All prayer guides

Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah

Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah

Mukadimah

Apakah hukumnya menunaikan solat tahajjud secara berjemaah?

Dibolehkankah perbuatan sedemikian?

Dalam panduan ini, saya kongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga ia bermanfaat

SOALAN:

Adakah dibolehkan melakukan solat tahajud dengan berjemaah dan bolehkah ditunjukkan kepada orang ramai?

JAWAPAN:

Bagi solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah seperti solat tahajjud, sekiranya ia tetap dikerjakan secara berjemaah, hukumnya adalah harus.

Imam Nawawi berkata, maksudnya:

Telah berkata oleh ashab kami bermula solat sunat itu ada dua bahagi.Satu bahagi disunatkan padanya berjemaah iaitu solat hari raya dan solat gerhana dan solat minta hujan dan seperti itu juga solat tarawih atas pendapat yang paling sahih.Dan satu bahagi lagi yang tidak disunatkan padanya berjemaah akan tetapi jika dikerjakan dengan berjemaah maka sah ia dan iaitulah solat yang selain yang tersebut tadi.” (Kitab Al-Majmu’)

Mengenai hukum mempamerkan amalan kepada manusia pula: jika niatnya untuk meraih pujian dan sanjungan manusia, maka ia haram, kerana itulah yang dipanggil riak.

Sebaliknya, jika niatnya untuk mendidik orang lain atau mendorong mereka melakukan amal kebaikan, maka hukumnya harus, malah dia beroleh pahala.

Dinyatakan dalam kitab Bughyah Al-Mustarsyidin, ertinya:

Ya jika dia bertujuan mengajar orang-orang yang solat dan menggalakkan mereka nescaya adalah baginya pahala.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Frequently asked questions

How do I perform Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah?

The Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah guide is broken into 1 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Hukum Melakukan Solat Tahajjud Secara Berjemaah have?

This guide has 1 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.