All prayer guides

NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap)

Mukadimah

Panduan lengkap ini akan menunjukkan kepada anda cara menunaikan Solat Sunat Istisqa’ (solat memohon hujan). Setiap langkah diterangkan satu persatu supaya anda dapat mengikutinya dengan mudah.

Apa yang menarik:

Untuk memudahkan sesiapa yang belum lancar membaca tulisan Arab, panduan Solat Sunat Istisqa’ ini turut disertakan dengan transliterasi Rumi dan audio.

Jom kita mulakan tanpa berlengah lagi..

Maksud Solat Istisqa’

Dari sudut bahasa, Istisqa’ ( استسقاء ) merupakan kalimah Arab yang terbit daripada kata ( سقي ), yang membawa erti ‘menyiram’ atau ‘memberi minum’. Justeru, Istisqa’ bererti memohon air atau hujan.

solat sunat istisqa

Dari sudut istilah pula, Istisqa’ bermaksud memohon kepada Allah SWT agar hujan diturunkan ketika manusia benar-benar memerlukannya, dilakukan dengan cara yang khusus (tertentu) — iaitu melalui solat, khutbah, istighfar dan bertahmid.

Solat Sunat Istisqa’ ialah solat yang dikhaskan untuk memohon hujan tatkala berlaku kemarau. Secara umumnya, perkataan ‘istisqa’ membawa erti memohon siraman air. Solat ini didirikan dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT, sambil memohon keampunan dosa serta turunnya hujan sebagai rahmat. Hukum menunaikan solat sunat ini ialah sunat muakkad.

Rasulullah SWT pernah melaksanakan solat memohon hujan ini, sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a:

Nabi SAW keluar pada suatu hari untuk meminta hujan, lalu bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamat. Kemudian Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah SWT, dan menghadap mukanya ke arah kiblat dengan menadah kedua-dua tangannya, kemudian memalingkan kain rida’ (selendang) memindahkan yang di sebelah kanan ke sebelah kiri dan yang di sebelah kiri ke sebelah kanan. — Riwayat Baihaqi

Niat Solat Sunat Istisqa

Niat adalah antara syarat sah solat yang amat penting. Ia lahir dari dalam hati, mencerminkan keazaman serta keikhlasan seseorang untuk mengerjakan sesuatu ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Dalam Solat Sunat Istisqa’ juga, niat menjadi perkara pokok yang wajib ada sebelum solat dimulakan.

Cara Niat

Niat Solat Sunat Istisqa’ tidak semestinya diucapkan dengan lidah; cukup sekadar berniat di dalam hati. Walau bagaimanapun, menyebut niat secara lisan merupakan amalan yang elok kerana ia membantu kita menjadi lebih fokus dan khusyuk sewaktu menunaikan solat.

Niat Solat Sunat Istisqa’ Bersendirian

Sekiranya anda menunaikan solat secara bersendirian, niatnya adalah seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسۡتِسۡقَاءِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣollī Sunnatal-Istisqā’i Rak‘ataini Lillāhi Ta‘ālā

Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala

Niat Solat Sunat Istisqa’ Sebagai Makmum

Sekiranya anda solat secara berjemaah dan menjadi makmum, berniatlah untuk solat sunat Istisqa’ seperti ini:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسۡتِسۡقَاءِ رَكۡعَتَيۡنِ مَأۡمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣallī Sunnatal-Istisqā’i Rak‘ataini Ma’mūman Lillāhi Ta‘ālā

Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala

Niat Solat Sunat Istisqa’ Sebagai Imam

Sekiranya anda mengetuai jemaah, contohnya bersama ahli keluarga, gunakan niat sebagai imam:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسۡتِسۡقَاءِ رَكۡعَتَيۡنِ إِمَامًا لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣallī Sunnatal-Istisqā’i Rak‘ataini Imāman Lillāhi Ta‘ālā

Niat Dalam Bahasa Melayu

Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Solat Istisqa’

Sebelum solat Istisqa’ didirikan, imam ataupun pemimpin masyarakat — sama ada perdana menteri, wakil rakyat mahupun gabenor — sewajarnya menyeru orang ramai supaya melaksanakan perkara-perkara berikut:

  • BERTAUBAT dengan penuh kesungguhan, sambil meninggalkan segala maksiat yang menjadi punca bencana kemarau tersebut.
  • BERSEDEKAH kepada golongan fakir miskin atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, menjauhi segala bentuk kezaliman dengan memulangkan hak yang telah dirampas, serta mendamaikan pihak yang berbalah.
  • BERPUASA SUNAT empat hari berturut-turut (pada hari keempat, keluar menunaikan solat Istisqa’).

Cara Mengerjakan Solat Sunat Istisqa’

Ringkasan Cara Melakukan Solat Sunat Istisqa’

  • Awali solat dengan Takbiratul Ihram sambil berniat di dalam hati “Sahaja aku Solat Sunat Istisqa’ dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Bacakan Doa Iftitah (hukumnya sunat, tidak mengapa jika ditinggalkan).
  • Lakukan Takbir Tambahan — 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua — dan setiap takbir diselang dengan tasbih.
  • Seterusnya baca Surah Al-Fatihah, kemudian sambung dengan surah pilihan; contohnya Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
  • Teruskan dengan Rukuk dan Sujud: Jaga tuma’ninah pada setiap pergerakan.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Duduk membaca tahiyyat akhir, lalu tutup solat dengan memberi salam.

Solat Sunat Istisqa’ merupakan solat yang dikhususkan untuk memohon hujan, ditunaikan dengan hati yang ikhlas serta penuh rasa keinsafan.

Rakaat Pertama

1

Solat Dimulakan Dengan Takbiratul Ihram dan Niat

اللَّهُ أَكۡبَرُ

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir Solat

Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat Solat Sunat Istisqa’ di dalam hati seperti berikut:

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسۡتِسۡقَاءِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Uṣollī Sunnatal-Istisqā’i Rak‘ataini Lillāhi Ta‘ālā

Anda juga boleh berniat menggunakan Bahasa Melayu:

“Sahaja aku solat sunat Istisqa’ dua rakaat tunai kerana Allah Taala”

Nota

  • Rujuk lafaz niat solat sunat Istisqa yang telah disenaraikan pada bahagian niat di atas, dan pilihlah niat yang bersesuaian dengan keadaan anda.
  • Sekiranya sukar untuk anda menghadirkan niat tepat ketika takbiratul ihram, tidak mengapa jika niat itu dipasang terlebih dahulu sebelum takbir diangkat.

2

Kemudian, Bacalah Doa Iftitah

Membaca Doa Iftitah hukumnya sunat hai’ah. Jika doa ini tidak dibaca pun, tiada masalah.

اللّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا وَالحَمۡدُ لِلّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا وَجَّهۡتُ وَجۡهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ حَنِيفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الۡمُشۡرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَ الۡمُسۡلِمِينَ

Allāhu Akbaru Kabīrāw Wal-Ḥamdu Lillāhi Kathīrāw Wa Subḥānal-Lāhi Bukrataw Wa Aṣīlā. Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faṭaras-Samāwāti Wal-Arḍa Ḥanīfan Muslimāw Wa Mā Anā Minal-Mushrikīn. Inna Ṣalātī Wa Nusukī Wa Maḥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Lā Sharīka Lahū Wa Bidzālika Umirtu Wa Anā Minal-Muslimīn.

Maksud Bacaan

Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian. Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Kuhadapkan wajahku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, dalam keadaan tulus berserah dalam Islam. Aku bukanlah daripada kalangan orang yang menyekutukan Tuhan. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam. Tiada sesuatu pun yang menjadi sekutu bagi-Nya; dengan itulah aku diperintahkan, dan aku tergolong dalam kalangan orang muslimin.

3

Lakukan Takbir Tambahan Sebanyak 7 Kali Untuk Rakaat Pertama

Sesudah Doa Iftitah, kita bertakbir sebanyak tujuh kali, dan setiap satunya diiringi bacaan tasbih.

Cara Takbiratul ihram

cara solat sunat aidilfitri -- Takbir 7 kali

Sama seperti Takbiratul Ihram, sebutlah “Allahukbar!” pada setiap takbir. Selepas itu, letakkan tangan di atas perut.

Kemudian bacakan tasbih berikut:

سُبۡحَانَ اللّٰهِ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكۡبَرُ وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيمِ

Subḥānallāh Wal-Ḥamdu Lillāh Wa Lā Ilāha Illallāh Wallāhu Akbar Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm.

Maksud Bacaan

Maha Suci Allah, bagi Allah segala pujian, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, dan tiada sebarang daya, upaya mahupun kekuatan (bagi kita) kecuali dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ketujuh-tujuh takbir ini diselangi dengan bacaan tasbih sebanyak 6 kali. Lihat gambar di bawah:

Tatacara solat sunat Istisqa'

Tatacara solat sunat Istisqa'

4

Selesai Takbir Sebanyak Tujuh Kali, Seterusnya Kita Akan Membaca Surah al-Fatihah.

Sesudah takbir tambahan selesai, bacakan surah al-Fatihah:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud Bacaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang berkuasa penuh pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami menyembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau limpahkan nikmat ke atas mereka, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat*.*

5

Kemudian, Bacalah Surah Lazim Selepas al-Fatihah

Setelah al-Fatihah dibaca, sambunglah dengan mana-mana surah pendek daripada al-Quran.

Salah satu surah pendek yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

Surah Al Kafirun

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu pula tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat mengikut cara kamu beribadat. “Dan kamu juga tidak mahu beribadat mengikut cara aku beribadat. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

6

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Posisi dan cara melakukan rukuk dalam solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Bacaan ketika rukuk sama sahaja dengan bacaan rukuk dalam solat fardu, iaitu:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan bagi-Nya segala pujian.”

7

Kemudian Bangun Iktidal

Kedudukan ketika iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal). Seterusnya bacakan bacaan iktidal berikut:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.”

8

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Apabila dahi sudah mencecah lantai dalam sujud, bacakan bacaan sujud ini:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan bagi-Nya segala pujian

9

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi istirahah atau cara duduk antara dua sujud dalam solat

Sesudah bacaan sujud dibaca 3 kali, bangkitlah daripada sujud dan duduk dalam kedudukan seperti di atas (duduk antara dua sujud atau istirahah).

Seterusnya bacalah tasbih duduk antara dua sujud berikut:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah aku, kasihanilah aku, tampunglah segala kekuranganku, tinggikanlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, pimpinlah aku, sihatkanlah tubuhku, dan ampunkanlah segala kesilapanku.”

10

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua dalam solat

Sesudah tasbih antara dua sujud selesai, turun semula untuk sujud kali kedua. Sebagaimana sujud yang pertama, bacakan bacaan sujud.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan bagi-Nya segala pujian

11

Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri untuk rakaat kedua, berhentilah seketika dalam duduk istirahat (dalam anggaran 3 saat), barulah bangun bagi rakaat berikutnya.

Posisi atau cara duduk istirahat

Tiada sebarang bacaan dalam kedudukan ini. Cukup sekadar berdiam sambil menghayati solat.

—— ❈ ——

Rakaat Kedua

12

Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

Setelah bangkit daripada duduk istirahah, angkatlah takbir sekali lagi bagi memulakan rakaat kedua. Takbir ini dipanggil takbir intiqalat.

(Takbir intiqalat ialah takbir yang menandakan bermulanya rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Takbir intiqalat

اَللَّهُ أَكۡبَرُ

Allahuakbar!

14

Selepas Takbir Intiqalat Pada Rakaat Kedua — Juga Dilakukan Takbir Tambahan Sebanyak Lima (5) Kali

Lakukan takbir sebanyak lima kali, dan setiap satunya disusuli dengan bacaan tasbih.

Tasbih yang dibaca adalah sama dengan tasbih pada rakaat pertama.

سُبۡحَانَ اللّٰهِ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَاللّٰهُ أَكۡبَرُ وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيمِ

Subḥānallāh Wal-Ḥamdu Lillāh Wa Lā Ilāha Illallāh Wallāhu Akbar Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm.

Maksud Bacaan

Maha Suci Allah, bagi Allah segala pujian, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, dan tiada sebarang daya, upaya mahupun kekuatan (bagi kita) kecuali dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Kelima-lima takbir ini diselangi dengan bacaan tasbih sebanyak 4 kali. Lihat infografik di bawah:

Tatacara solat sunat Istisqa'

Tatacara solat sunat Istisqa'

15

Sebagaimana rakaat pertama, sesudah takbir tambahan pada rakaat kedua selesai, surah al-Fatihah dibaca sekali lagi.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Maksud Bacaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang berkuasa penuh pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya kepada Engkau (Ya Allah) kami menyembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau limpahkan nikmat ke atas mereka, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat*.*

16

Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sesudah al-Fatihah, bacakan pula surah al-ikhlas.

Surah Al Ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksud Bacaan

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah menjadi tumpuan seluruh makhluk bagi memohon segala hajat; “Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan; “Dan tiada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.

Sama seperti rakaat pertama, kita bebas memilih mana-mana surah yang kita gemari dan hafal.

17

Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Perkara asas ketika rukuk ialah belakang badan mestilah rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud, dan tangan diletakkan pada kepala lutut dengan selesa.

Sebagaimana sebelum ini, bacaan rukuknya ialah:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung, dan bagi-Nya segala pujian.”

18

Kemudian Bangun Iktidal

Posisi dan cara iktidal

Bangkit daripada rukuk dan berdiri lurus (iktidal), lalu bacakan:

سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ

Sami Allahu Liman Hamidah

Maksud Bacaan

“Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.”

19

Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

cara sujud dalam solat

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan bagi-Nya segala pujian

20

Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Posisi duduk antara dua sujud

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksud Bacaan

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah aku, kasihanilah aku, tampunglah segala kekuranganku, tinggikanlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, pimpinlah aku, sihatkanlah tubuhku, dan ampunkanlah segala kesilapanku.”

21

Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sujud kali kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksud Bacaan

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi, dan bagi-Nya segala pujian

22

Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan Tahiyyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Bacaan tahiyat ini sama seperti tahiyat akhir dalam solat-solat fardu, iaitu:

التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.

Maksud Bacaan

Segala penghormatan, keberkatan, doa (solat) serta segala kebaikan adalah milik Allah; salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atasmu wahai Nabi. Semoga keselamatan juga tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau telah merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah Penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau telah memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di seluruh alam ini, hanya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia

23

Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Tutuplah solat dengan dua kali salam; salam pertama sambil menoleh ke sebelah kanan, disusuli salam kedua sambil menolehkan wajah ke sebelah kiri.

memberi salam dalam solat

Bagi salam yang pertama, toleh ke arah kanan dan lafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

… seterusnya toleh pula ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللّٰهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksud Bacaan

Salam sejahtera ke atas kamu, serta rahmat Allah dan berkat-Nya

Doa Minta Hujan

Ketika mengerjakan solat istisqa’, kita disarankan agar membanyakkan doa dan zikir, serta memohon keampunan dengan penuh rasa rendah dan hina diri di hadapan Allah. Doa-doa berkaitannya memang telah masyhur.

Doa Pertama

اَللَّهُمَّ أَغِثۡنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثۡنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثۡنَا

Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā, Allāhumma aghithnā

Maksudnya:

Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami ― Riwayat al-Bukhari (1014), Muslim (897), al-Nasaie (1517) dan al-Baihaqi (546)

Doa Kedua

اَللَّهُمَّ اسۡقِنَا غَيۡثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيۡرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيۡرَ آجِلٍ

Allāhumma isqinā ghaythan mughīthan, marī’an marī’an, nāfi’an ghayra dhārrin, ‘ājilan ghayra ājilin.

Maksudnya:

Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manfaat tidak memberi mudharat, segera tidak berlambat-lambat ― Riwayat Abu Daud (1169), al-Tabarani (2197), al-Hakim (1/327), al-Baihaqi (3/355), al-Albani mengatakan hadis ini sahih.

Doa Ketiga

اَللَّهُمَّ اسۡقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانۡشُرۡ رَحۡمَتِكَ وَأَحۡيِ بَلَدَكَ الۡمَيِّتَ

Allāhummasqi ‘ibādaka wa bahā’imaka wanshur rahmatika wa aḥyi baladaka al-mayyita.

Maksudnya:

Ya Allah siramilah hamba-Mu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati. ― Riwayat Abu Daud (1176), Malik (610), al-Baihaqi (6441) dan Abdul Razzaq (4912)

Doa Keempat

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡهَا سُقِيَا رَحۡمَةٍ وَلَا سُقۡيَا عَذَابٍ وَلَا تَحۡقٍ وَلَا بَلَاءٍ وَلَا هَدَمٍ وَلَا غَرۡقٍ اللَّهُمَّ عَلَى الظُّرَابِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ اللَّهُمَّ حَوَالَيۡنَا وَلَا عَلَيۡنَا اللَّهُمَّ اسۡقِنَا غَيۡثاً مُغِيۡثاً، هَنِيۡئاً مَرِيۡئاً مَرِيۡعاً، غَدَقًا مُجَلَّلًا عَاماً، دَائِماً إِلَى يَوۡمِ الدِّيۡنِ اللَّهُمَّ اسۡقِنَا الغَيۡثَ وَلَا تَجۡعَلۡنَا مِنَ القَانِطِينَ اللَّهُمَّ إِنَّ بِالعِبَادِ وَالبِلَادِ وَالۡبَهَائِمِ وَالخَلۡقِ مِنَ الجُهۡدِ وَالجُوۡعِ وَالضَّنۡكِ مَا لاَ نَشۡكُو إِلَّا إِلَيۡكَ اللَّهُمَّ أَنۡبِتۡ لِنَا الزَّرۡعَ وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرۡعَ وَاسۡقِنَا مِنۡ بَرَكَاتِ السَّمَاءِ وَأَنۡبِتۡ لَنَا مِنۡ بَرَكَاتِ الأَرۡضِ اللَّهُمَّ وَاكۡشِفۡ عَنَّا مِنَ البَلَاءِ مَا لاَ يَكۡشِفُهُ غَيۡرُكَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡتَغۡفِرُكَ إِنَّكَ كُنۡتَ غَفَّاراً فَأَرۡسِلِ السَّمَاءَ عَلَيۡنَا مِدۡرَاراً

Allāhumma Ij’alhā Suqiyā Rahmatin Walā Suqiyā ‘Adhābin Walā Taḥqi Walā Balā’i Walā Hadamin Walā Gharqin. Allāhumma ‘Alā Aẓ-Ẓurābi Wa Manābiti Ash-Shajari. Allāhumma Ḥawālaynā Walā ‘Alaynā. Allāhumma Isqināghaythan Mughīthan, Hanī’an Marī’an Marī’an, Ghadqan Mujallalan ‘Āman, Dā’iman Ilā Yawmi Ad-Dīn. Allāhumma Isqinā Al-Ghayth Walā Taj’alnā Min Al-Qānītīn. Allāhumma Innā Bial’ibādi Walbilādi Walbahā’imi Walkhalqi Min Aljuhdi Walju’i Waḍ-Ḍanki Mā Lā Nashku Illā Ilayk. Allāhumma Anbit Lanā Az-Zar’a Wa Adirr Lanā Aḍ-Ḍar’a Wasqinā Min Barakātis Samā’i Wa Anbit Lanā Min Barakāt Al-Ard. Allāhumma Wakshif ‘Annā Min Al-Balā’i Mā Lā Yakshifuhu Ghayruk. Allāhumma Innā Nastaghfiruka Innaka Kuntu Ghaffāran Fa’arsilis Samā’a ‘Alaynā Midrārā.

Maksudnya:

“Ya Allah! Jadikanlah hujan itu rahmat, bukan azab, bukan kemusnahan bukan bala bukan kehancuran bukan kebanjiran. Ya Allah! Turunkanlah hujan ke atas bukit, kawasan berpasir, kawasan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lembah. Ya Allah! Turunkanlah hujan di sekeliling kami, bukan di atas kami. Ya Allah! Turunkanlah hujan yang menyelamatkan kami daripada kegetiran. Hujan yang menyegarkan dan menyuburkan, huian yang turn lebat di merata bumi, hujan yang sentiasa mendatangkan manfaat sehingga hari Kiamat. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berputus asa. Ya Allah! Sesungguhnya hamba-hamba-Mu dan negara ini telah didatangi kesukaran, kesempitan hidup dan kelaparan. Kami tidak mengadu melainkan kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah tanam-tanaman kami, banyakkanlah susu ternakan kami, turunkanlah kepada kami keberkatan dari langit, dan tumbuhkanlah bagi kami dari bumi tanam-tanaman yang berkat Hindarkanlah bala bencana daripada kami yangtiada siapa yang boleh menghindarkannya selain-Mu. Ya Allah! Kami memohon ampun kepada-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, maka turunkanlah hujan yang lebat ke atas kami”. ― Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Syafie dan yang lainnya

Khutbah Solat Istisqa’

Imam disunatkan menyampaikan khutbah atau tazkirah — memuji keagungan Allah SWT yang menciptakan matahari dan bulan sebagai antara tanda kebesaran-Nya, di samping menasihati jemaah supaya memperbanyakkan amalan kebaikan serta menjauhkan diri daripada dosa dan maksiat.

Hukum Solat Istisqa’

Para ulama mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang solat Istisqa’. Antaranya:

  • Menurut Mazhab al-Syafie, Hanbali serta Muhammad Ibn al-Hasan daripada kalangan Hanafi, hukum Istisqa’ ialah sunat muakkad — sama ada dilaksanakan melalui doa berserta solat, atau melalui doa semata-mata — kerana ia pernah diamalkan oleh Rasulullah ﷺ, para sahabat baginda dan umat Islam selepas zaman mereka.
  • Abu Hanifah pula berpandangan bahawa yang disunatkan hanyalah doa, dan harus dilakukan dengan cara yang selainnya.
  • Dalam Mazhab Maliki terdapat tiga pandangan:

Sunat muakkad sekiranya kemarau berpanjangan dan air minuman amat diperlukan oleh manusia mahupun haiwan.

Sunat. Iaitu ketika negeri berada dalam keadaan subur, kecuali di kawasan yang dilanda kemarau sahaja, bagi membantu saudara yang berada dalam kesusahan.

Harus. Iaitu dalam keadaan biasa yang tidak melibatkan keperluan yang mendesak.

Dalil Pensyariatan Solat Istisqa

Pensyariatan Istisqa’ ini sabit melalui nas serta ijma’. Antara dalilnya:

Pertama: Firman Allah SWT

Maksudnya: Sehingga Aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu, dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(Surah Nuh: 10-12)

Ayat ini secara terang menzahirkan betapa besarnya fadilat beristighfar, sehingga dengannya hujan diturunkan — menjadi punca kehidupan yang baik dan rezeki yang melimpah-ruah.

Kedua: Hadis Rasulullah SAW

Antara hadis yang masyhur ialah riwayat Anas, yang menceritakan bahawa pada zaman Rasulullah SAW manusia sedang dilanda kemarau, lalu masuk seorang lelaki dan berkata ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah: “Hai Rasulullah! Telah binasalah binatang ternakan dan kami bimbang kami juga akan binasa. Tolong doalah kepada Allah untuk diberi minum kepada kami. Rasulullah SAW pun terus mengangkat kedua-dua tangan baginda lalu berdoa:

Sesudah itu, hujan pun turun selama seminggu. Hadis ini dengan jelasnya membuktikan pensyariatan Istisqa’.

Ketiga: Amalan Para Sahabat

  • Saidina Umar pernah meminta Abbas Bin Abdul Mutallib berdoa memohon hujan, memandangkan hubungannya yang begitu rapat dengan Baginda SAW sebagai bapa saudara, di samping sifat kesolehan yang dimilikinya.

  • Muawiyyah bin Abi Suffian pula pernah meminta Yazid bin al-Aswad berdoa meminta hujan, lalu hujan pun turun.

Amalan sebegini turut diteruskan oleh ramai pemimpin umat Islam menerusi tokoh-tokoh yang berwibawa sepanjang zaman.

Hikmah Solat Istisqa

Sesungguhnya diuji itu adalah lumrah bagi manusia sebagai satu Sunnatullah, sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka it ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-Baqarah: 155-156)

Adakalanya sesuatu ujian itu terlalu berat sehingga manusia tidak mampu menghadapinya mahupun berikhtiar, melainkan dengan bermohon kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa agar dilepaskan daripada segala mehnah dan tribulasi tersebut.

Contohnya kemarau yang berpanjangan, yang menyukarkan manusia untuk menjalani kehidupan dengan sempurna.

Oleh itu, hanya dengan memohon kepada-Nya sahaja hujan dapat diturunkan, seterusnya kehidupan manusia dapat diteruskan.

Soalan Lazim Berkaitan Solat Sunat Istisqa’

Apakah hukum melakukan solat sunat istisqa’ sedangkan hujan telah turun?

Hukumnya sunat menunaikan solat minta hujan (istisqa’) bagi memohon hujan tambahan sekiranya hujan yang telah turun masih belum memadai, atau apabila ada sebahagian umat Islam di tempat lain yang masih ditimpa kemarau, dan ia juga menjadi tanda kesyukuran.

Bagaimana dengan amalan melilit serban berlawanan arah ketika khutbah dilaksanakan oleh imam?

Daripada Abdullah bin Zaid bin ‘Ashim al-Mazini R.A katanya: Rasulullah ﷺ keluar untuk meminta hujan. Baginda ﷺ menghadap kiblat solat serta berdoa dan memalingkan rida’nya kemudian mengerjakan solat dua raka’at dan menyaringkan bacaan dalam kedua raka’at itu. (HR Bukhari Muslim)

Boleh tak buat solat sunat istisqa waktu malam selepas Isyak?

Berdasarkan pandangan muktamad (yang dipegang) dalam mazhab Syafi’i, solat sunat istisqa’ (minta hujan) boleh ditunaikan pada bila-bila masa — tidak kira siang mahupun malam.

Penutup

Allah itu Maha Pemberi Rahmat.

Sekiranya sesebuah daerah atau negeri mengalami krisis bekalan air akibat kemarau, sedangkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan amat memerlukan air, maka dituntut supaya solat istisqa didirikan agar Allah menurunkan hujan.

Hal ini kerana solat itu sendiri merupakan doa, sekali gus ibadat yang paling utama bagi seorang hamba.

Menerusi solat, seseorang hamba dapat berhubung secara terus dan berada paling dekat dengan Allah SWT.

Mudah-mudahan panduan ini membawa manfaat buat semua.

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 601
  • Sunan Abu Dawud, no. 1297
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 481
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Wirid al-Qusyasyiyyah (tradisi Mazhab Syafi'i)
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih al-Bukhari, no. 1014
  • Sunan Abu Dawud, no. 1169
  • Sunan Abu Dawud, no. 1176
  • akuislam.com (audio recitations)

Frequently asked questions

How do I perform NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap)?

The NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap) guide is broken into 21 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does NIAT & CARA SOLAT SUNAT ISTISQA’ (Doa Minta Hujan Lengkap) have?

This guide has 21 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.