
Mukadimah
Inilah koleksi doa-doa harian yang telah dihimpunkan dalam satu tempat.
Susunannya dibuat dengan kemas dan menyeluruh supaya anda mudah menemui doa yang dikehendaki lalu terus mengamalkannya.
Apa yang menarik:
Setiap doa turut dilengkapi transliterasi rumi sebagai bantuan kepada anda yang belum lancar membaca tulisan arab.
Mudah-mudahan himpunan ini menjadi pemudah untuk anda menjadikan doa harian sebagai amalan yang lebih konsisten.
Doa Sebelum Makan
Allahumma Barik LaNaa Fiimaa RaZaqTanaa Waqinaa ‘Adzaa Bannar
Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dan jauhkanlah kami daripada seksaan api neraka
Doa Selepas Makan
Alhamdulillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin
Maksudnya:
Segala pujian hanya untuk Allah yang telah mengurniakan kami makanan dan minuman, serta menjadikan kami tergolong dalam kalangan orang islam
Doa Selepas Minum
Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah yang dengan rahmat-Nya menjadikan air (minuman) ini tawar lagi menyegarkan, dan tidak menjadikannya masin serta pahit disebabkan dosa-dosa kami”
Doa Sebelum Tidur
BismikalloHumma Ahya Wa AmuuTu
Maksudnya:
Ya Allah, dengan nama-Mu jugalah aku hidup dan aku mati”.
Doa Selepas Bangun Tidur
Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah yang menghidupkan kami semula selepas kami dimatikan (dibangkitkan daripada tidur), dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan”
Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk
Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan daripada-Mu terhadap tipu daya syaitan dan daripada mimpi-mimpi yang buruk”
Doa Ketika Mendapat Mimpi Baik
Alhamdulillahil ladzii qodzoo haajaati
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah yang telah menunaikan hajatku”
Doa Masuk Tandas
(Bismil-lah) allahumma innee aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith
Maksudnya:
Dengan nama Allah. Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu daripada gangguan syaitan jantan dan syaitan betina
Doa Keluar Tandas
Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
Maksudnya:
Aku memohon keampunan-Mu; segala pujian bagi Allah yang telah membuang kekotoran daripada tubuhku”
Doa Masuk Rumah
Bismil-lahi walajna, wabismil-lahi kharajna, waAAala rabbina tawakkalna.
Maksudnya:
Dengan nama Allah kami melangkah masuk, dengan nama Allah jua kami keluar, dan kepada Allah sahaja kami berserah diri.
Doa Keluar Rumah
Bismil-lah, tawakkaltu AAalal-lah, wala hawla wala quwwata illa billah
Maksudnya:
Dengan nama Allah, aku berserah kepada-Nya; tiada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah
Doa Ketika Azan
La Hawla wa La Quwwata Illa Billah
Maksudnya:
Tiada sebarang daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Doa Selepas Azan
Allaahumma Rabba haathid – da’watit – taammati wassalaatil-qaa’imati, ‘aati Muhammadanil-waseelata walfadheelata, wab ‘ath-hu maqaamam-mahmoodanil-lathee wa’adtahu, ‘innaka laa tukhliful-mee’aad
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang memiliki seruan Azan yang sempurna ini dan solat yang bakal ditegakkan, anugerahkanlah kepada Nabi Muhammad keutamaan serta kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi, dan tempatkanlah baginda pada kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya.
Doa Ketika Menuju Ke Masjid
Alloohummaj-‘al fii qolbhii nuuroon wa fii lisaanii nuuroon wa fii bashorii nuuroon wa fii sam’ii nuuroon wa’an yamiinii nuuroon wa’an yasaarii nuuroon wa fauqii nuuroo wa tahtii nuuroo wa amaamii nuuroon wa khofii nuuroon waj-‘al lii nuuroon
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya pada lidahku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, dan jadikanlah cahaya untuk diriku.”
Doa Masuk Masjid
Allahummaf tahlii abwaaba rohmatik
Maksudnya:
Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu”
Doa ini dibaca sewaktu melangkah masuk ke masjid, dengan kaki kanan didahulukan.
Doa Keluar Masjid
Allahumma innii asaluka min fadlik
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon limpah kurniaan daripada-Mu
(Doa ini dibaca sewaktu melangkah keluar dari masjid, dengan kaki kanan didahulukan)
Doa Memakai Pakaian
Alhamdu lillahil-lazi kasani hatha (athwab) warazaqaneehi min ghayri hawlin minnii wala quwwah.
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah yang telah memakaikan (pakaian) ini kepadaku dan mengurniakannya sebagai rezeki untukku, tanpa sebarang daya dan kekuatan daripadaku
Doa Naik kenderaaan
Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibun.
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan kenderaan ini untuk kegunaan kami, sedangkan sebelum ini kami sendiri tidak mampu menguasainya.
Doa Sampai Ke Tempat Tujuan
Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah yang telah menyelamatkan diriku, memberikan perlindungan kepadaku, dan menyatukan aku semula bersama keluargaku.”
Doa Ketika Pulang Dari Perjalanan Yang Jauh (Musafir)
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareeka lahu, lahul-mulku, wa lahul-hamdu, wa Huwa alaa kulli shay in Qadeer, aaiboona, taaiboona, aabidoona, lirabbinaa haamidoona, sadaqallaahu wadahu, wa nasara abdahu, wa hazamal-ahzaaba wahdahu.
Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya; milik-Nya segala kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kami pulang dalam keadaan bertaubat, mengabdikan diri kepada Tuhan kami sambil melafazkan puji-pujian. Allah telah menunaikan janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan menewaskan tentera musuh dengan kekuasaan-Nya sendiri.
Doa Sebelum Belajar
Yaa robbi zidnii ‘ilman warzuqnii fahmaa
Maksudnya:
Ya Allah, tambahkanlah ilmuku dan kurniakanlah kepadaku rezeki berupa kefahaman”
Doa Memohon Ilmu Yang Bermanfaat
Alloohumma innii as-aluka ‘ilmaan naafi’aan wa rizqoon thoyyibaan wa ‘amalaan mutaqobbalaan
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, serta amalan yang diterima. (H.R. Ibnu Majah)”
Doa Diterangkan Fikiran
Allaahummaj’al lii nuuran fii qalbii, wa nuuran fii qabrii, wa nuuran fii sam’ii wa nuuran fii basharii wa nuuran fii sya’rii wa nuuran fii basyarii wa nuuran fii lahmii wa nuuran fii damii wa nuuran fii ‘idhaamii. Wa nuuran mim baini yadayya wa nuuram min khalfii wa nuuran ‘an yamiinii wa nuuran ‘an syimaalii wa nuuran min fauqii wa nuuram min tahtii. Allahumma zidnii nuuraw wa a’thinii nuuraw waj’al lii nuuraw waj’alnii nuuraan.
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada rambutku, cahaya pada kulitku, cahaya pada dagingku, cahaya dalam darahku dan cahaya pada tulang-tulangku. Kurniakan juga cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku, cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku dan cahaya di bawahku. Ya Allah, tambahkanlah cahaya untukku, anugerahkanlah cahaya kepadaku, jadikanlah cahaya bagiku, dan jadikanlah diriku sendiri cahaya.”
Doa Sebelum Membaca Al Quran
Alloohummaftah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi
Maksudnya:
Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepadaku, hamparkanlah rahmat-Mu ke atasku, dan ingatkanlah aku akan perkara yang telah aku lupakan, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”
Doa Selepas Membaca Al Quran
Allahummarhamnii bil qur’aani. waj’alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa’allimnii minhu maa jahiltu. wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. waj’alhu lii hujjatan yaa robbal ‘aalamiina.
Maksudnya:
Ya Allah, kasihanilah aku dengan Al-Quran yang agung; jadikanlah ia untukku sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah aku akan bahagian yang telah aku lupa, ajarkanlah kepadaku bahagian yang belum aku ketahui daripadanya, kurniakanlah kepadaku peluang untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah ia hujjah yang teguh bagiku, wahai Tuhan sekalian alam.”
Doa Minta Hujan
Allaahumma ‘asqinaa ghaythan mugheethan maree’an maree’an, naafi’an ghayradhaarrin, ‘aajilan ghayra ‘aajilin
Maksudnya:
Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang menyuburkan, yang baik akibatnya, yang turun bertapis-tapis, yang mendatangkan manfaat tanpa membawa mudharat, yang segera dan tidak berlengah-lengah
Doa Ketika Hujan
Allaahumma sayyiban naafi’an
Maksudnya:
Ya Allah, turunkanlah ke atas kami hujan yang membawa manfaat
Doa Selepas Hujan
Mutirnaa bifadhlillaahi wa rahmatihi
Maksudnya:
Hujan telah dicurahkan ke atas kami dengan limpahan kurnia serta rahmat Allah.
Doa Ketika Melawat Orang Sakit
Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy-syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman
Maksudnya:
Ya Allah, wahai Tuhan sekalian manusia, angkatlah penyakitnya dan sembuhkanlah dia. Engkau sahajalah yang mampu menyembuhkan; tiada sebarang penyembuhan melainkan penyembuhan daripada-Mu — kesembuhan yang tidak berulang lagi penyakitnya.” ( HR. Bukhari, No. 5742; Muslim, No. 2191).
Doa Ringkas Selepas Solat Fardu
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Alhamdulillaahi rabbil ‘aalamiin. Hamdayyu-waafii ni’amahuuwayukaafi’u maziidah. Yaa rabbanaa lakalhamdu wa lakasy syukruka-maa yambaghiilijalaaliwajhika wa ‘azhiimisul-thaanik.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam — pujian yang setimpal dengan segala nikmat-Nya dan yang menjamin pertambahannya. Wahai Tuhan kami, untuk-Mu segala pujian dan untuk-Mu jua segala kesyukuran, sebagaimana yang selayaknya bagi kemuliaan zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu.
Doa Memohon Ketenangan Hati
Doa 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىۡ اَعُوۡذُبِكَ مِنۡ جَهۡدِالۡبَلَاءِ وَدَرۡكِ الشَّقَاءِ وَسُوۡءِ الۡقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الۡاَعۡدَاءِAllahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ditimpa penderitaan, daripada takdir yang buruk dan daripada kejayaan pihak musuh
Doa 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوۡمُ بِرَحۡمَتِكَ أَسۡتَغِيۡثُYaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths
Maksudnya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tanpa memerlukan sesuatu apa pun, dengan rahmat-Mu jualah aku memohon pertolongan.
Doa 3
اللهُمَّ لا سَهۡلَ إِلا مَا جَعَلَتَهُ سَهۡلا وَ أنتَ تَجۡعَلُ الحزۡنَ إِذا شِئۡتَ سَهۡلاAllahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, tiada yang mudah kecuali apa yang Engkau permudahkan, dan perkara yang sukar mampu Engkau jadikan mudah sekiranya Engkau mengkehendakinya.”
Doa Memohon Berlindung Dari Rasa Sedih
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kesedihan dan kegelisahan; aku berlindung daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada belenggu hutang serta penindasan manusia.
Doa Ketika Menghadapi Masalah dan Kesusahan
Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin
Maksudnya:
Tiada Tuhan selain Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau; sesungguhnya aku ini tergolong dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri.
Doa Agar Dipermudahkan Urusan
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku agar mereka memahami kata-kataku.
Penutup: Doa Menghubungkan Kita Dengan Allah
Doa merupakan tali yang menyambungkan seorang hamba dengan Penciptanya.
Sesiapa yang sentiasa berhubung dengan Allah bermakna dia sentiasa mengingati-Nya, dan dengan itu turut mengingati segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.
Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram — Surah Ar-Rad ayat 28
Berkenaan ganjaran pahala yang menanti, Rasulullah SAW bersabda,
Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, akan mendapat satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh misalnya. Aku tidak berkata, Alif Laam Miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf. — Riwayat at-Tirmizi
Para pembaca disarankan agar sentiasa merendahkan diri di hadapan Allah.
Perbanyakkanlah memohon keampunan, dan seelok-eloknya berdoalah dalam keadaan suci serta dirikan sekurang-kurangnya sembahyang sunat dua rakaat.
Semoga usaha yang serba kecil ini dikurniakan keredaan Allah di dunia mahupun di akhirat.