
Mukadimah
Bagaimanakah cara menunaikan Solat Sunat Tawaf?
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda cara melakukan Solat Tawaf secara lengkap, langkah demi langkah ― termasuklah doa selepas Solat Sunat Tawaf.
Setiap bacaan turut dipermudahkan dengan transliterasi Rumi.
Moga-moga ia bermanfaat..
Maksud Solat Sunat Tawaf
Solat sunat tawaf ialah solat yang dikerjakan sebaik seseorang Muslim selesai melakukan tawaf di Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah. Ia merupakan amalan yang dianjurkan dalam Islam, terutamanya bagi mereka yang sedang menunaikan ibadah Haji atau Umrah.
Solat ini mengandungi dua rakaat dan didirikan sebagai tanda syukur serta penghormatan kepada Allah setelah selesai bertawaf mengelilingi Kaabah, iaitu salah satu rukun Haji dan Umrah.
Menurut Mazhab Syafi’i, solat sunat tawaf berstatus sunat muakkad, iaitu sunat yang amat dituntut dan sewajarnya dikerjakan sekiranya berkemampuan. Solat ini kebiasaannya didirikan di belakang Maqam Ibrahim, atau di mana-mana ruang yang sesuai dalam Masjidil Haram.
Dalam solat ini, selepas Al-Fatihah dibaca, lazimnya Surah Al-Kafirun dibacakan pada rakaat pertama manakala Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua, menepati sunnah Nabi Muhammad SAW.
Nota
- Sesiapa yang mengerjakan tawaf, sama ada tawaf wajib mahupun tawaf sunat, disunatkan mendirikan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah.
- Solat ini tidak terikat pada tempat atau waktu yang khusus; ia boleh didirikan di mana-mana bahagian dalam Masjidil Haram di Makkah.
- Lebih afdal sekiranya Solat ini dapat didirikan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim, yang berada berhampiran pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.
- Multazam ialah tempat yang mustajab untuk berdoa; maka sekiranya berpeluang mendirikan solat Tawaf di situ, rebutlah kesempatan untuk memperbanyakkan doa ketika sujud ataupun selepas membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.
- Jika sukar untuk menunaikan Solat Tawaf di Maqam Ibrahim, ia dibenarkan dikerjakan berhampiran Hijr Ismail, di bawah pancuran Emas, atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.
Daripada Amru bin Dinar, katanya, aku mendengar Umar r.a berkata:
Nabi SAW sampai (ke Mekah), lalu Baginda tawaf di Baitullah tujuh kali dan solat di belakang maqam Ibrahim dua rakaat, kemudian Baginda keluar ke Safa, dan sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah SAW contoh yang baik.” — Riwayat Bukhari
Lafaz Niat Solat Sunat Tawaf
Berikut ialah lafaz niat bagi solat sunat tawaf:
أُصَلِّي سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلهِ تَعَالَىUsolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala
Sahaja aku solat sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf
Ringkasan Cara Mengerjakan Solat Sunat Tawaf
- Mulakan Solat Sunat Tawaf dengan Takbiratul Ihram sambil berniat di dalam hati, “Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala.
- Bacakan Surah Al-Fatihah, disusuli surah pilihan seperti Al-Kafirun pada rakaat pertama dan Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Kerjakan Rukuk dan Sujud. Jagalah tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
- Rakaat Kedua: Bangkit dengan takbir, baca Al-Fatihah serta surah pilihan yang lain, kemudian teruskan dengan rukuk dan sujud.
- Tahiyyat Akhir dan Salam. Duduk bagi tahiyyat akhir, lalu tamatkan solat dengan memberi salam.
Solat Sunat Tawaf merupakan sebahagian daripada ibadah umrah dan haji. Hukumnya sunat, dan ia dikerjakan setelah selesai menunaikan tawaf di Kaabah.
Rakaat Pertama
1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Tawaf
Ketika mengangkat takbir, niatkan Solat Sunat Tawaf di dalam hati:
أُصَلِّي سُنَّةَ الطَّوَافِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلهِ تَعَالَىUsolli Sunnatal Tawwafi Rak’ataini Lillahi Taala
Atau berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat Sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah Taala
- Lafaz niat solat juga boleh disebut sebelum takbir diangkat.

2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Kebiasaannya bagi solat sunat, al fatihah terus dibaca tanpa didahului doa iftitah.
Namun sekiranya mahu membaca iftitah juga, ia merupakan perbuatan sunat (mendapat pahala membacanya)
Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat. Justeru, ia wajib dibaca dalam setiap solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun
Setelah selesai al-Fatihah, sambungkan pula dengan bacaan surah pendek daripada al-Quran.
Antara surah yang boleh dibacakan ialah al-Alkafirun
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Selain al-Kafirun, anda juga bebas membaca surah-surah yang lain
4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Pastikan belakang badan rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dengan selesa.
Sewaktu rukuk ini, lafazkan bacaan rukuk:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), kemudian bacakan:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Lafazkan bacaan duduk antara dua sujud:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum beralih ke rakaat kedua, duduklah beristirahat sebentar (kira-kira 3 saat) sebelum bangkit berdiri bagi rakaat yang seterusnya.

Rakaat Kedua
10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Sesudah bangkit daripada duduk istirahah, angkatlah takbir untuk memulakan rakaat kedua.
(Takbir intiqalat membawa maksud takbir permulaan rakaat kedua).
اللَّهُ أَكۡبَرُ
11. Baca Surah al-Fatihah
Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibacakan sekali lagi pada rakaat kedua.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas
Sesudah al-Fatihah selesai, bacakan pula surah al-ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
- Sebagaimana rakaat pertama, kita bebas membaca apa-apa surah yang kita kehendaki dan hafal.
13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Pastikan belakang badan rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dengan selesa.
Sewaktu rukuk ini, lafazkan bacaan rukuk:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), kemudian bacakan:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Lafazkan bacaan duduk antara dua sujud:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, lafazkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan
19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Tamatkan solat dengan memberi salam sebanyak dua kali, dimulai ke sebelah kanan kemudian memalingkan muka ke sebelah kiri.

Palingkan muka ke arah kanan, lalu lafazkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… seterusnya palingkan pula muka ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Doa Selepas Solat Sunat Tawaf

Setelah selesai solat, bacakanlah doa ini. Seelok-eloknya doa ini dibaca di bawah pancur emas, dan yang paling baik adalah di Multazam.
اَللَّهُمَّ يَا رَبَّ الۡبَيۡتِ الۡعَتِيقِ، أَعۡتِقۡ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا وَإِخۡوَانِنَا وَأَوۡلَادِنَا مِنَ النَّارِ، يَاذَا الۡبِرِّ وَالۡجُودِ وَالۡكَرَمِ وَالۡفَضۡلِ وَالۡعَطَاءِ وَالۡإِحۡسَانِ، اللَّهُمَّ أَحۡسِنۡ عَاقِبَتَنَا فِي الۡأُمُورِ كُلِّهَا وَأَجِرۡنَا مِنۡ خِزۡيِ الدُّنۡيَا وَعَذَابِ الۡآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي عَبۡدُكَ وَابۡنُ عَبۡدِكَ وَاقِفٌ تَحۡتَ بَابِكَ مُلۡتَزِمٌ بِأَعۡتَابِكَ مُتَذَلِّلٌ بَيۡنَ يَدَيۡكَ أَرۡجُو رَحۡمَتَكَ وَأَخۡشَى عَذَابَكَ، يَا قَدِيمَ الۡإِحۡسَانِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسۡأَلُكَ أَنۡ تَرۡفَعَ ذِكۡرِي وَتَضَعَ وِزۡرِي وَتُصۡلِحَ أَمۡرِي وَتُطَهِّرَ قَلۡبِي وَتُنَوِّرَ لِي فِي قَبۡرِي وَتَغۡفِرۡلِي ذَنۡبِي وَأَسۡأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الۡعُلَى مِنَ الۡجَنَّةِ. أَمِينۡAllahumma Ya Rabbal-Baitil-‘atiq, A’tiq Riqaabana Wa Riqaaba Aabaaina Wa Ummahaatina Wa Ikhwaanina Wa Aulaadina Minan-naar, Ya Zal-birri Wal-juudi Wal-karami Wal-fadhli Wal-‘atho-I Wal-ihsaan, Allahumma Ahsin ‘Aaqibatana Fil-umuuri Kulliha, Wa Ajirna Min Khizyid-dunya Wa ‘Azaabil-aakhirah, Allahumma Inni ‘Abduka Wabnu ‘Abdika Waaqifun Tahta Baabika Multazamun Bi A’taabika Mutazallilun Baina Yadaika, Arju Rahmataka Wa Akhsya ‘Azaabaka, Yaa Qadiimul-ihsaan, Allahumma Inni As-aluka An Tarfaa Zikri Watadhoa Wizri Wa Tusliha Amri Wa Tuthohhira Qalbi Wa Tunawwwira Li Fi Qabri Wa Taghfirali Zanbi Wa As-alukad-darajaatil-‘ulaa Minal-jannah. Amin
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhan Yang Memiliki rumah al-‘Atiq (Yang Maha Memberi Kemerdekaan), berilah kemerdekaan (kelepasan) kepada kami, ayah dan ibu kami, saudara-saudara dan anak-anak kami daripada neraka. Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebaikan, Maha Pemurah, Memiliki Kemulian, Kelebihan dan Anugerah, Kurniaan dan Ihsan. Ya Allah, kurniakan kebaikan kepada kami dalam segala kesudahan pekerjaan kami, dan peliharalah kami daripada kehinaan dunia dan seksa akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan putera daripada hambaMu. Aku berdiri memohon di bawah pintuMu (Multazam) dan merendah diri di sisiMu. Aku memohon rahmatMu dan aku sangat takut akan azab nerakaMu. Ya Tuhan yang berkekalan kebaikan, Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya ditinggikan sebutan namaku, dihapuskan dosaku dan diperbaiki urusanku. Aku mohon disucikan hatiku, dan diberi cahaya pada kuburku. Ampunilah dosaku dan aku memohon kepadaMu kedudukan yang tinggi (kelak) di syurga.