Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT MAGHRIB (Panduan Asas Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT MAGHRIB (Panduan Asas Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah cara dan niat untuk menunaikan Solat Maghrib?

Panduan ini akan memandu anda mengerjakan Solat Fardu Maghrib langkah demi langkah, bermula dari awal sehingga selesai sepenuhnya.

Bagi memudahkan mereka yang belum mahir membaca jawi, setiap bacaan turut disertakan dengan ejaan RUMI.

Perhatian:

Tulisan ini disediakan khusus untuk golongan yang baru belajar mendirikan solat serta para muallaf yang baru memeluk Islam.

Semoga ia memberi manfaat..

Pengenalan Solat Fardu Maghrib

Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب) tergolong dalam solat fardu yang mengandungi 3 rakaat. Ia merupakan solat harian keempat dalam Islam dan dikerjakan pada waktu senja. Hukum mengerjakan solat Maghrib adalah wajib ke atas setiap muslim, dan sesiapa yang meninggalkannya dikira berdosa.

Istilah maghrib berasal daripada bahasa Arab yang merujuk kepada matahari senja; ia datang daripada perkataan غَرَبَ (gharaba) yang bermaksud “terbenam” atau “akan disembunyikan” (namun perkataan ini tidak digunakan untuk menggambarkan bulan yang terbenam).

Sekiranya seseorang itu terlepas menunaikan solat fardu, dia diwajibkan menggantikannya dengan niat qada

Panduan ini dihasilkan terutamanya bagi membantu saudara-saudari yang baru memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara solat.

Semoga panduan ini dapat memudahkan urusan solat anda.

Niat Solat Maghrib

Berikut adalah lafaz niat bagi Solat Maghrib:

أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Niat Solat Maghrib dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.

Waktu Solat Maghrib

Waktu Maghrib bermula sebaik sahaja matahari terbenam (apabila bentuk bulatannya sudah hilang) dan berterusan sehingga lenyapnya cahaya kemerahan di kaki langit.

Bagi kawasan atau negeri yang cahaya tersebut tidak hilang (seperti di kawasan kutub), kiraannya disandarkan kepada tempoh atau kadar yang sama bagi kawasan berhampiran yang mengalami fenomena tersebut.

Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi hari ini, kita boleh mengetahui waktu setiap solat dengan mudah menerusi kalendar solat atau secara dalam talian.

Rakaat Solat Maghrib

Jumlah rakaat bagi solat Maghrib ialah sebanyak tiga rakaat sahaja.

Ia boleh dikerjakan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.

Cara Mengerjakan Solat Maghrib

Ringkasan langkah mengerjakan Solat Fardu Maghrib

  • Bukalah solat dengan takbiratul ihram sambil melafazkan niat di dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Bacaan dalam solat: Mulakan dengan Doa Iftitah, kemudian al-Fatihah, dan seterusnya pilih mana-mana surah atau ayat daripada Al-Quran.
  • Kerjakan rukuk, kemudian diikuti dua kali sujud. Pastikan setiap gerakan dilakukan dengan tenang.
  • Rakaat Kedua: Bangkit untuk rakaat kedua sambil bertakbir. Bacalah al-Fatihah serta surah pilihan, kemudian teruskan dengan rukuk dan sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: Apabila selesai rakaat kedua, duduklah untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga: Berdiri untuk rakaat ketiga, bacalah al-Fatihah, lalu diikuti rukuk dan sujud.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: Selepas rakaat ketiga, duduk untuk tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.

Di bahagian berikut, saya sediakan langkah-langkah ringkas yang mudah anda ikuti untuk mendirikan solat ini, lengkap dengan gambar dan audio sebagai panduan.

Rakaat Pertama — 1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat

Berdirilah dalam keadaan selesa sambil memandang ke arah tempat sujud.

Hayati dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Seterusnya, lafazkan niat Solat Maghrib:

Niat

أُصَلِّي فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardhal Maghribi Salasa Raka’atin Adaan Lillahi Ta’ala

Rakaat Pertama — 2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati

Angkatlah takbir dengan menyebut “Allahuakbar” sambil mengangkat kedua-dua tangan dan berniat dalam hati:

Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Sekiranya anda sukar untuk berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, anda boleh melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu, kemudian berniat dalam hati beberapa saat selepas itu.

cara takbir

takbir perempuan

Rakaat Pertama — 3. Membaca Doa Iftitah

Setelah mengangkat takbir, letakkan kedua-dua tangan di atas pusat.

Kemudian, bacalah Doa Iftitah.

Lafaz Doa Iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Doa Iftitah dalam Rumi

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Rakaat Pertama — 4. Membaca al-Fatihah dan surah lain.

Setelah selesai Doa Iftitah, sambunglah pula dengan membaca surah al-Fatihah.

Al-Fatihah merupakan bacaan rukun di dalam solat.

Justeru, ia wajib dibaca ketika solat.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 5. Kemudian, Baca Surah Dari Al-Quran

Sebaik sahaja tamat membaca surah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah lain atau ayat-ayat lain daripada al-Quran.

Anda bebas memilih mana-mana surah yang anda gemari dan hafal.

Antara surah pendek ialah al-Kafirun.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 6. Kemudian, Lakukan Rukuk

Sebaik selesai membaca surah, sambunglah dengan bertakbir (Allahuakbar) lalu rukuk.

rukuk solat

Semasa rukuk:

Pastikan belakang badan dalam keadaan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, manakala kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dengan selesa.

cara rukuk yang betul

Bacaan tasbih ketika rukuk adalah seperti berikut:

Bacaan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Rakaat Pertama — 7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Posisi iktidal

Bacaan Iktidal

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Pertama — 8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

sujud

Bertakbir lalu turun ke sujud sambil membaca:

Bacaan Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 9. Kemudian, Duduk antara dua sujud

Selepas itu, bangkitlah dari sujud (ke kedudukan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Kedudukan ini dinamakan duduk antara dua sujud.

Berikut adalah posisi duduk antara dua sujud:

Posisi duduk diantara dua sujud

Bacaan ketika duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Pertama — 10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

sujud

Bertakbir lalu turun sujud sekali lagi. Kedudukan serta bacaannya sama seperti sujud yang pertama.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangkit ke rakaat kedua, duduklah berehat sebentar (kira-kira 3 saat) sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Selepas duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, kemudian angkat kedua-dua lutut terlebih dahulu dengan menekan kedua-dua tangan.

Seterusnya, naiklah dengan berpandukan kedua-dua tangan.

Rakaat Kedua — 12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sepertimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca sekali lagi pada rakaat kedua.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Setelah tamat membaca al-Fatihah, bacalah pula surah al-ikhlas

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dengan selesa.

Ketika rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 15. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangkitlah dari rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Kedua — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Kedua — 18. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 7. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal

Sebaik selesai sujud kedua, bangkitlah ke kedudukan tahiyat awal, iaitu duduk di atas kaki kiri sementara ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Telapak tangan kanan digenggam, kecuali jari telunjuk kanan yang diluruskan.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kedudukan jari semasa tahiyat

Bacalah tahiyat awal seperti yang tertera di bawah.

Bacaan Tahiyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Cara Naik Ke Rakaat Ketiga (Terakhir)

Setelah selesai membaca tahiyat awal, bersedialah untuk bangun semula.

Bertakbirlah dan berdiri untuk meneruskan rakaat ketiga.

Seperti cara bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua-dua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.

Kemudian, terus berdiri dengan berpandukan kedua-dua tangan.

Rakaat ketiga

Rakaat ketiga (rakaat terakhir) dilakukan sama seperti rakaat pertama dan kedua, cuma tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

Rakaat ketiga — 11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat ketiga — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sepertimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca sekali lagi pada rakaat kedua.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat ketiga — 14. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua-dua tangan diletakkan di kepala lutut dengan selesa.

Bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat ketiga — 15. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkitlah dari rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat ketiga — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat ketiga — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat ketiga — 18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

telunjuk jari ketika tahiyat

Ketika melafazkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Rakaat ketiga — 20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan wajah ke sebelah kanan, lalu ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula wajah ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Alhamdulillah, selesailah sudah solat fardhu Maghrib.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?

Sebagai contoh, andai kata saya terlupa mengerjakan rakaat ketiga solat zohor, atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah status solat saya?

Perlukah saya mengulangi solat semula?

Jawapan

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu sama ada perkara yang tertinggal itu termasuk dalam kategori rukun atau sunat.

Sekiranya perbuatan solat yang tertinggal itu merupakan perkara rukun, maka anda KENA mengulangi semula perkara rukun tersebut serta menambah Sujud Sahwi pada penghujung solat.

Contoh:

  • Sekiranya anda terlepas rakaat ketiga (solat zohor), maka anda perlu bangun semula selepas tahiyat akhir untuk menambah 1 rakaat lagi, kemudian diikuti dengan Sujud Sahwi.

Namun, jika perbuatan solat yang tertinggal itu tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu mengulangi perbuatan yang tertinggal itu. Memadai dengan hanya melakukan sujud sahwi sahaja.

Contoh:

  • Sekiranya anda terlupa membaca Doa Qunut, maka cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.

Nota: Andai kata perkara yang tertinggal itu adalah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu diulang ataupun disusuli sujud sahwi. Cukup sekadar meneruskan solat seperti biasa.

Doa Selepas Solat Maghrib

doa

Setelah selesai menunaikan solat fardhu, kita amat digalakkan untuk melafazkan tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok sekiranya kita terus bangun dan beredar sebaik selesai solat tanpa diiringi wirid dan doa.

Lazimnya, selepas selesai sembahyang, kita disunatkan bertasbih dan sebagainya bagi memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Antara doa selepas solat maghrib yang boleh dibaca ialah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا، اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in. Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro, Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab. Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.

Maksud doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Maghrib

solat sunat sebelum solat jumaat

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan.

Solat sunat ini dikenali sebagai solat Sunat Rawatib.

Ia dilakukan sebelum dan juga selepas selesai mengerjakan Solat Fardu Maghrib.

Solat ini bertindak sebagai pelengkap atau tambahan bagi menampung kekurangan yang berlaku ketika mengerjakan solat fardu.

Qada Solat Maghrib

Sekiranya anda terlepas menunaikan solat fardu maghrib, maka anda hendaklah melakukan qada solat.

Qada ( قضاء ) bermaksud menunaikan solat di luar waktunya.

Tujuan qada solat adalah untuk menggantikan solat yang telah tertinggal itu. Ia adalah wajib kerana solat fardu yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang dengan Allah.

Bagi mengqada solat fardu Maghrib, bacaan serta pergerakannya adalah serupa dengan solat fardu Maghrib yang dilakukan secara tunai.

Yang membezakan antara solat fardu tunai dan solat qada hanyalah pada NIAT.

Niat untuk mengqada Solat Maghrib adalah seperti berikut:

Usolli Fardhol Maghribi Salasa Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

… atau ia juga boleh diniatkan dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Penutup

Antara perkara yang akan dihisab oleh Allah kelak ialah solat.

Ia merupakan tunggak kepada segala amalan dan kebaikan yang kita kerjakan.

Sekiranya ibadah solat kita tiada atau tidak sempurna, maka segala pahala daripada ibadah dan kebaikan lain yang kita lakukan akan tergantung.

Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama membina dan memperbaiki asas yang paling penting ini.

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Sahih al-Bukhari, no. 6307
  • Al-Quran 3:8
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT MAGHRIB (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan NIAT & CARA SOLAT MAGHRIB (Panduan Asas Lengkap) disusun dalam 40 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT MAGHRIB (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 40 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.