All prayer guides

NIAT & CARA SOLAT SUNAT AWWABIN (Panduan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT AWWABIN (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Berikut disediakan panduan untuk menunaikan Solat Sunat Awwabin.

Panduan ini disusun dengan lengkap dan teratur supaya anda dapat mengerjakan solat Awwabin dengan cara yang betul.

Apa yang menarik:

Turut disertakan ejaan rumi untuk memudahkan sesiapa yang masih belum lancar membaca tulisan arab.

Sekiranya panduan ini sesuai untuk anda, jom kita mula..

Maksud Solat Sunat Awwabin

Perkataan Awwabin datangnya daripada kata Awwab, iaitu orang yang kembali kepada Allah melalui taubat dan istighfar. Solat sunat Awwabin (صلاة سنة الأوابين) merujuk kepada solat sunat yang dikerjakan dalam tempoh antara waktu Maghrib dengan waktu Isyak.

Ia diberi nama al-Awwabin — kembali mengingati Allah dengan mengerjakan amalan sunat — kerana pada waktu itu (antara Maghrib dan Isyak) kebanyakan manusia sedang alpa dan leka dengan perkara santai seperti menjamu makan malam, berborak, tidur serta pelbagai urusan lain.

Adakah Solat Sunat Awwabin Adalah Solat Dhuha?

Ada sesetengah pandangan yang menyatakan solat sunat Awwabin itu sebenarnya Solat Sunat Dhuha. Namun sebahagian ulama pula berpandangan ia merupakan solat antara waktu Maghrib dan Isyak kerana wujud dalil daripada hadis Nabi mengenainya.

Menerusi hadis riwayat Hudzaifah bin al-Yaman, beliau berkata:

Lalu, aku menemui Nabi, maka aku pun melaksanakan solat Maghrib bersama Baginda. Kemudian Baginda meneruskan solar sehingga solat Isyak (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Solat sunat Awwabin turut menjadi amalan tetap dalam kehidupan seharian para sahabat Rasulullah, malah mereka begitu menitikberatkan amalan sunat pada waktu berkenaan.

Dalam sebuah atsar yang dibawakan oleh Abdul Rahman bin al-Aswad daripada bapa saudaranya, katanya:

Suatu waktu yang mana aku tidak pernah menemui Abdullah bin Mas’ud pada waktu tersebut melainkan aku mendapati beliau sedang bersolat iaitu waktu di antara Maghrib dan Isyak. Beliau pernah berkata: la adalah waktu kelalaian.

Manakala dalam atsar yang lain pula, Abdullah bin Umar pernah menyebut:

Solat sunat Awwabin adalah bermula di antara masa para jemaah solat Maghrib mula bergerak keluar sehingga kembali semula untuk menunaikan solat Isyak. (Riwayat Ibn Abu Syaibah)

Solat sunat Awwabin juga dikira sebagai solat malam memandangkan waktu malam bermula sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib.

Oleh sebab itu, apa jua ibadat sunat yang dikerjakan selepas masuk waktu Maghrib dikira telah menepati pengertian qiyamullail.

Ibn Abu Syaibah ada meriwayatkan dalam al-Musannaf daripada Anas bin Malik bahawa beliau pernah mendirikan solat antara waktu Maghrib dan Isyak, lalu berkata: Itu adalah solat di awal malam.

Bahkan ulama daripada mazhab-mazhab telah sepakat bahawa membiasakan diri dengan solat-solat sunat antara Maghrib dan Isyak adalah suatu yang digalakkan.

Menurut pegangan Mazhab Shafi’e yang diikuti umat Islam di Malaysia, Solat Sunat Awwabin bermaksud solat yang ditunaikan selepas Fardhu Maghrib sementara menunggu masuknya waktu Isyak.

Waktu Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin

Waktu untuk mengerjakan solat sunat Awwabin ialah antara Maghrib dan Isyak.

Sekurang-kurangnya ia didirikan sebanyak dua rakaat, dan yang paling afdal ialah enam rakaat dengan tiga salam, sepertimana amalan Rasulullah SAW

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang solat selepas Maghrib enam rakaat, maka disamakan untuk orang itu ibadah selama 12 tahun – Riwayat Tirmizi

Niat Solat Sunat Awwabin

Bagaimana pula lafaz niat bagi Solat Sunat Awwabin?

Berikut adalah niat Solat Sunat Awwabin:

1. Dua rakaat pertama diniatkan untuk memelihara iman.

Bagi rakaat pertama dan kedua, niatnya ialah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ حِفۡظِ الۡإِيۡمَانِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala

2. Dua rakaat yang kedua dilakukan dengan niat bertaubat.

Bagi rakaat ketiga dan keempat, niatnya ialah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ التَّوۡبَةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala

3. Dua rakaat yang ketiga dilakukan dengan niat bersama istikharah

Bagi rakaat kelima dan keenam, niatnya ialah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ الۡإِسۡتِخَارَةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala

Bilangan Rakaat

Merujuk kepada dalil daripada beberapa hadis yang menyentuh soal bilangan rakaat solat sunat Awwabin, kesimpulannya adalah seperti berikut:

  1. Bilangan paling minimum ialah dua rakaat.
  2. Bilangan yang pertengahan ialah enam rakaat.
  3. Bilangan yang paling sempurna ialah dua puluh rakaat. Sekiranya solat sunat Awwabin dikerjakan melebihi dua rakaat, ia dilaksanakan secara dua rakaat demi dua rakaat, iaitu setiap dua rakaat diakhiri dengan satu salam.

Nota

Sekiranya masa anda terhad — contohnya ada kuliah Maghrib atau majlis ilmu — memadailah dikerjakan pada kadar minimum, iaitu dua rakaat sahaja.

Cara Solat Sunat Awwabin

Bahagian Kaedah Perlaksanaan Solat Sunat Awwabin ini akan menunjukkan cara solat sebanyak 6 rakaat (dilakukan secara berasingan, 2 rakaat – 2 rakaat)

Solat ini ditunaikan setelah selesai Solat Sunat Ba’diyyah Maghrib

Secara ringkasnya, langkah-langkah mengerjakan Solat Sunat Awwabin adalah seperti berikut:

  • Mulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat di dalam hati: “Sahaja aku solat sunat Awwabin dua rakaat kerana Allah Taala” bagi setiap dua rakaat.
  • Pada setiap rakaat, baca Surah Al-Fatihah dan kemudian surah lazim seperti al-Kafirun (rakaat pertama) atau al-Ikhlas (rakaat kedua).
  • Kerjakan rukuk, diikuti dua kali sujud, sambil memelihara tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
  • Bagi rakaat kedua, bangkit sambil membaca takbir, kemudian baca Al-Fatihah serta surah lazim yang lain, disusuli rukuk dan sujud.
  • Apabila rakaat kedua selesai, duduk bagi tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.
  • Panjatkan doa dengan penuh khusyuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Perkara yang perlu diingat, solat Awwabin hendaklah dikerjakan dengan niat yang ikhlas serta hati yang penuh keinsafan.

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, lafazkan niat solat sunat Awwabin di dalam hati.

Niat solat Awwabin ini disertakan dengan tujuan memelihara iman:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ حِفۡظِ الۡإِيۡمَانِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal AwwaBin Ma’a HifZil IMaan Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Niat juga boleh dilafazkan dalam bahasa melayu:

Sahaja aku solat sunat Awwabin serta menjaga iman 2 rakaat kerana Allah Taala

  • Lafaz niat solat boleh juga dibaca sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Lazimnya bagi solat sunat, al-Fatihah dibaca terus tanpa didahului doa iftitah.

Namun sekiranya mahu membaca iftitah, ia tetap sunat (mendapat pahala bacaan)

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, maka ia wajib dibaca pada setiap solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 3. Kemudian,

Setelah al-Fatihah selesai dibaca, sambung pula dengan satu surah pendek daripada al-Quran.

Antara surah yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Ketika rukuk, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), seterusnya baca:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Pertama — 6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Pertama — 8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sewaktu sujud, baca bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri bagi rakaat kedua, berhenti duduk sebentar (kira-kira 3 saat) barulah bangkit untuk rakaat berikutnya.

solat taubat

Rakaat Kedua — 10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bererti takbir yang memulakan rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Kedua — 11. Baca Surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 12. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah al-Fatihah selesai, teruskan dengan bacaan surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Amalan membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua bersandarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi

Rakaat Kedua — 13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Ratakan belakang badan, halakan pandangan ke tempat sujud dan letakkan tangan pada kepala lutut secara selesa.

Semasa rukuk ini, baca bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit dari rukuk dan tegakkan badan (iktidal), kemudian bacakan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kedua — 15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kedua — 16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca pula bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacakan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh muka ke arah kanan sambil melafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… seterusnya toleh pula muka ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Doa Selepas Memberi Salam

Setiap kali selesai memberi salam, bacakan doa ini:

اَللَّهُمَّ سَدِّدۡنِي بِالۡإِيۡمَانِ وَاحۡفَظۡهُ عَلَيَّ فِي حَيَاتِي وَعِنۡدَ وَفَاتِي وَبَعۡدَ مَمَاتِي

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.

Setelah doa ini dibaca, terus bangkit daripada duduk bagi meneruskan rakaat berikutnya, iaitu rakaat ketiga dan rakaat keempat.

Rakaat Ketiga — 20. Rakaat Ketiga

Bagi rakaat ketiga dan keempat, lafaz niat Solat Sunat Awwabin disertakan dengan taubat:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ التَّوۡبَةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’at-TawBati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama bertaubat 2 rakaat kerana Allah Taala

  • Lafaz niat solat boleh juga dibaca sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Ketiga — 21. Bacalah Surah al-Fatihah.

Kebiasaannya dalam solat sunat, terus dibaca al-Fatihah tanpa doa iftitah.

Walau bagaimanapun, membaca iftitah tetap sunat sekiranya mahu (mendapat pahala bacaan)

Surah al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat, justeru wajib dibacakan dalam setiap solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Ketiga — 22. Kemudian,

Selepas selesai al-Fatihah, bacakan pula sepotong surah pendek daripada al-Quran.

Antara pilihan surah yang boleh dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Ketiga — 23. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan hendaklah rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud dan tangan diletakkan di atas kepala lutut dengan selesa.

Dalam keadaan rukuk ini, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Ketiga — 24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun daripada rukuk lalu berdiri lurus (iktidal), kemudian baca:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Ketiga — 25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Sewaktu sujud, bacakan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Ketiga — 26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Ketiga — 27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud, baca bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Ketiga — 28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Seterusnya.

Sebelum bangkit ke rakaat berikutnya, duduk rehat seketika (lebih kurang 3 saat) sebelum berdiri semula.

solat taubat

Rakaat Keempat — 29. Rakaat Keempat Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bererti takbir yang memulakan rakaat berikutnya).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Keempat — 30. Baca Surah al-Fatihah.

Sebagaimana rakaat-rakaat sebelumnya, surah al-Fatihah dibaca sekali lagi pada rakaat ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Keempat — 31. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sesudah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Bacaan al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua adalah bersumberkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi

Rakaat Keempat — 32. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Luruskan dan ratakan belakang badan, pandang ke tempat sujud, dan letakkan kedua tangan pada kepala lutut dengan selesa.

Ketika rukuk, bacalah bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Keempat — 33. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk dan berdiri tegak (iktidal), lalu bacakan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Keempat — 34. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, baca bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Keempat — 35. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Keempat — 36. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Sewaktu sujud, bacakan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Keempat — 38. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan wajah ke sebelah kanan dan lafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian toleh pula ke sebelah kiri sambil melafazkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keempat

Selesai sahaja memberi salam, bacalah doa berikut:

اَللَّهُمَّ سَدِّدۡنِي بِالۡإِيۡمَانِ وَاحۡفَظۡهُ عَلَيَّ فِي حَيَاتِي وَعِنۡدَ وَفَاتِي وَبَعۡدَ مَمَاتِي

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.

Sesudah doa ini dibaca, terus bangun daripada duduk untuk meneruskan rakaat seterusnya, iaitu rakaat kelima dan rakaat keenam.

Rakaat Kelima — 39. Rakaat Kelima

Bagi rakaat kelima dan keenam, lafaz niat Solat Sunat Awwabin disertakan dengan istikharah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡأَوَّابِيۡنَ مَعَ الۡإِسۡتِخَارَةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usollo Sunnatal AwwaBin Ma’al IstiKhaaRati Rak’Ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat Awwabin bersama istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala

  • Niat solat boleh juga dilafazkan lebih awal, sebelum mengangkat takbir.

takbiratul ihram

Rakaat Kelima — 40. Bacalah Surah al-Fatihah.

Seperti biasa bagi solat sunat, al-Fatihah dibaca terus tanpa didahului doa iftitah.

Namun jika mahu membaca iftitah, ia adalah sunat (memperoleh pahala bacaan)

Surah al-Fatihah adalah antara rukun solat, maka wajib dibaca dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kelima — 41. Kemudian,

Sebaik selesai al-Fatihah, sambung dengan bacaan surah pendek daripada al-Quran.

Salah satu surah yang boleh dipilih ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Kelima — 42. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Jaga supaya belakang badan rata, mata menghala ke tempat sujud dan tangan memegang kepala lutut dalam keadaan selesa.

Semasa rukuk, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kelima — 43. Kemudian Bangun Iktidal

Bangun daripada rukuk dan berdiri tegak (iktidal), seterusnya bacakan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kelima — 44. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud, bacakan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kelima — 45. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Baca bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kelima — 46. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kelima — 47. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Seterusnya.

Sebelum meneruskan rakaat berikutnya, duduk rehat sebentar (sekitar 3 saat) sebelum bangkit berdiri semula.

solat taubat

Rakaat Keenam — 48. Rakaat Keenam Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bererti takbir yang memulakan rakaat berikutnya).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Keenam — 49. Baca Surah al-Fatihah.

Seperti rakaat-rakaat sebelum ini, sekali lagi bacakan surah al-Fatihah pada rakaat ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Keenam — 50. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Apabila al-Fatihah selesai, sambung pula dengan surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Amalan membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas pada rakaat pertama dan kedua berdalilkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi

Rakaat Keenam — 51. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus rata, pandangan ke arah tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut secara selesa.

Dalam rukuk ini, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Keenam — 52. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit dari rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), kemudian baca:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Keenam — 53. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Sewaktu sujud, baca bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Keenam — 54. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan pula bacaan antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Keenam — 55. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Keenam — 56. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh muka ke sebelah kanan dan lafazkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… selepas itu palingkan wajah ke sebelah kiri pula dan ucapkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Doa Selepas Memberi Salam Rakaat Keenam

Setiap kali selesai salam, bacakan doa berikut:

اَللَّهُمَّ سَدِّدۡنِي بِالۡإِيۡمَانِ وَاحۡفَظۡهُ عَلَيَّ فِي حَيَاتِي وَعِنۡدَ وَفَاتِي وَبَعۡدَ مَمَاتِي

AllaHumMa SadDidNi Bil imaan WahFazHu AlayYa Fii HaYaaaTii Wa inDa WaFaaTii Wa Ba’Da MaMaaTii

Maksudnya:

Ya Allah, penuhkanlah aku dengan iman dan peliharakanlah ia sepanjang hidupku, waktu matiku dan selepas matiku.

Apabila doa ini selesai dibaca, maka sempurnalah Solat Sunat Awwabin 6 rakaat tersebut. Alhamdulillah.

Doa Selepas Solat Sunat Awwabin

doa sekepas solat awwabin

Tidak ada doa khusus yang ditetapkan selepas Solat Sunat Awwabin. Oleh itu, berdoalah apa sahaja hajat yang dikehendaki, namun yang paling utama pohonlah keampunan daripada Allah ﷻ serta mintalah agar dikurniakan keteguhan iman dan ketaatan yang berkekalan kepada Allah ﷻ.

Fadilat & Kelebihan Solat Sunat Awwabin

keberkatan istikharah

Apakah fadilat yang diperoleh apabila mengerjakan Solat Sunat Awwabin?

Antara dalil yang menyebut tentang keistimewaan solat ini adalah seperti berikut:

1. Diampunkan Dosa

Menurut al-Mawardi dalam al-Hawi al-Kabir, terdapat satu riwayat daripada Nabi yang menyatakan:

Sesungguhnya Baginda melaksanakan solat antara Maghrib dan Isyak sebanyak dua puluh rakaat, dan Baginda bersabda: Ini solat Awwabin, maka sesiapa yang mendirikannya akan diampunkan dosanya. (Hadis riwayat al-Tabrani)

2. Pahalanya Sama Seperti Ibadat Selama 12 Tahun

Solat sunat Awwabin ini dijadikan amalan oleh para ulama salafus soleh, dan mereka menggelarkannya Solat Ghaflah kerana pada waktu itu manusia kerap lalai, sibuk dengan urusan makan malam serta tidur.

Beristiqamah mengerjakan solat sunat Awwabin adalah amalan yang paling baik.

Menerusi hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat selepas solat Maghrib tanpa diselangi antaranya dengan perbicaraan, samalah pahalanya dengan ibadat selama dua belas tahun. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

3. Dibina Rumah Untuknya Didalam Syurga

Kitab al-Mughni ada menyebutkan bahawa Allah berfirman:

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan amal-amal soleh). (Surah al-Sajdah ayat 16)

Ketika mengulas ayat ini, Anas bin Malik menyatakan bahawa para sahabat mengerjakan amalan sunat antara waktu Maghrib dan Isyak dengan mendirikan solat. Aisyah pula meriwayatkan sabda Rasulullah:

Sesiapa yang melaksanakan solat (sunat) sebanyak dua puluh rakaat selepas solat Maghrib, maka Allah akan membina sebuah rumah untuknya di dalam syurga. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

4. Termasuk Dalam Golongan Orang-Orang Bertaubat

Sebuah hadis yang diriwayatkan secara marfu oleh Muhammad bin al-Mukandir menyebut bahawa Nabi bersabda:

Sesiapa yang bersolat sunat antara waktu solat Maghrib dan solat Isyak, maka itulah solat orang-orang yang bertaubat (Awwabin). (Hadis riwayat Ibn al-Mubarak)

5. Amalan Untuk Masuk ke Syurga

Antaranya ialah hadis riwayat Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya yang maksudnya:

“Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).” – Hadis riwayat Imam Muslim

6. Memperbaiki Kekurangan Pada Solat Fardu

Imam Ahmad turut meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya,

“Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada MalaikatNya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hambaKu, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hambaKu ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hambaKu itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.” – Hadis riwayat Imam Ahmad

Justeru, sesiapa yang mendirikan solat sunat antara waktu Maghrib dan Isyak akan dikurniakan ganjaran atas solat itu, di samping meraih peluang waktu yang amat besar kelebihannya — waktu di mana ramai manusia sedang leka dan lalai.

Bahkan, ibadat yang dilakukan antara kedua-dua waktu ini turut terangkum dalam amalan qiyamullail.

Penutup

Amalkanlah solat sunat ini sementara menunggu masuknya waktu Isyak.

Ia jauh lebih baik daripada berbual perkara kosong atau tidur, lebih-lebih lagi ketika tiada majlis ilmu.

Jika ada keuzuran untuk berjemaah di masjid, solat ini boleh juga ditunaikan di rumah.

Jadikanlah ia amalan yang berterusan, moga-moga Allah ﷻ melimpahkan rahmat-Nya kepada kita dengan memelihara keteguhan serta nikmat iman yang berpanjangan, di samping menghapuskan dosa-dosa kita.

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda.

Nota Rujukan:

  1. Panduan Solat Sunat Harian, Ustaz Faez Bin Mohd al-Hashimi
  2. Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib, Ustaz Muhadir Haji Joll
  3. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr. Nik Yusri Musa
  4. Kelebihan Solat Awwabin, Ustaz Ahmad Rizam
  5. Cara Solat Awwabin, Ustaz Muhadir Haji Joll
  6. Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Tradisi kitab amalan Mazhab Syafi'i

Frequently asked questions

How do I perform NIAT & CARA SOLAT SUNAT AWWABIN (Panduan Lengkap)?

The NIAT & CARA SOLAT SUNAT AWWABIN (Panduan Lengkap) guide is broken into 73 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does NIAT & CARA SOLAT SUNAT AWWABIN (Panduan Lengkap) have?

This guide has 73 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.