All prayer guides

Amalan Sunat Pada Bulan Rejab

Amalan Sunat Pada Bulan Rejab

Mukadimah

Apakah amalan-amalan yang dituntut sepanjang Bulan Rejab?

Panduan ini menghimpunkan beberapa kelebihan bulan ini beserta amalan-amalan sunat yang boleh dikerjakan.

Mudah-mudahan ia dapat membantu anda..

Kelebihan Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan

Sepanjang Bulan Rejab, kita digalakkan memperbanyakkan doa dan zikir dengan ketentuan berikut, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.

Justeru, amalan-amalan berikut dianjurkan sepanjang bulan rejab:

FirmanNya:

“Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”

Sesudah memberi salam, bacakan zikir ini:

سُبۡحَانَ اللهِ وَالۡحَمۡدُ لِلهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكۡبَرُ.

Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”

Diikuti pula dengan istigfar sebanyak 100 kali:

أَسۡتَغۡفِرُ اللهَ الۡعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ.

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”

Setelah selesai bertasbih dan beristigfar, panjatkanlah apa jua doa untuk kebaikan diri, dan pada keesokan harinya hendaklah kita berpuasa sehari (Imam Ghazali)

Ibnu Abbas

Sesiapa yang membaca ayat ini dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan, pada waktu di antara Zohor dengan Asar:

اَسۡتَغۡفِرُ اللهَ الۡعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ تَوۡبَةً عَبۡدٍ ظَالِمٍ لَا يَمۡلِكُ لِنَفۡسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفۡعًا، وَلَا مَوۡتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا.

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”

Nescaya dua malaikat akan diperintahkan untuk memadamkan segala kejahatannya.

Rujukan & Penutup

Panduan ini dirujuk daripada buku 99 solat sunat karangan Ustaz Abdul Aziz Ismail.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang taat, yang tekun mengerjakan amalan sunat dengan penuh keimanan, serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Mudah-mudahan ia membantu anda beribadah sepanjang bulan yang mulia ini.

References

  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sunan Abu Dawud, no. 1517

Frequently asked questions

How do I perform Amalan Sunat Pada Bulan Rejab?

The Amalan Sunat Pada Bulan Rejab guide is broken into 3 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Amalan Sunat Pada Bulan Rejab have?

This guide has 3 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.