All prayer guides

Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri

Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri

Mukadimah

Apakah hukumnya apabila tersalah bangkit dari sujud pertama lalu terus berdiri?

Dalam panduan ini, saya kongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga ia bermanfaat.

SOALAN:

Kalau kita sedang sujud kemudian kita terkejut lalu terangkat kepala kita dari sujud padahal kita masih mahu sujud kerana baru membaca tasbih sekali sahaja adakah kita kena sujud semula atau tidak perlu lagi boleh kena teruskan berdiri?

JAWAPAN:

Sesiapa yang mengangkat kepalanya dari sujud kerana terkejutkan sesuatu, maka wajib dia kembali sujud semula, kerana angkatan kepala yang pertama itu berlaku bukan atas kesengajaan tetapi disebabkan terkejut.

Syeikh Ibu Hajar berkata :

Dan jangan ada angkat kepala dari sujud itu kerana qasad yang lain. Maka jikalau seorang mengangkat kepalanya terkejut dari suatu nescaya tidak memadai angkatnya itu sama seperti masalah yang telah lalu iaitu seorang yang yang sedang rukuk tersalah angkat maka hendaklah ia ulangi rukuk kemudian barulah bangun semula.Dan keluar dengan kata terkejut itu masalah jikalau seorang itu syak di dalam rukuk akan baca fatihah atau belum maka berdiri ia semula untuk membacanya lalu teringat ia bahawa dia sudah membacanya maka berdirinya itu memadai bagi iktidal sebagimana telah lalu sebutnya.” (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)

Kesimpulan

Sesiapa yang sedang bersujud lalu terangkat kepalanya kerana dikejutkan oleh sesuatu — bukan kerana dia sengaja mahu bangkit dari sujudnya — maka wajib dia mengulangi sujud itu, kerana mengangkat kepala dari sujud akibat terkejut adalah tidak sah; selepas itu barulah dia mengangkat kepalanya semula.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Frequently asked questions

How do I perform Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri?

The Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri guide is broken into 1 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Hukum Tersalah Bangun Dari Sujud Pertama Dan Terus Berdiri have?

This guide has 1 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.