All prayer guides

Adakah Jangan Solat Kalau Masih Buat Dosa?

Mukadimah

Benarkah kita tidak perlu solat selagi masih melakukan dosa?

Dalam panduan ini, saya kongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga ia bermanfaat

SOALAN:

Bagaimanakah rupa solat yang dapat mencegah kemungkaran kerana ada orang kata kalau orang yang solat tapi masih buat dosa maka tidak guna dia teruskan solat. Mohon penjelasan.

JAWAPAN:

Allah Taala berfirman, ertinya:

Sungguhnya solat itu mencegah ia dari perbuatan keji dan mungkar.”(Al-Ankabut : 45)

Solat yang mampu menghalang seseorang daripada perkara keji dan mungkar ialah solat yang ditunaikan dengan ikhlas, cukup rukun dan syaratnya, serta disertai hati yang khusyuk.

Solat sebegini akan menanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri orang yang mengerjakannya.

Dan meninggalkan solat adalah haram sama sekali — tidak kira sama ada solat itu sudah sempurna atau belum, dan sama ada solat itu berjaya menahan dirinya daripada berbuat dosa ataupun tidak.

Apa yang wajib ditinggalkan dalam situasi ini ialah perbuatan dosa itu sendiri.

Syeikh Athiyah Saqr berkata yang bermaksud:

Sesungguhnya solat itu apabila dilakukan dengan sempurna dan ada sertanya khusyuk dan penuhlah hatinya dengan cahaya maka akan membuahkan rasa takut kepada empunya solat itu akan Allah. Maka dia tidak lagi akan melakukan segala dosa dan jikalau dia ada melakukan dosa maka dia akan segera kepada bertaubat dan Allah Taala sama sekali tidak akan menyia-nyiakan pahalanya.Dan selama-lamanya orang yang solat tapi masih melakukan dosa tidak boleh meninggalkan solat kerana solat itu tidak memberikan kesan pada menguatkan jalannya.Maka mengerjakan solat itu wajib dan meninggalkan maksiat itu juga wajib. Dan wajib atas setiap orang bersungguh-sungguh pada menunaikan kedua perkara yang wajib ini yakni mengerjakan solat dan meninggalkan maksiat. Dan mudah-mudahan orang yang menjaga solatnya akan membawa kepada khusyuk di dalam solat dan kemudian meninggalkan segala maksiat.” (Majlis Fatwa Negeri Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Frequently asked questions

How do I perform Adakah Jangan Solat Kalau Masih Buat Dosa??

The Adakah Jangan Solat Kalau Masih Buat Dosa? guide is broken into 1 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Adakah Jangan Solat Kalau Masih Buat Dosa? have?

This guide has 1 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.