Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah cara menunaikan solat sunat nikah?

Berikut merupakan panduan yang mudah lagi lengkap untuk mengerjakan solat sunat nikah.

Anda akan dipandu satu persatu langkah sehingga selesai, dan panduan ini telah diringkaskan supaya senang difahami.

Apa yang menarik:

Panduan ini turut disertakan bacaan dalam ejaan rumi bagi membantu sesiapa yang sukar membaca tulisan Arab.

Sekiranya anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Apakah maksud Solat Sunat Nikah?

Solat sunat nikah ialah solat yang dikerjakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang telah mengurniakan kita jodoh sebagai teman hidup.

Berdasarkan pandangan para ulama, pasangan suami isteri yang baru sahaja bernikah disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat secara berjemaah sebelum mereka bersama, dengan syarat isteri berada dalam keadaan suci.

Sesudah akad nikah selesai, kedua-dua mempelai (khususnya pengantin lelaki) disunatkan menunaikan solat sunat nikah ini.

Kitab Fatawa Nur ‘ala al-Darb karangan Syeikh Ibn Baz ada menyebut bahawa terdapat beberapa atsar daripada para sahabat yang menunjukkan solat dua rakaat sebelum mempergauli isteri itu adalah sunat.

Hukum Solat Sunat Nikah

Mengenai solat sunat nikah, iaitu solat dua rakaat sebelum mempergauli isteri, tiada hadis daripada Nabi ﷺ yang menyatakan tentang sunnahnya; namun ia merupakan amalan sebahagian para sahabat sepertimana yang terakam dalam atsar-atsar mereka

Dalam satu atsar daripada Abu Said, hamba kepada Abu Usaid, beliau menceritakan: Aku baru sahaja berkahwin sewaktu aku masih berstatus hamba. Aku menjemput beberapa sahabat Rasulullah ﷺ iaitu Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Hudzaifah, lalu aku berkata kepada mereka: Ajarkanlah kepadaku sesuatu kebaikan dalam rumah tanggaku:

Ketika kamu menemui isteri kamu, maka solatlah dua rakaat. Kemudian mohonlah kepada Allah Ta’ala dari kebaikan yang dimasukkan kepadamu. Dan mohonlah perlindungan dengan-Nya. Kemudian setelah itu urusan kamu dengan isterimu. (Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)

Kemudian dalam sebuah atsar yang lain pula dinyatakan:

Diriwayatkan daripada Syaqiq, katanya: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Jarir datang bertemu Ibn Mas’ud lantas berkata: Aku telah mengahwini seorang hamba yang masih gadis, namun aku khuatir dia akan membenciku.

Lalu Ibn Mas’ud memberikan panduan:

Kasih sayang itu daripada Allah dan perpecahan itu daripada syaitan. Syaitan menginginkan kebencian di antara kamu atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Apabila isteri kamu sudah selesai dipergauli, perintahlah dia agar bersolat dua rakaat secara berjemaah bersamamu. (Hadis riwayat In Abi Syaibah)

Jumlah Rakaat

Solat sunat nikah ditunaikan sebanyak dua rakaat, dan disusuli pula dengan sujud syukur selepasnya.

Waktu Mengerjakan Solat Sunat Nikah

Solat sunat Nikah disunatkan dikerjakan sebelum dan juga selepas pasangan suami isteri itu bersama.

Solat ini menjadi permohonan ke hadrat Allah supaya perkahwinan mereka dilimpahi kebaikan, dijauhkan daripada segala keburukan, serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang bakal menjadi penyejuk mata kepada pasangan berkenaan.

Solat sunat ini boleh ditunaikan pada bila-bila waktu, siang mahupun malam, dan yang paling afdal ialah sebelum pasangan tersebut mengadakan hubungan kelamin.

Niat Solat Sunat Nikah

Berikut merupakan lafaz niat bagi solat sunat nikah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡعُرُوسِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal ‘UruSi Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat berkahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Nikah

Langkah demi langkah menunaikan Solat Sunat Nikah

  • Awali solat dengan berniat di dalam hati: “Sahaja aku solat sunat nikah dua rakaat kerana Allah Taala” sambil takbir diangkat.
  • Baca Surah Al-Fatihah, kemudian susuli dengan surah lazim contohnya Surah Al-Kafirun.
  • Lakukan rukuk, diikuti sujud sebanyak dua kali dalam keadaan tenang.
  • Rakaat Kedua. Mulakannya dengan takbir intiqalat, bacakan Surah Al-Fatihah diikuti surah lazim seperti Surah Al-Ikhlas, kemudian teruskan dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk membaca tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan memberi salam.
  • Sesudah solat, sambunglah dengan doa memohon perkahwinan yang diberkati.

Sebaik selesai majlis pernikahan, tunaikanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Kerjakan solat sunat ini sebanyak dua rakaat mengikut cara dan tertib yang sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Solat ini sunat didirikan secara berjemaah bersama pasangan.

Sekiranya solat ini ditunaikan pada waktu siang, bacaannya diperlahankan. Sebaliknya jika ditunaikan pada waktu malam, bacaannya boleh dinyaringkan.

Berikut ialah cara melaksanakan solat Sunat Nikah secara langkah demi langkah:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat solat sunat nikah di dalam hati.

Antara lafaz niat yang boleh digunakan ialah:

أُصَلِّي سُنَّةَ الۡعُرُوسِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal ‘UruSi Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat berkahwin (nikah) dua rakaat kerana Allah Taala.

  • Lafaz niat solat juga boleh disebut sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Lazimnya dalam solat sunat, al-Fatihah terus dibaca tanpa didahului Doa Iftitah.

Namun sekiranya mahu membaca Doa Iftitah juga, hukumnya sunat (mendapat pahala membacanya)

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, oleh itu ia wajib dibaca dalam semua solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 3. Kemudian,

Sesudah al-Fatihah, bacakan pula satu surah pendek daripada al-Quran.

Antara surah yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud, dan tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Ketika rukuk ini, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), seterusnya bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Pertama — 7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Pertama — 9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri bagi rakaat kedua, duduklah istirahat seketika (dalam anggaran 3 saat), barulah bangkit untuk rakaat berikutnya.

solat taubat

Rakaat Kedua — 11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah ialah takbir yang menandakan permulaan rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Kedua — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sebagaimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca sekali lagi pada rakaat kedua.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sesudah al-Fatihah selesai, bacakan pula surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud, dan tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Ketika rukuk ini, bacakan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), seterusnya bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kedua — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacakan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh ke arah kanan sambil melafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera ke atas kamu, serta rahmat Allah dan berkat-Nya

… seterusnya toleh pula ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera ke atas kamu, serta rahmat Allah dan berkat-Nya

Melakukan Sujud Syukur Selepas Solat

Sesudah memberi salam, teruskan dengan sujud syukur.

Berikut ialah cara melakukan sujud syukur:

Untuk melaksanakannya, pastikan diri dalam keadaan berwuduk dan berdiri menghadap kiblat. Kemudian angkatlah takbir (Allahuakhbar) sambil berniat:

Sahaja aku mengerjakan sujud syukur kerana Allah Taala.

Seterusnya terus turun sujud sekali sahaja tanpa melakukan rukuk.

Bacaan Dalam Sujud Syukur

سُبۡحَانَ اللهِ وَالۡحَمۡدُ لِلهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكۡبَرُ

Subhanallah Walhamdulillah Wala iLaaHa ilLalLah Wallahuakhbar.

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.

Selepas itu, duduk dan berikan salam.

Nota

Sujud syukur juga boleh dilakukan terlebih dahulu sejurus selepas akad, manakala solat sunat nikah ditangguhkan ke sebelah malam nanti.

Semuanya terpulang kepada kesesuaian serta keselesaan individu dan pasangan masing-masing untuk melaksanakannya.

Memegang Ubun-Ubun Isteri Sambil Membaca Doa

Apakah doa yang dibaca selepas solat sunat nikah?

Ada satu doa selepas akad nikah yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW, iaitu dengan pengantin lelaki memegang ubun-ubun isterinya.

Seorang suami dianjurkan meletakkan tangannya pada ubun-ubun isteri ketika kali pertama mendekatinya.

Ubun-ubun ialah bahagian puncak kepala.

Suami hendaklah meletakkan tapak tangan kanannya di atas puncak kepala isteri (kebiasaannya selepas mereka bersolat sunat berjemaah bersama-sama pada malam pertama), lalu membaca doa memohon kepada Allah agar perkahwinan mereka dilimpahi keberkatan.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسۡأَلُكَ مِنۡ خَيۡرِهَا وَخَيۡرِ مَا جَبَلۡتَهَا عَلَيۡهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنۡ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلۡتَهَا عَلَيۡهِ

Allahumma Inni As’aluka Min Khairiha Wa Khairi Ma JabalTaha ‘Alaihi. Wa Aa’UuDzubika Min Syarriha Wa Syarri Ma JabalTaha ‘Aalaihi

Doa ini boleh juga dibaca dalam bahasa Melayu:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”

Penutup

Perkahwinan merupakan satu bentuk kesempurnaan hidup

Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh (yang belum disempurnakan) lagi. — Hadis riwayat al-Baihaqi r.a

Ikatan suci antara seorang lelaki dan perempuan yang mukallaf menerusi perkahwinan ini melambangkan corak kehidupan sempurna yang mendapat keredhaan Allah.

Justeru, wajarlah kita menunaikan solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran, di samping memohon agar rumah tangga kita sentiasa dipimpin dengan petunjuk Allah.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat buat anda :-)

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Sunan Abu Dawud, no. 2160
  • Sunan Ibn Majah, no. 1918

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap)?

Panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap) disusun dalam 29 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT NIKAH (Panduan Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 29 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.