All prayer guides

NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah Solat Sunat Fajar dikerjakan?

Panduan ringkas ini akan menunjukkan kepada anda cara menunaikan Solat Fajar.

Setiap langkah akan diterangkan satu persatu dari awal hingga akhir, dan isinya sengaja diringkaskan supaya senang diikuti.

Turut disertakan ialah bacaan doa yang dibaca selepas selesai solat fajar.

Apa yang penting:

Untuk memudahkan anda yang belum lancar membaca tulisan arab, panduan ini dilengkapi dengan transliterasi rumi bagi setiap bacaan.

Jom kita mula..

Pengenalan

Sebelum menunaikan solat fardu subuh, kita disunatkan menunaikan dua rakaat solat sunat fajar terlebih dahulu.

Solat ini dikerjakan apabila masuknya waktu fajar atau subuh, iaitu selepas terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq), dan waktunya tamat apabila matahari terbit.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Bilakah masanya Solat Fajar ini boleh ditunaikan?

Solat sunat Subuh ini dikerjakan selepas masuknya waktu Subuh, tetapi sebelum kita menunaikan solat fardhu Subuh.

Abd al-Razaq meriwayatkan, Nabi SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ بَعۡدَ طُلُوعِ اَلۡفَجۡرِ إِلَّا رَكۡعَتَيۡ اَلۡفَجۡرِ

Maksudnya; Tidak ada solat selepas terbitnya Fajar melainkan dua rakaat (Sunat) Fajar — Bulugh al-Maram (28)

Lafaz Niat Solat Sunat Fajar

Berikut ialah lafaz niat bagi solat fajar:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡفَجۡرِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

Cara Mengerjakan Solat Sunat Fajar

Ringkasan langkah-langkah Solat Sunat Fajar

  • Mula dengan Takbiratul Ihram sambil berniat: “Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Ta’ala)
  • Bacakan Surah Al-Fatihah, kemudian sambung dengan surah pendek seperti Al-Kafirun
  • Rukuk, lalu sujud sebanyak dua kali
  • Rakaat Kedua. Berdiri semula, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas, kemudian rukuk dan sujud seperti rakaat pertama
  • Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk membaca tahiyyat akhir, lalu tutup solat dengan salam ke kanan dan ke kiri

Solat sunat ini mengambil masa yang sederhana sahaja dan tidaklah terlalu panjang.

Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah memendekkan solat sunat subuhnya sehingga aku berasa ragu-ragu sama ada baginda membaca al-Fatihah ataupun tidak. — Hadis direkodkan oleh Ahmad

Berikut ialah langkah demi langkah untuk menunaikan solat Sunat sebelum subuh:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat solat sunat fajar di dalam hati.

Lafaz niat yang boleh digunakan antaranya:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡفَجۡرِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”

Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala

  • Niat solat boleh juga dilafazkan lebih awal, iaitu sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Lazimnya dalam solat sunat, al-Fatihah terus dibaca tanpa didahului doa iftitah.

Namun sekiranya mahu membaca iftitah, ia tetap sunat (mendapat pahala bagi yang membacanya)

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat. Sebab itu ia mesti dibaca pada setiap solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 3. Kemudian,

Setelah al-Fatihah selesai dibaca, sambunglah dengan mana-mana surah pendek daripada al-Quran.

Salah satu surah yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Semasa rukuk, ucapkan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan dari rukuk sehingga berdiri tegak (iktidal), lalu ucapkan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Pertama — 7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Pertama — 9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri untuk rakaat kedua, berhenti duduk sebentar (dalam 3 saat) barulah bangun bagi meneruskan rakaat berikutnya.

solat taubat

Rakaat Kedua — 11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah ialah takbir yang menandakan bermulanya rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Kedua — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah al-Fatihah habis dibaca, sambunglah dengan surah al-ikhlas:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Amalan membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua bersandarkan riwayat Aisyah r.a. “Rasulullah membaca ‘kul ya ayyuhal kafirun’ dan ‘qul huwallahu ahad’ dalam solat sunat subuh” (Hadis ini direkodkan oleh Ahmad dan at-Tahawi

Rakaat Kedua — 14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Semasa rukuk, ucapkan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 15. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan dari rukuk sehingga berdiri tegak (iktidal), lalu ucapkan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kedua — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh muka ke arah kanan sambil memberi salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… seterusnya toleh pula muka ke arah kiri dan berikan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Doa Selepas Solat Sunat Fajar

Setelah selesai memberi salam, sunat bagi kita membaca salah satu daripada doa berikut:

Doa Pertama

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبۡرِيلَ وَإِسۡرَافِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَمُحَمَّدٍ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ، أَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Allahumma Robbu Jibrila Wa Israfila Wa Mika-i-la Wa Muhammadin Nabiyyi Sollallahu Alayhi Wassalam, A’uzuuBika Minan-narr.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindunganMu daripada api neraka.

Keterangan Doa

Di dalam kitab Ibnu Sunni, diriwayatkan daripada Ibnu Abi al-Malih – namanya1 A’mir bin Usamah – daripada ayahnya daripada [datuknya Usamah bin U’mair r.a.2] bahawa beliau menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum subuh, dan Rasulullah SAW turut bersolat sunat dua rakaat di sisinya, lalu beliau mendengar baginda melafazkan [doa di atas] dalam keadaan duduk

Doa Kedua

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، يَا ذَا الۡجَلَالِ وَالۡإِكۡرَامِ، أَسۡأَلُكَ أَنۡتَ تُحۡيِيَ قَلۡبِي بِنُورِ مَعۡرِفَتِكَ يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalaaLi Wal-ikraaam, As-Aluka Anta Tuhyiya Qalbi BiNuuri MaghRiFatika Ya Allahu Ya Allahu Ya Allahu Ya Arhamar-Rahimin.

Maksudnya:

Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”

Keterangan Doa

Syaikh Abu Bakar Syatha menyatakan dalam kitab I’anatut-Thalibin bahawa doa ini digalakkan dibaca sebanyak 41 kali setelah menunaikan solat sunat fajar.

Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh?

Jawapan ringkasnya, YA.

Solat sunat fajar dan solat sunat qabliyyah subuh sebenarnya merujuk kepada solat yang sama.

Kelebihan Mengerjakan Solat Fajar

Mufti Wilayah menyatakan bahawa dalam kalangan solat-solat sunat rawatib, dua rakaat solat sunat fajar merupakan yang paling dituntut untuk dikerjakan.

Sebabnya, terdapat pelbagai kelebihan yang dijanjikan bagi sesiapa yang mengamalkannya secara berterusan.

Perkara ini disandarkan kepada hadith:

1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَمۡ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيۡءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنۡهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكۡعَتَيِ الفَجۡرِ

Maksudnya:

Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]

2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رَكۡعَتَا الۡفَجۡرِ خَيۡرٌ مِنَ الدُّنۡيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya:

Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Menurut Imam al-Nawawi, maksud “وَمَا فِيهَا” di sini ialah kesenangan dunia.

Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya

Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka” — Surah al-Mukminun 1-2

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat merasa cemburu dan iri hati apabila menyaksikan betapa banyaknya amalan sunat yang dilakukan oleh baginda.

Lalu mereka pun berlumba-lumba mengerjakan amalan yang sama.

Golongan yang beriman memang dianjurkan supaya menghidupkan amalan sunat, terutamanya solat sunat.

Sekiranya ia dikerjakan dengan penuh khusyuk, insyaaAllah mereka akan memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada tuan dan puan

1 Iaitu nama bagi Abi al-Malih

2 Nama yang diletakkan dalam […] merupakan tambahan daripada periwayatan imam al-Tabarani sebagaimana yang dimuatkan dalam kitab beliau bertajuk al-Kabir. Sanadnya tidak dapat disambungkan melainkan setelah diteliti melalui salasilah para perawinya. Sila lihat Tahzib al-Kamal, ibnu Abi Malih ialah Mubassyir bin A’mir bin Usamah bin U’mar

References

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Ibn al-Sunni, 'Amal al-Yawm wa'l-Laylah
  • Tradisi kitab amalan Mazhab Syafi'i

Frequently asked questions

How do I perform NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap)?

The NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap) guide is broken into 29 clear steps, each with Arabic text and Rumi transliteration so it is easy to follow.

How many steps does NIAT & CARA SOLAT SUNAT FAJAR (Panduan Lengkap) have?

This guide has 29 steps.

Which school of jurisprudence does this guide follow?

This content follows the shafii school.