah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu sahajalah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

15

Membaca ayat 27 Surah Ali ‘Imran

تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ ٢٧

Tūlijul-Laila Fin-Nahāri Wa Tūlijun-Nahāra Fil-Laili Wa Tukhrijul-Ḥayya Minal-Mayyiti Wa Tukhrijul-Mayyita Minal-Ḥayyi Wa Tarzuqu Man Tasyā’u Bigairi Ḥisāb

Maksudnya

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Engkau jualah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkaulah yang mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa sebarang hitungan.

16

🔰

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad.

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah tempat sekalian makhluk bergantung dan memohon segala hajat; Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan; dan tiada sesuatu pun yang setara denganNya.

17

🔰

Seterusnya Membaca al-Falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥

Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk; daripada kejahatan makhluk-makhluk yang diciptakanNya; daripada bahaya malam yang gelap apabila ia menjelma; daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melampiaskan dengkinya.

18

🔰

Seterusnya Membaca an-Nas

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās

Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia; Raja yang menguasai sekalian manusia; Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam; yang melontarkan bisikan dan hasutan ke dalam dada manusia; (pembisik dan penghasut itu) daripada kalangan jin dan juga manusia.[8]

19

Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Maksudnya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang mentadbir dan memelihara seluruh alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka; bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

20

🔰

Seterusnya, Membaca Tasbih

إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبۡحَانَ اللَّهِ

Ilāhī Yā Rabbī ― Subḥānallāh

Maksudnya

Ya Allah Ya Tuhanku Maha Suci Allah

Bacaan Untuk Imam

Sekiranya anda menjadi imam dalam solat berjemaah, bacaan ini diucapkan begini:

إِلَـٰهَنَا يَا رَبَّنَا ــ سُبۡحَانَ اللَّهِ

ilāhanā Yā Rabbanā ― Subḥānallāh

Ya Allah Ya Tuhan Kami Maha Suci Allah

21

🔰

Membaca SubhaaNallah 33 Kali

سُبۡحَانَ اللّٰهِ (٣٣ مَرَّة)

Subḥānallāh (33 Kali)

Maksudnya

Maha Suci Allah

22

🔰

Membaca Tahmid

سُبۡحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمۡدِهِ دَآئِمًا قَائِمًا أَبَدًا ـــ اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِ

Subḥānallāhi Wa Bi-Ḥamdihi Dā’iman Qā’iman AbadaaAl-Ḥamdu Lillāh

Maksudnya

Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memujiNya secara berterusan untuk selama-lamanya — segala puji hanyalah bagi Allah

23

🔰

Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali

اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِ (٣٣ مَرَّة)

Alhamdulillah (33 Kali)

Maksudnya

Segala puji hanyalah bagi Allah

24

🔰

Membaca Takbir

اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعۡمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكۡبَرُ

Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīna ‘Alā Kulli Ḥālin Wa Ni‘matin ― Allāhu Akbar

Maksudnya

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, atas setiap keadaan dan setiap nikmat kurniaanNya — Allah Maha Besar

25

🔰

Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali

اَللَّهُ أَكۡبَرُ (٣٣ مَرَّة)

Allāhu Akbar (33 Kali)

Maksudnya

Allah Maha Besar

26

🔰

Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيۡلًا. لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لا شَرِيۡكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ يُحۡيِي وَيُمِيۡتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيۡرٌ وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيۡرُ وَلاَ حَوۡلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيۡمِ، أَسۡتَغۡفِرُ اللَّهَ الۡعَظِيۡمَ

Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa.

Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Ilaihil-Maṣīr

Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm

Maksudnya

Allah Maha Besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sesuatu pun yang bersekutu denganNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Tiada sebarang daya dan tiada sebarang kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku memohon keampunan daripada Allah.[9]

Apabila wirid telah selesai dibaca, angkatlah doa ke hadrat Allah.

Waktu selepas solat fardhu tergolong dalam saat-saat doa mudah diperkenankan.

Mohonlah apa sahaja mengikut hajat diri anda, atau amalkan doa-doa yang disediakan di bawah

Hukum doa selepas solat

Doa Selepas Solat Fardu

Di bahagian ini saya kumpulkan enam doa solat yang amat sesuai diamalkan selepas solat fardu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Anda bebas memilih mana-mana satu doa solat di bawah yang anda rasa paling sesuai untuk diri anda.

Bantuan audio serta ejaan dalam rumi turut disediakan untuk memudahkan anda.

Doa Selepas Solat Pertama

بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ. الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلۡ مِنَّا صَلَاتَنَا وَدُعَاءَنَا إِنَّكَ أَنۡتَ السَّمِيعُ الۡعَلِيمُ، وَتُبۡ عَلَيۡنَا إِنَّكَ أَنۡتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ. اللَّهُمَّ اجۡعَلۡ دِينَنَا دِينَ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ، وَإِسۡلَامَنَا إِسۡلَامَ الۡمُسۡلِمِينَ، وَإِيمَانَنَا إِيمَانَ الۡمُؤۡمِنِينَ، وَصَلَاتَنَا صَلَاةَ الۡخَاشِعِينَ وَأَعۡمَالَنَا أَعۡمَالَ الصَّالِحِينَ، وَنِيَّتَنَا نِيَّةَ الۡمُخۡلِصِينَ، وَذُنُوبَنَا يَا اللهُ ذُنُوبَ الۡمُسۡتَغۡفِرِينَ. وَحَيَاتَنَا حَيَاةَ الۡعُلَمَاءِ، وَمَوۡتَنَا بِمَوۡتِ الشُّهَدَاءِ، وَأَدۡخِلۡنَا الۡجَنَّةَ مَعَ الۡأَنۡبِيَاءِ عَلَيۡهِمُ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الۡآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى خَيۡرِ خَلۡقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ، سُبۡحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلَامٌ عَلَى الۡمُرۡسَلِينَ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihī Ajma‘Īn. Allāhumma Taqabbal Minnā Ṣalātanā Wa Du‘Ā’anā Innaka Antaṣ-Ṣamī‘Ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alaynā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm. AllāhummaJ‘Al Dīnanā Dīnan-Nabiyyi Muḥammad Ṣollāllāhu ‘Alayhi Wa Sallam, Wa Islāmanā Islāmal-Muslimīn, Wa Īmānanā Īmānal-Mu’minīn, Wa Ṣolātanā Ṣolātal-Khāshi‘Īn. Wa A‘Mālanā A‘Mālas-Ṣāliḥīn, Wa Niyyatanā Niyyatal-Mukhliṣīn, Wa DzunūBanā Yā Allāhu Dzunūbal-Mustaghfirīn. Wa Ḥayātanā Ḥayātal-‘Ulamā’, Wa Mawtanā Bimawtish-Shuhadā’, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma‘Al-Anbiyā’i ‘Alayhimus-Ṣalātu Was-Salām. Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanataw Wa Fil-Ākhirati Ḥasanataw Wa Qinā ‘Adhāban-Nār, Wa Ṣollallāhu ‘Alā Khayri Khalqihi Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihī Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Wa Salāmun ‘Alāl-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas semulia-mulia para nabi dan rasul, penghulu kami Muhammad, juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabat Baginda. Ya Allah, Tuhan kami! Perkenankanlah solat dan doa kami; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama yang dibawa Nabi Muhammad; keislaman kami Islam yang sebenar-benarnya; keimanan kami iman yang sempurna; solat kami solat yang khusyuk; amalan kami amalan yang soleh; dan niat kami niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami dosa yang diampunkan. Jadikanlah hidup serta kehidupan kami seperti hidup dan kehidupan para ulama, dan matikanlah kami dalam keadaan syahid. Ya Allah, tempatkanlah kami di dalam syurga bersama para Nabi. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan hindarkanlah kami daripada seksa neraka. Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhlukNya, penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan Yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas sekalian rasul, dan segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Selepas Solat Kedua

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ. الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيمِ سُلۡطَانِكَ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الۡأَوَّلِينَ وَالآخِرِينَ، وَسَلِّمۡ وَرَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنۡ سَادَاتِنَا أَصۡحَابِ سَيِّدِنَا رَسُولِ اللهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَحۡيِنَا بِالۡإِيمَانِ، وَاحۡشُرۡنَا بِالۡإِيمَانِ، وَأَدۡخِلۡنَا الۡجَنَّةَ مَعَ الۡإِيمَانِ، بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ. اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكۡرِكَ وَشُكۡرِكَ وَحُسۡنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡأَلُكَ الۡهُدَى وَالتُّقَى وَالۡعَفَافَ وَالۡغِنَى. اللَّهُمَّ تَقَبَّلۡ مِنَّا صَلَاتَنَا تَمَّةً وَاغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا عَمَّةً وَلَا تُعَذِّبۡنَا إِلَى يَوۡمِ الۡقِيَامَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيۡنَا وَارۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا. اللَّهُمَّ أَحۡيِنَا بِحَيَاةِ الۡعُلَمَاءِ وَأَمِتۡنَا بِمَوۡتِ الشُّهَدَاءِ، وَاحۡشُرۡنَا فِي زُمۡرَةِ الۡأَوۡلِيَاءِ وَأَدۡخِلۡنَا الۡجَنَّةَ مَعَ الۡأَنۡبِيَاءِ عَلَيۡهِمُ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِنۡ لَدُنۡكَ رَحۡمَةً إِنَّكَ أَنۡتَ الۡوَهَّابُ. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسۡرَافَنَا فِي أَمۡرِنَا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا، وَانۡصُرۡنَا عَلَى الۡقَوۡمِ الۡكَافِرِينَ. رَبَّنَا فَاغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرۡ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الۡأَبۡرَارِ. اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. اللَّهُمَّ اخۡتِمۡ لَنَا يَا اللهُ بِحُسۡنِ الۡخَاتِمَةِ وَلا تَخۡتِمۡ عَلَيۡنَا يَا اللهُ بِسُوءِ الۡخَاتِمَةِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ، سُبۡحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَالسَّلَامُ عَلَى الۡمُرۡسَلِينَ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Alḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘Amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbanā Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Li Jalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhonik. Allāhumma Ṣolli ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Fil-Awwalīn Wal-Ākhirīn, Wasallim, Wa Raḍiya Allāhu Ta‘Ālā ‘An Sādātinā Aṣḥābi Sayyidinā Rasūlillāhi Ajma‘Īn. Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Waḥshurnā Bil-Īmān, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma‘Al-Īmān, Birahmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn. Allāhumma A‘Inna ‘Alā Dhikrika Wa Shukrika Wa Ḥusni ‘Ibādatik. Allāhumma Innā Nas’alukal-Hudā WaTtuqā Wal-‘Afāfa Wal-Ghinā. Allāhumma Taqabbal Minnā Ṣolātanā Tammah, Waghfir Lanā DhunūBanā ‘Ammah, Wa Lā Tu‘Aḍḍibnā Ilā Yawmil-Qiāmah, Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Allāhummaghfir Lanā DhunūBanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣoghīra. Allāhumma Aḥyinā Biḥayātil-‘Ulamā’, Wa Amitnā BimawTish-Shuhadā’, Waḥshurnā Fī Zumratil-Awliyā’, Wa Adkhilnal-Jannata Ma‘Al-Anbiyā’ ‘Alayhimus-Ṣolātu Was-Salām. Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba‘Da Idh Hadaytanā Wa HabLanā Min Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb. Rabbanā-Ghfir Lanā Dhunūbanā Wa Isrāfanā Fī Amrinā Wa Thabbit AqdāManā, Wanṣurnā ‘Alāl-Qawmil-Kāfirīn. Rabbanā Faghfir Lanā DhunūBanā Wa Kaffir ‘Annā Sayyi’ātinā Wa Tawaffanā Ma‘Al-Abrār. Allāhumma Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah Wa Qinā ‘Adhāban-Nār. Allāhummakhtim Lanā Yā Allāhu Biḥusnil-Khātimah Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Yā Allāhu Bis-Sū’iL-Khātimah. WaṢollāllāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Was-Salāmu ‘Alāl-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan pujian yang menyamai nikmatNya dan menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian sebagaimana yang layak dengan keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, meliputi golongan terdahulu dan terkemudian, dan kurniakanlah keselamatan kepadanya. Semoga keredaan Allah dilimpahkan kepada pemimpin-pemimpin kami daripada kalangan seluruh sahabat Rasulullah. Ya Allah, hidupkanlah kami bersama iman, himpunkanlah kami bersama iman, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman, dengan limpah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Paling Mengasihani antara segala yang mengasihani. Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan beribadah kepadaMu dengan sebaik-baiknya. Ya Allah, kami memohon daripadaMu petunjuk, ketakwaan, kehormatan diri dan kecukupan. Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya dan ampunkanlah seluruh dosa kami. Janganlah Engkau menyeksa kami walau hingga tibanya hari kiamat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa ibu bapa kami, serta rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami dengan baik sejak kecil. Ya Allah, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan para ulama, matikanlah kami sebagaimana kematian para syuhada, himpunkanlah kami dalam golongan para wali, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para nabi. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami; berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami serta keterlanjuran kami dalam segala urusan; teguhkanlah pendirian kami dan bantulah kami menghadapi golongan kafir. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskanlah kejahatan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta selamatkanlah kami daripada api neraka. Ya Allah, akhirilah ajal kami dengan pengakhiran yang baik, dan janganlah Engkau akhiri hidup kami, ya Allah, dengan pengakhiran yang buruk. Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan Yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas sekalian rasul, dan segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Selepas Solat Ketiga

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِ الۡمُرۡسَلِينَ وَإِمَامِ الۡمُتَّقِينَ، وَعَلَى آلِهِ أَهۡلِ بَيۡتِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡأَلُكَ سَلَامَةً فِي الدِّينِ وَعَافِيَةً فِي الۡجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِي الۡعِلۡمِ وَبَرَكَةً فِي الرِّزۡقِ، وَتَوۡبَةً قَبۡلَ الۡمَوۡتِ وَرَحۡمَةً عِنۡدَ الۡمَوۡتِ، وَمَغۡفِرَةً بَعۡدَ الۡمَوۡتِ. اللَّهُمَّ هَوِّنۡ عَلَيۡنَا فِي سَكَرَاتِ الۡمَوۡتِ، وَالنَّجَاةِ مِنَ النَّارِ وَالۡعَفۡوَ عِنۡدَ الۡحِسَابِ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِنۡ لَدُنۡكَ رَحۡمَةً، إِنَّكَ أَنۡتَ الۡوَهَّابُ. اللَّهُمَّ أَحۡيِنَا بِالۡإِيمَانِ، وَأَمِتۡنَا بِالۡإِيمَانِ، وَأَدۡخِلۡنَا الۡجَنَّةَ مَعَ الۡإِيمَانِ. اللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيۡنَا وَارۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا. اللَّهُمَّ اخۡتِمۡ لَنَا بِحُسۡنِ الۡخَاتِمَةِ، وَلا تَخۡتِمۡ عَلَيۡنَا بِسُوءِ الۡخَاتِمَةِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الۡآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidil-Mursalīn Wa Imāmil-Muttaqīn, Wa ‘Alā Ālihi Ahli Baytihi Waṣsah bihī Ajma’īn. Allāhumma Innā Nas’aluka Salāmatan Fīd-Dīn, Wa ‘Āfiyatan Fil-Jasad, Wa Ziyādatan Fil-‘ilm, Wa Barakatan Fir-Rizq, Wa Tawbatan Qablal-Mawt, Wa Raḥmatan ‘Indal-Mawt, Wa Maghfiratan Ba’dal-Mawt. Allāhumma Hawwin ‘Alaynā Fī Sakarātil-Mawt, Wan-Najā’ati Minan-Nār, Wal-‘Afwa ‘indal-Ḥisāb. Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba’da Izh Hadaytanā Wa Hab Lanā Min Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb. Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Wa Amitnā Bil-Īmān, Wa Adkhilnāl-Jannata Ma’al-Īmān. Allāhummaghfir Lanā DzunūBanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣoghīrā. Allāhummakh-tim Lanā Biḥusnil-Khātimah, Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Bis-Sū’il-Khātimah. Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah, Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah, Wa Qinā ‘Azāban-Nār. Waṣollallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin, Wa ‘Alā Ālihi Waṣahbihī Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam ke atas penghulu sekalian rasul dan ikutan orang-orang yang bertakwa (Nabi Muhammad), juga ke atas keluarga dan seluruh sahabatnya. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripadaMu keselamatan dalam agama, kesihatan tubuh badan, pertambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum kematian, rahmat ketika kematian, dan keampunan selepas kematian. Ya Allah! Ringankanlah bagi kami saat sakaratul maut, bebaskanlah kami daripada api neraka, dan kurniakanlah kemaafan ketika perhitungan (hisab) dijalankan. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami; berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemberi. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami; kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil. Ya Allah! Tutuplah umur kami dengan pengakhiran yang baik, dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan pengakhiran yang buruk. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta seluruh keluarga dan para sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Doa Selepas Solat Keempat

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ اَلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشۡرَفِ الۡمُرۡسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَحۡيِنَا بِالۡإِيمَانِ، وَأَمِتۡنَا بِالۡإِيمَانِ، وَأَدۡخِلۡنَا الۡجَنَّةَ مَعَ الۡإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيۡنَا وَارۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا. اللَّهُمَّ اخۡتِمۡ لَنَا بِحُسۡنِ الۡخَاتِمَةِ، وَلا تَخۡتِمۡ عَلَيۡنَا بِسُوءِ الۡخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِنۡ لَدُنۡكَ رَحۡمَةً إِنَّكَ أَنۡتَ الۡوَهَّابُ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الۡآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ashraf il-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn. Allāhumma Aḥyinā Bil-Īmān, Wa Amitnā Bil-Īmān, Wa Adkhillanāl-Jannata Ma‘Al-Īmān, Allāhummaghfir Lanā Dzunūbanā Wa Liwālidaynā Warḥamhumā Kamā Rabbayānā Ṣaghīrā. Allāhummakhtim Lanā Biḥusnil-Khātimah, Wa Lā Takhtim ‘Alaynā Bisū’il-Khātimah, Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba‘Da Iż Hadaytanā Wa Hab Lanā Min Ladunka Raḥmatan Innaka Antal-Wahhāb. Rabbanā Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanataw Wa Fil-Ākhirati Ḥasanataw Wa Qinā ‘Adzāban-Nār, Waṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, semulia-mulia pesuruhNya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Ya Allah! Ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami; kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan pengakhiran yang baik, dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan pengakhiran yang buruk. Ya Allah! Janganlah Engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami; anugerahkanlah kami rahmat, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta seluruh keluarga dan para sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir seluruh alam.

Doa Selepas Solat Kelima

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡتَحۡفِظُكَ وَنَسۡتَوۡدِعُكَ دِينَنَا وَأَهۡلِنَا وَكُلِّ شَيۡءٍ أَعۡطَيۡتَنَا، اللَّهُمَّ اجۡعَلۡنَا وَإِيَّاهُمۡ فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَجَوَارِكَ مِنۡ كُلِّ شَيۡطَانٍ مَرِيضٍ وَجَبَّارٍ عَنِيدٍ وَذِي عَيۡنٍ وَذِي بَغۡيٍ وَذِي حَسَدٍ وَذِي كُلِّ شَرٍّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. اللَّهُمَّ أَصۡلِحۡ ذَاتَ بَيۡنِنَا وَأَلِّفۡ بَيۡنَ قُلُوبِنَا وَاهۡدِنَا صُبُلَ السَّلَامِ وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَجَنِّبۡنَا الۡفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ، اللَّهُمَّ بَارِكۡ لَنَا فِي أَسۡمَاعِنَا وَأَبۡصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبۡ عَلَيۡنَا إِنَّكَ أَنۡتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، وَاجۡعَلۡنَا شَاكِرِينَ لِنِعۡمَتِكَ مُسۡنِينَ بِهَا قَابِلِينَ لَهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيۡنَا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الۡآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، سُبۡحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَالسَّلَامُ عَلَى الۡمُرۡسَلِينَ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn. Allāhumma Innā Nastaḥfiẓuka Wanastawdi‘Uka Dīnanā Wa Ahlinā Wa Kulli Shay’in A‘Ṭaytanā, Allāhumma Ij‘Alnā Wa Iyyāhum Fī Kanafika Wa Amānika Wa Jawārika Min Kulli Shayṭānin Marīḍin Wa Jabbārin ‘Anīdin Wa Zi Aynin Wa Zi Baghyin Wa Zi Ḥasadin Wa Zi Kulli Sharrin Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Allāhumma Aṣliḥ Dzāta Bayninā Wa Allif Bayna Qulūbinā Waihdinā Ṣubul As-Salām Wanajjinā Minaẓ-Ẓulumāti Ilān-Nūri Wajanibnāl-Fawāḥisha Mā Ḏahara Minhā Wa Mā Baṭan, Allāhumma Bārik Lanā Fī Asmā‘Inā Wa Abṣārinā Wa Qulūbinā Wa Azwājinā Wa Dhurriyyātinā Wa Tub ‘Alaynā Innaka Antat-Tawwābur Raḥīm, Waj‘Alnā Shākirīn Li Ni‘Matika Musnīn Bihā Qābilīn Lahā Wa Atmimhā ‘Alaynā. Rabbanā Ātinā Fīd-Dunyā Ḥasanatan Wa Fil-Ākhirati Ḥasanatan Wa Qinā ‘Adhāban-Nār, Waṣalli Allāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn, Was-Salāmu ‘Alal-Mursalīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memerintah sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, semulia-mulia Nabi dan Rasul, serta ke atas seluruh keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon agar Engkau memelihara kami. KepadaMulah kami amanahkan agama kami, ahli keluarga kami dan harta benda kami. Ya Allah, letakkanlah kami dan mereka semua di bawah pemeliharaan, perlindungan, keamanan dan penjagaanMu daripada segala syaitan, daripada pandangan mata yang berhasad dengki, dan daripada setiap pemilik kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.

Ya Allah, baikilah hubungan sesama kami, lembutkanlah hati-hati kami antara satu sama lain, tunjukkanlah kami jalan keselamatan, keluarkanlah kami daripada kegelapan menuju cahaya, dan jauhkanlah kami daripada segala kejahatan, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Ya Allah, berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri kami dan zuriat keturunan kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami hamba yang bersyukur atas segala nikmatMu, yang memuji atas nikmat kurniaanMu, dan sempurnakanlah nikmatMu ke atas kami.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka. Rahmat Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan seluruh para sahabat. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang memiliki sifat kemuliaan, daripada segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera ke atas sekalian Rasul, dan segala puji semata-mata untuk Allah yang memerintah sekalian alam.

Doa Solat Abu Darda

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَنۡتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنۡتَ، عَلَيۡكَ تَوَكَّلۡتُ، وَأَنۡتَ رَبُّ الۡعَرۡشِ الۡعَظِيمِ. مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمۡ يَشَأۡ لَمۡ يَكُنۡ، لَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الۡعَظِيمِ، أَعۡلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللهَ قَدۡ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيۡءٍ عِلۡمًا. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنۡ شَرِّ نَفۡسِي، وَمِنۡ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنۡتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسۡتَقِيمٍ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Raḥmānir Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Ajma‘Īn. Allāhumma Anta Rabbī Lā Ilāha Illā Anta, ‘Alaika Tawakkaltu, Wa Anta Rabbul-‘Arshil-‘Aẓīm. Mā Shā’a Allāhu Kāna Wa Mā Lam Yasha’ Lam Yakun, Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aẓīm, A‘Lamu Anna Allāha ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Anna Allāha Qad Aḥāṭa Bi Kulli Shay’in ‘Ilman. Allāhumma Innī A‘Ūdhu Bika Min Sharri Nafsī, Wa Min Sharri Kulli Dābbatin Anta Ākhiḍhun Bināṣiyatihā, Inna Rabbī ‘Alā Ṣirāṭim Mustaqīm. Waṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Wa ‘Alā Ālihi Waṣ-Ḥabihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul, dan (selawat serta salam ini juga dicurahkan) ke atas ahli keluarga Baginda serta seluruh para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku; tiada tuhan (yang layak disembah melainkan Engkau). Hanya kepadaMu aku bertawakal, dan Engkaulah Tuhan bagi ‘Arasy yang agung. Apa sahaja yang Allah kehendaki pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan terjadi. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku yakin bahawa Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu, dan bahawa ilmu Allah meliputi segala perkara. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku sendiri dan kejahatan setiap makhluk melata yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu (Engkau berkuasa ke atas setiap satunya). Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Semoga Allah mencurahkan selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka). Segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Riwayat Doa Ini

Abu Darda’, seorang sahabat Rasulullah SAW yang masyhur sebagai ahli ibadah, mengamalkan doa ini pada setiap kali selepas Subuh dan Maghrib.

Tujuan doa ini ialah memohon perlindungan dan keselamatan daripada Allah SWT untuk dirinya, ahli keluarganya dan harta bendanya, daripada gangguan serta kejahatan jin, syaitan, haiwan dan manusia.

Diriwayatkan bahawa doa yang diamalkan beliau ini diperoleh daripada Rasulullah SAW sendiri.

Doa Solat Memohon Keselamatan Dari Wabak Penyakit

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ اَلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الۡبَرَصِ وَالۡجُنُونِ، وَالۡجُذَامِ، وَمِنۡ سَيِّئِ الۡأَسۡقَامِ. اللَّهُمَّ ادۡفَعۡ عَنَّا الۡبَلَاءَ وَالۡغَلَاءَ وَالۡوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالۡفَحۡشَاءَ وَالۡمُنۡكَرۡ وَالۡبَغۡيَ وَالسُّوءَ الۡمُخۡتَلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالۡمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَ مِنۡ بَلَدِنَا وَقَرۡيَتِنَا هَذِهِ خَآصَّةً وَمِنۡ بُلۡدَانِ الۡمُسۡلِمِينَ كَآفَّةً عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ. تَحَصَّنَّا بِذِى الۡعِزَّةِ وَالۡجَبَرُوتِ وَاعۡتَصَمۡنَا بِرَبِّ الۡمَلَكُوتۡ وَتَوَكَّلۡنَا عَلَى الۡحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ، اَللَّهُمَّ اصۡرِفۡ عَنَّا هَذَا الۡوَبَاءَ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى، وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعۡنِ وَالطَّاعُونِ وَالۡبَلَاءِ بِلُطۡفِكَ يَا لَطِيفُ، يَا خَبِيرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin, Ashrafil-Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa ‘Alā Ālihī Wa Ṣaḥbihī Ajma‘Īn. Allāhumma Innī A‘Ūdzu Bika Minal-Barasi, Wal-Junūn, Wal-Juḍzām, Wa Min Sayyi’il-Asqām. Allāhummadfa‘ ‘Annāl-Balā’a, Wal-Ghalā’, Wal-Wabā’, Wat-Ṭā‘Ūn, Wal-Faḥshā’a, Wal-Munkar, Wal-Baghya, Was-Sū’il-Mukhtalif, Wash-Shadā’id, Wal-Miḥan, Mā Ḏzahara Minhā Wa Mā Baṭan Min Baladinā Wa Qaryatinā Hādzihi Khāṣṣah, Wa Min Buldānil-Muslimīn Kāffah ‘Āmmah. Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr Wa Bil-Ijābati Jadīr. Taḥaṣṣannā Bi Dzīl-‘Izzati Wal-Jabarūt, Wa‘Tasamnā Bi Rabbil-Malakūt, Wa Tawakkalnā ‘Alāl-Ḥayyi Allazhī Lā Yamūt. Allāhummaṣrif ‘Annā Hāḏzal-Wabā’, Wa Qinā Sharrar-Radā’, Wa Najjinā Minal-Ṭa‘Ni Wat-Ta’un Wal-Balā’i Bi Luṭfika Yā Laṭīf, Yā Khabīr. Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Wa Ṣollāllāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihī Wa Ṣoḥbihī Wa Sallam. Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.

Maksud Doa

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul, serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

“Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang buruk.”

Ya Allah! Hindarkanlah kami daripada bala bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perbuatan keji dan mungkar, serta segala kesukaran dan ujian, sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khasnya, dan seluruh negara umat Islam amnya, daripada segala bencana itu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala-galanya, dan Engkau jualah yang paling layak memperkenankan.

Aku berlindung dengan Allah, Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa dan pemilik kekuasaan mutlak. Aku berpegang teguh kepada Allah, Tuhan yang memiliki kerajaan yang Maha Agung, dan aku menyerahkan diri kepada Allah Yang Maha Hidup dan tidak akan mati.

Ya Allah! Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak yang melanda ini, peliharalah kami daripada segala kejahatan yang membinasakan, dan selamatkanlah kami daripada segala fitnah, penyakit taun serta setiap bala yang mendatang, dengan sifat lemah lembutMu ya Allah, Tuhan Yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan Yang Maha Halus PengetahuanNya; Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam semesta.

Doa Solat Memohon Kemenangan Islam di Palestin (Dan Negara Islam Lain)

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمَنِ الرَّحِيمِ الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَعِزَّ الۡإِسۡلَامَ وَالۡمُسۡلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرۡكَ وَالۡمُشۡرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالۡمُنَافِقِينَ، وَالظُّلۡمَ وَالظَّالِمِينَ وَدَمِّرۡ أَعۡدَاءَ الدِّينِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَجۡعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعۡدَائِنَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنۡ شُرُورِهِمۡ، اللَّهُمَّ رُدَّ كَيۡدَهُمۡ عَلَى نُحُورِهِمۡ. اللَّهُمَّ بَدِّدۡ شَمۡلَهُمۡ وَفَرِّقۡ جَمۡعَهُمۡ وَشَتِّتۡ كَلِمَتَهُمۡ وَزَلۡزِلۡ أَقۡدَامَهُمۡ وَقَلِّلۡ عَدَدَهُمۡ وَسِلَاحَهُمۡ وَسَلِّطۡ عَلَيۡهِمۡ كَلۡبًا مِنۡ كِلَابِكَ. اللَّهُمَّ انۡصُرۡ إِخۡوَانَنَا الۡمُجَاهِدِينَ وَالۡمُسۡتَضۡعَفِينَ فِي فِلِسۡطِينَ، وَفِي غَزَّةَ، وَفِي الۡعِرَاقِ، وَفِي سُورِيَا، وَفِي كَشۡمِيرَ، وَفِي كُلِّ مَكَانٍ. اللَّهُمَّ قَوِّيۡ عَزَائِمَهُمۡ، وَاجۡمَعۡ كَلِمَتَهُمۡ، وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَهُمۡ، وَانۡصُرۡهُمۡ عَلَى أَعۡدَائِهِمۡ. رَبَّنَا ظَلَمۡنَا أَنۡفُسَنَا وَإِنۡ لَمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الۡخَاسِرِينَ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِنۡ لَدُنۡكَ رَحۡمَةً إِنَّكَ أَنۡتَ الۡوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ وَاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي الۡآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Transliterasi Rumi

Bismillāhir Rahmānir Rahīm. Al-Hamdu Lillāhi Rabbil ‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Waṣ-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Ashrafil Anbiyā’i Wal-Mursalīn, Wa’alā Ālihi Waṣaḥbihi Ajma’īn. Allāhumma A’izza Al-Islām Wal-Muslimīn, Wa Adhillash-Shirk Wal-Mushrikīn, Wan-Nifāq Wal-Munāfiqīn, Wal-Ẓulm Wal-Ẓālimīn Wa Dammir A’dā’ ad-Dīn. Allāhumma Innā Naj’aluka Fī Nuḥūri A’dā’ inā Wa Na’ūdhu Bika Min Shurūrihim, Allāhumma Rudda Kaydahum ‘Alā Nuḥūrihim. Allāhumma Baddid ShamLahum Wa Farriq Jam’ahum Wa Shattit Kalimatahum Wa Zalzil Aqdāmahum Wa Qill ‘Adadahum Wa Silāḥahum Wa Salliṭ ‘Alayhim Kalban Min Kilābika. Allāhumma Anṣur Ikhwānanā Al-Mujāhidīn Wal-Mustaḍ’afīn Fī Falisṭīn, Wa Fī Ghazzah, Wa Fī Al-‘Irāq, Wa Fī Sūriyā, Wa Fī Kashmīr, Wa Fī Makān. Allāhumma Qawwi ‘Azā’imahum, Wajma’ Kalimatahum, Wathabbit Aqdāmahum, Wansurhum ‘Alā A’dā’ihim. Rabbanā Ẓalamnā Anfusanā Wa In Lam Taghfir Lanā Wa Tarḥamnā Lanakūnanna Min Al-Khāsirīn. Rabbanā Lā Tuzigh Qulūbanā Ba’da Idh Hadaytanā Wahab Lanā Min Ladunka Raḥmatan Innaka Antal-Wahhāb. Rabbanā Hab Lanā Min Azwājinā Wa Dzurriyyātinā Qurrata A’yunin Waj’alnā Lil-Muttaqīna Imāmā. Rabbanā Ātinā Fī Ad-Dunyā Ḥasanatan Wa Fī Al-Ākhirati Ḥasanatan Wa Qinā ‘Adhāban-Nār. Waṣallā Allāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Waṣaḥbihi Ajma’īn, Wal-Hamdu Lillāhi Rabbil ‘Ālamīn.

Maksud Doa

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; selawat serta salam ke atas junjungan kita Muhammad, semulia-mulia para nabi dan utusan, juga ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin; hinakanlah syirik dan kaum musyrikin, kemunafikan dan golongan munafik, kezaliman dan orang-orang yang zalim; serta binasakanlah musuh-musuh agama. Ya Allah, kepadaMu kami serahkan urusan kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, dan denganMu kami berlindung daripada kejahatan mereka. Ya Allah, kembalikanlah tipu daya mereka ke atas diri mereka sendiri. Ya Allah, pecahkanlah kesatuan mereka, pisahkanlah jemaah mereka, cerai-beraikanlah kata sepakat mereka, goncangkanlah tapak pijakan mereka, kurangkanlah bilangan dan senjata mereka, dan lepaskanlah ke atas mereka seekor anjing daripada anjing-anjingMu.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang berjuang dan yang ditindas di Palestin, di Gaza, di Iraq, di Syria, di Kashmir dan di setiap tempat. Ya Allah, kuatkanlah tekad mereka, satukanlah kata mereka, teguhkanlah pendirian mereka, dan menangkanlah mereka ke atas musuh-musuh mereka. Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri; sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami tergolong dalam kalangan orang yang rugi.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami, dan anugerahkanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa. Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab api neraka.

Dan semoga Allah melimpahkan selawat ke atas junjungan kita Muhammad, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya; dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa Ringkas Selepas Solat

Sekiranya masa anda terhad untuk berwirid dan berdoa, sekurang-kurangnya amalkanlah salah satu daripada doa-doa ringkas berikut

1

Dinukilkan daripada Sunan Abu Daud, daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang sahabat r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berbisik kepadanya, sabdanya:

Sesudah Solat Maghrib, bacalah:

اللَّهُمَّ أَجِرۡنِي مِنَ النَّارِ

Transliterasi Rumi

Allahumma Ajirnii Minan-nar (7 kali)

Maksud Doa

“Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali.

Sesungguhnya sekiranya engkau membacanya lalu engkau meninggal dunia pada malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Bacalah ia juga selepas solat subuh; sesungguhnya jika engkau membacanya lalu meninggal dunia pada hari itu, engkau pasti terpelihara daripada neraka (Riwayat Abu Daud)

2

Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a menceritakan bahawa selepas Rasulullah SAW menunaikan solat Maghrib, Baginda masuk ke rumah, kemudian bersolat dua rakaat dan membaca:

يَا مُقَلِّبَ الۡقُلُوبِ ثَبِّتۡ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

Transliterasi Rumi

Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana ‘Ala Diinik

Maksud Doa

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati dan penglihatan, teguhkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.

3

Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda dengan lafaz doa berikut:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ يُحۡيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ.

Transliterasi Rumi

Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir (10 kali)

Maksud Doa

“Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah semata-mata, tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

Hadis Nabi

Sesiapa yang membaca “Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah semata-mata, tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, nescaya Allah mengutuskan sepasukan malaikat bersenjata yang mengawalnya daripada syaitan hingga ke pagi. Allah juga mengurniakan kepadanya 10 pahala yang membawanya ke syurga, memadamkan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan tersebut menyamai nilai memerdekakan 10 orang hamba mukmin.

4

Doa meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحۡمَتِكَ أَسۡتَغِيثُ أَصۡلِحۡ لِي شَأۡنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلۡنِي إِلَى نَفۡسِي طَرۡفَةَ عَيۡنٍ.

Transliterasi Rumi

Yā Ḥayyū Yā Qayyūm, Bi-Raḥmatika Astaghīth, Aṣliḥ Lī Sha’nī Kullahu, Wa Lā Takilnī Ilā Nafsī Ṭarfata ‘Ayn.

Maksud Doa

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Kekal Abadi, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan; permudahkanlah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian walau sekelip mata pun.

Adab-Adab Dalam Berdoa

cover doa selepas solat 5

Adab dalam berdoa bermaksud tata cara, sikap dan tingkah laku yang perlu dipraktikkan ketika mengangkat doa dalam Islam, terutamanya menurut Mazhab Syafie. Adab-adab ini amat penting kerana ia melambangkan penghormatan serta keikhlasan seorang hamba kepada Allah SWT.

Beberapa adab dalam berdoa termasuklah

  1. Menghadap kiblat ketika berdoa, kerana arah kiblat itu simbolik kepada menghadap Kaabah, rumah suci yang menjadi tumpuan ibadah umat Islam seluruh dunia.
  2. Mengangkat kedua-dua belah tangan dengan penuh kesungguhan serta keyakinan bahawa Allah SWT mendengar permohonan hamba-Nya. Letakkan kedua-dua tapak tangan setentang dengan wajah.
  3. Membuka doa dengan pujian kepada Allah SWT, diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad SAW berserta ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
  4. Memohon perkara-perkara yang baik sahaja. Dahulukan permohonan keampunan dan keredaan Allah SWT sebelum menyatakan hajat-hajat lain. Doa boleh dilafazkan dalam apa jua bahasa; namun yang terbaik ialah mengamalkan doa yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang dianjurkan Rasulullah SAW, serta amalan para sahabat, para tabiin dan para ulama.
  5. Akhiri doa dengan selawat ke atas Rasulullah SAW serta pujian kepada Allah SWT.

Kesemua adab ini mencerminkan kesungguhan dan keikhlasan seseorang ketika berdoa, di samping memuliakan kedudukan Allah SWT sebagai Pencipta dan Pengurnia segala nikmat.

Adab-adab doa selepas solat

Kelebihan Doa Selepas Solat

Keistimewaan doa selepas solat yang paling utama ialah ia berada pada waktu yang paling mustajab untuk memanjatkan doa.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. bahawa beliau berkata:

قيل يا رسول الله أي الدعاء أسمع؟ قال: جوف الليل الأخير ودبر الصلاة المكتوبة

Maksudnya: “Rasulullah ﷺ pernah ditanya: Wahai Rasulullah, doa yang manakah paling didengari? Baginda menjawab: Doa pada penghujung tengah malam dan pada setiap belakang solat maktubah.” (Hadis Tirmizi — Status hadis ini adalah Hasan)

Doa yang “paling didengari” bermaksud doa yang paling mudah diperkenankan, manakala “di belakang solat maktubah” bererti setiap kali selesai menunaikan solat lima waktu.

Malah, dalam hadis riwayat Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah ﷺ pernah menegur seorang lelaki yang terburu-buru berdoa selepas solat tanpa didahului pujian kepada Allah dan selawat. Sabda Baginda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمۡ ، فَلۡيَبۡدَأۡ بِتَمۡجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيۡهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدۡعُو بَعۡدُ بِمَا شَاءَ

Maksudnya: “Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.” [Riwayat Abu Daud (1481)]

Kelebihan doa selepas solat

Terdapat banyak lagi hadis lain yang menjelaskan keutamaan berdoa selepas solat.

Secara ringkasnya kelebihan-kelebihan doa selepas solat adalah seperti berikut

  1. Waktu yang Mustajab: Detik sesudah menunaikan solat, khususnya solat fardhu, dikenali sebagai waktu yang mustajab (saat doa lebih mudah diperkenankan) berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan.
  2. Dekat dengan Allah: Solat merupakan antara ibadah terpenting dan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Sebaik selesai solat, rohani seorang Muslim berada pada tahap yang lebih tinggi, maka doa pada ketika ini diyakini berpeluang lebih besar untuk didengari dan diperkenankan Allah.
  3. Waktu Muhasabah Diri: Selesai solat, seseorang lazimnya merenung keadaan dirinya; doa menjadi saluran untuk memohon kekuatan, hidayah dan pertolongan Allah dalam mendepani cabaran hidup.
  4. Kesinambungan Ibadah: Meskipun solat sudah berakhir, doa selepasnya melanjutkan ibadah tersebut serta memelihara kesedaran terhadap kehadiran Allah, sekali gus memupuk sikap sentiasa mengingatiNya.
  5. Pengakuan Ketergantungan kepada Allah: Menerusi doa, seorang Muslim mengakui pergantungan sepenuhnya kepada Allah bagi segala keperluan, harapan dan cita-cita hidupnya, lalu menyuburkan iman dan rasa tawakkal.
  6. Memohon Keampunan: Selepas solat, seorang Muslim biasanya memohon ampun atas kesilapan yang mungkin dilakukan, sama ada disengajakan ataupun tidak.
  7. Mengharap Rahmat dan Keberkatan: Doa membuka ruang untuk memohon rahmat, keberkatan dan kebaikan daripada Allah, bukan sekadar untuk diri sendiri malah untuk keluarga dan sekalian umat manusia.

Hukum Doa Selepas Solat

Menurut mazhab Shafie, doa selepas solat bukanlah rukun mahupun perkara wajib; ia adalah amalan yang sangat disarankan (sunnah), dan waktunya diyakini termasuk dalam saat-saat mustajab untuk berdoa.

hukum doa selepas solat

Para ulama mazhab Shafie menganjurkan umat Islam berdoa sesudah menunaikan solat fardhu, kerana ketika itu seseorang berada dalam keadaan suci dan hampir kepada Allah.

Berkata Imam Nawawi :

فرع قد ذكرنا استحباب الذكر والدعاء للإمام والمأموم والمنفرد وهو مستحب عقب كل الصلوات بلا خلاف

Ertinya “Furu’ : Sungguhnya telah kami sebutkan disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang solat sendirian. Dan ia adalah disunatkan selepas setiap solat fardhu tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)

Penerangan

Imam Nawawi menerangkan bahawa berzikir dan berdoa itu disunatkan bagi imam, makmum, mahupun sesiapa yang bersolat secara bersendirian. Amalan ini digalakkan pada setiap kali selepas solat fardhu, dan perkara ini dipersetujui oleh seluruh ulama tanpa sebarang perselisihan pendapat.

Berkata Syeikh Abu Al-‘Abaas Al-Qurtubi Al-Maliki :

وقد اتفق مساق هذه الأحاديث والتي قبلها: على أن أدبار الصلوات أوقات فاضلة للدعاء والأذكار، يرتجى فيها القبول

Ertinya : “Dan sungguhnya telah sepakat ulamak tentang hadis-hadis ini atas bahawa tiap selepas solat fardhu adalah waktu yang afdhal bagi berdoa dan berzikir yang diharapkan pada waktu ini akan perkenankan.” (Kitab Al-Mufhim alal Muslim)

Penerangan

Syeikh Abu Al-‘Abbas Al-Qurtubi daripada mazhab Maliki menegaskan bahawa saat sesudah solat fardhu ialah waktu yang amat baik untuk berdoa dan berzikir; pada waktu inilah doa dan zikir sangat diharap akan diterima.

Berkata Syeikh Hasan ‘Amar Al-Hanafi :

ثم يدعون لأنفسهم وللمسلمين.

Ertinya : “Kemudian dari berzikir itu para imam berdoa untuk diri mereka dan untuk sekelian orang Islam.” (Kitab Maraqil Falah)

Maknanya, imam melafazkan doa untuk dirinya dan para jemaah, manakala jemaah pula mengaminkan doa imam itu.

Penerangan

Syeikh Hasan ‘Amar daripada mazhab Hanafi menjelaskan pula bahawa sesudah berzikir, para imam sewajarnya berdoa untuk kebaikan diri mereka dan seluruh umat Islam. Dengan erti kata lain, imam disunatkan membacakan doa bagi dirinya serta semua jemaah, dan jemaah yang hadir mengaminkan doa yang dilafazkan imam berkenaan.

Hukum doa selepas solat

Hukum Berdoa Secara Berjemaah

Doa secara berjemaah bermaksud seorang daripada satu kumpulan melafazkan doa sementara ahli yang lain mengaminkannya.

Diriwayatkan daripada Habib bin Maslamah Al-Fihri r.a. bahawa beliau berkata :

لَا يَجۡتَمِعُ مَلَأٌ فَيَدۡعُو بَعۡضُهُمۡ وَيُؤَمِّنُ بَعۡضُهُمۡ إِلَّا أَجَابَهُمُ اللَّهِ تَعَالَى

Ertinya : “Telah mendengar olehku akan Rasulullah saw bersabda : Tidaklah berkumpul satu kumpulan manusia lalu berdoa sebahagian mereka manakala sebahagian yang lain mengaminkannya melainkan pasti Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Al-Hakim)

Hadis ini jelas menunjukkan Rasulullah saw menggalakkan doa ketika berada dalam kumpulan, iaitu seorang membacakan doa dan yang selebihnya mengaminkan doa itu.

Oleh sebab hadis ini tidak menghadkan masa mahupun tempat doa itu dibaca, maka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pun ia tetap tergolong dalam kelebihan yang dijanjikan hadis tersebut.

Justeru, termasuk dalamnya ialah berdoa selepas selesai solat berjemaah lima waktu, iaitu imam membacakan doa dan para jemaah mengaminkannya.

Diriwayatkan daripada Imam At-Tobari, daripada Ja’far bin Muhammad As-Sadiq yang berkata :

الدُّعَاءُ بَعۡدَ الۡمَكۡتُوبَةِ أَفۡضَلُ مِنَ الدُّعَاءِ بَعۡدَ النَّافِلَةِ كَفَضۡلِ الۡمَكۡتُوبَةِ عَلَى النَّافِلَةِ

Berdoa sesudah solat fardhu adalah lebih utama berbanding berdoa sesudah solat sunat, sebagaimana keutamaan solat fardhu ke atas solat sunat. (Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari)

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

أي المكتوبة وفي هذه الترجمة رد على من زعم أن الدعاء بعد الصلاة لا يشرع

Maksudnya ialah berdoa selepas solat fardhu, dan pada terjemahan ini terkandung penolakan terhadap pandangan yang mendakwa doa selepas solat fardhu lima waktu itu tidak disyariatkan. (Fathul Baari)

Kesimpulannya, berdoa selepas solat fardhu merupakan amalan yang dianjurkan dan mempunyai keutamaannya yang tersendiri, berpandukan ajaran serta huraian para ulama menerusi hadis-hadis di atas

Adakah Doa Selepas Solat Merupakan Amalan Bidaah?

Zikir dan wirid selepas solat adalah dibenarkan dan tidak terhitung sebagai bidaah. Amalan berzikir atau berwirid — sama ada bersendirian atau berjemaah, panjang mahupun ringkas — adalah harus, dan tiada sebarang dalil yang melarangnya.

Para ulama bersepakat bahawa zikir menambahkan pahala dan ia amalan yang baik untuk dilakukan. Darul Iftar Mesir turut menegaskan bahawa berzikir secara berjemaah ialah perbuatan yang dituntut agama; sesiapa yang melabelkannya sebagai bidaah sebenarnya menyempitkan perkara yang telah diberi keluasan oleh agama Islam yang mulia.

Ringkasnya, zikir dan wirid selepas solat ialah amalan yang disunatkan dan boleh diamalkan mengikut kecenderungan masing-masing, sama ada secara berjemaah ataupun bersendirian, dan tiada ulama yang melarang amalan ini

Asal Usul Zikir & Doa Selepas Solat

Asal Usul Zikir & Doa Selepas Solat

Zikir selepas solat (al-Awrad al-Qusyasyiyyah) yang lazim diamalkan masyarakat Islam di Nusantara merupakan susunan Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi, seorang tokoh yang dilahirkan di Madinah pada kurun ke-11 Hijrah/17 Masihi.

Wirid ini turut digelar al-Awrad al-Madaniyyah memandangkan ia disusun berasaskan amalan penduduk Madinah bersama Nabi Muhammad ﷺ.

Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi, yang juga dikenali dengan nama Sofiyyuddin (991-1071H/1583-1661M), ialah seorang ulama yang mahir dalam bidang fiqh dan tasawuf.

Beliau memulakan pengajiannya bersama ayahnya di Yaman pada tahun 1602. Pada awalnya beliau berpegang dengan mazhab Maliki, sebelum berpindah kepada mazhab Syafi’e. Sekembalinya ke Madinah, beliau dilantik menjadi mufti bagi kedua-dua mazhab tersebut.

Sepanjang hayatnya, beliau mengarang melebihi 70 buah kitab, sebahagian besarnya berkisar tentang tasawuf; antara karyanya yang termasyhur ialah “شرح الـحكم العطائيه” dan “السمط الـمجيد في شأن البيعة والذكر وتلقينه وسلاسل اهل التوحيد”.

Syeikh Ahmad meninggal dunia di Madinah pada 19 Zulhijah 1071H, bersamaan 14 Ogos 1661M.

Dalam karyanya Bidayah al-Hidayah, Imam al-Ghazali menganjurkan umat Islam mengamalkan wirid-wirid yang terbaik selepas solat, sepertimana yang disusun oleh Syeikh Abdul Rauf, anak murid Syeikh Ahmad al-Qusyasyi, di dalam kitabnya Uddatul Muhtajin. Wirid-wirid ini turut menjadi amalan ramai penduduk Madinah yang berzikir bersama Rasulullah ﷺ selepas solat.

Antara anak murid beliau yang terkenal dari Asia Tenggara termasuklah Abdur Rauf Singkel dari Aceh, Abdul Muhyi Pamijahan dari Jawa Barat, Yusuf al-Makassari dari Sulawesi Selatan, dan Abdul Malik bin Abdullah dari Terengganu.

Wirid-wirid berkenaan boleh ditemui dalam kitab Hidayah as-Salikin karangan Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi, dan juga dalam Kitab Bekalan Akhirat tulisan Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari.

Kepentingan Berdoa Kepada Allah

Antara nama Allah yang baik lagi indah ialah al-Sami’, bermaksud Allah Maha Mendengar segala rintihan, aduan, kegusaran dan luahan hati hamba-hambaNya pada setiap masa, di setiap tempat dan dalam setiap keadaan.

Selain tangisan hambaNya yang bertaubat, antara suara yang paling dicintai Allah ialah doa daripada hambaNya yang memohon. Allah sentiasa setia mendengar rintihan hamba-hambaNya, umpama seorang kekasih.

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. — Surah Ghafir ayat 60

Sesiapa yang enggan berdoa boleh dianggap bersikap sombong terhadap Allah, seolah-olah dia tidak mengiktiraf sifat kehambaannya yang serba rendah, miskin, jahil dan hina.

Justeru, berdoalah. Doa itu bukti sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.

Sebagai hamba, kita memerlukan Allah melebihi segala-galanya dalam kehidupan ini.

Wallahu a’lam.

Sebarang kekurangan dalam panduan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda

Nota Penerangan

  1. Daripada Yasar RA katanya: “Sesiapa yang beristighfar dengan lafaz [seperti yang diatas (no.1)] nescaya diampunkan segala dosanya, sekalipun antara dosanya itu ialah melarikan diri dari medan perang” (Riwayat Imam Tirmizi).

Daripada Muaz bin Jabal RA katanya: “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang beristighfar tiga kali selepas Solat Subuh dan Asar dengan lafaz [seperti yang di atas] nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan” ↩︎

  1. Daripada Abu Zar RA katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berzikir selepas solat Subuh sebanyak sepuluh kali dengan lafaz [seperti di atas], dalam keadaan kedua-dua kakinya masih berlipat dan dia belum berkata-kata, nescaya dicatatkan untuknya sepuluh kebajikan, dipadamkan daripadanya sepuluh kejahatan dan diangkat kedudukannya sepuluh darjat. Pada hari itu dia terpelihara daripada setiap perkara yang dibencinya serta daripada gangguan syaitan. Tiada juga dosa yang dicatat ke atasnya pada hari itu, melainkan dosa syirik kepada Allah SWT.” (Riwayat Imam Tirmizi)

Daripada Umarah bin Syabib katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang berzikir selepas solat Maghrib dengan zikir ‘seperti di atas’ sebanyak sepuluh kali, nescaya Allah SWT mengutuskan baginya seorang malaikat yang sentiasa mengawalnya daripada gangguan syaitan yang direjam sehingga waktu pagi; dicatatkan baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan sepuluh kejahatan yang boleh membinasakannya, dan diberi pahala seumpama memerdekakan sepuluh orang hamba perempuan yang mukminah’” (Riwayat Imam Tirmizi dan an-Nasa’i) ↩︎

  1. Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ sabdanya: ‘Tidaklah seseorang hamba memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tujuh kali melainkan neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon perlindungan dengan-Mu daripadaku, maka lindungilah dirinya.’ (Demikian juga) tidaklah seseorang hamba memohon kepada Allah balasan syurga sebanyak tujuh kali melainkan syurga akan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu si fulan telah memohon untuk memasukiku, maka masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu” (Riwayat Imam Abu Ya’la)

Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, nescaya syurga akan berkata: Wahai Tuhanku, masukkanlah orang ini ke dalam syurga-Mu. Dan sesiapa yang memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada azab api neraka sebanyak tiga kali, nescaya neraka akan berkata: Wahai Tuhanku, peliharalah orang ini daripada kepedihan azab api neraka-Mu.” (Riwayat Imam al-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim) ↩︎

  1. Daripada Thauban RA katanya: “Rasulullah ﷺ, setiap kali selesai solat fardu, akan beristighfar sebanyak tiga kali. Selepas itu Baginda ﷺ berzikir dengan menyebut [seperti zikir di atas] (dengan sedikit tambahan).” (Riwayat Imam Muslim)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin dan Bidayatul Hidayah menyebut: “Apabila kamu selesai mengerjakan solat, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya, kemudian berzikirlah dengan lafaz [seperti zikir di atas].” ↩︎

  1. Daripada Asma’ binti Yazid, bahawa sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda: “Nama Allah SWT Yang Maha Agung terkandung dalam dua ayat al-Quran, iaitu (pertama) [ayat di atas] dan (kedua) pada permulaan surah Ali ‘Imran” (Riwayat Ashabu al-Sunan kecuali al-Nasa’i) ↩︎
  2. Daripada Abu Umamah RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesiapa yang membaca ayat kursi pada setiap kali selepas solat fardu, tiada apa pun yang menghalangnya daripada memasuki syurga kecuali kematian” (Riwayat Imam al-Nasa’I dan Ibnu Hibban). ↩︎
  3. Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA katanya: “Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya Allah SWT telah menulis sebuah kitab dan menurunkan daripadanya dua ayat yang menjadi penutup surah al-Baqarah. Tidaklah kedua-dua ayat ini dibacakan di sesuatu tempat melainkan syaitan akan menjauhinya selama tiga malam’.” (Riwayat Imam al-Hakim) ↩︎
  4. Daripada Uqbah bin Amir RA katanya: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: ‘Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas ialah tiga surah yang digunakan manusia untuk memohon perlindungan dengan Allah SWT. Sesungguhnya manusia tidak mampu memohon perlindungan dengan Allah SWT (tanpa perantaraan) sebagaimana melalui ketiga-tiga surah ini. Bacalah surah-surah al-Mu’awwizaat ini pada setiap kali selepas solat lima waktu. Lalu Rasulullah ﷺ pun menyebutkan surah-surah al-Mu’awizaat itu.” (Riwayat Asabu al-Sunan).

Daripada Uqbah bin Amir katanya: “Rasulullah ﷺ memerintahkan aku supaya membaca surah-surah al-Mu’awizaat pada setiap kali selesai solat lima waktu. (Riwayat Imam Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’, Ibnu Hibban dan al-Hakim) ↩︎

  1. Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah ﷺ, sabda Baginda: “Sesiapa yang bertasbih 33 kali selepas setiap solat, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali — kesemuanya berjumlah 99 kali — lalu dia menggenapkan bilangan yang keseratus dengan menyebut:
لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡـمُلۡكُ وَلَهُ الۡـحَمۡدُ يُـحۡيِي وَيُـمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ

Nescaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya, sekalipun dosa itu sebanyak buih-buih di lautan.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Abdullah bin Amru RA katanya: “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Ada dua amalan yang tidaklah seorang lelaki Muslim istiqamah mengerjakannya melainkan dia akan masuk syurga. Kedua-duanya mudah diamalkan, namun hanya sedikit yang melakukannya. (Amalan itu ialah) bertasbih kepada Allah SWT sepuluh kali pada setiap kali selepas solat fardu, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali.”

Abdullah menambah: “Sesungguhnya aku melihat Rasulullah ﷺ menghitung zikir-zikir itu dengan jari-jari Baginda sambil bersabda: ‘Tasbih, Tahmid dan Takbir yang dilafazkan dengan lidah selepas solat lima waktu berjumlah 150 kesemuanya, tetapi pada timbangan amal di sisi Allah SWT ia bernilai 1500 pahala. Apabila kamu berada di tempat tidur, bertasbihlah, bertakbirlah dan bertahmidlah sebanyak 100 kali; 100 kali itu ialah sebutan lidah, namun pada timbangan amalnya ia bernilai 1000 pahala. Siapakah dalam kalangan kamu yang melakukan maksiat sehingga 2500 kali dalam sehari semalam.”

Para sahabat lantas bertanya: ‘Bagaimanakah seseorang itu boleh gagal memelihara amalan tersebut?’ Rasulullah ﷺ menjawab: ‘Ketika lelaki itu sedang solat, syaitan datang menggodanya dengan mengganggu fikirannya sambil berbisik: ‘Cuba ingat itu! Cuba ingat ini!’ (Iblis terus-menerus melalaikan dan menggodanya dengan bisikan sebegitu) hinggalah dia selesai solat. (Akibat gangguan itu) mungkin sahaja lelaki tersebut meninggalkan zikir-zikir itu selepas solat. Manakala ketika seseorang berada di tempat tidurnya pula, syaitan datang berusaha melenakannya dengan segera sehingga dia tertidur.”

(Riwayat al-Bukhari, Tirmizi, Abu Daud, al-Nasa’i, Ibn Majah dan Ibn Hibban) ↩︎

Sumber & Rujukan

  • Hidayah as-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, karangan Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi (ditahkik oleh Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari)
  • Kitab Bekalan Akhirat, karangan Syaikhuna Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari
  • Hukum Bangun Dari Solat Fardhu Tanpa Berzikir Dan Doa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  • Hukum Berdoa Bersama Selepas Solat Fardhu, Ust Azhar Idrus

References

  • Sunan Abu Dawud, no. 1517
  • Sahih al-Bukhari, no. 844
  • Wirid al-Qusyasyiyyah (tradisi Mazhab Syafi'i)
  • Sahih Muslim, no. 592
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Al-Quran 2:163
  • Al-Quran 2:284
  • Al-Quran 2:285
  • Al-Quran 2:286
  • Al-Quran 3:18
  • Al-Quran 3:19
  • Al-Quran 3:26
  • Al-Quran 3:27
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sahih Muslim, no. 597
  • Al-Quran 2:201
  • Sahih al-Bukhari, no. 6307
  • Al-Quran 37:180-182
  • Sunan Abu Dawud, no. 5081
  • Sunan Abu Dawud, no. 5079
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 2140
  • Sahih al-Bukhari, no. 6404
  • Sahih Muslim, no. 2691
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 3524
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 3499
  • Sunan Abu Dawud, no. 1481
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 3476
  • al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (Imam al-Nawawi)
  • Fath al-Bari (Ibn Hajar al-'Asqalani)
  • Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak
  • akuislam.com (audio recitations)

Frequently asked questions

How do I perform WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi Dan Audio)?

The WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi Dan Audio) guide is broken into 19 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Rumi Dan Audio) have?

This guide has 19 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.