All prayer guides

Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI)

Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI)

Mukadimah

Ini ialah teks khutbah Raya Aidilfitri dalam bentuk yang ringkas.

Ketua keluarga boleh membacakan khutbah ini sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Apa yang menarik:

Anggaran masa untuk menghabiskan bacaan khutbah ringkas ini hanyalah 10 minit.

Setiap bacaan rukun khutbah juga disertakan transliterasi ejaan rumi bagi membantu sesiapa yang belum mahir membaca tulisan Arab.

  1. Pengenalan
  2. Syarat & Rukun Khutbah Raya
  3. Teks Khutbah Raya 2020 ringkas
  4. Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin & Tahlil

Pengenalan: Raya Tahun Ini Adalah Hari Raya Yang Istimewa

Aidilfitri pada kali ini mencatatkan sejarah apabila umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Aidilfitri di kediaman masing-masing.

Bagi kebanyakan ketua keluarga, inilah mungkin kali pertama mereka berdiri membacakan khutbah di hadapan ahli keluarga sendiri.

Saat sebegini belum tentu akan berulang lagi pada masa akan datang.

Justeru, rebutlah peluang ini dengan sebaik mungkin.

InsyaaAllah, mudah-mudahan segala urusan tuan-tuan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Wanita yang didatangi haid (tidak boleh menunaikan solat) tetap disunatkan turut serta mendengar khutbah hari raya.

Rukun Khutbah Raya

Dalam mazhab Syafi’ie, rukun khutbah hari raya adalah sama seperti rukun khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah — yakni melafazkan al-Hamdulillah — dengan apa jua bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan apa jua bentuk selawat.
  3. Berpesan supaya bertakwa
  4. Membacakan satu potongan ayat al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah.
  5. Mendoakan seluruh kaum muslimin pada khutbah kedua.

Khatib disunatkan memulakan khutbah pertama dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut.

Manakala pada khutbah kedua, takbir dilafazkan tujuh (7) kali berturut-turut.

Syarat Khutbah Hari Raya

  • Khatib wajib suci daripada hadas kecil mahupun hadas besar
  • Aurat khatib hendaklah ditutup dengan sempurna.
  • Khatib hendaklah terdiri daripada seorang lelaki.
  • Khutbah dibacakan selepas solat sunat hari raya selesai ditunaikan.
  • Kedua-dua khutbah mestilah dilakukan secara berturutan.
  • Khatib yang berkemampuan hendaklah membaca khutbah sambil berdiri.
  • Rukun khutbah hendaklah dilafazkan dalam bahasa arab.

Teks Khutbah Raya Ringkas Untuk Ketua Keluarga

Perkataan dalam khutbah ini boleh disesuaikan mengikut panggilan yang biasa digunakan dalam keluarga, dan isinya boleh ditambah dengan perkara yang relevan dengan topik khutbah

Khutbah Pertama

اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ،

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ،

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ،

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

اللهُ اَكۡبَرۡ كَبِيرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَأَصِيۡلاً

Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiraa wa subhanallahi bukrotaw wa asiilaa

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكۡبَرۡ

Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar

اللهُ أَكۡبَرۡ وَلِلَّهِ الۡحَمۡدُ

Allahuakbar walillahil-hamd

اَلۡحَمۡدُ لِلّهِ اۡلحَمۡدُ لِلّهِ الَّذِي هَدَانَا سُبُلَ السَّلاَمِ،

Alhamdulillah Alhamdulillahil-ladzi Hadaana Subulas-salam

وَأَفۡهَمَنَا بِشَرِيۡعَةِ النَّبِيّ الكَرِيِم،

Wa afhamanaa Bisyari’atin-nabiyyil Karim

اللَّهُمَّ صَلِّ وسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِ سَيِّدِنا مُحَمَّدٍ أَمَّا بَعۡدُ:

Allahumma solli wassalim wabaarik ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala ali Sayyidina Muhammadin amma ba’ du

فَيَاأَيُّهَا الۡإِخۡوَانُ، أُوۡصِيۡكُمۡ وَنَفۡسِيۡ بِتَقۡوَى اللهِ وَطَاعَتِه لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُوۡنَ،

Faya ayyuhal Ikhwan, ‘usiikum Wanafsi Bitaqwallahi Watho’atihi La’allakum Tuflihuun

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ﴾١٠٢﴿

Qolallahu Taala Yaa ayyuhalladzina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqootihi Walaa Tamuu Tunna illaa Wa antum Muslimun

صَدَقَ اللهُ اۡلعَظِيۡمُ

Sodaqollahul-adziim

Wahai keluargaku yang dirahmati Allah,

Sewajarnya kita semua memanjatkan kesyukuran kerana baru sahaja melalui bulan suci Ramadhan dengan baik, walaupun suasana Ramadhan dan 1 Syawal 1441 H pada hari ini berbeza daripada kebiasaan.

Sebagaimana sedia dimaklumi, Allah sedang menguji kita dengan wabak Covid-19 yang amat berbahaya.

Akibatnya, banyak amal ibadah yang biasanya kita tunaikan secara berjemaah di masjid, seperti solat lima waktu, Solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat Sunat Idul Fitri, terpaksa dikerjakan di rumah atas nasihat para ulama serta pihak kerajaan.

Wahai keluargaku yang dirahmati Allah,

Sepanjang sebulan penuh kita telah menunaikan puasa Ramadhan sebagaimana yang diperintahkan Allah subhanahu wa ta’ala menerusi Al-Qur’an, surat Al-Baqarah, ayat 183, yang berbunyi:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ﴾١٨٣﴿

Yaa ayyuhallaziina Aamanuu kutiba ‘alaikumush-shiyaamu kamaa kutiba ‘alallaziina ming qoblikum la’allakum tattaquun

Maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Ibadah puasa sememangnya disyariatkan untuk membentuk kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah.

Sepanjang berpuasa, kita ditegah daripada makan, minum serta segala perkara lain yang membatalkan puasa.

Kesemuanya bertujuan mendidik kita menjadi insan yang tahu menahan diri.

Apabila kita sudah terlatih menahan diri, insyaAllah kita turut mampu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh agama Islam.

Pastinya larangan-larangan itu dapat kita tinggalkan.

Wahai keluargaku yang dirahmati Allah,

Dalam surah Ani-Nisa’, ayat 59, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman seperti berikut:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ ۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡءَاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٌۭ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ﴾٥٩﴿

Yaa ayyuhallazinaa Aamanuu athii’ulloha wa athii’ur-rosuula wa ulil-amri mingkum

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan kepada para pemimpin di antara kamu.”

Lebih dua bulan sudah kita terperap di rumah sehingga tidak bebas menjalankan kegiatan di luar, termasuklah menunaikan ibadah solat secara berjamaah.

Bahkan pada saat ini juga, solat Idul Fitri kita laksanakan di dalam rumah, bukan di masjid seperti tahun-tahun yang lalu.

Hakikat ini wajar kita terima dengan penuh kesabaran.

Ini kerana segala yang kita lakukan sekarang tidak lain demi mentaati Allah, Rasulullah, para ulama dan umara, dengan matlamat supaya kita semua terselamat daripada ancaman wabak covid-19.

Selaku orang yang beriman, ketaatan kepada Allah adalah kewajipan kita.

Taat kepada Allah pula bererti kita turut wajib mentaati Rasul-Nya, sepertimana yang ditegaskan dalam ayat tersebut.

Bukan setakat itu sahaja; ketaatan kepada Rasul membawa erti kita juga perlu taat kepada ulama selaku pewaris baginda, dan seterusnya kepada ulil amri iaitu pemerintah yang sah.

Marilah kita berdoa agar kepatuhan kita kepada semua pihak tersebut, termasuk mematuhi arahan social distancing bagi mengelakkan bahaya Covid-19, dibalas oleh Allah dengan menghapuskan wabak ini dari muka bumi secepat mungkin.

Amin ya rabbal alamin.

Wahai keluargaku yang dirahmati Allah,

Ibadah puasa mempunyai kaitan yang amat rapat dengan keampunan daripada Allah subhanahu wa ta’ala.

Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu yang bermaksud:

Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Justeru, dengan sempurnanya ibadah puasa kita, mudah-mudahan segala dosa kita terhadap Allah subhanahu wa ta’ala telah pun diampunkan-Nya.

Persoalan yang tinggal ialah bagaimana hendak menghapuskan dosa-dosa sesama manusia, supaya pada hari Idul Fitri ini kita kembali meraih kesucian daripada dosa seumpama kita ketika bayi dahulu.

Oleh itu, selepas selesai solat Idul Fitri ini, eloklah kita saling berikrar untuk bermaaf-maafan sesama sendiri, terutamanya dalam kalangan ahli keluarga.

Amalan ini juga boleh diperluaskan kepada jiran tetangga, sanak saudara dan rakan-rakan, sekurang-kurangnya secara online.

Sekali lagi, marilah kita memohon semoga ketaatan kita kepada Allah, Rasulullah, Ulama dan Umara, termasuk kepatuhan terhadap arahan social distancing, serta ikrar kita untuk saling bermaafan, dibalas oleh Allah dengan melenyapkan segera wabak ini dari muka bumi, khususnya dari bumi Malaysia yang tercinta.

Amin ya rabbal alamin.

أعُوۡذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيۡطنِ الرَّجِيۡمِ.

Aazubillahi minassyaitonir-rojim

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمنِ الرَّحِيمِ.

Bismillahir rahmanir rahim

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِنَّآ أَعۡطَيۡنَٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ ﴾١﴿ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ ﴾٢﴿ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ ﴾٣﴿

Innaa A’thoinaakal-kautsar, fa sholli lirobbika wan-har, inna syaani’aka huwal-abtar

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمۡ فِي الۡقُرۡآنِ الۡعَظِيۡمِ

Barakallahu li walakum fil QurAanil Adziim

وَنَفَعَنِي وَاِيَّاكُمۡ بِمَاَ فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكۡرِ الۡحَكِيۡمِ.

Wanafa’anii wa iyyakum bimaa fiihi minal Aayaati wazzikril Hakiim

وَتَقَبَّلۡ مِنِّيۡ وَمِنكُمۡ تِلاَوَتَهُ اِنّهُ هُوَ السَّمِيۡعُ اۡلعَلِيۡمُ..

Wataqobbal minni waminkum tilaawatahu innahu huwas-sami’ul adziim

فَاسۡتَغۡفِرُوۡا اِنَّهُ هُوَاۡلغَفُوۡرُ الرَّحِيۡمُ

Fastaghfiruu innahu huwal ghofurur-rohim

**Setelah khutbah pertama tamat, khatib hendaklah duduk seketika.

Jika khatib membaca khutbah dalam keadaan duduk, hendaklah dia berdiam diri buat seketika**

Khutbah Kedua

اللهُ اَكۡبَرۡ اللهُ اَكۡبَرَ اللهُ اَكۡبَرۡ اللهُ اَكۡبَرۡ اللهُ اَكۡبَرۡ اللهُ اَكۡبَرۡ اللهُ اَكۡبَرۡ

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

اللهُ اَكۡبَرَ كَبِيرًا وَالۡحَمۡدُ للهِ كَثِيرًا

Allahuakbar kabiraw walhamdulillahi kasiiraa

وَسُبۡحَانَ اللهِ بُكۡرَةً وَأَصِيۡلاً

Subhanallahi bukrataw wa asiilaa

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكۡبَرَ

Laa ilaha illaallahu wallahu akbar

اللهُ اَكۡبَرۡ وَللهِ اۡلحَمۡدُ

Allahuakbar walillahil-hamd

اَلۡحَمۡدُ للهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَ صَحۡبِهِ أَجۡمَعِيۡنَ.

Alhamdulillahi wassolatu wassalamu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain

اَمَّا بَعۡدَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللهَ.

Amma ba’ : Ya Ayyuhan-nas Ittaqullah

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ﴾١٠٢﴿

Qolallahu Taala Ya Ayyuhallazina Aamanut-taqullaha Haqqo Tuqotih Walaa Tamutunna illaa Wa antum muslimun

اَللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لِلۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ وَاۡلمسۡلِمِيۡنَ وَاۡلمسۡلِمَاتِ اَلۡاَحۡيَاءِ مِنۡهُمۡ وَاۡلاَمۡوَاتِ.

Allahummaghfirli mukminina wal mukminat wal muslimina wal muslimat al ahyaa’i minhum wal amwatt.

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِى اۡلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

Rabbana Aatinaa fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati hasanataw waqinaa ‘Azabannar.

رَبَّنَا ظَلَمۡنَا اَنۡفُسَنَا وَإِنۡ لَمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُوۡنَنَّ مِنَ اۡلخَاسِرِيۡنَ.

Rabbana zholamna anfusanaa wa inlam taghfirlana watarhamna lanakuu-nanna minnal khoshiriin

عِبَادَاللهِ! إِنَّ اللهَ يَأۡمُرُ بِاۡلعَدۡلِ وَاۡلإِحۡسَانِ وَإِيۡتَآءِ ذِي اۡلقُرۡبَى وَيَنۡهَى عَنِ اۡلفَحۡشَآءِ وَاۡلمنۡكَرِ وَاۡلبَغۡيِ يَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُوۡنَ

‘Ibaadallah! Innallaha ya’muru bil ‘adli wal ihsan wa ‘itaa ‘izilqurba wayanha ‘anil fahsyaa’i wal munkari wal baghy ya’izzukum la’allakum tazakkaruun

وَاذۡكُرُوا اللهَ الۡعَظِيۡمَ يَذۡكُرۡكُمۡ وَاشۡكُرُوۡهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدۡكُمۡ وَلَذِكۡرُ اللهِ أَكۡبَرُ

Wazkurullahal Aazima yazkurkum washkuruhu ‘ala ni’amihi yazidkum walazikrullahi akhbar

وَاللهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُوۡنَ.

Wallahu ya’lamu maa tasna’uun

Wahai keluargaku yang dirahmati Allah,

Ayuh kita sama-sama memohon agar ALLAH mengampunkan dosa kita serta dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Ya ALLAH! ampunilah kaum muslimin dan muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati.Ya ALLAH! ampunilah dosa kami dan ibubapa kami. Ya ALLAH Engkau itu Maha Pemaaf dan suka kepada kemaafan, maafkanlah semua. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau ambil tindakan jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan Kami! Janganlah bebankan kami dengan apa yang kami tidak mampu.Ya ALLAH! berkatilah keluarga kami, kukuhkanlah kasih sayang antara kami, jadikanlah kami sentiasa berpegang dengan agamaMU. Ya ALLAH! bimbinglah kami kepada akhlak yang baik, tiada yang dapat membimbing kami kepada hal itu melainkan Engkau. Ya ALLAH! jauhilah kami daripada akhlak yang buruk, tiada yang dapat menjauhkan kami dari hal itu melainkan Engkau. Ya ALLAH! Lindungilah kami dan negara kami daripada bencana kemusnahan dan kerosakan. Bimbinglah kami para pemimpin kami agar menjadi hambahambaMU yang soleh

Alhamdulillah Rabbil ‘Alamin

اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ اللهُ أَكۡبَرَ،

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكۡبَرۡ

Laa ilaha illaallahu Wallahu Akbar

اللهُ أَكۡبَرۡ وَلِلَّهِ الۡحَمۡدُ

Allahuakbar walillahil-hamd

Dengan itu, tamatlah khutbah pada hari raya tersebut

Menggantikan Amalan Menziarahi Kubur Dengan Bacaan Yasin Dan Tahlil

Pada tahun ini, memandangkan wabak Covid-19 masih belum surut, kita semua dinasihatkan supaya tidak menziarahi kubur.

InsyaaAllah, kita berdoa moga-moga amalan ini dapat dilakukan semula dalam masa yang terdekat.

Sebagai gantinya, kita boleh mengadakan bacaan yaasin dan bacaan tahlil bersama ahli keluarga di rumah masing-masing.

Penutup: Bersyukur & Bersabarlah Dengan Ujian Ini

Pada tahun ini, solat Aidilfitri kita tunaikan di kediaman sendiri ekoran ujian ALLAH ke atas seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia amnya.

Namun begitu, walau apa pun cabaran yang mendatang, kita tetap bersyukur kerana masih berpeluang untuk beriman dan beribadah kepada ALLAH.

Semoga Aidilfitri pada kali ini menjadi Raya yang paling bersejarah dan terpahat dalam ingatan kita semua.

References

  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Al-Quran 2:201
  • Al-Quran 7:23
  • Al-Quran 16:90

Frequently asked questions

How do I perform Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI)?

The Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI) guide is broken into 9 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Khutbah Raya Aidilfitri Ringkas (Untuk Bacaan Di Rumah RUMI) have?

This guide has 9 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.