All prayer guides

DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi)

DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi)

Mukadimah

Apakah lafaz doa ketika berbuka puasa?

Panduan lengkap ini menghimpunkan bacaan doa berbuka puasa, sama ada untuk anda berbuka seorang diri mahupun berbuka secara beramai-ramai.

Apa yang menarik:

Setiap bacaan disertakan ejaan rumi supaya lebih mudah diikuti.

Turut disediakan ialah bacaan doa sebelum masuknya waktu berbuka puasa yang boleh anda jadikan amalan.

Semoga bermanfaat. InsyaaAllah..

Doa Berbuka Puasa Bersendirian

Apakah lafaz doa apabila berbuka puasa seorang diri?

Berikut adalah doa berbuka bagi mereka yang berbuka secara bersendirian:

Maksudnya:

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, kepadaMu aku berserah diri dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan RahmatMu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمۡتُ وَبِكَ أَمَنۡتُ وَعَلَى رِزۡقِكَ أَفۡطَرۡتُ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, kepadaMu aku berserah diri dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan RahmatMu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.

Doa Berbuka Puasa Untuk Ramai

Lafaz doa berbuka secara beramai-ramai sebenarnya serupa dengan doa bersendirian; bezanya hanya perkataan “tu” ditukar kepada “na”, supaya maknanya berubah daripada “aku” kepada “kami”

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمۡنَّا وَبِكَ أَمَنَّا وَعَلَى رِزۡقِكَ أَفۡطَرۡنَا بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

Allahumma Lakasum na Wabika Aaman na Wa’alaa Rizqika Afthor na Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah keranaMu kami berpuasa, denganMu kami beriman, kepadaMu kami berserah diri dan dengan rezekiMu kami berbuka (puasa), dengan RahmatMu, Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih.

Kelebihan Doa Sebelum Berbuka Puasa

Doa yang dipanjatkan sementara menanti waktu berbuka puasa adalah mustajab.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi.” — Hadis Riwayat At Tirmizi

Selepas seharian bersusah payah menahan lapar dan dahaga, Allah menghadiahkan satu waktu mustajab khusus untuk orang yang berpuasa memohon kepadaNya.

Justeru, rebutlah peluang keemasan ini untuk memohon apa sahaja hajat kebaikan, baik untuk dunia mahupun akhirat.

Alangkah ruginya jika minit-minit terakhir sebelum berbuka hanya dihabiskan dengan menatap skrin telefon.

Apakah Doa Yang Boleh Dibaca?

Pada waktu ini, sebarang doa boleh dipanjatkan.

Mohonlah apa yang anda hajati, atau sekurang-kurangnya pintalah kebaikan bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.

Peruntukkan sekitar 3 hingga 5 minit sebelum berbuka, angkatlah tangan dan panjatkanlah kepada Allah SWT apa jua permohonan yang baik.

Cadangan Doa Ringkas Yang Boleh Dibaca Sebelum Berbuka Puasa

Sekiranya anda tiada idea, berikut disenaraikan beberapa doa ringkas yang boleh diamalkan:

Doa Ramadan Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ صِيَامِيۡ فِيۡهِ صِيَامَ الصَّائِمِيۡنَ وَقِيَامِيۡ فِيۡهِ قِيَامَ الۡقَائِمِيۡنَ وَنَبِّهۡنِيۡ فِيۡهِ عَنۡ نَوۡمَةِ الۡغَافِلِيۡنَ وَهَبۡ لِيۡ جُرۡمِيۡ فِيۡ يَا إِلَهَ الۡعَالَمِيۡنَ وَاعۡفُ عَنِّيۡ يَا عَافِيًا عَنِ الۡمُجۡرِمِيۡنَ

Allâhummaj’al Siyaamii Fiihi Siyaamas-saa imîn, Wa Qiyaamii Fiihi Qiyaamal Qaa-imiin, Wa Nabbihnî Fiihi ‘An Nawmatil Ghaafilîn, Wa Hablii Jurmii Fii Yaa IlaaHal ‘Alamin, Wa’fu ‘Annî Yaa ‘Aafiyan ‘Anil Mujrimiin.

Ya Allah, jadikanlah puasaku pada bulan ini seperti puasa mereka yang benar-benar berpuasa, dan solat malamku seperti solat mereka yang benar-benar mendirikan malam. Sedarkanlah aku daripada lena orang-orang yang lalai. Lepaskanlah aku daripada segala dosaku, wahai Tuhan sekalian alam, dan maafkanlah aku, wahai Tuhan Yang Memberi keampunan kepada orang-orang yang berdosa.

Doa Ramadan Hari 2

اَللَّهُمَّ قَرِّبۡنِيۡ فِيۡهِ إِلَى مَرۡضَاتِكَ وَجَنِّبۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ وَوَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

Allaahumma Qarribnii Fiihi ilaa MardhaaTika Wa JanNibNi Fiihi Min SakhaTika Wa NaqiMaaTika Wa WaffiqNii Fiihi LiqiRaa-ati AyaaTika Birahmatika Yaa Arhamar Rahimîn

Ya Allah! Dekatkanlah diriku kepada keredhaan-MU dan hindarkanlah aku daripada kemurkaan-MU. Kurniakanlah aku keupayaan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan limpah rahmat-MU, Wahai Tuhan Yang Paling Pengasih antara segala yang pengasih!

Doa Ramadan Hari 3

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ الذِّهۡنَ وَالتَّنۡبِيۡهَ وَبَاعِدۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ السَفَاهَةِ وَالتَّمۡوِيۡهِ واجۡعَلۡ لِيۡ نَصِيۡبًا مِنۡ كُلِّ خَيۡرٍ تُنۡزِلُ فِيۡهِ، بِجُوۡدِكَ يَا أَجۡوَدَ الۡأَجۡوَدِيۡنَ

AllaaHummar-Zuqni FiiHidz-dzihNa WattanBîh Wa Baa’idnii Fiihi Minas SaFaaHati WattamWîh Waj’al Lii NasîBan Min Kulli Khairin TunZilu Fîhi BijuuDika Yaa AjwaDal Ajwadîn

Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku rezeki berupa akal fikiran dan sifat berjaga-jaga. Hindarkanlah aku daripada kejahilan dan kesesatan. Berikanlah kepadaku habuan daripada setiap kebaikan yang ENGKAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai Zat Yang Maha Pemurah

Doa Ramadan Hari 4

اللَّهُمَّ قَوِّنِيۡ فِيۡهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمۡرِكَ وَأَذِقۡنِيۡ فِيۡهِ حَلَاوَةَ ذِكۡرِكَ وَأَوۡزِعۡنِيۡ فِيۡهِ لِأَدَاءِ شُكۡرِكَ بِكَرَمِكَ وَاحۡفَظۡنِيۡ فِيۡهِ بِحِفۡظِكَ وَسِتۡرِكَ يَا أَبۡصَرَ النَّاظِرِيۡنَ

Allahumma Qawwinii Fiihi ‘Alaa IqooMati AmRika Wa AdziqNii Fiihi Halaawata Dzikrika Wa Audzi’nii Fiihi Li Adaai Syukrika Bikaramika Wahfazhnii Fiihi Bihifzhika Wa SitRika Yaa Absoran-NaaZhiRiin

Ya Allah! Teguhkanlah diriku untuk melaksanakan segala perintah-MU, dan kurniakanlah aku kemanisan berzikir mengingati-MU. Berikanlah aku kekuatan untuk mensyukuri-MU dengan kemuliaan-MU, dan peliharalah aku dengan penjagaan-MU serta perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat

Doa Ramadan Hari 5

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُسۡتَغۡفِرِيۡنَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ عِبَادِكَ الصَّالِحِيۡنَ الۡقَانِتِيۡنَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ أَوۡلِيَائِكَ الۡمُقَرَّبِيۡنَ بِرَأۡفَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

AllaaHummaj’alnii Fiihi Minal MusTaghFiRiin Waj’alnii FiiHi Min ‘ibaaDikas solihiin Al QaaNiTiin Waj’alNii Fiihi Min AwLiYaa-ikalMuqarraBiin Bira’-Fatika Yaa Arhamar-Raahimiin

Ya Allah! Masukkanlah aku pada bulan ini dalam golongan orang yang sentiasa beristighfar memohon keampunan, jadikanlah aku hamba-MU yang soleh lagi taat, dan angkatlah aku menjadi antara Auliya’-MU yang hampir di sisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai zat Yang Paling Pengasih antara segala yang pengasih.

Doa Ramadan Hari 6

اَللَّهُمَّ لاَ تَخۡذُلۡنِيۡ فِيۡهِ لِتَعَرُّضِ مَعۡصِيَتِكَ وَلاَ تَضۡرِبۡنِيۡ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحۡزِحۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ مُوۡجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَأَيَادِيۡكَ يَا مُنۡتَهَى رَغۡبَةِ الرَّاغِبِيۡنَ

AllaaHumma Laa TakhDzulNii Fiihi Lita-‘Arrudhi Ma’-Siyatika Wa Laa TadhRibNii BisiYaaThi NaqiMatika Wa ZahZihNii Fiihi Min MuuJibaaTi SaKhaTika BimanNika Wa AyadiiKa Yaa MunTaHaa RaghBatir-RaaGhiBiin

Ya Allah! Janganlah ENGKAU biarkan aku terhina pada bulan ini kerana maksiat yang aku lakukan terhadap-MU, dan janganlah aku ditimpa hukuman balasan-MU. Singkirkanlah aku daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai tumpuan terakhir bagi mereka yang berhajat!

Doa Ramadan Hari 7

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيۡ فِيۡهِ عَلَى صِيَامِه وَقِيَامِه وَجَنِّبۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ هَفَوَاتِه وَآثَامِه وَارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ ذِكۡرَكَ بِدَوَامِه بِتَوۡفِيۡقِكَ يَا هَادِيَ الۡمُضِلِّيۡنَ

AllaaHumma A’inNii FiiHi ‘Alaa SiYaaMihi Wa QiyaaMihi Wa JannibNi Fiihi Min HafaWaaTihi Wa AaTsaaMihi WarZuqNi Fiihi DzikRika BidaWaMihi BitauFiiQika Yaa HaaDiyal MuDhilLiin

Ya Allah, tolonglah aku untuk menunaikan puasa dan solat malam, serta hindarkanlah aku daripada perkara sia-sia dan perbuatan dosa. Kurniakanlah kepadaku amalan berterusan mengingati-Mu dengan taufik-Mu, wahai Pemberi petunjuk kepada orang yang sesat

Doa Ramadan Hari 8

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ رَحۡمَةَ الۡأَيۡتَامِ وَإِطۡعَامَ الطَّعَامِ وَإِفۡشَاءَ السَّلاَمِ وَصُحۡبَةَ الۡكِرَامِ بِطَوۡلِكَ يَا مَلۡجَأَ الۡآمِلِيۡنَ

AllaaHummar-ZuqNii FiiHi RahMatal AyTaam Wa It-‘AaMat-Tho-‘Aami Wa ifSyaa-As Salaam Wa SuhBatal KiRaam BiThawLika Yaa Malja-Al AaMiliin

Ya Allah, tanamkanlah dalam diri kami rasa kasih terhadap anak-anak yatim, sifat suka memberi makan (kepada orang miskin), menyebarkan kedamaian, serta bergaul dengan insan-insan yang mulia, dengan kemurahan-Mu, wahai tempat berlindung bagi mereka yang berharap

Doa Ramadan Hari 9

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ لِيۡ فِيۡهِ نَصِيۡبًا مِنۡ رَحۡمَتِكَ الۡوَاسِعَةِ وَاهۡدِنِيۡ فِيۡهِ لِبَرَاهِيۡنِكَ السَّاطِعَةِ وَخُذۡ بِنَاصِيَتِيۡ إِلَى مَرۡضَاتِكَ الۡجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الۡمُشۡتَاقِيۡنَ

AllaaHummaj’al-Lii FiiHi NaSiiBan Min Rahmatikal WaaSi’ah WahDinii FiiHi LibaRaaHiiNikas-SaaThi’ah Wa Khudz BiNaa Siyatii ilaa MarDhoTikal JaaMi’ah BimaHabbaTika Yaa Amalal MusyTaaQiin

Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku habuan daripada rahmat-MU yang maha luas, tunjukkanlah aku kepada ajaran-ajaran-MU yang nyata, dan pimpinlah aku menuju keredhaan-MU yang sempurna dengan kecintaan-MU, Wahai harapan bagi orang-orang yang merindu.

Doa Ramadan Hari 10

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ عَلَيۡكَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡفَائِزِيۡنَ لَدَيۡكَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُقَرَّبِيۡنَ إِلَيۡكَ بِإِحۡسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيۡنَ

AllaaHummaj-‘Alnii FiiHi Minal MutaWakkiLiin ‘AlaiKa Waj-‘alnii FiiHi Minal Faa-iziin LadaiKa Waj-‘Alnii FiiHi Minal MuqarraBiin ilaika Bii-ihSaanika Yaa GhaaYatat-ThaaLiBiin

Ya Allah! Golongkanlah aku bersama orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, jadikanlah aku antara mereka yang beroleh kemenangan di sisi-MU, dan tempatkanlah aku dalam kalangan mereka yang hampir kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Matlamat bagi orang-orang yang memohon

1. Ambil Masa Untuk Berdoa Sebelum Berbuka

Ramadhan ialah bulan yang dipenuhi limpahan keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

Antara keistimewaan bulan ini ialah doa mereka yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. — Riwayat Ibn Majah (1753)

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. — Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)

Waktu yang amat afdhal dan digalakkan untuk berdoa termasuklah ketika bersahur dan saat sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

Contoh doa yang sesuai boleh dilihat pada ruangan doa sebelum berbuka puasa di atas ⬆️

2. Menyegerakan Berbuka Puasa

Antara sunnah yang diajarkan Rasulullah ialah tidak berlengah-lengah apabila tiba masa berbuka puasa.

Apabila masuk waktunya, berbuka hendaklah disegerakan.

Ini kerana amalan menyegerakan berbuka puasa membawa banyak kebaikan.

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. — Bukhari & Muslim

Namun realiti yang sering berlaku dalam masyarakat kita ialah, apabila masuknya waktu solat maghrib, ramai yang masih berlegar di bazar-bazar ramadhan memilih juadah.

Para peniaga pula terus melayan pelanggan tanpa berbuka walaupun azan maghrib sudah kedengaran.

Ibu-ibu di rumah juga kadangkala masih sibuk di dapur menyediakan hidangan ketika azan maghrib berkumandang.

Sikap menangguh-nangguhkan berbuka puasa sebenarnya termasuk dalam perkara yang ditegah oleh Rasulullah SAW.

Sebabnya, melewat-lewatkan berbuka puasa merupakan kebiasaan orang Yahudi dan Kristian.

Rasulullah telah bersabda dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud & Ibnu Majah, yang sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani r.h, dengan maksud:

Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

3. Mulakan Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma Terlebih Dahulu

Satu lagi sunnah yang ditunjukkan Rasulullah ialah memulakan berbuka dengan memakan beberapa biji kurma basah terlebih dahulu.

Dengan cara ini, kita dapat menunaikan solat dalam keadaan perut yang tidak terlalu penuh.

Setelah menjamah beberapa biji kurma, baginda terus mendirikan solat.

Makanan lain hanya dimakan oleh Rasulullah SAW selepas baginda selesai solat dan berasa lapar.

Anas Bin Malik meriwayatkan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, yang bermaksud:

Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Malangnya, ramai dalam kalangan kita yang mengabaikan sunnah ini.

Kebiasaannya kita berbuka dengan makan dan minum secara berlebihan sehingga terlalu kenyang, lalu solat maghrib pun terlewat.

4. Minumlah Banyak Air

Pastikan anda mengambil air yang mencukupi ketika berbuka puasa.

Amalan ini membantu mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan selepas itu, kerana rasa lapar akan berkurangan apabila badan dihidratkan.

Di samping itu, minumlah secara perlahan-lahan sambil melafazkan alhamdulillah tatkala ia menyegarkan tubuh kita.

Rasulullah bersabda:

Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum) — Hadis riwayat At-Tirmidzi

Penutup: Semoga Ramadhan Ini Memberi Kebaikan Kepada Kita Semua

Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.

Semoga Ramadhan pada kali ini dilimpahi rahmatNya.

Dan mudah-mudahan kita mampu menjadikan Ramadhan ini yang paling cemerlang dan produktif buat diri kita

Diharapkan panduan ini memberi manfaat kepada semua.

References

  • Sunan Abu Dawud, no. 2358
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')

Frequently asked questions

How do I perform DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi)?

The DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi) guide is broken into 11 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does DOA BERBUKA PUASA BERSENDIRIAN & RAMAI (Rumi) have?

This guide has 11 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.