All prayer guides

Cara Menentukan Arah Kiblat (Panduan Lengkap)

Cara Menentukan Arah Kiblat (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah kita boleh menentukan arah kiblat?

Panduan ini akan menghuraikan sepenuhnya kaedah-kaedah untuk memastikan arah kiblat yang betul dan tepat.

Ia disusun secara ringkas, lengkap dan mudah dihadam oleh sesiapa sahaja.

Jadi, jom kita mulakan tanpa berlengah lagi..

  1. Pengenalan
  2. Kaedah menentukan arah kiblat
  3. Bagaimana jika tersilap kiblat?
  4. Solat yang dikecualikan menghadap kiblat
  5. Rujukan & penutup

Pengenalan

Menghadap kiblat ketika bersolat merupakan salah satu syarat sah solat yang wajib dipenuhi.

Dalam suasana biasa — di rumah, surau, mahupun masjid — arah kiblat bukanlah satu masalah bagi kita.

Tetapi apabila kita berada di kawasan lapangan atau di atas kenderaan, mencari arah kiblat boleh menjadi kesukaran yang besar.

Sesiapa yang ingin mendirikan solat wajib terlebih dahulu mengetahui arah kiblat dengan penuh yakin.

Justeru dalam situasi sebegitu, solat hendaklah ditunaikan dengan menghadap ke arah kiblat yang kita yakini ketika berniat solat berkenaan.

Kaedah Menentukan Arah Kiblat

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat, antaranya:

  1. Kaedah tradisional
  2. Kaedah menggunakan kompas kiblat
  3. Kaedah menggunakan telefon pintar

¤ Kaedah Tradisional

Antara cara yang paling tepat untuk menentukan arah kiblat ialah pada saat matahari berada betul-betul di atas Kaabah.

Pada ketika itu, bayang-bayang setiap objek di serata dunia akan menunjuk tepat ke arah kiblat.

Kejadian ini berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei jam 5.19 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang mengikut waktu Malaysia.

Justeru pada waktu-waktu itulah arah kiblat di Malaysia dapat dipastikan dengan tepat.

¤ Kaedah Menggunakan Kompas Kiblat

Menggunakan kompas khas untuk mencari arah kiblat adalah cara yang ringkas lagi berkesan.

Kompas kiblat sebegini senang diperoleh di pasaran dengan harga yang murah.

Bagi mereka yang kerap bertugas di lapangan, saya sarankan agar sentiasa membawa sebuah kompas untuk memudahkan penentuan arah kiblat.

Melalui kaedah ini, arah kiblat dikira secara saintifik berpandukan maklumat geofizikal dan geodetik yang terkini.

Cukup dengan merujuk nombor indeks negara, arah kiblat dapat ditentukan di mana jua kita berada.

¤ Kaedah Menggunakan Telefon Pintar

Seiring perkembangan teknologi, mencari arah kiblat kini jauh lebih mudah menerusi telefon pintar yang dilengkapi sistem GPS dan capaian internet.

Aplikasi seperti MySolat boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play ke telefon pintar anda.

Aplikasi ini memanfaatkan data lokasi GPS pengguna untuk menunjukkan arah kiblat, di samping memaparkan waktu solat.

Bagaimana Jika Kita Tersilap Kiblat Sebelum Ini?

Andai seseorang menunaikan solat dengan yakin dia sudah menghadap kiblat berdasarkan ijtihadnya, namun kemudian menyedari arahnya tersasar..

… solat itu tetap dikira sah dan tidak wajib diulang.

Begitu jugalah halnya masjid yang dibina dengan kiblat yang tersilap, lalu para jemaah terus bersolat mengikut arah itu sehinggalah ada di kalangan mereka yang menyedarinya dan membetulkan arah kiblat yang sebenar.

Segala solat yang menghadap kiblat pertama itu tetap sah.

Namun bagi orang yang bersolat menghadap arah yang salah sedangkan dia sebenarnya berkemampuan untuk memastikan kiblat yang betul, dia wajib mengulangi solatnya setelah mengetahui arah yang sebenar, kerana dia cuai dan tidak bersungguh-sungguh mencari arah kiblat.

Pengecualian Menghadap Kiblat

Berikut ialah golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menghadap kiblat:

solat khauf

Sesiapa yang berada dalam situasi peperangan yang genting dibenarkan solat sambil bergerak, di samping menjaga keselamatan dirinya.

Namun begitu, ketika takbiratul ihram dia tetap wajib menghadap kiblat.

Untuk solat fardu, menghadap kiblat adalah wajib dari mula hingga tamat solat.

Walau bagaimanapun, jika arah kiblat sentiasa bertukar-tukar sepanjang perjalanan, tiada jalan lain untuk menghadapnya, dan solat itu pula tidak boleh dijamak, maka solat tersebut sah — dengan syarat segala usaha telah dicurahkan bagi memenuhi syarat-syarat sah solat.

Misalnya ketika berada dalam kegelapan yang pekat, di tengah hutan, semasa hujan lebat, dalam penerbangan, atau ketika diterjah badai di lautan sehingga arah kiblat langsung tidak dapat dipastikan.

Dalam situasi begini, dibenarkan menghadap ke arah mana sahaja.

Maka walau ke arah mana sekalipun dia menghadap, solatnya tetap sah dan tidak perlu diulangi.

Rujukan & Penutup

Panduan ini saya susun dengan merujuk buku praktik solat waktu kritikal tulisan Dr. Haji Ahmad Nasir Mohd Yusoff dan Ensiklopedia Solat karangan Dr. Nik Yusri Musa.

Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menentukan arah kiblat dengan betul.

Frequently asked questions

How do I perform Cara Menentukan Arah Kiblat (Panduan Lengkap)?

The Cara Menentukan Arah Kiblat (Panduan Lengkap) guide is broken into 9 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does Cara Menentukan Arah Kiblat (Panduan Lengkap) have?

This guide has 9 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.