Semua panduan solat

Rukun Wuduk (Panduan Lengkap Anggota Wajib Wuduk)

Rukun Wuduk (Panduan Lengkap Anggota Wajib Wuduk)

Mukadimah

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan rukun wuduk?

Apakah pula anggota yang wajib dibasuh ketika berwuduk?

Rukun wuduk merujuk kepada perkara-perkara asas yang wajib dipenuhi semasa kita mengambil wuduk.

Apabila kesemua perkara ini telah dilaksanakan, maka sahlah wuduk seseorang itu.

(Amalan tambahan seperti membaca doa selepas wuduk hanyalah sunat sahaja)

Terdapat enam perkara dalam rukun wuduk, iaitu niat, membasuh muka, membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala, membasuh kaki hingga ke buku lali dan tertib.

Manakala anggota yang wajib dibasuh ketika wuduk pula ialah:

  1. Seluruh muka.
  2. Sebahagian kepala.
  3. Membasuh tangan hingga ke siku.
  4. Membasuh kaki sehingga ke buku lali.

Jika salah satu daripada rukun atau anggota wajib ini tertinggal, maka wuduk tersebut dikiratidak sah.

Berikut adalah rukun wuduk mengikut susunan yang betul:

Niat Wuduk

Berikut adalah lafaz niat wuduk:

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ فَرْضًا لِلّٰهِ تَعَالَى

Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala

Maksud niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala

Melafazkan niat dalam bahasa Arab secara lisan hukumnya hanyalah sunat.

Niat yang diwajibkan ialah lintasan di dalam hati yang dihadirkan ketika seseorang mula membasuh sebahagian mukanya.

Eloknya, niat itu dilafazkan sebelum memulakan wuduk supaya lebih mudah untuk menghadirkan niat di dalam hati.

Membasuh Muka

basuh muka wuduk

Kawasan muka yang wajib dibasuh dengan air yang mengalir merangkumi bahagian dari tempat tumbuhnya anak rambut di dahi sehingga ke bawah tulang dagu, serta melintang dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri, termasuk juga rambut yang tumbuh di kawasan tersebut.

Lebih baik jika basuhan dimulakan dari bahagian atas muka turun ke bahagian bawahnya.

Membasuh Dua Tangan Hingga ke Siku

ambil wuduk

Air wajib diratakan ke seluruh bahagian bermula dari hujung jari sehingga ke siku.

Eloknya, basuhan dimulakan dari hujung jari sehingga melepasi sedikit bahagian siku, dengan mendahulukan tangan kanan terlebih dahulu.

Menyapu Sebahagian Kepala

Sudah memadai dengan menyapu air pada bahagian ubun-ubun, sekadar membasahkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut, dengan syarat rambut yang dibasahkan itu masih berada dalam had kawasan kepala.

Tidak sah pula menyapu air pada rambut yang sudah melepasi had kepala, contohnya rambut yang berada di bahagian bahu atau hujung rambut yang panjang berikat.

Lebih elok lagi sekiranya kita menyapu keseluruhan kepala, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Membasuh Kaki hingga ke Buku Lali

rukun wuduk

Kaki wajib dibasuh bermula dari hujung jari sehingga ke buku lali.

Sekiranya sebahagian daripada kaki yang wajib dibasuh itu kudung, maka yang wajib dibasuh ialah bahagian yang masih ada sahaja.

Perhatian:

Sekiranya seseorang terlupa membasuh kakinya setelah beredar dari tempat wuduk, dia hanya perlu membasuh kaki itu selagi mana basuhan wuduk pada kepalanya masih belum kering.

Tidak perlu pula mengulangi keseluruhan basuhan dari mula

Tertib

Setiap rukun wuduk wajib dilakukan mengikut susunan yang betul.

Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Nu’aim bin Abdullah al-Mujmir:

Aku lihat Abu Hurairah r.a berwuduk, maka dibasuhnya muka dan dilebihkan sedikit daripada had muka. Kemudian dibasuh dua tangannya kanan dan kiri masing-masing sampai ke ke siku. Kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh dua kakinya kanan dan kiri masing-masing sampai ke betis. Kemudian berkata Abu Hurairah r.a: “Begini aku lihat Rasulullah SAW berwuduk” – Riwayat Muslim

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Rukun Wuduk (Panduan Lengkap Anggota Wajib Wuduk)?

Panduan Rukun Wuduk (Panduan Lengkap Anggota Wajib Wuduk) disusun dalam 7 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Rukun Wuduk (Panduan Lengkap Anggota Wajib Wuduk)?

Panduan ini mengandungi 7 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.