All prayer guides

PANDUAN ASAS SOLAT FARDU (Langkah Demi Langkah)

PANDUAN ASAS SOLAT FARDU (Langkah Demi Langkah)

Mukadimah

Inilah panduan asas yang lengkap untuk menunaikan solat fardu. Ia disusun secara langkah demi langkah sebagai pengenalan kepada cara mendirikan solat.

Beberapa perkara lain yang ada kaitan dengan ibadah solat turut dimuatkan supaya urusan ibadah anda menjadi lebih mudah.

Justeru, panduan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang baru hendak belajar bersolat.

Sekiranya anda mencari manual solat yang menyeluruh, inilah rujukan yang anda perlukan.

Mengapa Orang Islam Perlu Solat?

Umat Islam diwajibkan mendirikan solat kerana solat merupakan tiang agama. Peranan solat dalam agama boleh diumpamakan seperti kepala pada sesebuah tubuh.

Tubuh manusia masih boleh terus hidup walaupun tidak mempunyai tangan. Begitu juga, seseorang masih mampu meneruskan kehidupan walaupun tanpa kaki.

Namun, sekiranya tubuh itu tidak berkepala, ia tidak lagi bererti kerana tubuh tersebut sudah mati. Walau sesempurna mana sekalipun tubuh itu, tanpa kepala ia tetap tidak bernilai.

Demikianlah halnya dengan solat.

Apabila seseorang meninggalkan solat, amalan-amalan lainnya menjadi sia-sia. Puasa, zakat dan hajinya tidak diberi nilai di sisi Allah Taala.

Inilah yang difahami daripada mafhum sebuah hadis Nabi yang bermaksud:

Yang pertama dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya – Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah

Solat juga dianggap tidak menjadi jika kesempurnaannya tidak dipelihara. Tamakninah dalam solat wajib dijaga.

Hal ini dirakamkan dalam hadis ketika Nabi menegur seorang sahabat yang solatnya tidak disertai tamakninah.

Mudah-mudahan panduan solat ini dapat membantu para pembaca menunaikan solat dengan baik dan sempurna.

InsyaaAllah.

Apa Maksud Solat?

Menurut bahasa, solat membawa erti doa. Apabila seorang hamba Allah mendirikan solat, ini bermakna dia sedang berdoa kepada Allah SWT. Dari sudut syarak pula, solat ialah ibadah yang merangkumi perkataan dan perbuatan tertentu, bermula dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, serta tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Sewaktu bersolat, keseluruhan jasad dihadapkan kepada Allah SWT. Lidah pula sibuk memuji serta memohon kepada-Nya.

Pada masa yang sama, akal mengingati Allah seiring dengan apa yang diucapkan oleh lidah. Hati pula menghayati kebesaran dan kekuasaan Allah SWT sebagai Tuhan yang disembah.

Cara Solat (Langkah Demi Langkah Asas)

Berikut dikongsikan cara asas menunaikan solat secara langkah demi langkah.

  1. Menghadap Kiblat

Posisi berdiri ini dikenali sebagai qiyam dalam bahasa Arab.

Berdirilah tegak dan hadapkan badan ke arah kiblat (iaitu ke arah Kaabah). Pandangan mata pula ditujukan ke tempat sujud.

Panduan solat

Sesiapa yang ingin menunaikan solat wajib memastikan arah kiblat dengan yakin sebelum solat dimulakan.

Pada hari ini, pelbagai aplikasi penentu arah kiblat boleh dimanfaatkan. Salah satunya ialah Qibla Finder

  1. Niat Untuk Solat

Lafazkan niat di dalam hati mengikut solat yang ingin anda kerjakan.

Sebagai contoh: Sahaja Aku Solat Fardu Zohor 4 Rakaat Tunai Kerana Allah Taala

Hayati dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

  1. Angkat Takbir

Angkat kedua-dua belah tangan sehingga separas telinga.

Seterusnya lafazkan “Allahuakbar!”

Yang bermaksud “Allah Maha Besar”

Panduan solat

Panduan solat

Perbuatan ini dalam solat dinamakan Takbiratul Ihram

  1. Letakkan Tangan Di Atas Perut

Setelah mengangkat takbir, letakkan tangan di atas perut.

Panduan solat

Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, sementara wajah ditujukan ke arah tempat sujud.

Selepas itu, bacalah doa iftitah:

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

  1. Baca Al Fatihah Dan Seterusnya Surah Lain

Setelah selesai membaca doa iftitah, sambung pula dengan bacaan surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah merupakan rukun di dalam solat.

Maksudnya, al-Fatihah itu wajib dibaca. Sekiranya ia ditinggalkan, solat kita tidak sah.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Al hamdu lil lahi rabbil ‘alamin. Arrahmanir rahim. Maliki yawmiddin. Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in. Ihdinas siratal mustaqim. Siratal ladhina an’amta’alaihim, ghairil maghdubi’alaihim wa lad dhallin. (Amin)

Surah al-Fatihah wajib dibaca pada setiap rakaat.

Selepas al-Fatihah, sambunglah dengan bacaan surah yang lain.

Antara surah yang ringkas ialah surah al-Ikhlas.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul hu wal lahu ahad, allahus samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam ya kul lahu kufuwan ahad.”

  1. Kemudian Rukuk

Langkah berikutnya ialah rukuk.

Ketika rukuk, lafazkan takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua-dua belah tangan di atas lutut.

Panduan solat

Ketika rukuk:

Belakang badan hendaklah rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, manakala tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih sewaktu rukuk ialah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Subhaa Na Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

  1. Berdiri Dari Rukuk (Iktidal)

Apabila rukuk selesai, kita pula bangun berdiri tegak (iktidal).

Lafaz ketika iktidal adalah seperti berikut:

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

  1. Sujud Pertama

Selepas iktidal, kita pula melakukan sujud.

Panduan solat

Cara sujud ialah:

Lafazkan takbir (Allahuakhbar) lalu turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua-dua belah tapak tangan serta ibu jari kaki menyentuh lantai. (rujuk gambar)

Renggangkan lengan daripada sisi badan dan daripada lantai.

Bacaan ketika sujud ialah:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Tasbih ini diulang sebanyak tiga (3) kali.

  1. Duduk Antara Dua Sujud

Selepas itu, bangun (duduk) daripada sujud sambil melafazkan “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Panduan solat duduk antara dua sujud

Fasa ini dikenali sebagai “duduk di antara dua sujud”

Bacaan paling ringkas ketika duduk antara dua sujud ialah:

Rabbighfir li.”

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku

Sekiranya anda berkemampuan menghafal, bacalah bacaan penuh duduk antara dua sujud.

Bacaan penuhnya adalah seperti berikut:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa a’fini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

  1. Sujud Kedua

Setelah selesai membaca tasbih di atas, sujudlah sekali lagi (sujud kedua)

Lafazkan takbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.

Kedudukan serta bacaan tasbihnya sama seperti pada sujud pertama.

Dengan ini, bahagian rakaat pertama dalam solat telah pun selesai.

  1. Sekarang bangun berdiri untuk Rakaat Kedua.

Pergerakan pada rakaat kedua adalah sama seperti rakaat pertama, kecuali selepas sujud kedua anda tidak terus bangun, sebaliknya duduklah pada kedudukan tasyahud (Tahiyat awal)

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Cara duduk tasyahud adalah seperti berikut:

  • Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
  • Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacaan Tahiyat Awal adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu an laa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad Wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bagi solat tiga rakaat (Maghrib) dan solat empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak), anda perlu bangun semula berdiri setelah selesai membaca tahiyat awal, untuk menyambung rakaat berikutnya.

Bagi solat dua rakaat pula, kekal duduk tasyahud dan teruskan dengan bacaan tahiyat akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut:

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi:

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidum-majid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

  1. Beri Salam

Setelah selesai membaca tahiyat akhir, palingkan wajah ke sebelah kanan sambil melafazkan: “Assalamu alaikum wa rahmatullah”

Kemudian ulangi salam dengan memalingkan wajah ke sebelah kiri menggunakan lafaz yang sama.

Panduan solat beri salam

Maka Solat Dua Rakaat Telah Selesai

Bagi solat tiga atau empat rakaat, keseluruhan pergerakan solat diulang pada rakaat berikutnya, kecuali pada rakaat ketiga & keempat tidak dibaca surah selepas al-Fatihah.

Selebihnya, semua pergerakan dan bacaan adalah sama.

Setiap solat mesti diakhiri dengan tahiyat akhir dan salam.

Kenapa Kita Perlu Solat?

Solat merupakan rukun Islam yang kedua.

Ia menjadi amalan praktikal yang pertama sebagai tanda keislaman seseorang.

Setelah menyempurnakan rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, seseorang muslim hendaklah mendirikan solat.

Barulah selepas itu disusuli dengan amalan-amalan yang lain.

kedudukan tangan yang betul semasa solat

Solat berperanan sebagai penghubung secara terus antara manusia dengan Allah SWT.

Tiada ibadah lain yang lebih utama daripada solat dalam menghubungkan seorang hamba dengan Tuhannya.

Menerusi solat, seseorang hamba mengagungkan Allah sekali gus memohon rahmat-Nya.

Sekiranya solat ditinggalkan, hubungan dengan Allah pun terputus.

Apabila hubungan dengan Allah SWT terputus, seakan-akan kita merasakan tidak memerlukan Allah dan tidak mengharapkan rahmat-Nya.

Padahal, setiap insan amat memerlukan rahmat Allah SWT pada setiap saat kehidupannya.

Hasilnya, manusia mampu hidup dengan selamat di dunia dan di akhirat.

Dan, rahmat Allah hanya dikurniakan kepada mereka yang mendirikan solat.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat — Surah an-Nur 24:56

Syarat Wajib Solat

Allah SWT memerintahkan agar solat ditunaikan menurut syarat serta kaedah (kaifiat) yang tertentu.

Walau bagaimanapun, Allah SWT turut memberikan kelonggaran pada keadaan tertentu supaya umat Islam tetap mampu mendirikan solat dalam apa jua keadaan.

Antara Syarat-Syarat Wajib Solat adalah:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Sempurna pendengaran dan penglihatan.

Di bawah ini saya akan jelaskan setiap syarat yang mewajibkan seseorang itu mendirikan solat:

  1. Islam

Orang Islam diwajibkan menunaikan solat.

Tiada kewajipan solat ke atas mereka yang belum memeluk Islam.

Mereka juga tidak dituntut mengqadakan solat semasa sebelum Islam sekiranya kemudiannya memeluk Islam.

  1. Baligh

Dari sudut bahasa, ia bermaksud “telah mencapai”.

Manakala dari segi istilah pula, ia merujuk kepada seseorang yang telah mencapai tahap kematangan dari segi umur.

Baligh ialah usia di mana seseorang mula menanggung kewajipan syarak, iaitu peraturan syariat Islam.

Mereka akan memperoleh pahala apabila melaksanakannya dan menanggung dosa apabila meninggalkannya.

LELAKI

PEREMPUAN

Bermimpi sehingga menyebabkan dirinya mengeluarkan air mani. Sekiranya tidak bermimpi, dia dikira baligh apabila usianya genap 15 tahun Qamariyah (kiraan tahun hijrah)

Keluar darah haid seawal-awal usia sembilan tahun. Sekiranya belum keluar darah haid, dia dikira baligh apabila usianya genap 15 tahun Qamariyah

  1. Berakal

Orang yang berakal diwajibkan menunaikan solat.

Namun begitu, kewajipan solat gugur ke atas mereka yang hilang akal disebabkan gila, terencat akal, pitam dan pengsan.

Menurut jumhur ulama, solat tidak diwajibkan ke atas orang gila, terencat akal dan yang seumpamanya.

Demikian juga orang yang pengsan atau koma, kecuali jika dia sedar sedangkan masih ada lagi baki waktu solat.

Ini kerana berakal merupakan tanda (mukalaf), sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

Terangkat qalam (catatan) dalam tiga keadaan: Orang yang tidur sehingga dia sedar daripada tidurnya, kanak-kanak sehingga dia mimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia kembali berakal. — Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim.

  1. Suci Daripada Haid & Nifas

Wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas diharamkan bersolat sepanjang tempoh tersebut.

Mereka juga tidak perlu mengqadakan semula solat yang ditinggalkan itu.

  1. Sempurna Pendengaran & Penglihatan

Orang yang buta dan pekak sejak lahir atau sebelum mumaiyiz tidak diwajibkan menunaikan solat.

Hal ini kerana mereka tidak berupaya menerima ilmu dan seruan dakwah, sama ada dengan mendengar pengajaran ataupun melihat contoh solat yang ditunjukkan.

Sekiranya hanya mengalami kecacatan pada salah satu daripadanya, sama ada pendengaran atau penglihatan, solat tetap wajib dilaksanakan kerana masih ada keupayaan untuk menerima tunjuk ajar.

Nota

  • Apabila hilang segala sebab yang menghalang kewajipan menunaikan solat seperti yang telah dijelaskan, maka wajiblah mereka menunaikan solat sebagaimana biasa.
  • Sunat bagi orang yang gila, pengsan dan mabuk untuk qada solat yang ditinggalkan sepanjang tempoh mereka hilang akal. Namun, sekiranya mereka gila, mabuk atau pengsan ketika murtad, wajib bagi mereka mengganti solat sepanjang tempoh mereka hilang akal dalam keadaan murtad.
  • Tiada dosa bagi orang yang tertidur sebelum masuk waktu solat sehingga terlepas satu atau lebih waktu solat. Walau bagaimanapun, solat itu wajib diqada sebaik sahaja bangun daripada tidur.
  • Menurut sebahagian ulama, mengganti solat yang ditinggalkan kerana haid dan nifas hukumnya makruh. Malah berdosa apabila menyesali takdir kerana tidak dibenarkan solat pada waktu tersebut.

Syarat Sah Solat

Sebelum mendirikan solat, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar solat menjadi sah serta menjadi sebab solat itu diterima oleh Allah SWT.

Antara syarat sah solat adalah:

  • Suci daripada hadas
  • Suci daripada najis
  • Menghadap kiblat
  • Menutup aurat
  • Mengetahui masuk waktu solat

Di bawah ini saya terangkan secara ringkas setiap syarat yang dinyatakan di atas:

  1. Suci Daripada Hadas

Hadas terbahagi kepada dua, iaitu hadas kecil dan hadas besar.

Hadas kecil ialah perkara yang membatalkan wuduk.

Cara menyucikan diri daripada hadas kecil ialah dengan berwuduk.

Sekiranya tiada air, ia digantikan dengan tayamum.

Rasulullah SAW bersabda:

Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk. Dan tidak sempurna wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah Taala atasnya — Riwayat Abu Dawud

  1. Suci Daripada Najis

Suci daripada najis yang tidak dimaafkan pada tubuh badan, pakaian serta tempat solat.

Dari sudut bahasa, najis bermaksud sesuatu yang cemar, kotor dan menjijikkan.

Manakala dari sudut hukum syarak pula, najis ialah kekotoran yang menghalang sahnya solat.

Terdapat tiga jenis najis, iaitu:

  1. Najis Mukhaffafah (najis ringan)

  2. Najis Mughallazah (najis berat)

  3. Najis Mutawassitah (najis pertengahan)

  4. Menutup Aurat

Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan, wajib ditutup dan haram dipandang oleh orang lain.

Mengenakan pakaian yang menutup aurat semasa mengerjakan solat menjadi syarat agar solat diterima oleh Allah Taala.

Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan antara pusat hingga lutut.

Manakala aurat perempuan pula merangkumi keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Perkataan aurat berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud keaiban.

Mengikut istilah fekah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.

Ia dinamakan aurat kerana mendedahkan serta melihatnya merupakan sesuatu yang tercela.

  1. Mengetahui Arah Kiblat

Arah kiblat ialah arah terletaknya Kaabah di Mekah.

Sesiapa yang hendak bersolat wajib mengetahui arah kiblat terlebih dahulu.

Sewaktu menunaikan solat, dada wajib dihadapkan ke arah kiblat.

Bagi mereka yang bersolat berhampiran Kaabah, mereka diwajibkan menghadap tepat ke bangunan Kaabah.

Manakala bagi yang jauh dari Kaabah, memadai dengan keyakinan menghadap ke arah Kaabah berdasarkan ilmu, pengalaman atau maklumat semasa.

  1. Mengetahui Masuk Waktu Solat

Solat hendaklah dikerjakan setelah yakin masuknya waktu.

Solat yang ditunaikan selain pada waktunya tidak sah.

Masuknya waktu solat fardu boleh diketahui melalui cara berikut:

  1. Mendengar azan dari masjid berhampiran atau menerusi siaran radio dan televisyen tempatan.
  2. Merujuk jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan agama Islam negeri.
  3. Memerhatikan tanda-tanda alam yang menunjukkan masuknya waktu solat fardu

Panduan Mengerjakan Solat Fardu Lima Waktu

Berikut disediakan panduan lengkap bagi setiap solat fardu yang dipecahkan mengikut waktunya.

Saya menyarankan agar anda mengikuti setiap panduan supaya anda benar-benar memahami kaedah pelaksanaan serta perbezaan antara setiap solat.

Solat Fardu Zohor

Solat Zohor dikerjakan pada waktu tengah hari. Waktu Zohor bermula sebaik sahaja matahari tergelincir dari kedudukan tengah langit sehingga bayang-bayang sesuatu benda menyamai panjangnya.

Secara umum, waktu zohor bermula apabila bayang-bayang mula condong ke arah barat.

Solat Fardu Asar

Waktu untuk menunaikan solat Asar bermula sebaik sahaja berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila matahari tergelincir sehingga bayang-bayang sesuatu objek menjadi lebih panjang berbanding ketinggian objek tersebut.

Solat Fardu Maghrib

Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab yang merujuk kepada matahari senja; berasal daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), yang bermaksud “terbenam”; “akan disembunyikan”.

Solat ini terdiri daripada 3 rakaat dan dikerjakan ketika senja.

Solat Fardu Isyak

Waktu Isyak bermula sebaik sahaja hilangnya cahaya merah di kaki langit sehingga terbitnya fajar sadiq.

Waktu isya merupakan waktu solat yang paling panjang, iaitu sepanjang malam.

Solat Fardu Subuh

Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat.

Waktu Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq:

— iaitu bermula dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan ia berterusan sehingga kelihatan bulatan terawal matahari.

Masa yang ada dianggarkan kira-kira 2 jam.

Bagi mazhab Syafie, solat subuh dikerjakan beserta Doa Qunut.

Solat-solat fardu di atas wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang masih waras dan hidup.

Solat fardu sama sekali tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

Bahkan, dalam keadaan seseorang itu sakit teruk sekalipun, jika hanya mata yang mampu bergerak, maka solat tetap wajib dilaksanakan dalam waktunya, iaitu dengan menggunakan isyarat mata.

Sekiranya tertinggal, kita wajib qada solat.

Panduan Solat Berjemaah

Solat berjemaah bermaksud solat yang dikerjakan oleh lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai oleh seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat” — HR Bukhari dan Muslim

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam beserta sekurang-kurangnya seorang makmum.

Solat secara berjemaah amat dituntut dalam Islam.

Bagi Mazhab Syafie, hukumnya ialah fardu kifayah, manakala ada sebahagian pendapat menyatakan bahawa solat berjemaah hukumnya sunat muaakad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam Islam.

Menurut Imam As-Syafi’e, seseorang yang bersolat tetap memperoleh pahala berjemaah walaupun hanya sempat mengikut imam sebentar, iaitu sebaik sahaja selesai mengangkat takbir lalu imam memberi salam.

Seseorang yang bersolat memperoleh pahala yang sempurna apabila dia berjaya mengikut imam bermula daripada takbiratulihram sehinggalah salam.

Pahala atau darjatnya adalah 27 kali ganda berbanding solat secara bersendirian.

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda:

Solat jemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda — Riwayat Bukhari dan Muslim

References

  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370

Frequently asked questions

How do I perform PANDUAN ASAS SOLAT FARDU (Langkah Demi Langkah)?

The PANDUAN ASAS SOLAT FARDU (Langkah Demi Langkah) guide is broken into 14 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does PANDUAN ASAS SOLAT FARDU (Langkah Demi Langkah) have?

This guide has 14 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.