
Mukadimah
Berikut ialah panduan menyeluruh untuk bacaan tahlil ringkas, doa tahlil arwah dan juga doa selamat.
Setiap bahagian disusun mengikut urutan langkah demi langkah, disertakan bantuan Audio dan transliterasi Rumi supaya anda lebih mudah mengikutinya — khususnya bagi sesiapa yang belum lancar membaca teks quran.
Objektif utama panduan ini:
Matlamat panduan ini ialah memberikan penerangan yang lengkap dan teliti tentang tatacara tahlil serta doa arwah.
Apabila anda sudah faham setiap langkah, bacaan dan maksud di sebalik amalan ini, diharapkan anda dapat menunaikan tahlil dengan hati yang lebih tenang dan yakin, di samping menghayati hikmah pada setiap bacaan yang dilakukan.
Semoga ia memberi manfaat, InsyaAllah.
Maksud Tahlil
Tahlil merupakan amalan zikir yang berpaksikan ucapan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (La ilaha illa Allah), yang membawa erti "Tiada Tuhan melainkan Allah."
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, Thailand dan Indonesia, tahlil lazimnya menjadi sebahagian daripada majlis doa arwah. Tujuan majlis seperti ini ialah mendoakan kesejahteraan roh si mati, di samping memohon keampunan serta rahmat Allah SWT untuk mereka.
Dalam masyarakat Nusantara, tahlil sudah sebati sebagai satu tradisi dan kerap dihubungkan dengan kenduri arwah atau majlis-majlis tertentu. Meskipun akarnya datang daripada zikir yang memang digalakkan dalam Islam, amalan ini telah berkembang menjadi gabungan bacaan doa, zikir dan selawat, dengan niat khusus untuk mendoakan mereka yang telah meninggal dunia.
Memang wujud perbezaan pandangan tentang amalan ini, khususnya antara ulama dari mazhab yang berlainan. Namun menurut Mazhab Syafi'e, ia dikira sebagai amalan yang baik lagi bermanfaat (huraian lanjut mengenai perkara ini disediakan di bahagian penghujung panduan ini)
Panduan Bacaan Tahlil
Susunan tahlil di bawah ini diambil daripada Kitab Majmu’ Syarif. 1
Bagi setiap ayat, turut disertakan bacaan Audio, transliterasi rumi serta terjemahannya.
Mudah-mudahan susunan zikir, tahlil dan doa tahlil ini bermanfaat serta menjadi panduan buat anda semua.
1
Mulakan dengan ayat pembuka Al-Fatihah.
إِلَى حَضۡرَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ وَآلِهِ وَصَحۡبِهِ شَيۡءٌ لِلَّهِ لَهُمُ الۡفَاتِحَةَIlaa Hadrotin-nabiyyi Sollallaahu ‘Alaihi Wassallama Wa Alihi Wasohbihi Syai’un Lillahi Lahumul-Faatihah
Maksudnya
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Buat yang mulia Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, serta para sahabat baginda. Bacaan Al-Fatihah ini kami niatkan kerana Allah dan pahalanya dihadiahkan kepada mereka semua. Al-Fatihah…”
2
Seterusnya baca Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara serta mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat*.*
3
Seterusnya baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad (3 Kali)
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Dialah Allah yang maha esa. Allah itu tempat segala sesuatu bergantung. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada sesiapa pun yang menyamai-Nya.’” (3 kali).
4
Seterusnya Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُLaa ilaha illallaahu wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah maha besar.”
5
Seterusnya Surah Al-Falaq
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥Qul A‘Ūżu Birabbil-Falaq. Min Syarri Mā Khalaq. Wa Min Syarri Gāsiqin Iżā Waqab. Wa Min Syarrin-Naffāṡāti Fil-‘Uqad. Wa Min Syarri Ḥāsidin Iżā Ḥasad
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah, ‘Aku memohon perlindungan kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya. Daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita. Serta daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);. Juga daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan hasadnya.’”
6
Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُLaa ilaha illallaahu Wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah maha besar.”
7
Seterusnya membaca Surah An-Nas
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦Qul A‘Ūżu Birabbin-Nās. Malikin-Nās. Ilāhin-Nās. Min Syarril-Waswāsil-Khannās. Allażī Yuwaswisu Fī Ṣudūrin-Nās. Minal Jinnati Wan-Nās
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memohon perlindungan kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.” Raja yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang layak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang mencampakkan bisikan serta hasutannya ke dalam dada manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) daripada golongan jin dan manusia”.
8
Seterusnya mengucapkan Tahlil dan Takbir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكۡبَرُLaa ilaha illallaahu Wallahuakbar
Maksudnya
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Allah maha besar.
9
Seterusnya membaca surah Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara serta mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat.
10
Seterusnya membaca lima ayat terawal surah Al-Baqarah
الٓمٓ ١ ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ ٣ وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ ٤ أُوۡلَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوۡلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٥Alif Lām Mīm. Żālikal-Kitābu Lā Raiba Fīh, Hudal Lil-Muttaqīn. Allażīna Yu’minūna Bil-Gaibi Wa Yuqīmūnaṣ-Ṣalāta Wa Mimmā Razaqnāhum Yunfiqūn. Wallażīna Yu’minūna Bimā Unzila Ilaika Wa Mā Unzila Min Qablik, Wa Bil-Ākhirati Hum Yūqinūn. Ulā’ika ‘Alā Hudam Mir Rabbihim Wa Ulā’ika Humul-Mufliḥūn
Maksudnya
Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Alif lam mim. Kitab ini tiada sebarang keraguan padanya. Ia petunjuk bagi orang yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib, yang mendirikan solat, dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Juga mereka yang beriman kepada kitab Al-Qur’an yang diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) serta kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan mereka yakin dengan adanya kehidupan akhirat. Merekalah golongan yang sentiasa beroleh petunjuk daripada Tuhan mereka. Dan merekalah orang-orang yang berjaya.”
11
Seterusnya Al-Baqarah ayat 163
وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٣Wa ilaahukum ilaahuw Waahid, Laa ilaaha illaa Huwar-Rahmaanur-rahiim
Maksudnya
Dan Tuhan kamu semua ialah Tuhan yang maha esa. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
12
Seterusnya membaca Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Maksudnya
Allah, tiada yang berhak disembah melainkan Dia yang maha hidup lagi berdiri dengan sendiri-Nya. Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang mampu memberi syafa’at di sisi-Nya melainkan dengan keizinan-Nya. Dia mengetahui segala yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka pula tidak mengetahui sedikit pun daripada ilmu-Nya kecuali apa yang Dia kehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan tidaklah berat bagi-Nya memelihara kedua-duanya. Dialah yang maha tinggi lagi maha agung.”
13
Seterusnya Al-Baqarah ayat 284
لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواۡ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢٨٤Lillāhi Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Wa In Tubdū Mā Fī Anfusikum Au Tukhfūhu Yuḥāsibkum Bihillāh, Fa Yagfiru Limay Yasyā’u Wa Yu‘Ażżibu May Yasyā’, Wallāhu ‘Alā Kulli Syai’in Qadīr
Maksudnya
Milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Sama ada kamu zahirkan apa yang tersimpan dalam hati kamu ataupun kamu sembunyikannya, pasti Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
14
Seterusnya Al-Baqarah ayat 285
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواۡ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨٥Āmanar-Rasūlu Bimā Unzila Ilaihi Mir Rabbihī Wal-Mu’minūn, Kullun Āmana Billāhi Wa Malā’ikatihī Wa Kutubihī Wa Rusulih, Lā Nufarriqu Baina Aḥadim Mir Rusulih, Wa Qālū Sami‘Nā Wa Aṭa‘Nā Gufrānaka Rabbanā Wa Ilaikal-Maṣīr
Maksudnya
Rasulullah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, begitu juga orang-orang yang beriman; kesemuanya beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang Rasul dengan Rasul yang lain”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami patuh; (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kami kembali”.
15
Seterusnya Al-Baqarah ayat 286
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٢٨٦Lā Yukallifullāhu Nafsan Illā Wus‘Ahā, Lahā Mā Kasabat Wa ‘Alaihā Maktasabat, Rabbanā Lā Tu’ākhiżnā In Nasīnā Au Akhṭa’nā, Rabbanā Wa Lā Taḥmil ‘Alainā Iṣran Kamā Ḥamaltahū ‘Alallażīna Min Qablinā, Rabbanā Wa Lā Tuḥammilnā Mā Lā Ṭāqata Lanā Bih, Wa‘Fu ‘Annā, Wagfir Lanā, Warḥamnā, Anta Maulānā Fanṣurnā ‘Alal Qaumil-Kāfirīn
Maksudnya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sekadar kemampuannya. Baginya pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ke atasnya juga dosa kejahatan yang dilakukannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau letakkan ke atas kami beban yang berat sebagaimana yang pernah Engkau letakkan ke atas umat-umat sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak mampu menanggungnya. Maafkanlah kesilapan kami, ampunkanlah dosa kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka bantulah kami mencapai kemenangan ke atas kaum-kaum yang kafir”.
16
Seterusnya baca surah Hud ayat 73
يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ اِرۡحَمۡنَا رَحۡمَتُ ٱللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيۡكُمۡ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌYaa Arhamar-RaaHimiin IrHamna (ulang 3 kali). Rahmatullaahi Wa Barakaatuhuu ‘Alaykum Ahlal-Bayt, innahuu HamiiDum-Majiid
Maksudnya
Wahai Tuhan yang maha pengasih, kasihanilah kami,” (3 kali). Dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya (kami harapkan) tercurah ke atas kamu sekalian wahai ahlul bait. Sesungguhnya Dia maha terpuji lagi maha pemurah,” (Surat Hud ayat 73).
17
Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 33
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنكُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرٗا ٣٣InnaMaa YuriiDullahu Liyudz-hiba ‘Ankumur-Rijsa Ahlal-bayt Wa YuThahHiraKum That-Hiiraa
Maksudnya
Sesungguhnya Allah berkehendak menghapuskan segala kekotoran daripada kamu, wahai ahlul bait, serta menyucikan kamu sesuci-sucinya,” (Surat Al-Ahzab ayat 33).
18
Seterusnya baca surah Al-Ahzab ayat 56
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ صَلُّواۡ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواۡ تَسۡلِيمًا ٥٦Innallaaha Wa Malaa ‘ikatahuu YuSolluuNa ‘Alan-Nabiyy, Yaa AyyuHalLaziina AamaNuu Sollu ‘Alaihi Wa SalliMuu TasLiiMaa
Maksudnya
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya serta berilah salam penghormatan kepadanya.”
19
Seterusnya selawat ke atas Nabi
ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفۡضَلَ الصَّلَاةِ عَلَىٰ أَسۡعَدِ مَخۡلُوقَاتِكَ حَبِيبِ اللَّهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلِّمۡ عَدَدَ مَعۡلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنۡ ذِكۡرِكَ الۡغَافِلُونَAllahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika HabiiBillah Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMaTika WamiDaaDa KaliMaaTika KullaMaa ZakaRaKaz-ZaakiRuuNa Wa GhoFala ‘AnDzikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, limpahkanlah sebaik-baik rahmat ke atas makhluk-Mu yang paling berbahagia, Kekasih Allah, penghulu serta pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad, dan ke atas keluarganya, sebanyak bilangan perkara yang Engkau ketahui dan sebanyak tinta bagi mencatat kalimah-Mu, selagi masih ada orang yang mengingati-Mu dan orang yang lalai daripada mengingati-Mu”
20
Disambung dengan selawat yang seterusnya
ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفۡضَلَ الصَّلَاةِ عَلَىٰ أَسۡعَدِ مَخۡلُوقَاتِكَ شَمۡسِ الضُّحَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلِّمۡ عَدَدَ مَعۡلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنۡ ذِكۡرِكَ الۡغَافِلُونَAllahumma Solli Afdholas-Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika SyamSid-Dhuha Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, ‘AdaDa Ma’LuuMatiKa WamiDaaDa KaliMaaTika KulLamaa ZakaraKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, limpahkanlah sebaik-baik rahmat ke atas makhluk-Mu yang paling berbahagia, yang menjadi penerang umpama matahari di waktu Duha, penghulu serta pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad, dan ke atas keluarganya, sebanyak bilangan perkara yang Engkau ketahui dan sebanyak tinta bagi mencatat kalimah-Mu, selagi masih ada orang yang mengingati-Mu dan orang yang lalai daripada mengingati-Mu”
21
Disambung lagi dengan selawat seterusnya
ٱللَّهُمَّ صَلِّ أَفۡضَلَ الصَّلَاةِ عَلَىٰ أَسۡعَدِ مَخۡلُوقَاتِكَ بَدۡرِ الدُّجَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلِّمۡ عَدَدَ مَعۡلُومَاتِكَ وَمِدَادَ كَلِمَاتِكَ كُلَّمَا ذَكَرَكَ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنۡ ذِكۡرِكَ الۡغَافِلُونَAllahumma Solli Afdhola Solatin ‘Alaa As ‘Adi MahLuuQotika Badrid-Dujaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi WasohBihi Wassalim, AdaDa Ma’LuuMatika WamiDaaDa KalimaaTika KullaMaa ZakaRaKaz-ZaaKiruuNa Wa GhoFala ‘AnZikRikal-GhooFiLunn
Maksudnya
Ya Allah, limpahkanlah sebaik-baik rahmat ke atas makhluk-Mu yang paling berbahagia, yang menjadi penerang umpama bulan purnama di kegelapan, penghulu serta pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad, dan ke atas keluarganya, sebanyak bilangan perkara yang Engkau ketahui dan sebanyak tinta bagi mencatat kalimah-Mu, selagi masih ada orang yang mengingati-Mu dan orang yang lalai daripada mengingati-Mu”
22
Seterusnya salam ke atas Nabi
وَسَلِّمۡ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَىٰ عَنۡ أَصۡحَابِ سَيِّدِنَا رَسُولِ اللَّهِ أَجۡمَعِينَWasalLim WaroDhiyallahhu Taala ‘An AsHaaBi Sayyidina RasuulilLahi Ajmaiin
Maksudnya
Semoga Allah yang maha suci lagi maha tinggi meredhai para sahabat penghulu kami (Rasulullah).”
23
Seterusnya Zikir Tawakkal daripada Surah Ali Imran ayat 173 dan Surat Al-Anfal ayat 40.
حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ. نِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُHasbuNallahu Wani’mal Wakil. Ni’mal MauLaa Wani’man-Nassiir
Maksudnya
Cukuplah Allah bagi kami. Dialah sebaik-baik wakil. (Surat Ali Imran ayat 173). Dialah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong,” (Surat Al-Anfal ayat 40).
24
Seterusnya Membaca Hauqalah
وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ٱلۡعَلِيِّ ٱلۡعَظِيمِWalaa Haula WaLaa QuwwaTa ilLaa Billahil ‘Aliyyil ‘Adziim
Maksudnya
Tiada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.”
25
Seterusnya baca Istighfar (3 kali)
أَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَAstagfirullahal-Adziim
Maksudnya
Aku memohon keampunan daripada Allah yang maha agung.” (3 kali). (Allah) yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha hidup, lagi sentiasa terjaga. Aku bertaubat kepada-Nya.”
26
Seterusnya baca ayat berikut
أَفۡضَلُ الذِّكۡرِ فَاعۡلَمۡ أَنَّهُ لَا إِلٰـهَ إِلَّا اللَّهُAfdoluz-Zikri Fa’Lam AnNahu Laa ilaHa illalLahh
Maksudnya
Ketahuilah, sebaik-baik zikir ialah lafaz ‘La ilāha illallāh’, (tiada tuhan selain Allah)
27
Seterusnya Tahlil 33 atau 100 kali.
لَا إِلٰـهَ إِلَّا اللَّهُLaa ilaHa illallaah
Maksudnya
Tiada tuhan selain Allah.” (100 kali).
28
Seterusnya kalimah syahadah dan pengakuan keimanan
لَا إِلٰـهَ إِلَّا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ عَلَيۡهَا نَحۡيَا وَعَلَيۡهَا نَمُوتُ وَعَلَيۡهَا نُبۡعَثُ إِنۡ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَىٰ مِنَ ٱلۡاٰمِنِينَ ٱلۡفَاتِحَةَLaa ilaHa illaallahu Muhammadur-Rasulullah, Sollallahu ‘Alaihi Wassalam. ‘AlayHa NahYaa Wa ‘AlaiHaa NaMuuTu Wa ‘AlayHaa Nub ‘A-tsu ‘insyaaAllahu Taala Minal AamiNiin. Al Fatihah!
Maksudnya
“Tiada tuhan selain Allah. Nabi Muhammad SAW ialah utusan-Nya.” Dengan kalimah inilah kami hidup. Dengannya jua kami mati. Dan dengannya juga, insya Allah, kami akan dibangkitkan kelak dalam kalangan orang yang aman.”
29
Di akhiri dengan al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara serta mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat.
Setelah tahlil selesai, sambung pula dengan bacaan doa arwah seperti berikut
Doa Tahlil Arwah (Khusus)
Berikut ialah doa arwah yang dibacakan sebaik sahaja selesai tahlil. Doa ini bersifat khas — iaitu ditujukan secara khusus kepada nama arwah.
Untuk memudahkan anda, bacaan audio turut disediakan supaya anda boleh mendengarnya sambil menyemak teks doa yang diberikan.
AUDIO DOA
بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ الۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَ، حَمۡدًا يُوَافِيۡ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيۡدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِيۡ لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيۡمِ سُلۡطَانِكَ.اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلٰوةً تُنَجِّيۡنَا بِهَا مِنۡ جَمِيۡعِ الۡأَهۡوَالِ وَالۡآفَاتِ، وَتَقۡضِيۡ لَنَا بِهَا جَمِيۡعَ الۡحَاجَاتِ.Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbana Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Lijalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhōnik.
وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنۡ جَمِيۡعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرۡفَعُنَا بِهَا عِنۡدَكَ أَعۡلٰى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقۡصَى الۡغَايَاتِ، مِنۡ جَمِيۡعِ الۡخَيۡرَاتِ فِي الۡحَيَاةِ وَبَعۡدَ الۡمَمَاتِ.Allāhumma Ṣolli ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ṣolātan Tunajjīnā Bihā Min Jamī‘il-Ahwāli Wal-Āfāt, Wataqḍī Lanā Bihā Jamī‘al-Ḥājāt.
اَللّٰهُمَّ تَقَبَّلۡ وَأَوۡصِلۡ ثَوَابَ مَا قَرَأۡنَاهُ مِنَ الۡقُرۡآنِ الۡعَظِيۡمِ.Wa Tuṭahhirunā Bihā Min Jamī‘ is-Sayyi’āt, Wa Tarfa‘unā Bihā ‘Indaka A‘lād-Darajāt, Wa Tuballighunā Bihā Aqṣal-Ghāyāt, Min Jamī‘il-Khairāti Fil-Ḥayāti Wa Ba‘dal-Mamāt.
وَمَا اسۡتَغۡفَرۡنَاهُ مِنۡ قَوۡلِ أَسۡتَغۡفِرُ اللّٰهَ الۡعَظِيۡمَ. وَمَا هَلَّلۡنَاهُ مِنۡ قَوۡلِ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ. وَمَا سَبَّحۡنَاهُ مِنۡ قَوۡلِ سُبۡحَانَ اللّٰهِ.Allāhumma Taqabbal Wa Awṣil Tsawāba Mā Qara’nāhu Minal-Qur’ānil-‘Aẓīm.
وَمَا صَلَّيۡنَاهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ فِيۡ هٰذَا الۡمَجۡلِسِ الۡمُبَارَكِ هَدِيَّةً مِنَّا وَاصِلَةً وَرَحۡمَةً مِنۡكَ نَازِلَةً وَبَرَكَةً شَامِلَةً نُهۡدِيۡهَا وَنُقَدِّمُهَا إِلٰى حَضۡرَةِ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ.Wa Māstaghfarnāhu Min Qawli Astaghfirullāhal-‘Aẓīm. Wa Mā Hallalnāhu Min Qawli Lā Ilāha Illallāh. Wa Mā Sabbahnāhu Min Qawli Subḥānallāh.
ثُمَّ إِلٰى جَمِيۡعِ إِخۡوَانِهِ مِنَ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِيۡنَ وَآلِهِ وَأَصۡحَابِهِ وَأَزۡوَاجِهِ وَذُرِّيَّاتِهِ وَأَهۡلِ بَيۡتِهِ أَجۡمَعِيۡنَ وَالتَّابِعِيۡنَ وَتَابِعِ التَّابِعِيۡنَ وَالۡخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيۡنَ وَالۡأَئِمَّةِ الۡمُجۡتَهِدِيۡنَ وَالۡأَوۡلِيَاءِ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيۡنَ وَالۡعُلَمَاءِ الۡعَامِلِيۡنَ وَجَمِيۡعِ مَشَايِخِنَا وَأَسَاتِذَتِنَا.Wa Mā Ṣollaināhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammadin Ṣollallāhu ‘Alaihi Wa Sallam Fī Hāżal-Majlisil-Mubārak Hadīyatan Minnā Wāṣilatah Wa Raḥmatan Minka Nāzilatah Wa Barakatan Shāmilah Nu’hdīhā Wa Nuqaddimuhā Ilā Ḥaḍratin-Nabī Muḥammad Ṣollallāhu ‘Alaihi Wa Sallam.
ثُمَّ إِلٰى جَمِيۡعِ أَهۡلِ قُبُوۡرِ مِنَ الۡمُسۡلِمِيۡنَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ مِنۡ مَشَارِقِ الۡأَرۡضِ وَمَغَارِبِهَا بَرِّهَا وَبَحۡرِهَا آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَأَجۡدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَنَخُصُّ خُصُوۡصًا مَنِ ٱجۡتَمَعۡنَا هٰهُنَا بِسَبَبِهِ وَلِأَجۡلِهِTsumma Ilā Jamī‘i Ikhwānihi Minal-Anbiyā’i Wal-Mursalīn Wa Ālihi Wa Aṣḥābihi Wa Azwājihi Wa Dzurriyyātihi Wa Ahli Baytihi Ajma‘īn Wat-Tābi‘īn Wa Tābi‘it-Tābi‘īn Wal-Khulafā’ir-Rāshidīn Wal-A’immatil-Mujtahidīn Wal-Awliyā’i Wash-Shuhadā’i Waṣ-Ṣāliḥīn Wal-‘Ulamā’il-‘Āmilīn Wa Jamī‘i Mashāyikhinā Wa AsātiDzatinā.
وَخُصُوۡصًا إِلٰى رُوۡحِ الۡمَرۡحُوۡمِ .................. وَأُصُوۡلِهِ وَفُرُوۡعِهِ وَمَنۡ يَنۡتَسِبُ إِلَيۡهِ أَجۡمَعِيۡنَ.Tsumma Ilā Jamī‘i Ahlil-Qubūri Minal-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt Min Mashāriqil-Arḍi Wa Maghāribihā Barrihā Wa Baḥrihā Ābā’inā Wa Ummahātinā Wa Ajdādinā Wa Jaddātinā Wa Naḳhuṣṣu Khuṣūṣan Manijtama’nā Hāhunā Bisababihi Wa Li’ajlihi.
وَخُصُوۡصًا إِلٰى رُوۡحِ الۡمَرۡحُوۡمَةِ .................. وَأُصُوۡلِهَا وَفُرُوۡعِهَا وَمَنۡ يَنۡتَسِبُ إِلَيۡهَا أَجۡمَعِيۡنَ.Wa Khuṣūṣan Ilā Rūḥil-Marḥūm ……………….. Wa Uṣūlihi Wa Furū‘ihi Wa Man Yantasibu Ilaihi Ajma‘īn.
اَللّٰهُمَّ اغۡفِرۡ لَهُمۡ وَارۡحَمۡهُمۡ وَعَافِهِمۡ وَاعۡفُ عَنۡهُمۡWa Khuṣūṣan Ilā Rūḥil-Marḥūmah ………………. Wa Uṣūlihā Wa Furū‘ihā Wa Man Yantasibu Ilaihā Ajma‘īn.
اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡ قُبُوۡرَهُمۡ رَوۡضَةً مِنۡ رِيَاضِ الۡجِنَانِ وَلَا تَجۡعَلۡ قُبُوۡرَهُمۡ حُفۡرَةً مِنۡ حُفَرِ النِّيۡرَانِ.Allāhummagh Fir Lahum Warḥamhum Wa ‘Āfihim Wa‘fu ‘Anhum (3x)
اَللّٰهُمَّ بِحَقِّ الۡقُرۡآنِ الۡعَظِيۡمِ بِجَاهِ كَلَامِكَ الۡقَدِيۡمِ، اِجۡعَلِ اللّٰهُمَّ ثَوَابَ ذٰلِكَ بَعۡدَ الۡقَبُوۡلِ فِدَاءً لَهُمۡ مِنَ النَّارِ وَسِتۡرًا لَهُمۡ مِنَ النَّارِ.Allāhummaj‘al Qubūrahum Rawḍatan Min Riyāḍil-Jinān Wa Lā Taj‘al Qubūrahum Ḥufratan Min Ḥufarin-Nīrān.
اِجۡعَلِ اللّٰهُمَّ الۡقُرۡآنَ يَا اللّٰهُ فِيۡ قُبُوۡرِهِمۡ مُؤۡنِسًا لَهُمۡ وَفِي الۡقِيَامَةِ شَافِعًا عَلَى النَّارِ سِتۡرًا وَحِجَابًا، وَاجۡعَلِ اللّٰهُمَّ الۡجَنَّةَ مَأۡوَاهُمۡ.Allāhumma Biḥaqqil-Qur’ānil-‘Aẓīm BiJāhi Kalāmikal-Qadīm, Ij‘alil-lāhumma Tsawāba Żālika Ba‘dal-Qabūli Fidā’an Lahum Minan-Nār Wa Sitran Lahum Minan-Nār.
اَللّٰهُمَّ أَنۡزِلِ الرَّحۡمَةَ وَالشَّفَاعَةَ وَالۡمَغۡفِرَةَ عَلٰى جَمِيۡعِ أَهۡلِ قُبُوۡرِ مِنَ الۡمُسۡلِمِيۡنَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ، اِرۡفَعۡ لَهُمُ الدَّرَجَاتِ وَضَاعِفۡ لَهُمُ الۡحَسَنَاتِ وَكَفِّرۡ عَنۡهُمُ السَّيِّئَاتِ وَأَدۡخِلۡهُمُ الۡجَنَّةَ مَعَ الۡآبَاءِ وَالۡأُمَّهَاتِ.Ij‘alil-lāhumma Al-Qur’āna Yā Allāhu Fī Qubūrihim Mu’nisan Lahum Wa Fil-Qiyāmati Syāfi‘an ‘Alan-Nār Sitran Wa Ḥijābaa, Wa Ij‘alil-lāhumma Al-Jannata Ma’wāhum.
رَبَّنَا اغۡفِرۡلَنَا وَلِإِخۡوَانِنَا الَّذِيۡنَ سَبَقُوۡنَا بِالۡإِيۡمَانِ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوۡفٌ رَحِيۡمٌ.Allāhumma Anzilir-Raḥmata Wash-Shafā‘ata Wal-Maghfirata ‘Alā Jamī‘i Ahlil-Qubūri Minal-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt, Irfa‘ Lahumud-Darajāt Wa Ḍā‘if Lahumul-Ḥasanāt Wa Kaffir ‘Anhumus-Sayyi’āt Wa Adkhilhumul-Jannata Ma‘al-Ābā’i Wal-Ummahāt.
يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَئِنَّةُ ﴾٢٧﴿ ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةًۭ مَّرۡضِيَّةًۭ ﴾٢٨﴿ فَٱدۡخُلِى فِى عِبَٰدِى ﴾٢٩﴿ وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى ﴾٣٠﴿Rabbana Aghfirlanā Wa Li’ikhwānināl-Lażīna Sabaqūnā Bil-Īmān. Rabbana Innaka Ra’ūfun Raḥīm.
رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِى الۡاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللّٰهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ، سُبۡحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوۡنَ وَسَلَامٌ عَلَى الۡمُرۡسَلِيۡنَ وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَ. الۡفَاتِحَةُ.Yā Ayyatuhan-Nafsul-Muṭma’innah, Irji‘ī Ilā Rabbiki Rāḍiyatan Marḍiyyah, Fadkhulī Fī ‘Ibādī, Wadkhulī Jannatī.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Rabbana Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanah Wa Fil-Ākhirati Ḥasanah Waqinā ‘Ażāban-Nār. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Subḥāna Rabbika Rabbil-‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn Wa Salāmun ‘Alal-Mursalīn Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Al-Fātiḥah.
آمِيۡنَ آمِيۡنَ آمِيۡنَ يَارَبَّ العَالَمِيۡنَ، رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّا دُعَاءَنَا إِنَّكَ أَنۡتَ السَّمِيۡعُ العَلِيۡمُ، وَتُبۡ عَلَيۡنَا يَا مَوۡلَانَا إِنَّكَ أَنۡتَ التَّوَّابُ الرَّحِيۡمُ، وَلَا تُؤَاخِذۡنَا بِالعَظَائِمِ وَالجَرَائِمِ يَاكَرِيۡمُ، وَآخِرُ دَعۡوَانَا أَنِ الحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيۡنَ. تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنۡكُمۡ. ( تَقَبَّلۡ مِنَّا يَا كَرِيۡمُ )Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Āmīn Āmīn Āmīn Yā Rabbal-‘Ālamīn, Rabbana Taqabbal Minnā Du‘ā’anā Innaka Antas-Samī‘ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alainā Yā Mawlānā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm, Wa Lā Tu’ākhidznā Bil-‘Aẓā’imi Wal-Jarā’im Yā Karīm, Wa Ākhiru Da‘wānā Anil-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Taqabbalallāhu Minna Wa Minkum.(Taqabbal Minna Yā Karīm)
Maksud Doa Arwah Khusus
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam — pujian yang selaras dengan nikmat-Nya dan yang menyempurnakan nikmat yang sentiasa bertambah. Wahai Tuhan kami, milik-Mu segala pujian, pujian yang layak dengan keagungan-Mu, Yang Maha Mulia, serta kegagahan dan kebesaran-Mu.
Ya Allah, curahkanlah selawat ke atas junjungan nabi kami Muhammad SAW — selawat yang dengannya kami diselamatkan daripada segala ketakutan dan bencana, yang dengannya Engkau tunaikan segala hajat kami, Engkau bersihkan kami daripada segala keburukan, Engkau angkat kami ke darjat yang tinggi di sisi-Mu, dan Engkau sampaikan segala cita-cita kami berupa kebaikan dunia dan akhirat.
Wahai Tuhanku, terimalah dan sampaikanlah pahala bacaan al-Quran yang agung yang telah kami bacakan, istighfar kami dengan lafaz ‘Aku Memohon Keampunan Kepada Allah Yang Maha Agung’, tahlil kami dengan lafaz ‘Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah’, tasbih kami dengan lafaz ‘Subhanallah’, serta selawat kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dalam majlis yang penuh keberkatan ini — sebagai hadiah daripada kami, rahmat yang dicurahkan dan keberkatan yang disampaikan ke hadrat kekasih, junjungan dan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, dan kepada seluruh saudara baginda daripada kalangan para Nabi dan Rasul, ahli keluarga, para sahabat, para isteri, zuriat keturunan dan semua ahli bait baginda, para tabi’in, pengikut tabi’in, Khulafa’ al-Rasyidin, para imam mujtahid di jalan Allah, para wali, para Syuhada’, orang-orang Soleh, para ulama yang beramal dengan ilmu mereka, serta para masyaikh dan guru-guru kami.
Seterusnya kepada seluruh ahli kubur dan golongan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, dari belahan timur mahupun barat, sama ada yang berada di daratan mahupun di lautan; teristimewanya buat bapa-bapa dan ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, nenek-nenek kami, serta kepada individu yang menjadi sebab kami semua dapat berhimpun di sini dan untuk keperluannya.
Dan secara khusus buat al-marhum/al-marhumah ……………………………… berserta usul dan cabang keturunannya. Juga kepada sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian dengannya.
Ya Allah, kurniakanlah keampunan dan rahmat kepada mereka, serta maafkanlah segala kesalahan mereka (3X)
Ya Allah, jadikanlah kubur mereka antara taman-taman syurga, dan janganlah Engkau jadikan kubur mereka antara lubang-lubang neraka.
Ya Allah, dengan kebenaran al-Quran yang mulia dan keagungan kalam-Mu yang Qadim, jadikanlah pahala itu — setelah Engkau menerimanya — sebagai penebus bagi mereka daripada api neraka serta pendinding daripadanya.
Jadikanlah al-Quran itu teman di dalam kubur, pemberi syafaat pada hari kiamat, serta pendinding dan penghadang api neraka buat mereka di dalam syurga. Dan jadikanlah syurga sebagai kediaman mereka.
Wahai Tuhanku! Curahkanlah rahmat, syafaat dan keampunan kepada seluruh ahli kubur daripada kalangan Muslimin dan Muslimat serta Mukminin dan Mukminat; tinggikanlah darjat mereka, gandakanlah ganjaran mereka, hapuskanlah kesalahan dan dosa mereka, lipatgandakanlah kebaikan mereka, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga bersama bapa dan ibu mereka.
Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau biarkan hati kami menyimpan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya belas kasihan dan rahmat-Mu amat melimpah.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang, teguh dengan kepercayaan dan amal baiknya. Pulanglah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau redha (dengan segala nikmat yang dikurniakan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu!) Dan masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Serta masuklah ke dalam Syurga-Ku!
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.
Semoga rahmat Allah dan kesejahteraan sentiasa dilimpahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki kemuliaan, daripada segala yang mereka sifatkan (yang dituduh oleh orang kafir); salam sejahtera ke atas sekalian Rasul, dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Alfatihah!
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanyalah milik Allah, Tuhan yang memelihara serta mentadbir seluruh alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan pada hari Pembalasan (hari Akhirat). Hanya Engkau (Ya Allah) yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan (jalan) mereka yang Engkau murkai dan bukan juga (jalan) mereka yang sesat*.*
Kabulkanlah permohonan kami ya Allah, wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Ya Tuhan kami, terimalah doa kami ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Terimalah taubat kami ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Janganlah Engkau bebankan kami dengan dosa-dosa besar, wahai Tuhan yang Maha Mulia, dan kami tutup doa ini dengan segala pujian bagi-Mu, Allah Tuhan semesta Alam.
Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.
Doa Tahlil Arwah (Umum)
Di bawah ini pula ialah doa tahlil versi umum (tanpa menyebut nama arwah tertentu), yang sesuai digunakan apabila majlis diadakan untuk mendoakan ramai arwah sekali gus.
Sebagaimana doa khusus di atas, audio bacaan untuk doa umum ini juga disediakan supaya anda dapat mendengarnya sambil mengikuti teks doa yang diberikan.
AUDIO DOA
بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ، حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيۡدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيۡمِ سُلۡطَانِكَ. اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنۡجِيۡنَا بِهَا مِنۡ جَمِيۡعِ الۡأَهۡوَالِ وَالۡآفَاتِ، وَتَقۡضِي لَنَا بِهَا مِنۡ جَمِيۡعِ الۡحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنۡ جَمِيۡعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرۡفَعُنَا بِهَا عِنۡدَكَ أَعۡلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقۡصَى الۡغَايَاتِ مِنۡ جَمِيۡعِ الۡخَيۡرَاتِ فِي الۡحَيَاةِ وَبَعۡدَ الۡمَمَاتِ. سُبۡحَانَكَ لَا نُحۡصِيۡ ثَنَاءً عَلَيۡكَ كَمَا أَثۡنَيۡتَ عَلَى نَفۡسِكَ، فَلَكَ الۡحَمۡدُ حَتَّى تَرۡضَى وَلَكَ الۡحَمۡدُ إِذَا رَضِيۡتَ وَلَكَ الۡحَمۡدُ بَعۡدَ الرِّضَى. اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الۡأَوَّلِيۡنَ، وَصَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الۡآخِرِيۡنَ، وَصَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِي الۡمَلَإِ الۡأَعۡلَى إِلَى يَوۡمِ الدِّيۡنِ، وَصَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ حَتَّى تَرِثَ الۡأَرۡضَ وَمَنۡ عَلَيۡهَا وَأَنۡتَ خَيۡرُ الۡوَارِثِيۡنَ. اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡ وَأَوۡصِلۡ وَتَقَبَّلۡ ثَوَابَ مَا قَرَأۡنَاهُ مِنَ الۡقُرۡآنِ الۡعَظِيۡمِ، وَمَا هَلَّلۡنَاهُ مِنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ، وَمَا اسۡتَغۡفَرۡنَاهُ، وَمَا قُلۡنَاهُ مِنۡ يَا اللهُ، وَمَا صَلَّيۡنَاهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ فِي هٰذِهِ السَّاعَةِ الۡمُبَارَكَةِ هَدِيَّةً مِّنَّا وَاصِلَةً وَرَحۡمَةً مِنۡكَ نَازِلَةً وَبَرَكَةً شَامِلَةً وَصَدَقَةً مُتَقَبَّلَةً نُقَدِّمُهَا وَنُهۡدِيۡهَا إِلَى حَضۡرَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُوۡلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ. ثُمَّ إِلَى أَرۡوَاحِ أَزۡوَاجِهِ وَذُرِّيَّاتِهِ وَأَصۡحَابِهِ وَالتَّابِعِيۡنَ وَتَابِعِ ٱلتَّابِعِيۡنَ لَهُمۡ بِإِحۡسَانٍ إِلَى يَوۡمِ الدِّيۡنِ. اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡهُ فَكَاكًا لَّهُمۡ مِنَ النَّارِ، وَنَجَاةً لَّهُمۡ مِنَ النَّارِ، وَسِتۡرًا لَّهُمۡ مِنَ النَّارِ وَفِدَاءً لَّهُمۡ مِنَ النَّارِ. اَللّٰهُمَّ اغۡفِرۡ لَهُمۡ وَارۡحَمۡهُمۡ وَعَافِهِمۡ وَاعۡفُ عَنۡهُمۡ (ثَلَاثَ مَرَّاتٍ) ثُمَّ ثَوَابًا مِثۡلَ ثَوَابِ ذٰلِكَ إِلَى أَرۡوَاحِ وَالِدِيۡنَا وَمَشَائِخِنَا وَوَالِدَيۡهِمۡ وَمَشَائِخِهِمۡ وَجَمِيۡعِ الۡمُسۡلِمِيۡنَ مِنۡ مَشَارِقِ الۡأَرۡضِ إِلَى مَغَارِبِهَا. اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡنَا فِي صَحَائِفِنَا وَصَحَائِفِ وَالِدِيۡنَا وَٱلسَّادَاتِ ٱلۡحَاضِرِيۡنَ وَوَالِدَيۡهِمۡ عُمَّ ٱلۡجَمِيۡعُ بِالرَّحۡمَةِ وَالرِّضۡوَانِ، وَأَدۡخِلۡنَا وَإِيَّاهُمۡ فِي فَسِيۡحِ الۡجِنَانِ، يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيۡعَ ٱلسَّمَوَاتِ وَالۡأَرۡضِ، يَا ذَا الۡجَلَالِ وَالۡإِكۡرَامِ. اَللّٰهُمَّ ٱنۡقُلۡهُم مِّنۡ ضِيۡقِ ٱلۡقَبۡرِ وَاللُّحُوۡدِ، إِلَى جَنَّتِكَ جَنَّاتِ الۡخُلُوۡدِ، إِلَى ظِلٍّ مَمۡدُوۡدٍ، وَمَاءٍ مَسۡكُوۡبٍ، وَفَاكِهَةٍ كَثِيۡرَةٍ لَا مَقۡطُوۡعَةٍ وَلَا مَمۡنُوۡعَةٍ، وَفُرُشٍ مَّرۡفُوۡعَةٍ، مَعَ الَّذِيۡنَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ مِنَ النَّبِيِّيۡنَ وَالصِّدِّيۡقِيۡنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيۡنَ، وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفِيۡقًا يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ، وَالۡحَمۡدُ لِلهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ. الۡفَاتِحَة بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمٰنِ ٱلرَّحِيمِ. ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعٰلَمِينَ. ٱلرَّحۡمٰنِ ٱلرَّحِيمِ. مٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ. إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ. ٱهۡدِنَا ٱلصِّرٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ. صِرٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ. آمِيۡنَ آمِيۡنَ آمِيۡنَ يَارَبَّ العَالَمِيۡنَ، رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّا دُعَاءَنَا إِنَّكَ أَنۡتَ السَّمِيۡعُ العَلِيۡمُ، وَتُبۡ عَلَيۡنَا يَا مَوۡلَانَا إِنَّكَ أَنۡتَ التَّوَّابُ الرَّحِيۡمُ، وَلَا تُؤَاخِذۡنَا بِالعَظَائِمِ وَالجَرَائِمِ يَاكَرِيۡمُ، وَآخِرُ دَعۡوَانَا أَنِ الحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِيۡنَ. تَقَبَّلَ اللهُ مِنۡكُمۡ ( مِنۡكُمۡ تَقَبَّلَ يَاكَرِيۡمُ )Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Ḥamdan Yuwāfī Ni‘amahu Wa Yukāfi’u Mazīdah, Yā Rabbanā Lakal-Ḥamdu Kamā Yanbaghī Lijalāli Wajhika Wa ‘Aẓīmi Sulṭhonik. Allāhumma Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Ṣalātan Tunajjīnā Bihā Min Jamī‘il-Ahwāli Wal-Āfāt, Wataqḍī Lanā Bihā Min Jamī‘il-Ḥājāt, Watuṭahhirunā Bihā Min Jamī‘is-Sayyi’āt, Watarfa‘unā Bihā ‘Indaka A‘lā-d-Darajāt, Watuballighunā Bihā Aqṣa-l-Ghāyāti Min Jamī‘il-Khayrāti Fil-Ḥayāti Wa Ba‘da-l-Mamāt. Subḥānaka Lā Nuḥṣī Thanā’an ‘Alaika Kamā Athnaita ‘Alā Nafsik, Falakal-Ḥamdu Ḥattā Tarḍā Walakal-Ḥamdu Idhā Rāḍīta Walakal-Ḥamdu Ba‘da-r-Riḍā. Allāhumma Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Awwalīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Ākhirīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Fil-Malā’il-A‘lā Ilā Yawmi-d-Dīn, Wa Ṣalli Wa Sallim ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Ḥattā Taritha-l-Arḍa Wa Man ‘Alaihā Wa Anta Khayru-l-Wārithīn. Allāhummaj‘al Wa Awṣil Wa Taqabbal Thawāba Mā Qara’nāhu Minal-Qur’ānil-‘Aẓīm, Wa Mā Hallalnāhu Min Lā Ilāha Illallāh, Wa Mā-staghfarnāhu, Wa Mā Qulnāhu Min Yā Allāh, Wa Mā Ṣallaināhu ‘Alā-n-Nabiyyi Muḥammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam Fī Hāżihi-s-Sā‘atil-Mubārakah Hadiyyatan Minnā Wāṣilatan Wa Raḥmatan Minka Nāzilah, Wa Barakatan Shāmilah, Wa Ṣadaqatan Mutaqabbalah Nuqaddimuhā Wa Nuḥdīhā Ilā Ḥaḍrati Sayyidinā Muḥammad Rasūlillāh Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam. Thumma Ilā Arwāḥi Azwājihi Wa Dhurriyyātihi Wa Aṣḥābihi Wa-t-Tābi‘īn Wa Tābi‘i-t-Tābi‘īn Lahum Bi-Iḥsānin Ilā Yawmi-d-Dīn. Allāhumma-j‘alhu Fikākan Lahum Minan-Nār, Wa Najātan Lahum Minan-Nār, Wa Sitra Lahum Minan-Nār, Wa Fidā’an Lahum Minan-Nār. Allāhumma-ghfir Lahum Warḥamhum Wa ‘Āfihim Wa-‘fu ‘Anhum. (3x) Thumma Thawāban Mithla Thawābi Żālika Ilā Arwāḥi Wālidīnā Wa Mashā’ikhinā Wa Wālidaihim Wa Mashā’ikihim Wa Jamī‘i-l-Muslimīn Min Mashāriqi-l-Arḍi Ilā Maghāribihā. Allāhumma-j‘alnā Fī Ṣaḥā’ifinā Wa Ṣaḥā’ifi Wālidīnā Wa-s-Sādāti-l-Ḥāḍirīn Wa Wālidaihim, ‘Umma-l-Jamī‘u Bi-r-Raḥmati Wa-r-Riḍwān, Wa-adkhilnā Wa Iyyāhum Fī Fasiḥi-l-Jinān, Yā Ḥannān, Yā Mannān, Yā Badī‘as-Samāwāti Wal-Arḍ, Yā Żal-Jalāli Wal-Ikrām. Allāhummanqulhum Min Ḍīqil-Qabri Wal-Luḥūd, Ilā Jannatika Jannātil-Khulūd, Ilā Ẓillin Mamdūd, Wa Mā’in Miskūb, Wa Fākihatin Kathīrah, Lā Maqṭū‘ah Wa Lā Mamnū‘ah, Wa Furushim Marfū‘ah, Ma‘al-Ladhīna An‘amta ‘Alaihim Minan-Nabiyyīna Waṣ-Ṣiddīqīna Wash-Shuhadā’i Waṣ-Ṣāliḥīn, Wa Ḥasuna Ulā’ika Rafīqā, Yā Arḥamar-Rāḥimīn. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Al-Fātiḥah. Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yawmid-Dīn. Iyyāka Na‘budu Wa Iyyāka Nasta‘īn. Ihdināṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭal-Ladzīna An‘amta ‘Alaihim Ghairil-Magḍūbi ‘Alaihim Walā-Ḍḍāllīn. Āmīn, Āmīn, Āmīn Yā Rabbal-‘Ālamīn, Rabbana Taqabbal Minnā Du‘ā’anā Innaka Antas-Samī‘ul-‘Alīm, Wa Tub ‘Alainā Yā Maulānā Innaka Antat-Tawwābur-Raḥīm, Wa Lā Tu’ākhidhnā Bil-‘Aẓā’imi Wal-Jarā’imi Yā Karīm, Wa Ākhiru Da‘wānā Anil-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Taqabbalallāhu Minkum. (Minkum Taqabbal Yā Karīm)
Maksud Doa Arwah Umum
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Pujian yang mencukupi dan setanding dengan pertambahan segala nikmat-Nya.
Wahai Tuhan kami, kepada-Mu tertuju segala pujian sebagaimana yang layak dengan kebesaran pemerintahan-Mu. Ya Allah, kami memohon selawat dan salam-Mu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad — selawat yang membebaskan kami daripada bala bencana. Tunaikanlah ya Allah segala hajat kami; dengan selawat itu bersihkanlah kami daripada segala keburukan, angkatlah kami ke darjat yang setinggi-tingginya di sisi-Mu, dan sampaikanlah kami ke penghujung segala harapan dan cita-cita kami daripada segala kebaikan, sewaktu kami hidup mahupun selepas kami mati.
Maha suci Engkau ya Allah; kami tidak mampu menghitung pujian ke atas-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri. Maka bagi-Mu segala pujian sehingga Engkau redha, bagi-Mu pujian ketika Engkau redha, dan bagi-Mu pujian selepas Engkau redha. Ya Allah, kami memohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad pada permulaan, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad pada hari penghabisan, selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya hingga ke hari kiamat, serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga bumi ini diwarisi, dan Engkaulah sebaik-baik pewaris.
Ya Allah, jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan kami daripada kitab Al-Quran yang agung, pahala tahlil kami dengan “La ilaha illallah”, pahala bacaan istighfarnya, pahala zikir kami dengan sebutan “Ya Allah”, serta pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini — sebagai hadiah daripada kami dan sebagai penghubung, sebagai rahmat daripada-Mu yang turun membawa keberkatan yang meliputi, juga sebagai sedekah yang diterima, dipersembahkan dan dihadiahkan ke hadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W., kemudian kepada roh-roh para isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat baginda, para tabiin dan tabi’ tabiin — bagi mereka kebaikan hingga ke hari kiamat.
Ya Allah, jadikanlah selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding serta penebus mereka daripada api neraka. Ya Allah, ampunkanlah, kasihanilah, sejahterakanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian kurniakanlah pahala yang seumpamanya kepada roh-roh ibu bapa kami dan guru-guru kami; berikanlah juga pahala kepada ibu bapa kami dan guru-guru kami, serta kepada ibu bapa dan guru-guru bagi ibu bapa kami, seterusnya kepada sekalian umat Islam dari timur hingga ke barat.
Ya Allah, letakkanlah kami, rakan-rakan kami, rakan-rakan ibu bapa kami, berserta sekalian yang hadir dan ibu bapa mereka, semuanya dalam limpahan rahmat dan kasih sayang-Mu. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga-Mu yang terbentang luas, wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, pemberi anugerah yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah, kami mohon agar Engkau pindahkan mereka daripada kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga-Mu yang abadi — kepada naungan yang terbentang luas, air yang sentiasa mengalir, dan buah-buahan yang melimpah yang tidak pernah terputus hasilnya serta tidak dilarang untuk diambil, juga tilam-tilam yang tebal lagi empuk — bersama golongan yang mendapat nikmat, iaitu para Nabi, para siddiq, para syahid, orang-orang soleh dan mereka yang mendampingi golongan ini dengan baik, wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang.
Dan Allah telah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Selamat Penutup Tahlil
Kebiasaannya, majlis tahlil ditutup dengan bacaan doa selamat. Tujuannya adalah untuk menyempurnakan amalan tersebut dengan memohon keselamatan serta kesejahteraan daripada Allah SWT, mengikut keperluan dan keadaan semasa.
بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِيۡنَاَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسۡتَوۡدِعُكَ أَدۡيَانَنَا وَأَبۡدَانَنَا وَأَنۡفُسَنَا وَأَهۡلِيۡنَا وَأَوۡلَادَنَا وَأَمۡوَالَنَا وَكُلَّ شَيۡءٍ أَعۡطَيۡتَنَاBismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn, Waṣ-Ṣalātu Was-Salāmu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Ajma‘īn.
اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡنَا فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَجَوَارِكَ وَعِيَاذِكَ مِنۡ كُلِّ شَيۡطَانٍ مَرِيۡدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيۡدٍ وَذِيۡ بَغۡيٍ وَذِيۡ شَرٍّ كُلٍّ إِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيۡرٌAllāhumma Innā Nastawdi‘uka Adyānana Wa Abdānana Wa Anfusana Wa Ahlīna Wa Awlādana Wa Amwālanā Wa Kulla Shay’in A‘ṭaytanā.
اَللّٰهُمَّ جَمِّلۡنَا بِالۡعَافِيَةِ وَالسَّلَامَةِ، وَحَقِّقۡنَا بِالتَّقۡوٰى وَالۡاِسۡتِقَامَةِ، وَأَعِذۡنَا مِنۡ مُوۡجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِي الۡحَالِ وَالۡمَالِ إِنَّكَ سَمِيۡعُ الدُّعَاءِAllāhummaj‘alnā Fī Kanafika Wa Amānika Wa Jawārika Wa ‘Iyādhika Min Kulli Shayṭānin Marīd Wa Jabbārin ‘Anīd Wa Żī Baghyin Wa Żī Sharrin Kullin, Innaka ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr.
وَاغۡفِرۡلَنَا وَارۡحَمۡنَا وَوَالِدِيۡنَا وَإِخۡوَانَنَا وَأَحۡبَابَنَا وَلِمَنۡ أَحۡسَنَ إِلَيۡنَا وَلِمَنۡ لَهُ حَقٌّ عَلَيۡنَا، وَلِجَمِيۡعِ الۡمُسۡلِمِيۡنَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ.Allāhumma Jammilnā Bil-‘Āfiyah Was-Salāmah, Wa Ḥaqqiqnā Bit-Taqwā Wal-Istiqāmah, Wa A‘iżnā Min Mūjibātin-Nadāmah Fil-Ḥāl Wal-Māl, Innaka Samī‘ud-Du‘ā.
اَللّٰهُمَّ بِجَمَالِكَ عَلٰى رَسُوۡلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلِّمۡ، وَارۡزُقۡنَا كَمَالَ الۡمُتَابَعَةِ لَهُ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا فِيۡ سَلَامَةٍ وَعَافِيَةٍ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ، وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ.Wa’ghfirlanā Wa’rḥamnā Wa Wālidaynā Wa Ikhwānanā Wa Aḥbābanā, Wa Liman Aḥsana Ilaynā, Wa Liman Lahu Ḥaqqun ‘Alaynā, Wa Lijamī‘il-Muslimīn Wal-Muslimāt Wal-Mu’minīn Wal-Mu’mināt, Bi-Raḥmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn.
Allāhumma Bi-Jamālika ‘Alā Rasūlika Sayyidinā Muḥammad, Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallim, Wa’rzuqnā Kamālal-Mutāba‘ah Lahu Ẓāhiran Wa Bāṭinan Fī Salāmah Wa ‘Āfiyah Bi-Raḥmatika Yā Arḥamar-Rāḥimīn, Wal-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn.
Maksud Doa Selamat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga selawat dan salam dicurahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, serta seluruh para sahabat baginda.
Ya Allah, kami serahkan kepada-Mu agama kami, tubuh badan kami, jiwa kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta benda kami, serta segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, letakkanlah kami di bawah lindungan-Mu, dalam keamanan-Mu dan dalam pemeliharaan-Mu; jauhkanlah kami daripada setiap syaitan yang derhaka, daripada golongan yang sombong lagi zalim, serta daripada segala bentuk kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, hiasilah diri kami dengan kesihatan yang baik dan keselamatan, dan teguhkanlah kami dengan ketaqwaan serta keistiqamahan. Peliharalah kami daripada perkara-perkara yang mendatangkan penyesalan dalam kehidupan dan harta benda. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
Ampunkanlah kami, kasihanilah kami, kedua ibu bapa kami, saudara-mara kami, orang-orang yang kami sayangi, mereka yang berbuat baik kepada kami, serta mereka yang mempunyai hak ke atas kami.
Begitu juga buat seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, serta Mukminin dan Mukminat. Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, dengan keindahan-Mu ke atas Rasul-Mu, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabat baginda — curahkanlah keselamatan ke atas mereka.
Kurniakanlah kepada kami kesempurnaan dalam mengikuti ajaran baginda secara zahir dan batin, dengan penuh keselamatan dan kesejahteraan, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Dalil Mengenai Keharusan Tahlil

Amalan tahlil memang tidak dinyatakan secara khusus di dalam Al-Quran mahupun Hadis sebagai suatu amalan yang wajib atau disyariatkan secara spesifik.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ayat dan hadis yang lazim dihubungkan dengan konsep mendoakan orang yang telah meninggal dunia, dan inilah yang menjadi asas kepada amalan seperti tahlil. Sebagai contoh, dalam Surah Al-Hasyr ayat 10, Allah SWT berfirman berkenaan doa untuk orang beriman yang telah pergi terlebih dahulu:
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: ‘Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.’” (Al-Hasyr ayat10)
Di samping itu, dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini menjadi bukti bahawa doa daripada mereka yang masih hidup, termasuklah menerusi amalan seperti tahlil, mampu mendatangkan manfaat kepada si mati.
Pandangan Dalam Mazhab Syafi’e
Menurut Mazhab Syafi’e, tahlil dikira sebagai salah satu bentuk zikir dan doa yang diharuskan, lebih-lebih lagi apabila niatnya adalah untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia.2
Ulama Syafi’iyyah seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali menilai tahlil sebagai amalan yang baik, asalkan ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan bebas daripada unsur-unsur bidaah yang dilarang.3
Begitu juga amalan membaca Al-Quran lalu menghadiahkan pahalanya kepada si mati — ia turut dianggap harus dan boleh memberikan manfaat kepada mereka.4
Adakah Tahlil Merupakan Suatu Perbuatan Bidaah?
Persoalan bidaah kerap ditimbulkan apabila amalan tahlil dibincangkan.
Bidaah bermaksud sesuatu yang baharu dalam agama yang tidak mempunyai sandaran daripada Al-Quran atau Sunnah 5. Dalam konteks ini, majoriti ulama Syafi’iyyah mengkategorikan tahlil sebagai bidaah hasanah (bid’ah yang baik), memandangkan ia tidak berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam. Matlamat utamanya pula ialah mendoakan kesejahteraan mereka yang telah meninggal dunia
Sungguhpun begitu, wujud juga pandangan yang lebih tegas, terutamanya daripada ulama yang berpegang kepada mazhab lain seperti Mazhab Maliki; mereka berpendapat amalan tahlil tidak mempunyai sandaran yang jelas dalam syariat, lalu cenderung untuk tidak menggalakkannya.6
Kesimpulan
Ringkasnya, tahlil ialah amalan yang diterima di sisi Mazhab Syafi’e, dengan syarat ia dilakukan atas niat yang ikhlas dan tidak menyentuh perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Walaupun mazhab-mazhab lain mempunyai pandangan yang berbeza, tahlil terus kekal sebagai sebahagian daripada tradisi masyarakat Islam di Malaysia, Thailand dan Indonesia dalam amalan yang berkaitan dengan kematian.
Hukum Mengadakan Tahlil Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

Apakah hukum mengadakan tahlil?
Berikut ialah petikan jawapan daripada mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia tergolong dalam permasalahan khilafiah.
Mengenai isu ini, Mesyuarat Panel Kajian Syariah (Panel Pakar Syariah) yang bersidang pada 23 – 25 Februari 2006 telah sepakat memutuskan bahawa:
- Amalan membaca yasin, tahlil dan kenduri arwah ialah perkara khilafiah yang tidak wajar dibahaskan secara meluas kerana ia berisiko menimbulkan kekeliruan serta perpecahan dalam masyarakat.
- Mesyuarat mencadangkan agar JAKIM, JAIN dan Jabatan Mufti menggandakan usaha penerangan kepada masyarakat secara menyeluruh berkenaan isu khilafiah dengan pendekatan berhikmah — menerusi penulisan, terjemahan buku, khutbah, kurikulum program takmir masjid dan wacana.
- JAKIM, dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan, hendaklah menegur individu-individu tertentu supaya isu khilafiah ini tidak dibesar-besarkan.
Tahlil pada hakikatnya menggabungkan bacaan ayat dan surah daripada al-Quran, zikir kepada Allah SWT yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta jamuan makan kepada orang ramai.
Kesemua perkara ini adalah amalan yang memang disyariatkan dalam Islam.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Salam RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
Wahai manusia, sebarkanlah salam, jamukanlah makan (kepada orang ramai) dan bersembahyanglah ketika orang sedang tidur, maka kamu akan masuk ke dalam Syurga dengan sejahtera.
Selain itu, mendoakan mereka yang telah meninggal dunia juga merupakan perkara yang dituntut dalam Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran maksudnya:
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (Surah Muhammad : 19)
Kami meraikan ‘uruf serta adat setempat yang telah lama menjadi amalan masyarakat Islam di negara ini.
Justeru, kami menerima pengamalan tersebut selagimana amalan tersebut tidak mengandungi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan dilaksanakan dengan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Penutup: Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Tahlil
Isu tahlil telah dibahaskan oleh para ulama sejak berabad-abad lamanya, dengan pelbagai pandangan yang dikemukakan dalam suasana saling menghormati. Ada ulama yang mengharuskan amalan ini berdasarkan dalil serta pandangan masing-masing, sementara yang lain mungkin memilih pendekatan yang berlainan.
Perbezaan sebegini bukanlah sebab untuk berbalah; sebaliknya ia mengajarkan kita bahawa Islam mempunyai kepelbagaian pendekatan, dan kesemuanya bermatlamat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Justeru, dalam berdepan dengan isu-isu khilafiah seperti ini, sikap yang paling wajar dihayati ialah berlapang dada, menghormati perbezaan pendapat, dan mengamalkan toleransi.
Nota Hujung
- Kitab Majmu’ Syarif merupakan himpunan doa, zikir, selawat dan surah-surah pilihan yang telah berabad-abad menjadi pegangan amalan harian umat Islam di Nusantara. Kitab ini digunakan secara meluas dalam majlis-majlis keagamaan seperti tahlil dan yasin, serta untuk amalan zikir harian. Ia turut menjadi rujukan utama bagi amalan-amalan tertentu seperti talqin dan fadhilat surah-surah terpilih dalam al-Quran. ↩︎
- Dalam al-Majmu’ karya Imam Nawawi, jilid 5, halaman 144, dinyatakan bahawa membaca Al-Quran dan mendoakan si mati adalah harus serta mampu memberi manfaat kepada si mati sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas. Imam Nawawi turut menyentuh amalan ini dalam Minhaj al-Talibin, di mana beliau membahaskan betapa pentingnya niat dalam setiap amalan, termasuklah amalan menghadiahkan pahala kepada orang yang telah meninggal dunia ↩︎
- Imam Ghazali, menerusi Ihya Ulumuddin, khususnya pada bab berkenaan fadhilat zikir dan doa, menyatakan bahawa amalan yang dikerjakan secara ikhlas dan menepati sunnah Nabi SAW akan mendatangkan manfaat kepada si mati. Dalam kitab Al-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran pula, beliau menegaskan kepentingan adab ketika membaca Al-Quran dan bagaimana bacaan itu boleh dimanfaatkan untuk si mati. ↩︎
- Rujukan lain, seperti yang tercatat dalam Mughni al-Muhtaj oleh Imam al-Khatib al-Syarbini, turut menyokong amalan tahlil dan zikir untuk si mati, dengan syarat ia bebas daripada sebarang unsur bidaah yang dilarang. ↩︎
- Imam Asy-Shafi’e menegaskan bahawa setiap perkara baharu yang tidak selari dengan Al-Quran, Sunnah atau ijmak ulama dikira sebagai bid’ah yang tercela. Namun begitu, beliau turut mengiktiraf kewujudan bidaah yang mendatangkan kebaikan, dan ia tidak dilarang dalam Islam selagi tidak melanggar prinsip-prinsip syarak ↩︎
- Mazhab Maliki amat menitikberatkan amalan yang bersandarkan sunnah Nabi Muhammad SAW serta amalan para sahabat yang menetap di Madinah. Oleh sebab itu, amalan yang tiada rujukan jelas daripada sunnah atau amalan masyarakat Madinah pada zaman Nabi — seperti tahlil dalam bentuk yang lazim dilakukan pada hari ini — dipandang secara skeptikal dan tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada sunnah yang sahih menurut pandangan mereka. Contohnya, perbuatan mengkhususkan doa tertentu pada waktu tertentu dikira sebagai bidaah oleh ulama Maliki ↩︎