All prayer guides

Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan

Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan

Mukadimah

Khitan, atau berkhatan dalam istilah melayu, bermaksud memotong kulit (kulup) yang membaluti kepala zakar (bagi lelaki), dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempuan).

Ada sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, yang bermaksud:

Fitrah itu lima perkara – atau lima perkara termasuk daripada fitrah: khatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai. — Hadis riwayat al-Bukhari

Hukum Berkhatan

Para ulama berbeza pandangan mengenai hukum berkhatan atau berkhitan ini.

Sebahagiannya berpendapat ia sunat, manakala mazhab asy-syafi’e menetapkan bahawa berkhitan itu wajib ke atas lelaki dan wanita.

Terdapat sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud:

Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan merupakan kemuliaan bagi kaum wanita — Hadis riwayat Imam Ahmad

Golongan yang berpandangan wajib pula bersandarkan sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang baru sahaja memeluk Islam:

Buanglah daripadamu rambut kekufuran dan berkhitanlah — Hadis riwayat Abu Daud

Bagi bayi yang baru lahir, disunatkan untuk dikhitankan pada usia tujuh hari.

Namun begitu, kiraan tersebut tidak termasuk hari ia dilahirkan.

Perlu diberi perhatian juga bahawa keadaan tubuh si anak mestilah selamat, dan khitan itu tidak akan meninggalkan kesan buruk kepadanya.

Sekiranya khitan ditangguhkan, para ulama menyarankan ia dilakukan apabila anak mencapai umur tujuh tahun.

Ini kerana pada usia itulah mereka mula disuruh dan dilatih menunaikan solat, sekali gus perlu sentiasa suci daripada najis.

Khatan Bagi Perempuan

Imam Abu Daud menyebutkan daripada Ummu ‘Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan kepada seorang wanita yang menjalankan khitan agar tidak memotong secara berlebihan, melalui sabdanya:

(Apabila engkau mengkhitan wanita,) janganlah berlebihan (dalam memotong bahagian yang dikhitan). Sesungguhnya ia lebih memberi manfaat (membahagiakan) wanita dan lebih menyenangkan bagi suami — Hadis riwayat Abu Daud

Daripada hadis ini, jelaslah bahawa khitan bagi wanita hanyalah dengan memotong seminimum mungkin bahagian kulit yang ada pada klitoris.

Hikmah Berkhitan

  1. Membawa kepada kesempurnaan dalam beragama
  2. Menjadi pembeza antara orang Islam dengan bukan Islam
  3. Memelihara kesihatan serta mengawal syahwat.
  4. Melindungi diri daripada risiko penyakit.

Frequently asked questions

How do I perform Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan?

The Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan guide is broken into 4 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan have?

This guide has 4 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.