Mukadimah
Apakah doa yang dibaca sebaik sahaja azan selesai?
Bagaimana pula bunyi lafaz azan itu sendiri, dan bagaimana caranya kita menjawab seruan tersebut?
Panduan ini disusun secara menyeluruh bagi menjelaskan lafaz azan, cara menjawab azan, doa selepas azan, dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
Apa yang penting:
Setiap bacaan turut disertakan dalam ejaan rumi (untuk memudahkan anda sekiranya tulisan arab masih sukar dibaca)
Mari kita mulakan..
Pengenalan
Azan merupakan laungan atau seruan yang bertujuan memaklumkan kepada umat Islam bahawa waktu solat telah tiba.
Dari sudut bahasa, azan membawa erti “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Ia terdiri daripada susunan kalimah-kalimah khusus yang menandakan masuknya waktu solat fardu, atau dengan kata lain, satu bentuk pemberitahuan tentang waktu solat.
Tanda ini disampaikan melalui laungan dengan lafaz-lafaz yang tertentu.
Laungan azan hanya boleh dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan azan) yang lelaki.
Wanita tidak dibenarkan melaungkan azan.
Sunat di waktu melaungkan azan:
- Berwuduk
- Mengadap ke arah kiblat
- Berdiri ketika melaungkan azan
- Melaungkannya di tempat yang tinggi
- Muazzin melaungkan azan dengan suara yang lantang.
- Mengulang-ulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
- Muazzin meletakkan jari telunjuk pada kedua-dua telinganya semasa menyebut “Haiyya a’lassolah” sambil menoleh ke sebelah kanan, dan menoleh pula ke sebelah kiri semasa menyebut “Haiyya ‘alalfalah”
Kalimah Seruan Azan
Berikut ialah kalimah azan yang dilaungkan bagi solat selain waktu Subuh:
اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوۡلُ اللهِ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوۡلُ اللهِ حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُLafaz Azan Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
Maksud azan:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Marilah mendirikan solat. marilah mendirikan solat. Marilah kepada kejayaan. Marilah kepada kejayaan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Solat Subuh
Bagi solat waktu Subuh pula, kalimah-kalimah azannya ialah:
اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوۡلُ اللهِ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوۡلُ اللهِ حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ الصَّلَاةُ خَيۡرٌ مِنَ النَّوۡمِ الصَّلَاةُ خَيۡرٌ مِنَ النَّوۡمِ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُLafaz Azan Subuh Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Allāhu akbar Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Maksud azan subuh:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah. Marilah mendirikan solat. marilah mendirikan solat. Marilah kepada kejayaan. Marilah kepada kejayaan. Solat itu lebih baik daripada tidur. Solat itu lebih baik daripada tidur. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Yang Baik
Azan yang baik ialah azan yang dilaungkan oleh seseorang yang suaranya lantang, sebutan lafaznya betul dan alunannya merdu.
Namun ia tidak boleh dilagukan secara berlebih-lebihan hinggakan makna kalimah-kalimah azan itu berubah.
Yang paling penting, kalimah azan dan iqamah tersebut diucapkan dengan hati yang ikhlas bagi menyeru manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.
Seruan yang lahir dari hati dengan suara yang merdu, InsyaAllah mampu melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya untuk menunaikan perintah Allah SWT.
Cara Menjawab Azan
Ketika azan dilaungkan, sunat bagi kita untuk menjawabnya.
Untuk menjawab azan, kita mengikut atau mengulang secara perlahan setiap ucapan muazzin dalam azan itu, kecuali bagi kalimah-kalimah berikut:
Kalimah:
حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِHendaklah dijawab dengan:
Maksudnya:
لَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِTidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah:
حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِHendaklah dijawab dengan:
Maksudnya:
لَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِTidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah:
الصَّلَاةُ خَيۡرٌ مِنَ النَّوۡمِHendaklah dijawab dengan:
Maksudnya:
صَدَقۡتَ وَبَرَرۡتَTidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Maksudnya:
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Bacaan Doa Selepas Azan
Sebaik sahaja azan tamat, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:
اللّٰهُمَّ رَبَّ هٰذِهِ الدَّعۡوَةِ التَّآمَّةِ وَالصَّلَاةِ الۡقَائِمَةِ، اٰتِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا الۡوَسِيۡلَةَ وَالۡفَضِيۡلَةَ، وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الۡعَالِيَةَ الرَّفِيۡعَةَ، وَابۡعَثۡهُ مَقَامًا مَحۡمُوۡدًا الَّذِيۡ وَعَدۡتَّهُ، إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ الۡمِيۡعَادَ.Doa selepas azan dalam rumi:
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Kelebihan Azan & Menjadi Muazzin
Azan membawa fadilat yang amat besar.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi — Riwayat Bukhari dan Muslim
Antara Kelebihan Azan dan menjadi Muazzin adalah:
1. Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat
Perkara ini diriwayatkan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.
Beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat — Riwayat Muslim
Ibnu Majah menerangkan bahawa “panjang leher” di sini bermaksud ketua atau pemimpin.
2. Azan dapat mengusir syaitan.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk. — Riwayat Bukhari dan Muslim
3. Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.
Muazzin diampunkan dosa-dosanya sejauh mana suara azannya sampai, dan dia turut dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang bersolat kerana mendengar laungan azannya.
Al-Barra’ bin ‘Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Disamping itu, disediakan untuknya pahala orang yang bersolat bersama dengannya. — Riwayat Nasa’i dan Ahmad
Menurut Imam Nasa’i, pahala orang yang bersolat bersamanya itu tidak terhad kepada mereka yang menunaikan solat di tempat yang sama atau dalam satu jemaah dengannya..
.. bahkan meliputi sesiapa sahaja yang bersolat setelah mendengar laungan azannya.
4. Syurga Menanti Muazin
Muazzin yang melaungkan azan lalu mendirikan solat semata-mata kerana takut kepada Allah SWT akan diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Penutup: Semoga Penerangan Yang Diberi Jelas
Sudahkah anda memahami penerangan yang dikongsikan ini?
Semoga panduan ini memberikan anda gambaran yang jelas tentang lafaz azan, cara menjawab azan serta doa selepas azan.