All prayer guides

Cara Menghilangkan Was-Was Dalam Solat

Cara Menghilangkan Was-Was Dalam Solat

Mukadimah

Macam mana nak mengatasi perasaan was-was ketika solat?

Panduan ini menghimpunkan beberapa tips untuk membuang was-was, berdasarkan ajaran Ustaz Muhadir Haji Joll menerusi karya beliau Praktikal Solat Sempurna.

Jom kita mula..

Menghindari Was-Was Dalam Solat

Perasaan was-was ketika mahu melafazkan takbiratul ihram sebenarnya adalah permainan syaitan.

Ia juga menjadi tanda bahawa akal dan kefahaman agama seseorang itu masih kurang mantap.

Bagi sesiapa yang diganggu was-was, sunat baginya melafazkan:

لَا إلَهَ إِلَّا اللَّه

Tiada Tuhan melainkan Allah”

Selain itu, dia juga boleh membaca:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن شَيۡطَانِ الۡوَسۡوَسَةِ خَنزَبۡ

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan yang mewas-was bernama Khanzab.

Sayyidi al-Imam Abu al-Hasan asy-Syazili pernah mengajar para sahabatnya cara melindungi diri daripada was-was syaitan, dengan berpesan:

Sesiapa yang mengalami gangguan tersebut (was-was syaitan), hendaklah dia meletakkan tangan kanannya di atas dada lalu membaca:

سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡقُدُّوسِ الۡخَلاَّقِ الفَعَّالِ

Maha Suci Allah, Raja yang Menguasai, Yang Suci, Yang Menjadikan, Yang Membuat

(Sebanyak 7 kali)

Selepas itu, bacalah pula:

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّۚ إِن يَشَأۡ يُذۡهِبۡكُمۡ وَيَأۡتِ بِخَلۡقٖ جَدِيدٖ ١٩ وَمَا ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ بِعَزِيزٖ ٢٠

Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan menggantikan kamu dengan makhluk yang baru. Dan yang demikian itu sekali-kali tidak susah bagi Allah.— Surah Ibrahim 14: 19-20

Ada juga sebahagian ulama yang menganjurkan supaya surah An-Nas dibaca sebelum memulakan solat

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 2203
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Al-Quran 14:19-20

Frequently asked questions

How do I perform Cara Menghilangkan Was-Was Dalam Solat?

The Cara Menghilangkan Was-Was Dalam Solat guide is broken into 2 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Cara Menghilangkan Was-Was Dalam Solat have?

This guide has 2 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.