
Mukadimah
Amalan sunat di dalam solat terbahagi kepada dua kategori, iaitu sunat hai’ah dan sunat ab’adh.
Persoalannya, sejauh mana anda mengenali:
- Apakah yang dimaksudkan dengan sunat ab’adh?
- Apakah pula pengertian sunat hai’ah?
Panduan ini disusun untuk membantu anda mengenali kedua-dua jenis amalan sunat dalam solat tersebut.
Pengenalan
Solat, sebagai tiang agama, tidak tertegak dengan rukun-rukunnya yang asas semata-mata.
Malah, ia turut dihiasi dan disempurnakan dengan pelbagai amalan sunatnya.
Amalan sunat ini menjadi penampal kepada apa jua kekurangan yang mungkin berlaku tanpa disedari sepanjang solat. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan sunat-sunat ini di dalam solat baginda.
Namun begitu, oleh sebab peranannya yang begitu besar dalam solat, ada segelintir orang yang keliru membezakan antara rukun solat dengan perkara sunat ini.
Kekeliruan seperti ini wajib dibetulkan, kerana sesiapa yang gagal membezakan perbuatan solat yang berstatus rukun daripada yang berstatus sunat, solatnya tidak sah walaupun dia menunaikannya dengan sempurna.
Maka jelaslah bahawa tiada tempat bagi sikap ikut-ikutan semata-mata dalam ibadat
Sunat Hai’ah Dalam Solat

Jika sunat hai’ah tertinggal, tiada sebarang kesan ke atas solat.
Solat itu tidak perlu diulang semula, dan sujud sahwi juga tidak perlu dibuat.
Sunat hai’ah merangkumi 14 perkara:
- Mengangkat Tangan
- Semasa takbiratul ihram. Kedua-dua tapak tangan diangkat menghadap kiblat dan selari dengan paras kedua-dua bahu, manakala ibu jari berada berhampiran bahagian bawah cuping telinga.
- Tangan turut diangkat ketika hendak rukuk, sama caranya seperti takbiratul ihram.
- Tangan juga diangkat ketika iktidal, sama caranya seperti takbiratul ihram.
- Begitu juga ketika bangun ke rakaat ketiga (selepas tahiyat awal), tangan diangkat seperti takbiratul ihram.
- Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, memegangnya, dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
Perut tapak tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, dipegang, kemudian diletakkan pada kedudukan di bawah dada atau di atas pusat.
Hikmah pegangan ini adalah untuk memastikan kedua-dua tangan kekal tetap dan tidak bergerak ke merata arah.
- Membaca Doa Tawajuh Iftitah (Tawajuh)
Lafaznya ialah:
Maksudnya:
اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ حَنِيفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الۡمُشۡرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَ الۡمُسۡلِمِينَAllah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.
Maksudnya:
Allah Yang Paling Besar dengan sebesar-besar kebesaranNya dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan langit-langit dan bumi, dalam keadaanku yang lurus, berserah diri dan tidaklah aku daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian Alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.
- Membaca A’zubillah (Taawuz)
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
Syaitan merupakan perlambangan bagi setiap insan yang degil lagi keras kepala
- Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah.
Disunatkan membaca al-Fatihah dengan suara yang nyaring pada tempat-tempat tertentu, iaitu pada dua rakaat pertama solat maghrib, isyak dan subuh, solat Jumaat, solat dua hari raya, solat gerhana bulan, solat minta hujan, tarawih, witir (dalam bulan Ramadhan), serta solat sunat tawaf (sekiranya ditunaikan pada waktu malam atau subuh)
Selain daripada tempat-tempat yang dinyatakan itu, bacaan al-Fatihah dan surah disunatkan dibaca secara perlahan.
- Membaca “Amin” selepas al-Fatihah.
Turut disunatkan berhenti seketika sebelum melafazkan “Amin”.
Maksudnya: “perkenankanlah”
Kalimah Amin terdiri daripada empat huruf, dan bagi setiap satunya Allah menjadikan seorang malaikat yang menyebut, “Ya Allah, ampunkanlah bagi orang yang berkata, Amin.”
- Membaca Surah Al-Quran.
Selepas al-Fatihah pada dua rakaat pertama, imam atau orang yang bersolat secara bersendirian disunatkan membaca mana-mana surah al-Quran, walaupun surah yang pendek.
- Membaca Takbir Ketika Rukuk.
Takbir dilafazkan ketika turun untuk rukuk.
Apabila bangkit daripada rukuk (iktidal), bacaannya ialah:
Maksudnya:
سَمِعَ اللهُ لِمَنۡ حَمِدَهُAllah mendengar pujian orang yang memujinya”
Maksudnya:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya”
Dan ketika berada dalam iktidal, disunatkan pula membaca:
Maksudnya:
رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُWahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”
Rabbanaaa lakal hamdu
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, hanya untuk engkau sahaja segala puji sepenuh langit, sepenuh bumi, sepenuh apa yang ada di antara kedua-duanya dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki setelah itu.”
- Membaca Tasbih Ketika Rukuk (3 Kali)
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujianNya”
- Membaca Tasbih Ketika Sujud (3 Kali)
Tasbih yang dibaca ketika sujud ialah
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِMaksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya”
- Meletakkan Kedua-dua Tangan Di Atas Paha Dengan Melepaskan Kesemua Jari.
Maknanya, jari-jari dilepaskan tanpa genggaman semasa duduk antara dua sujud.
Namun ketika duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir, disunatkan tangan kanan digenggam dengan jari telunjuk dilepaskan, lalu telunjuk itu diangkat ketika menyebut kalimah “IllaAllah”
12 Duduk Iftirasy
Duduk iftirasy diamalkan pada semua jenis duduk, iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri dan kanan supaya dapat dihadapkan ke arah kiblat — ketika tahiyat awal, ketika duduk antara dua sujud, dan juga ketika duduk istirahat (sewaktu hendak bangun daripada sujud pada rakaat pertama atau ketiga)
13 Duduk Tawaruk
Ini ialah cara duduk pada tahiyat akhir (bentuknya menyerupai duduk iftirasy, cuma bezanya kaki kiri dikeluarkan ke sebelah kanan sehingga punggung mencecah lantai, sementara tapak kaki kanan ditegakkan dengan jari-jarinya menghadap kiblat).
14 Salam Kedua
Salam kedua dilakukan sambil memalingkan muka ke sebelah kiri, sekurang-kurangnya sehingga pipi kiri kelihatan apabila dilihat dari arah belakang.
Sunat Ab’adh Dalam Solat
Di samping sunat-sunat hai’ah, sunat ab’adh turut menyumbang peranan besar dalam melahirkan solat yang sempurna.
Meninggalkan sunat-sunat ini memang tidak membatalkan solat, namun galakan (sunat) supaya melakukan sujud sahwi apabila ia ditinggalkan — sama ada dengan sengaja mahupun tidak — menunjukkan betapa tinggi kedudukan dan nilai sunat ab’adh dalam solat.
Ia menjadi penampal kepada apa jua kekurangan yang mungkin tidak disedari sewaktu bersolat. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan sunat-sunat ini dan melakukan sujud sahwi apabila ada yang tertinggal.
Takrif Sunat Ab’adh
BAHASA
Dari segi bahasa, ab’adh berakar daripada kalimah ba’ad (بعض) yang membawa erti sebahagian atau setengah.
SYARAK
Dari sudut syarak pula, sunat ab’adh ialah setiap perbuatan dalam solat yang apabila ditinggalkan, sama ada sengaja atau tidak, disunatkan diganti dengan sujud sahwi pada penghujung solat atau selepasnya.
Sunat ab’adh merangkumi tujuh perkara iaitu:
- Tahiyat awal (pertama)
- Selawat ke atas Nabi SAW ketika tahiyat awal
- Duduk tahiyat / tasyahud awal
- Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh serta pada solat witir yang terakhir, bermula malam ke-15 sehingga penghujung bulan Ramadhan.
- Selawat ke atas Nabi SAW di dalam qunut
- Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW di dalam qunut
- Berdiri sewaktu membaca qunut
- Selawat ke atas keluarga Nabi ketika tahiyat akhir.