Semua panduan solat

NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap)

NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Apakah lafaz niat Puasa Bulan Rejab?

Panduan ini menerangkan niat puasa rejab dengan lengkap dan cara yang mudah difahami.

Turut disenaraikan ialah amalan-amalan yang digalakkan, doa yang disunatkan & pelbagai kelebihan yang ada pada bulan rejab.

Sekiranya anda mencari panduan mengenai bulan rejab, jom kita mulakan..

Pengenalan

Dari segi bahasa, Rejab membawa erti membesarkan atau mengagungkan.

Bulan ini dinamakan Rejab kerana masyarakat pada zaman al-Jahiliyyah memuliakannya dengan tidak berperang sepanjang bulan tersebut.

Kata jama’ bagi Rejab ialah Arjab (أرجاب), manakala gabungan Rejab dengan Sya’ban disebut sebagai Rajaban (رجبان). [Lihat: Mukhtar al-Shihah, 118]

Rejab juga merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Tahun Hijri, dan tergolong dalam bulan-bulan Haram di mana peperangan dan pembunuhan diharamkan.

Kedudukannya adalah selepas bulan Jumadi al-Akhir, dan bulan yang menyusulinya ialah Sya’ban.

Bulan Rejab turut menyaksikan satu peristiwa yang sangat agung, iaitu Israk dan Mikraj.

Israk dan Mikraj merupakan salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw, yang berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, sebelum baginda saw berhijrah ke Madinah.

Lafaz Niat Puasa Bulan Rejab

Berikut ialah lafaz niat bagi puasa sunat rejab:

نَوَيۡتُ صَوۡمَ غَدٍ فِى شَهۡرِ رَجَبِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى

Nawaitu Shouma Ghodin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala

Dalam Rumi:

Aku berniat puasa esok hari di bulan Rejab sunat kerana Allah taala.

Amalan Dan Kelebihan Puasa Bulan Rejab

Sepanjang Bulan Rejab, kita digalakkan memperbanyakkan doa dan zikir berdasarkan ketentuan berikut, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Asyakir daripada Abi Umamah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

Lima malam yang tidak akan ditolak doa padanya ialah doa pada awal bulan Rejab, malam Aidil Fitri dan malam Aidil Adha.

Justeru, amalan-amalan berikut dianjurkan sepanjang bulan rejab:

  1. Berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab; InsyaAllah syurga akan menjadi miliknya.

  2. Di dalam Syurga terdapat sebatang sungai bernama ‘Rejab’, yang warnanya lebih putih daripada susu, lebih sejuk daripada ais dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa walau sehari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai tersebut (Hadis).

  3. Sesiapa yang berpuasa pada 1 Rejab, dosa-dosa kecilnya akan dihapuskan (al-Jami’us Shaghir)

  4. Nabi Adam pernah bertanyakan Allah tentang hari yang paling dicintaiNya.

FirmanNya:

Nisfu Rejab: Sesiapa yang menghampirkan dirinya dengan puasa, solat sunat, bersedekah dan beristigfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampunkan dengan bersedekah dan berzikir serta akan menjaga diri dari melakukan maksiat. Syurgalah bahagiaannya”

  1. Pada malam 15 dan 27 rejab, disarankan menunaikan solat sunat sebanyak 12 rakaat dengan 6 salam. Bacalah al-Fatihah pada setiap rakaat, diikuti mana-mana surah.

Setelah memberi salam, bacakan zikir berikut:

سُبۡحَانَ اللهِ وَالۡحَمۡدُ لِلهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَاللهُ أَكۡبَرُ.

Maha Suci Allah. Segala puji-pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar.”

Diteruskan pula dengan istigfar sebanyak 100 kali:

أَسۡتَغۡفِرُ اللهَ الۡعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ.

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya”

Sebaik selesai bertasbih dan beristigfar, panjatkanlah apa jua doa untuk kebaikan diri, dan pada keesokan harinya hendaklah kita berpuasa sehari (Imam Ghazali)

  1. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang membaca ayat ini dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan, pada waktu antara Zohor dengan Asar:

اَسۡتَغۡفِرُ اللهَ الۡعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ تَوۡبَةً عَبۡدٍ ظَالِمٍ لَا يَمۡلِكُ لِنَفۡسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفۡعًا، وَلَا مَوۡتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا.

Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya dan aku bertaubat kepadaNya, taubat seorang hamba yang zalim, tiada yang menguasai akan diriNya, tidak ada yang dapat membuat, menolak mudarat, manfaat dan tidak ada yang dapat menguasai kematian dan hidup serta kebangkitan”

Nescaya dua malaikat akan diperintahkan untuk memadamkan segala kejahatannya.

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, ganjarannya umpama berpuasa selama 1000 tahun dan seakan-akan membebaskan 1000 hamba sahaya. Sesiapa yang bersedekah 1000 dinar pula, akan dicatatkan 1000 kebajikan bagi setiap helai rambut dan bulu di badannya, darjatnya diangkat 1000 tingkat, 1000 kejahatannya dihapuskan, dan sedekah itu juga direkodkan dengan ganjaran 10 kali pahala haji dan umrah, serta dibina untuknya Gedung di Syurga (Salman al-Farisi)

Doa Bulan Rejab

Ketika tibanya bulan Rejab, Nabi SAW membaca doa ini:

اَللَّهُمَّ بَارِكۡ لَنَا فِى رَجَب وَشَعۡبَان وَبَلِّغۡنَا رَمَضَان

Maksudnya,

Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan

Penutup

Diharapkan panduan ini dapat membantu anda.

Ayuh kita rebut kesempatan ini supaya keampunan dan rahmat Allah sentiasa mengiringi kita.

Semoga bermanfaat!

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sunan Abu Dawud, no. 1517
  • Musnad Ahmad, no. 2346
  • Riwayat al-Tabarani

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap)?

Panduan NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap) disusun dalam 6 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT PUASA BULAN REJAB (Panduan Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 6 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.