All prayer guides

Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi)

Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi)

Mukadimah

Apakah bacaan doa sebelum tidur?

Bagaimana pula doanya apabila diganggu mimpi buruk atau ketika bangun dari tidur?

Panduan ringkas dan mudah ini menghimpunkan bacaan doa tidur, doa bangun tidur serta doa ketika mendapat mimpi buruk.

Apa yang menarik:

Setiap doa disertakan ejaan rumi dan bacaan audio sebagai bantuan kepada sesiapa yang belum lancar membaca tulisan arab.

Di samping itu, turut dikongsikan amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi) dalam Islam.

Mudah-mudahan panduan ini membantu anda melelapkan mata dengan tenang dan dalam keimanan.

Doa Tidur

بِسۡمِكَ اللّٰهُمَّ اَحۡيَا وَاَمُوۡتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”

Doa Bangun Tidur

اَلۡحَمۡدُ ِللهِ الَّذِىۡ اَحۡيَانَا بَعۡدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيۡهِ النُّشُوۡرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”

Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوۡذُ بِكَ مِنۡ عَمَلِ الشَّيۡطَانِ وَسَيِّئاَتِ اۡلأَحۡلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”

Amalan-Amalan Yang Disunatkan Sebelum Tidur

Bagi memperoleh tidur yang berkat dan berkualiti, Rasulullah SAW menganjurkan beberapa amalan sebelum melelapkan mata:

1. Berwuduk Sebelum Tidur

Amalan ini penting dari dua sudut.

Sudut pertama, ada hadis di mana Rasulullah SAW berkata:

Sucikan tubuh-tubuh ini dan Allah akan menyucikanmu. Ketika mana seorang hamba meluangkan masanya dalam keadaan bersuci, malaikat meluangkan malamnya di dalam rambut (hamba) tersebut dan ia tidaklah ia berpaling pada malam itu kecuali dia (malaikat tersebut) berkata: “Ya Allah ampuni hambamu kerana ia tidur dalam keadaan bersuci” — Tabarani

Sudut kedua, ia menjadi persiapan sekiranya ajal menjemput ketika sedang tidur.

Maka sebagaimana jenazah dibersihkan dan dimandikan sebelum dikebumikan, begitulah orang yang tidur dalam keadaan bersih — rohnya bersedia untuk menghadap Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Bila kamu tidur, berwuduklah seperti kamu lakukan untuk solat, berbaring di atas kananmu dan katakan: ‘Ya Allah! Aku menyerah kepada-Mu dan aku serahkan segala urusanku kepada-Mu dan aku bergantung pada-Mu untuk keberkatan-Mu kedua-duanya dengan harapan dan ketakutan kepada-Mu. Tiada dapat melarikan diri daripada-Mu ya Allah! Aku percaya kepada Kitab-Mu yang telah Engkau wahyukan kepada Nabi-Mu yang telah Engkau hantar’. Dan jika kamu meninggal dunia pada malam itu, kamu akan meninggal dalam keimanan. Jadikan kata-kata di atas kata-kata terakhirmu (sebelum tidur). — Bukhari

2. Solat Witir Sebelum Tidur

Ramai yang tersalah anggap bahawa solat malam (solat sunat) dan witir hanya sah dikerjakan pada sepertiga malam terakhir menjelang Subuh.

Tanggapan ini membuatkan ramai orang hilang semangat dan langsung tidak mencuba mengerjakannya.

Hakikatnya, waktu solat malam dan witir bermula selepas Isyak dan berlanjutan hinggalah masuk waktu subuh.

Aisyah meriwayatkan:

Pesuruh Allah melakukan solat witir pada setiap bahagian malam, pada permulaan, pertengahan dan waktu akhir. Namun, baginda akan menyudahkan witirnya sebelum subuh” — Bukhari dan Muslim

Sememangnya, pilihan yang lebih utama ialah tidur dahulu lalu bangun semula sekitar pukul 3.00 pagi bagi menunaikan solat tahajud dan solat witir.

Namun sekiranya cara itu terasa berat, mulakanlah dengan solat malam (solat sunat selain tahajud) dan witir sebelum masuk tidur — memadai dengan dua rakaat solat sunat dan tiga rakaat solat witir.

Solat yang dikerjakan sebelum tidur turut menambah rasa rehat dan tenang, sekali gus memudahkan kita untuk lena.

Abu Hurairah meriwatkan:

Sahabatku (Nabi Muhammad SAW) telah mengarahkan aku untuk melaksanakan tiga perkara: tiga hari puasa setiap bulan, dua rakaat solat dhuha dan melaksanakan witir sebelum tidur — Muslim

3. Membaca Doa Tidur

Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita doa-doa khusus sebelum tidur, yang mengingatkan bahawa tidur itu saudara kepada kematian.

— tentang kekuasaan Allah ke atas diri kita dan segala urusan kita, di samping mengesahkan (reaffirm) semula keimanan kita kepada-Nya.

Bacaan doa sebelum tidur ialah sebagaimana yang diajarkan di atas.

Penutup: Kepentingan Tidur Dalam Islam

Firman Allah di dalam al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan? Dan Kami telah menjadikan tidur untuk kamu berehat? — Surah an-Naba ayat 8–9

Kesimpulannya, tidur bukan sekadar aktiviti yang mengganggu (nuisance activity), sebaliknya ia bukti kekuasaan Allah dan salah satu nikmat kurniaanNya.

Menariknya, biarpun sains moden begitu maju hari ini, hakikatnya tiada seorang pun yang benar-benar memahami mengapa manusia perlu tidur!

Dr. Andrew Meil, Bapa Perubatan Integratif (father of integrative Medicine), dalam tulisannya di the Time Magazine (2015) mengenai Kuasa Tidur menyatakan bahawa:

Otak agak sibuk ketika tidur, saling berhubung dengan pelbagai cetusan aktiviti otak pada setiap malam. Adakah aktiviti ini semacam suatu bentuk kemaskini untuk mengekalkan fungsi-fungsinya secara optimum? Kita tidak tahu. Mungkin ritma tidur dan berjaga akan sentiasa menjadi misteri: sesuatu yang kita alami tetapi tidak akan pernah difahami sepenuhnya — Petikan dari The Power of Sleep, Weil Andrew M.D. Time Inc Special. The Science of Sleep. July 2015. The 9 New Sleep Rules, Sarah Begley, Time Inc Special, The Science of Sleep, July 2017.

Bagi kita umat Islam, tidur ialah satu nikmat, sama seperti nikmat-nikmat yang lain.

Nikmat ini wajarnya dimanfaatkan untuk bersyukur kepadaNya melalui ibadah — bukan untuk mengingkariNya dengan tidur berlebihan sehingga terlepas solat dan mencuaikan tanggungjawab kita.

Harapannya panduan ini membawa manfaat buat anda.

References

  • Sahih al-Bukhari, no. 6324
  • Sahih al-Bukhari, no. 6312
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sahih Muslim, no. 2261

Frequently asked questions

How do I perform Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi)?

The Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi) guide is broken into 9 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Doa Tidur & Doa Bangun Tidur (Bantuan Ejaan Rumi) have?

This guide has 9 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.