All prayer guides

SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum)

SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum)

Mukadimah

Berikut ialah panduan wirid serta selawat bagi Solat Tarawih 8 rakaat, merangkumi bacaan bilal, imam dan makmum.

Susunannya telah dikemaskan secara lengkap dan teratur, malah doa selepas Solat Tarawih turut dimuatkan supaya lebih mudah untuk anda ikuti.

Apa yang penting:

Transliterasi Rumi dan Audio turut disediakan bagi membantu anda yang belum lancar membaca tulisan jawi atau arab, supaya semua boleh turut serta mengamalkan bacaan ini.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk anda. InsyaAllah.

Selawat Dalam Solat Tarawih

Wajibkah selawat dibaca dalam Solat Tarawih?

Tidak. Membaca selawat tarawih hukumnya hanyalah sunat.

Tujuannya tidak lain untuk merebut peluang memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat serta doa sepanjang Bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini. Huraian lanjut tentang perkara ini ada di bahagian penghujung panduan ini.

Secara ringkas, susunan bacaan selawat Solat Tarawih adalah begini

  • Bilal membuka Solat Tarawih dengan menyebut, “Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim”
  • Bilal kemudian menyambung pula dengan lafaz, “Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad”
  • Para makmum lalu menyahut secara beramai-ramai, “Sollallaah Wasallama ‘Alaih”
  • Bilal berselawat sekali lagi dengan lafaz, “Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad”
  • Makmum sekali lagi menjawab serentak, “Sollallaah Wasallama ‘Alaih”
  • Selepas itu bilal melaungkan beberapa lafaz selawat lain ke atas Nabi SAW, dan makmum membalasnya dengan lafaz yang sama
  • Bilal kemudiannya menyeru para jemaah supaya bangun solat dengan lafaz, “Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah”
  • Barulah Solat Tarawih secara berjemaah dimulakan

Bagi bacaan-bacaan yang berikutnya, ikutilah urutan selawat yang disenaraikan di bawah.

Semua bacaan dalam panduan ini telah diatur mengikut turutan serta ditandakan sama ada ia bacaan Bilal, Makmum atau Imam.

Tuan puan cuma perlu mengikut aturan yang telah disusun ini:

Pembukaan

1

BILAL

Bagi membuka Solat Tarawih, bilal melaungkan lafaz berikut:

سُبۡحَانَ اللَّهِ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُ، وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيمِ

Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim

Maha Suci Allah, segala pujian hanya untuk Allah, tiada Tuhan (yang layak disembah) selain Allah, dan Allah Maha Besar. Tiada sebarang daya mahupun kekuatan melainkan dengan bantuan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

2

BILAL

Bilal kemudian menyambung dengan lafaz ini:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

3

MAKMUM

Para jemaah pun menyahut secara serentak:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Allah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

4

BILAL

Bilal menyambung pula dengan lafaz selawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami dan ketua kami Nabi Muhammad

5

MAKMUM

Jemaah menyahut beramai-ramai:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Allah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

6

BILAL

Bilal meneruskan lagi dengan lafaz:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخۡرِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami (kelak), pertaruhan kami, serta pemimpin kami Nabi Muhammad.

7

MAKMUM

Jemaah menyahut beramai-ramai:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Allah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

8

BILAL

Bilal menyambung lagi dengan lafaz:

اَلۡبَدۡرُ الۡمُنِيرُ مُحَمَّدٌ، صَلُّوا عَلَيۡهِ

al Badrul Muniru Muhammad, Sollu ‘Alaih

Nabi Muhammad ibarat bulan purnama yang bersinar, ucapkanlah selawat ke atasnya.

9

MAKMUM

Jemaah menyahut beramai-ramai:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

10

BILAL

Bilal lalu mengajak jemaah bangun mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:

صَلَاةُ التَّرَاوِيحِ جَامِعَةً مِنۡ قِيَامِ شَهۡرِ رَمَضَانَ أَثَابَكُمُ اللَّهُ

Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah

Solat Tarawih itu menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala

11

MAKMUM

Jemaah menyahut secara serentak:

اَلصَّلَاةُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Assolatu laa ilaha illallaah

Dirahmati, tiada Tuhan selain Allah

Kemudian bangunlah menunaikan Solat Tarawih yang pertama, iaitu 2 rakaat.

Selepas Rakaat Ke 2

12

BILAL

Selesai salam bagi solat 2 rakaat yang pertama, bilal menyebut:

فَضۡلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعۡمَةً

Fadlan Minallahi Wa Ni’mah

Limpah kurnia daripada Allah Taala serta nikmatNya.

13

MAKMUM

Makmum lalu menyebut bersama-sama bilal:

وَمَغۡفِرَةً وَرَحۡمَةً، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ يُحۡيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ

Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir

Serta keampunan dan rahmatNya. Tiada Tuhan selain Allah, Dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya. Milik-Nyalah segala kerajaan dan bagiNyalah segala puji, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

14

BILAL

Bilal berselawat sekali lagi:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Alaa Sayidina Muhammad

Ya Allah, limpahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

15

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

16

BILAL

Bilal menyambung pula dengan lafaz selawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami dan ketua kami Nabi Muhammad

17

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

18

BILAL

Bilal kemudiannya menyebut lafaz taradhi:

اَلۡخَلِيفَةُ الۡأَوَّلُ بَعۡدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ أَمِيرُ الۡمُؤۡمِنِينَ سَيِّدُنَا أَبُو بَكۡرٍ الصِّدِّيقُ

al-Khalifatul Awwalu Ba’da Rasulillahi Sollallahu ‘Alaihi Wasallama Amiirul Mu’minin Sayyidina Abu Bakrin as-Siddiq

Khalifah yang pertama selepas Rasulullah, semoga Allah memberkati serta mengurniakan kesejahteraan kepadanya, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Abu Bakr As-Siddiq RA.

19

MAKMUM

Jemaah menyahut:

رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Radiyallahu Anh

Allah telah meredai beliau

Kemudian bangunlah untuk meneruskan Solat Tarawih berikutnya (Rakaat 3 – 4)

Selepas Rakaat Ke 4

20

BILAL

Selesai salam solat yang kedua (Rakaat ke-4), bilal melaungkan lafaz:

سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡمَعۡبُودِ

Subhanal Malikil Ma’bud

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

21

MAKMUM

Jemaah menyahut secara beramai-ramai:

سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡمَوۡجُودِ، سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الۡمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ. سُبۡحَانَ اللَّهِ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُ، وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيمِ

Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim.

Maha Suci Tuhan Pemilik yang sentiasa hidup, tidak mati dan tidak akan lenyap buat selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan sekalian Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Tiada sebarang daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

22

BILAL

Bilal seterusnya berselawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

23

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

24

BILAL

Bilal menyambung pula dengan selawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami dan ketua kami Nabi Muhammad

25

MAKMUM

Jemaah menyahut beramai-ramai:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

26

BILAL

Bilal meneruskan lagi dengan lafaz:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخۡرِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami (kelak), pertaruhan kami, serta pemimpin kami Nabi Muhammad.

27

MAKMUM

Jemaah menyahut:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

28

IMAM

Setiap kali genap 4 rakaat tarawih, imam atau bilal akan membaca doa berikut.

Doa Selepas Rakaat 4

بِسۡمِ اللَّهِ الرَّحۡمَانِ الرَّحِيمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡأَلُكَ رِضَاكَ وَالۡجَنَّةِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنۡ سَخَطِكَ وَالنَّارِ، اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الۡعَفۡوَ فَاعۡفُ عَنَّا، وَعَنۡ وَالِدِينَا وَعَنۡ جَمِيعِ الۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ، بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحۡبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمُ

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami memohon keredaanMu dan syurgaMu, dan kami memohon perlindunganMu daripada kemurkaan serta api nerakaMu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Engkau suka memberi kemaafan, maka ampunilah kami, kedua ibu bapa kami, dan seluruh muslimin serta muslimat, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda, berserta keberkatan dan kesejahteraan.

29

BILAL

Selepas doa itu, bilal melafazkan taradhi:

اَلۡخَلِيفَةُ الثَّانِي بَعۡدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ أَمِيرُ الۡمُؤۡمِنِينَ سَيِّدُنَا عُمَرُ ابۡنِ الۡخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Al-Khilafatus Tsani Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Umar Ibni al-Khattab Radhiyallahu Anh

Khalifah yang kedua selepas Rasulullah, semoga Allah memberkati serta mengurniakan kesejahteraan kepadanya, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.

30

MAKMUM

Jemaah menyahut:

رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Radiyallahu Anh

Allah telah meredai beliau

Kemudian bangunlah untuk menyambung solat tarawih berikutnya (Rakaat 5 – 6)

Selepas Rakaat Ke 6

31

BILAL

Selesai salam solat yang ketiga (Rakaat ke-6), bilal menyebut:

فَضۡلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعۡمَةً

Fadlan Minallahi Wa Ni’mah

Limpah kurnia daripada Allah Taala serta nikmatNya.

32

MAKMUM

Makmum lalu menyebut bersama-sama bilal:

وَمَغۡفِرَةً وَرَحۡمَةً، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ يُحۡيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ

Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir

Serta keampunan dan rahmatNya. Tiada Tuhan selain Allah, Dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya. Milik-Nyalah segala kerajaan dan bagiNyalah segala puji, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

33

BILAL

Bilal berselawat sekali lagi:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, limpahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

34

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

35

BILAL

Bilal menyambung pula dengan lafaz selawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami dan ketua kami Nabi Muhammad

36

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

37

BILAL

Bilal kemudiannya menyebut lafaz taradhi:

اَلۡخَلِيفَةُ الثَّالِثُ بَعۡدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ أَمِيرُ الۡمُؤۡمِنِينَ سَيِّدُنَا عُثۡمَانُ ابۡنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Al-Khilafatul Tsalist Ba’da RasuuLillahi Sollallah ‘Alaihi Wassallama Amiirul Mu’minin Sayyidinaa ‘Utsmaan Ibnu ‘Affan Radhiyallahu Anh

Khalifah yang ketiga selepas Rasulullah, semoga Allah memberkati serta mengurniakan kesejahteraan kepadanya, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Utsman Ibni Affan RA

38

MAKMUM

Jemaah menyahut:

رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Radiyallahu Anh

Allah telah meredai beliau

Kemudian bangunlah untuk meneruskan Solat Tarawih berikutnya (Rakaat 7 – 8)

Selepas Rakaat Ke 8

39

BILAL

Selesai salam solat yang keempat (Rakaat ke-8), bilal melaungkan lafaz:

سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡمَعۡبُودِ

Subhanal Malikil Ma’bud

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

40

MAKMUM

Jemaah menyahut secara beramai-ramai:

سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡمَوۡجُودِ، سُبۡحَانَ الۡمَلِكِ الۡحَيِّ الَّذِي لَا يَنَامُ وَلَا يَمُوتُ وَلَا يَفُوتُ أَبَدًا، سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ رَبُّنَا وَرَبُّ الۡمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ. سُبۡحَانَ اللَّهِ وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُ، وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيمِ

Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim.

Maha Suci Tuhan Pemilik yang sentiasa hidup, tidak mati dan tidak akan lenyap buat selama-lamanya. Maha Suci lagi Maha Qudus Tuhan kami, Tuhan sekalian Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Tiada sebarang daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

41

BILAL

Bilal seterusnya berselawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.

42

MAKMUM

Makmum membalas selawat itu:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

43

BILAL

Bilal menyambung pula dengan selawat:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami dan ketua kami Nabi Muhammad

44

MAKMUM

Jemaah menyahut beramai-ramai:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

45

BILAL

Bilal meneruskan lagi dengan lafaz:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخۡرِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, pemberi syafaat kami (kelak), pertaruhan kami, serta pemimpin kami Nabi Muhammad.

46

MAKMUM

Jemaah menyahut:

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallaah Wasallama ‘Alaih

Limpahkanlah kesejahteraan serta keselamatan ke atasnya.

47

IMAM

Sama seperti selepas rakaat keempat, selepas rakaat kelapan pun imam atau bilal akan membaca doa ini.

Doa Selepas Rakaat 8

بِسۡمِ اللَّهِ الرَّحۡمَانِ الرَّحِيمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسۡأَلُكَ رِضَاكَ وَالۡجَنَّةِ، وَنَعُوذُبِكَ مِنۡ سَخَطِكَ وَالنَّارِ، اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الۡعَفۡوَ فَاعۡفُ عَنَّا، وَعَنۡ وَالِدِينَا وَعَنۡ جَمِيعِ الۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ، بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحۡبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمُ

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa ‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wabaaroka Wasallam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami memohon keredaanMu dan syurgaMu, dan kami memohon perlindunganMu daripada kemurkaan serta api nerakaMu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Engkau suka memberi kemaafan, maka ampunilah kami, kedua ibu bapa kami, dan seluruh muslimin serta muslimat, dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda, berserta keberkatan dan kesejahteraan.

48

BILAL

Selepas doa itu, bilal melafazkan taradhi:

اَلۡخَلِيفَةُ الرَّابِعُ بَعۡدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ أَمِيرُ الۡمُؤۡمِنِينَ سَيِّدُنَا عَلِيُّ ابۡنِ أَبِي طَالِبٍ كَرَّمَ اللَّهُ وَجۡهَهُ

Al-Khilafatur-raabi’ Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam Amiirul Mu’minin Sayyidinaa Aliy-yubni Abi Thalib Karamallahu Wajhah

Khalifah yang keempat selepas Rasulullah, semoga Allah memberkati serta mengurniakan kesejahteraan kepadanya, pemimpin orang-orang beriman, Saidina Ali bin Abi Talib RA.

49

MAKMUM

Jemaah menyahut:

رَضِيَ اللَّهُ عَنۡهُ

Radiyallahu Anh

Allah telah meredai beliau

Setelah genap 8 rakaat Tarawih, bacalah pula doa Tarawih seperti yang berikut

Doa Selepas Solat Tarawih (Doa Kamilin)

Apabila genap 8 atau 20 rakaat berserta bacaan selawatnya, imam menutup solat sunat Tarawih dengan membaca doa berikut:

50

IMAM

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمنِ الرَّحِيمِ، اَلۡحَمۡدُ لِلهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِينَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ. اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنَا بِالۡإِيمَانِ كَامِلِينَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّينَ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِينَ، وَلِلزَّكَاةِ فَاعِلِينَ. وَلِمَا عِنۡدَكَ طَالِبِينَ، وَلِعَفۡوِكَ رَاجِينَ، وَبِالۡهُدَى مُتَمَسِّكِينَ، وَعَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضِينَ، وَفِي الدُّنۡيَا زَاهِدِينَ، وَفِي الۡآخِرَةِ رَاغِبِينَ، وَبِالۡقَضَاءِ رَاضِينَ. وَبِالنَّعۡمَاءِ شَاكِرِينَ، وَعَلَى الۡبَلَايَا صَابِرِينَ. وَتَحۡتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ سَائِرِينَ، وَإِلَى الۡحَوۡضِ وَارِدِينَ، وَفِي الۡجَنَّةِ دَاخِلِينَ، وَعَلَى سَرِيرَةِ الۡكَرَامَةِ قَاعِدِينَ، وَبِحُورٍ عِينٍ مُتَزَوِّجِينَ، وَمِنۡ سُنۡدُسٍ وَإِسۡتَبۡرَقٍ وَدِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِينَ، وَمِنۡ طَعَامِ الۡجَنَّةِ آكِلِينَ، وَمِنۡ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّيۡنِ شَارِبِينَ. بِأَكۡوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِنۡ مَعِينٍ مَعَ الَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ، اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنَا فِي هَذِهِ اللَّيۡلَةِ الشَّهۡرِ الشَّرِيفَةِ الۡمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَاءِ الۡمَقۡبُولِينَ، وَلَا تَجۡعَلۡنَا اللَّهُمَّ مِنَ الۡأَشۡقِيَاءِ الۡمَرۡدُودِينَ، إِلَهَنَا عَافِنَا وَاعۡفُ عَنَّا وَاغۡفِرِ اللَّهُمَّ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخۡوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزۡوَاجِنَا وَلِأَهۡلِ بَيۡتِنَا. وَلِأَجۡدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَلِمَشَائِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ، الۡأَحۡيَاءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَاتِ، وَاكۡتُبِ اللَّهُمَّ السَّلَامَةَ وَالۡعَافِيَةَ عَلَيۡنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الۡحُجَّاجِ وَالۡغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالۡمُسَافِرِينَ وَالۡمُقِيمِينَ فِي الۡبَرِّ وَالۡبَحۡرِ مِنَ الۡمُسۡلِمِينَ، وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ، وَانۡصُرۡنَا عَلَى الۡقَوۡمِ الۡكَافِرِينَ، يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ، وَاخۡتِمۡ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنۡكَ بِخَيۡرٍ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Ajmain, Allahummaj ‘Alna Bil Imani Kamilin, Walifara idhika Muaddin. Wa Lissolati Haafizin. Wa Lizzakati Faa Ilin, Wa Limaa ‘Indaka Tholibin, Wa Li ‘Afwika Raajiina Wa Bil Hudaa Mutamassikiin.

Wa Anil Laghwi Mu’ridhiin. Wa Fiddunya Zaahidin. Wa Fil Aakhirati Ra Ghibin. Wa Bil Qadaa I Raa Dhiin. Wa Binnu Amaa I Syaakirin. Wa Alal Balaa Ya Saabiriin. Wa Tahta Liwaa I Sayyidinaa Muhammmadin Sallaahu Alaihi Wa Sallama Yaumal Qiyamaati Saa Iriin. Wa Ilal Haudhi Waaridiin. Wafil Jannati Daakhiliin.

Wa Alaa Sariiratil Karaa Mati Qaa Idiiin. Wa Bihuurin Linim Mutazawwijiin. Wa Min Sundusiw Waistabraqiw Wadiibaajim Mutalabbisiin. Wa Min To Aamil Jannati Aa Kilin. Wa Mil Labaniw Wa Asalim Musoffaini Syaaribiin. Bi Akwaa Biw Wa Abaariiqa Wakaksim Mimma ‘In. Ma Allaziina An Amta Alaihim Minan Nabiyyiina Wassiddiiqiina Wasy Syuhadaa Iwassoolihin.

Allahummaj ‘Alna Fii Haazihil Lailatisy Syahrisy Syariifatil Mubaarakati Minassu Adaail Maqbuuliin. Wa Alaa Taj ‘Alnaa Allaahumma Minal Asy Qiyaa Ilmarduudiin. Ilaahana Aafinaa Wa’fu Annaa Waghfir Allaahumma Lanaa. Waliwaalidiina Wali Ummahaatina Wali Ikhwaaninaa Wali Akhawaatinaa Wali Azwaajinaa Wali Ahliinaa Wali Ahli Baitinaa Wali Ajdaadinaa Wali Jaddatinaa Wali Masyaa Ikhinaa Wali Mu Allimiinaa, Wa Jamii Il Muslimiina Wal Muslimaati Wal Mukminiina Wal Mukminaat., Al Ahya I Minhum Wal Amwaat.

Waktubillahummas-Salaamata Wal Aafiyata Alai Na Wa Alaa Abiidikal Hujjaaji Wal Ghuzaati Wazzuwaar, Wal Musaafiriina Wa Muqiimiina Fil Barri Wal Bahri Minal Muslimin.

Waqinaa Syarrazh Zholimin. Wan Surnaa Alal Qaumil Kaafiriin, Ya Mujiibassaa Iliin. Wakh Tim Lanaa Yaa Rabbanaa Minka Bikhairiyyaa Arhamar Raahimin, Wassollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi Wasohbihi Wassallam. Walhamdulillahi Robbil Aalamin.

Maksudnya:

Segala pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam, pujian yang menyempurnakan segala nikmatNya dan mencukupkan penambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian sebagaimana yang layak dengan ZatMu dan keagungan pemerintahanMu. Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami tunaikan, segala yang ada di sisiMu kami mohonkan, dan keampunanMu sentiasa kami harapkan. Kami berpegang teguh dengan hidayahMu, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia, bersikap zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat, reda dengan segala ketentuanMu, mensyukuri nikmat-nikmatMu, serta bersabar menghadapi bala bencana. Kami bernaung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak, mengharapkan perlindunganMu, dimasukkan ke dalam syurgaMu serta duduk di atas katil-katil yang mulia (di syurga), dikahwinkan dengan para bidadari, mengenakan perhiasan-perhiasan syurga, menikmati makanan syurga, meminum susu dan madu yang bersih daripada gelas-gelas yang indah, bersama-sama golongan yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka daripada kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang-orang soleh. Ya Allah, jadikanlah kami pada malam yang mulia lagi penuh berkat ini dalam kalangan orang yang bahagia kerana amalannya diterima, dan janganlah Engkau jadikan kami golongan yang berdukacita kerana amalan kami ditolak. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami keafiatan dan sihatkanlah kami. Ya Tuhan kami, ampunkanlah kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, pasangan kami, guru-guru kami serta mereka yang kami didik, mereka yang mempunyai hak ke atas kami, mereka yang menyayangi dan berbuat baik kepada kami, mereka yang membimbing kami dan yang kami pimpin ke arah kebaikan, mereka yang berpesan kepada kami dan yang kami pesankan dengan doa, serta seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah, tetapkanlah keselamatan dan keampunan buat kami dan buat hamba-hambaMu daripada kalangan jemaah haji dan umrah, para peniaga, penziarah, para musafir dan mereka yang bermukim, sama ada di darat mahupun di laut, daripada kalangan umat Islam. Peliharalah kami daripada kejahatan orang yang zalim, dan tolonglah kami berdepan dengan kaum yang kafir, wahai Tuhan yang memakbulkan permohonan orang yang meminta. Akhirilah urusan kami, wahai Tuhan kami, dengan kebaikan daripadaMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala yang mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad, ke atas keluarga dan para sahabat baginda, dan segala pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Bacaan Sebelum Mengerjakan Solat Witir

Setelah selesai berdoa, sambungkan pula dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.

Solat witir ini dikerjakan 3 rakaat dengan dua salam.

51

BILAL

Bagi memulakan Solat Sunat Witir, bilal akan menyeru:

A

Lafaz bilal dari awal Ramadan hingga malam 15 Ramadan

أَوۡتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا شَهۡرَكُمۡ شَهۡرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ اللَّهُ

Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-mullah.

Dirikanlah witir, muliakan serta agungkanlah bulan kamu, iaitu bulan puasa. Semoga Allah merahmati kamu semua.

B

Lafaz bilal bagi malam 16 Ramadan sehingga penghujung Ramadan (disertakan doa qunut):

أَوۡتِرُوا وَمَجِّدُوا وَعَظِّمُوا وَاقۡنُتُوا شَهۡرَكُمۡ شَهۡرَ الصِّيَامِ رَحِمَكُمُ اللَّهُ

Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu WaqNutu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-Mullah.

Dirikanlah witir, muliakan dan agungkanlah, serta bacalah qunut pada bulan kamu, iaitu bulan puasa. Semoga Allah merahmati kamu semua.

52

MAKMUM

Makmum menyahut secara beramai-ramai:

اَلصَّلَاةُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Assolatu laa ilaha illallaah

Dirahmati, tiada Tuhan selain Allah

53

BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah rahmat serta salam sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad.

54

MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallahu Wasalllama ‘Alaihi

Selawat serta salam daripada Allah ke atasnya.

55

BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina WamaulaaNaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah rahmat serta salam sejahtera ke atas junjungan besar kami, ketua kami, Nabi Muhammad.

56

MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat serta salam daripada Allah ke atasnya.

57

BILAL

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخۡرِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Wa Nabiyyinaa Wa Habibina Wa Syafii’Inaa Wa Zuhrina Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, limpahkanlah rahmat serta salam sejahtera ke atas junjungan besar kami, kekasih kami, ingatan kami, ketua kami, Nabi Muhammad.

58

MAKMUM

صَلَّى اللَّهُ وَسَلَّمَ عَلَيۡهِ

Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat serta salam daripada Allah ke atasnya.

Kerjakan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.

Nota

Bermula malam ke-16 sehingga penghujung Ramadan, sunat dibaca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat sunat witir.

Doa Qunut yang dimaksudkan adalah sama dengan doa qunut solat fardu subuh

Wirid & Doa Penutup Selepas Witir

Setelah Solat Witir selesai, amalkan wirid serta doa penutup seperti berikut:

59

Selepas solat sunat witir, dibaca tahlil pendek

Mulakan bacaan dengan lafaz di bawah sebanyak dua kali:

يَا لَطِيفُ يَا كَافِي يَا حَفِيظُ يَا شَافِي (2x)

Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, lagi Maha Menyembuhkan.

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, lagi Maha Menyembuhkan.

60

Selepas itu, sambung pula dengan lafaz di bawah sebanyak sekali.

يَا لَطِيفُ يَا وَافِي يَا كَرِيمُ أَنۡتَ اللّٰهُ

Yaa Latiffu Ya Wafii Yaa Karimmu Antallah

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Setia, lagi Maha Mulia, Engkaulah Allah.

Maksudnya:

Wahai Tuhan Yang Maha Lemah Lembut, Maha Setia, lagi Maha Mulia, Engkaulah Allah.

61

Kemudian teruskan dengan zikir tahlil sebanyak mana yang dikehendaki:

لَا إِلَٰـهَ إِلَّا اللّٰهُ

Laa ilah Ha illallah

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah.

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah.

62

Apabila wirid selesai, akhirilah solat pada malam itu dengan Doa Penutup ini:

IMAM

اللهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوۡعَنَا وَسُجُوۡدَنَا وَتَخَشُّعَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَضَرُّعَنَا وَتَـمِّـمۡ تَقۡصِيۡرَنَا يَا اَللهُ، بِرَحۡمَتِكَ يَا اَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ، يَا رَبَّ الۡعَالَمِيۡنَ. وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ، وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّالۡعَلَمِينَ

Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya ArhamarRaahimin, Ya Rabbal Aalamin. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Wabaroka Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah solat dan puasa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, keletihan kami serta kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah kami wahai Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda, berserta keberkatan dan kesejahteraan, dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

63

Sebelum bangun, bacalah dahulu niat puasa untuk hari esok agar tidak lupa

نَوَيۡتُ صَوۡمَ غَدٍ عَنۡ أَدَاءِ فَرۡضِ شَهۡرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Sauma Ghadin ‘An Adā’i Fardi Syahri Ramadhāna Hadzihis-sanati Lillāhi Ta‘ālā.

“Aku berniat untuk berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

Tujuan Selawat Antara Solat Tarawih

solat sunat sebelum solat jumaat

Amalan berselawat di antara solat tarawih ialah tradisi yang diwarisi turun-temurun dalam kalangan masyarakat nusantara. Tujuannya adalah untuk mengisi serta menghayati makna tarawih itu sendiri.

Kalimah Tarawih terbit daripada perkataan “raaha” yang membawa erti istirahat, bersantai, atau tidak tergopoh-gapah ketika mengerjakannya. Maksudnya, seseorang itu tidak terus bangun berdiri sebaik sahaja selesai dua rakaat tarawih, sebaliknya boleh berehat seketika beberapa minit sambil berzikir, berselawat, berdoa dan sebagainya.

Menurut al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, para fuqaha’ sepakat bahawa istirahah pada setiap empat rakaat tarawih itu disyariatkan, kerana ia merupakan amalan warisan para salaf. Mereka memanjangkan qiyam dalam tarawih, manakala imam dan makmum berehat setiap kali selesai 4 rakaat tarawih.1

Imam Zakariyya Al-Anshaariy menyebut: “Setiap empat rakaat dinamakan tarwihah kerana mereka dahulunya berhenti selepasnya untuk berehat, iaitu beristirehat.” 2

Al-Kasani pula menyatakan: Setiap kali imam selesai mengerjakan satu tarwihah, imam akan duduk di antara dua tarwihah selama kadar satu tarwihah, sambil bertasbih, bertahlil, bertakbir, berselawat ke atas Nabi SAW, serta berdoa. 3

Walau bagaimanapun, meninggalkan istirahah ini tetap dibolehkan, cuma mengerjakannya adalah lebih afdal berbanding meninggalkannya. Kata Al-Mardawi: “Terdapat istirahah selepas setiap empat rakaat dengan rehat yang ringkas. Ia diamalkan oleh para salaf, dan tiada salahnya jika ditinggalkan. 4

Oleh itu, para ulama’ silam tidak pernah menetapkan sebarang amalan khusus yang mesti dilakukan di antara setiap tarawih, melainkan amalan-amalan yang umum sifatnya seperti berzikir, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan seumpamanya, bagi mengisi waktu istirahah antara tarawih itu.

Bahkan, ketika penduduk Makkah mendirikan solat tarawih sebanyak dua puluh rakaat, mereka bertawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan pada setiap dua tarwihah. Perkara ini mendorong penduduk Madinah menambah bilangan rakaat Tarawih mereka kepada 36 rakaat bagi menyeimbangi amalan ahli Makkah tersebut.

Al-Sarkhasiy berkata : “Ini kerana ia diberi nama tarawih yang bererti istirehat, dan istilah tersebut diambil daripada perbuatan para salaf serta penduduk Haramain. Sesungguhnya penduduk Makkah mengerjakan tawaf sebanyak tujuh kali di antara setiap dua tarwihah, sebagaimana yang diriwayatkan kepada kami daripada Imam Malik.” 5

Dalil Seruan Bilal Semasa Solat Tarawih

cover doa selepas solat 5

Seruan bilal ketika solat tarawih bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Sayidatina ‘Aisyah, yang maksudnya:

Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi SAW, lalu baginda menghantar seorang yang menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah (Ayuh solat berjemaah) – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Solat tarawih diqiaskan dengan solat gerhana kerana kedua-duanya sunat ditunaikan secara berjemaah.

Maka, sebagaimana ungkapan tersebut disunatkan dalam solat gerhana, ia turut digalakkan dalam solat sunat tarawih menurut pandangan sebahagian ulama fiqh.

Imam al-Nawawi menerangkan perkara ini dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab juz 3 halaman 77, yang maksudnya:

Begitu juga digalakkan menyeru dengan ucapan assolatu jami’ah untuk solat tarawih yang dilakukan secara berjemaah”

Hukum Menyebut “Rahimakumullah” Dalam Selawat Solat Tarawih

Ungkapan ini mengandungi makna yang baik, iaitu “Semoga kalian dirahmati oleh Allah.”

Ia tergolong dalam keumuman keharusan berdoa tanpa terikat dengan waktu-waktu tertentu, apatah lagi tiada sebarang dalil sahih yang menghalang kita mendoakan saudara-mara supaya mereka beroleh rahmat Allah SWT.

Kesimpulan

Lafaz-lafaz selawat serta ucapan kalimah tauhid sebelum solat dimulakan, bagi menzahirkan keimanan kepada Allah, adalah selari dengan sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang berqiam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan serta mengharapkan ganjaran, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Membaca Selawat dan Taradhi Dalam Solat Tarawih

Taradhi bererti menyebut nama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali RA. Amalan ini dibolehkan, malah menjadi sunat sekiranya diniatkan sebagai bacaan selawat atau taradhi secara umum.

Boleh rujuk:

  1. Bughyah al-Mustarsyidin, ms.25
  2. Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/266 (Sumber ambilan: Ngaji Fiqih, 1/251-252)
  3. 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms.1294

Penutup

Apabila solat witir telah ditunaikan, maka sempurnalah Solat Sunat Tarawih bagi malam berkenaan.

Rebutlah kesempatan ini untuk bermesra bersama ahli keluarga demi mengukuhkan ikatan silaturrahim.

Mudah-mudahan kita semua dilimpahi keberkatan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Rujukan

  1. Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/144 ↩︎
  2. Lihat Asna Al-Matalib, 1/200 ↩︎
  3. Lihat al-Badai’, 1/291 ↩︎
  4. Lihat al-Insaf, 2/182 ↩︎
  5. Lihat al-Mabsut, 2/145 ↩︎

References

  • Seruan bilal tarawih (amalan Nusantara)
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • akuislam.com (audio recitations)

Frequently asked questions

How do I perform SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum)?

The SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum) guide is broken into 15 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does SELAWAT SOLAT TARAWIH (Bacaan Bilal, Imam & Makmum) have?

This guide has 15 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.