Semua panduan solat

DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur)

DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur)

Mukadimah

Berikut dihimpunkan Doa Ramadan yang boleh dijadikan amalan ketika bersahur dan sebelum berbuka puasa.

Susunannya lengkap, merangkumi doa dari hari pertama sehinggalah ke hari terakhir Bulan Ramadan.

Dalam panduan ini:

Setiap doa disertakan ejaan rumi bagi memudahkan sesiapa yang belum lancar membaca tulisan arab. Terjemahan maksud setiap doa turut dilampirkan.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk anda, insyaAllah.

Pengenalan: Ramadan Adalah Bulan Berdoa & Memohon Keampunan

Kita sedia maklum bahawa Ramadan merupakan bulan paling mulia, yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam di serata dunia.

Bulan ini turut digelar Saiyidus Syuhur, yang membawa erti Penghulu Sekalian Bulan.

Sebab utama ia begitu dirindui ialah kerana pada bulan inilah Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya kepada hamba-hambaNya.

Sabda Rasullullah SAW:

Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.

Antara amalan yang paling dituntut sepanjang bulan mulia ini ialah BERDOA.

Adab berdoa

Himpunan Doa-Doa Harian Ramadan

Di bawah ini disenaraikan doa-doa ringkas yang boleh dijadikan amalan sepanjang Bulan Ramadan.

Anda boleh membaca doa-doa ini ketika bersahur mahupun sewaktu menanti waktu berbuka.

Doa Ramadan Hari 1

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ صِيَامِيۡ فِيۡهِ صِيَامَ الصَّائِمِيۡنَ وَقِيَامِيۡ فِيۡهِ قِيَامَ الۡقَائِمِيۡنَ وَنَبِّهۡنِيۡ فِيۡهِ عَنۡ نَوۡمَةِ الۡغَافِلِيۡنَ وَهَبۡ لِيۡ جُرۡمِيۡ فِيۡ يَا إِلَهَ الۡعَالَمِيۡنَ وَاعۡفُ عَنِّيۡ يَا عَافِيًا عَنِ الۡمُجۡرِمِيۡنَ

Allâhummaj’al Siyaamii Fiihi Siyaamas-saa imîn, Wa Qiyaamii Fiihi Qiyaamal Qaa-imiin, Wa Nabbihnî Fiihi ‘An Nawmatil Ghaafilîn, Wa Hablii Jurmii Fii Yaa IlaaHal ‘Alamin, Wa’fu ‘Annî Yaa ‘Aafiyan ‘Anil Mujrimiin.

Ya Allah, jadikanlah puasaku pada bulan ini seperti puasa mereka yang benar-benar berpuasa, dan solat malamku seperti solat mereka yang benar-benar mendirikan malam. Sedarkanlah aku daripada lena orang-orang yang lalai. Lepaskanlah aku daripada segala dosaku, wahai Tuhan sekalian alam, dan ampunilah aku, wahai Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa.

Doa Ramadan Hari 2

اَللَّهُمَّ قَرِّبۡنِيۡ فِيۡهِ إِلَى مَرۡضَاتِكَ وَجَنِّبۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ سَخَطِكَ وَنَقِمَاتِكَ وَوَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

Allaahumma Qarribnii Fiihi ilaa MardhaaTika Wa JanNibNi Fiihi Min SakhaTika Wa NaqiMaaTika Wa WaffiqNii Fiihi LiqiRaa-ati AyaaTika Birahmatika Yaa Arhamar Rahimîn

Ya Allah! Dekatkanlah diriku kepada keredhaan-MU dan hindarkanlah aku daripada kemurkaan-MU. Kurniakanlah aku keupayaan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan limpah rahmat-MU, Wahai Tuhan Yang Paling Pengasih antara segala yang pengasih!

Doa Ramadan Hari 3

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ الذِّهۡنَ وَالتَّنۡبِيۡهَ وَبَاعِدۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ السَفَاهَةِ وَالتَّمۡوِيۡهِ واجۡعَلۡ لِيۡ نَصِيۡبًا مِنۡ كُلِّ خَيۡرٍ تُنۡزِلُ فِيۡهِ، بِجُوۡدِكَ يَا أَجۡوَدَ الۡأَجۡوَدِيۡنَ

AllaaHummar-Zuqni FiiHidz-dzihNa WattanBîh Wa Baa’idnii Fiihi Minas SaFaaHati WattamWîh Waj’al Lii NasîBan Min Kulli Khairin TunZilu Fîhi BijuuDika Yaa AjwaDal Ajwadîn

Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku rezeki berupa akal fikiran dan sifat berjaga-jaga. Hindarkanlah aku daripada kejahilan dan kesesatan. Berikanlah kepadaku habuan daripada setiap kebaikan yang ENGKAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai Zat Yang Maha Pemurah

Doa Ramadan Hari 4

اللَّهُمَّ قَوِّنِيۡ فِيۡهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمۡرِكَ وَأَذِقۡنِيۡ فِيۡهِ حَلَاوَةَ ذِكۡرِكَ وَأَوۡزِعۡنِيۡ فِيۡهِ لِأَدَاءِ شُكۡرِكَ بِكَرَمِكَ وَاحۡفَظۡنِيۡ فِيۡهِ بِحِفۡظِكَ وَسِتۡرِكَ يَا أَبۡصَرَ النَّاظِرِيۡنَ

Allahumma Qawwinii Fiihi ‘Alaa IqooMati AmRika Wa AdziqNii Fiihi Halaawata Dzikrika Wa Audzi’nii Fiihi Li Adaai Syukrika Bikaramika Wahfazhnii Fiihi Bihifzhika Wa SitRika Yaa Absoran-NaaZhiRiin

Ya Allah! Teguhkanlah diriku untuk melaksanakan segala perintah-MU, dan kurniakanlah aku kemanisan berzikir mengingati-MU. Berikanlah aku kekuatan untuk mensyukuri-MU dengan kemuliaan-MU, dan peliharalah aku dengan penjagaan-MU serta perlindungan-MU, Wahai Zat Yang Maha Melihat

Doa Ramadan Hari 5

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُسۡتَغۡفِرِيۡنَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ عِبَادِكَ الصَّالِحِيۡنَ الۡقَانِتِيۡنَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ أَوۡلِيَائِكَ الۡمُقَرَّبِيۡنَ بِرَأۡفَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِيۡنَ

AllaaHummaj’alnii Fiihi Minal MusTaghFiRiin Waj’alnii FiiHi Min ‘ibaaDikas solihiin Al QaaNiTiin Waj’alNii Fiihi Min AwLiYaa-ikalMuqarraBiin Bira’-Fatika Yaa Arhamar-Raahimiin

Ya Allah! Masukkanlah aku pada bulan ini dalam golongan orang yang sentiasa beristighfar memohon keampunan, jadikanlah aku hamba-MU yang soleh lagi taat, dan angkatlah aku menjadi antara Auliya’-MU yang hampir di sisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai Zat Yang Paling Pengasih antara segala yang pengasih.

Doa Ramadan Hari 6

اَللَّهُمَّ لاَ تَخۡذُلۡنِيۡ فِيۡهِ لِتَعَرُّضِ مَعۡصِيَتِكَ وَلاَ تَضۡرِبۡنِيۡ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحۡزِحۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ مُوۡجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَأَيَادِيۡكَ يَا مُنۡتَهَى رَغۡبَةِ الرَّاغِبِيۡنَ

AllaaHumma Laa TakhDzulNii Fiihi Lita-‘Arrudhi Ma’-Siyatika Wa Laa TadhRibNii BisiYaaThi NaqiMatika Wa ZahZihNii Fiihi Min MuuJibaaTi SaKhaTika BimanNika Wa AyadiiKa Yaa MunTaHaa RaghBatir-RaaGhiBiin

Ya Allah! Janganlah ENGKAU biarkan aku terhina pada bulan ini kerana maksiat yang aku lakukan terhadap-MU, dan janganlah aku ditimpa hukuman balasan-MU. Singkirkanlah aku daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-MU, Wahai tumpuan terakhir bagi mereka yang berhajat!

Doa Ramadan Hari 7

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيۡ فِيۡهِ عَلَى صِيَامِه وَقِيَامِه وَجَنِّبۡنِيۡ فِيۡهِ مِنۡ هَفَوَاتِه وَآثَامِه وَارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ ذِكۡرَكَ بِدَوَامِه بِتَوۡفِيۡقِكَ يَا هَادِيَ الۡمُضِلِّيۡنَ

AllaaHumma A’inNii FiiHi ‘Alaa SiYaaMihi Wa QiyaaMihi Wa JannibNi Fiihi Min HafaWaaTihi Wa AaTsaaMihi WarZuqNi Fiihi DzikRika BidaWaMihi BitauFiiQika Yaa HaaDiyal MuDhilLiin

Ya Allah, tolonglah aku untuk menunaikan puasa dan solat malam, serta hindarkanlah aku daripada perkara sia-sia dan perbuatan dosa. Kurniakanlah kepadaku amalan berterusan mengingati-Mu dengan taufik-Mu, wahai Pemberi petunjuk kepada orang yang sesat

Doa Ramadan Hari 8

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ رَحۡمَةَ الۡأَيۡتَامِ وَإِطۡعَامَ الطَّعَامِ وَإِفۡشَاءَ السَّلاَمِ وَصُحۡبَةَ الۡكِرَامِ بِطَوۡلِكَ يَا مَلۡجَأَ الۡآمِلِيۡنَ

AllaaHummar-ZuqNii FiiHi RahMatal AyTaam Wa It-‘AaMat-Tho-‘Aami Wa ifSyaa-As Salaam Wa SuhBatal KiRaam BiThawLika Yaa Malja-Al AaMiliin

Ya Allah, tanamkanlah dalam diri kami rasa kasih terhadap anak-anak yatim, sifat suka memberi makan (kepada orang miskin), menyebarkan kedamaian, serta bergaul dengan insan-insan yang mulia, dengan kemurahan-Mu, wahai tempat berlindung bagi mereka yang berharap

Doa Ramadan Hari 9

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ لِيۡ فِيۡهِ نَصِيۡبًا مِنۡ رَحۡمَتِكَ الۡوَاسِعَةِ وَاهۡدِنِيۡ فِيۡهِ لِبَرَاهِيۡنِكَ السَّاطِعَةِ وَخُذۡ بِنَاصِيَتِيۡ إِلَى مَرۡضَاتِكَ الۡجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الۡمُشۡتَاقِيۡنَ

AllaaHummaj’al-Lii FiiHi NaSiiBan Min Rahmatikal WaaSi’ah WahDinii FiiHi LibaRaaHiiNikas-SaaThi’ah Wa Khudz BiNaa Siyatii ilaa MarDhoTikal JaaMi’ah BimaHabbaTika Yaa Amalal Mus-TaaQiin

Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku habuan daripada rahmat-MU yang maha luas, tunjukkanlah aku kepada ajaran-ajaran-MU yang nyata, dan pimpinlah aku menuju keredhaan-MU yang sempurna dengan kecintaan-MU, Wahai harapan bagi orang-orang yang merindu.

Doa Ramadan Hari 10

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ عَلَيۡكَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡفَائِزِيۡنَ لَدَيۡكَ وَاجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡمُقَرَّبِيۡنَ إِلَيۡكَ بِإِحۡسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيۡنَ

AllaaHummaj-‘Alnii FiiHi Minal MutaWakkiLiin ‘AlaiKa Waj-‘alnii FiiHi Minal Faa-iziin LadaiKa Waj-‘Alnii FiiHi Minal MuqarraBiin ilaika Bii-ihSaanika Yaa GhaaYatat-ThaaLiBiin

Ya Allah! Golongkanlah aku bersama orang-orang yang bertawakkal kepada-MU, jadikanlah aku antara mereka yang beroleh kemenangan di sisi-MU, dan tempatkanlah aku dalam kalangan mereka yang hampir kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Matlamat bagi orang-orang yang memohon.

Doa Ramadan Hari 11

اَللَّهُمَّ حَبِّبۡ إِلَيَّ فِيۡهِ الۡإِحۡسَانَ وَكَرِّهۡ إِلَيَّ فِيۡهِ الۡفُسُوۡقَ وَالۡعِصۡيَانَ وَحَرِّمۡ عَلَيَّ فِيۡهِ السَّخَطَ وَالنِّيۡرَانَ بِعَوۡنِكَ يَا غِيَاثَ الۡمُسۡتَغِيۡثِيۡنَ

AllaaHumma Habbib ilayya FiiHil Ihsan Wa Karrih FiiHil Fusuq Wal ‘isYaan Wa Harrim ‘Alayya FiiHis SaKhaTho WanNiRân Bi-‘AuNika Yaa GhiYaaTsal MusTaGhiiTsiin

Ya Allah! Suburkanlah dalam hatiku rasa cinta kepada amalan kebaikan, dan semaikanlah kebencian terhadap kefasikan dan kemaksiatan. Jauhkanlah daripadaku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong bagi mereka yang memohon pertolongan

Doa Ramadan Hari 12

اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيۡ فِيۡهِ بِالسِّتۡرِ وَالۡعَفَافِ وَاسۡتُرۡنِيۡ فِيۡهِ بِلِبَاسِ الۡقُنُوۡعِ وَالۡكَفَافِ وَاحۡمِلۡنِيۡ فِيۡهِ عَلَى الۡعَدۡلِ وَالۡإِنۡصَافِ وَآمِنِّيۡ فِيۡهِ مِنۡ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصۡمَتِكَ يَا عِصۡمَةَ الۡخَائِفِيۡنَ

AllaaHumma Zayyinii FiiHi BissiTri Wal ‘AFaaf WasTurnii Fiihi BiliBaaSil Qunuu-‘i Wal KaFaf WahMilnii Fiihi ‘Alal ‘Adli Wal Inshâf Wa AaMinnii FiiHi Min Kulli Maa AKhâFu Bi-‘isMatika Yaa ‘ismatal Khaa-ifin.

Ya Allah, hiasilah diriku pada bulan ini dengan sifat menutup aib dan kesucian. Selubungilah aku dengan pakaian rasa cukup dan redha dengan apa yang ada. Bimbinglah aku agar sentiasa berlaku adil dan taat, serta peliharalah aku daripada segala yang aku takuti. Dengan Perlindungan-MU, Wahai naungan bagi mereka yang dilanda ketakutan.

Doa Ramadan Hari 13

اَللَّهُمَّ طَهِّرۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الدَّنَسِ وَالۡأَقۡذَارِ وَصَبِّرۡنِيۡ فِيۡهِ عَلَى كَائِنَاتِ الۡأَقۡدَارِ وَوَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِلتُّقَى وَصُحۡبَةِ الۡأَبۡرَارِ بِعَوۡنِكَ يَا قُرَّةَ عَيۡنِ الۡمَسَاكِيۡنۡ

AllaaHumma ThahHirnii Fiihi MinadDanas Wal AqDzar Wa SabBirnii FiiHi ‘Ala Kaa-inaaTil AqDaaRi WawafFiqNii FiiHi LitTuqaa Wa SuhBatil AbRarr Bi-‘AuniKa Yaa Qurrata ‘Ainil MasaaKiin

Ya Allah! Bersihkanlah diri kami pada bulan ini daripada segala kekotoran dan perbuatan keji. Kurniakanlah aku kesabaran menghadapi segala ketetapan-MU, serta anugerahkanlah kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan golongan yang baik, dengan pertolongan-MU, Wahai penyejuk hati orang-orang yang miskin

Doa Ramadan Hari 14

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذۡنِيۡ فِيۡهِ بِالۡعَثَرَاتِ وَأَقِلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡخَطَايَا وَالۡهَفَوَاتِ وَلاَ تَجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ غَرَضًا لِلۡبَلاَيَا وَالۡآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الۡمُسۡلِمِيۡنَ

Allahumma Laa TuAaHizNi FiiHi Bil-‘ASyaRaaTi Wa AqilNi FiiHi Minal KhoThoYaa Wal HaFaWaaTi WaLaa Taj-‘AlNi FiiHi GhoRoDhann LilBaLaaYaa Wal AaFaaTi Bi-‘IzzaTiKa Yaa ‘Izzal Muslimin.

Ya Allah! Janganlah ENGKAU menghukum kami pada bulan ini atas segala kesilapan yang telah aku lakukan. Padamkanlah semua kesalahan dan kejahilanku, dan lindungilah aku daripada bencana serta malapetaka. Demi kemuliaan-MU, Wahai sandaran Kemuliaan kaum Muslimin

Doa Ramadan Hari 15

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ طَاعَةَ الۡخَاشِعِيۡنَ وَاشۡرَحۡ فِيۡهِ صَدۡرِيۡ بِإِنَابَةِ الۡمُخۡبِتِيۡنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الۡخَائِفِيۡنَ

Allaahummar ZuqNii FiiHi Tho-‘Atal KhaSyi-‘Inn WasyRah FiiHi Sodrî Bi iNaaBatil MukhBiTiin BiAMaaNika Yaa AMaaNal Khaa-ifîn

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pada bulan ini ketaatan seperti orang-orang yang khusyuk, dan lapangkanlah dadaku dengan taubat golongan yang merendah diri. Dengan kekuatan-Mu, Wahai naungan bagi mereka yang ketakutan

Doa Ramadan Hari 16

اَللَّهُمَّ وَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِمُوَافَقَةِ الۡأَبۡرَارِ وَجَنِّبۡنِيۡ فِيۡهِ مُرَافَقَةَ الۡأَشۡرَارِ وَآوِنِيۡ فِيۡهِ بِرَحۡمَتِكَ إِلَى (فِيۡ) دَارِ الۡقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الۡعَالَمِيۡنَ

AllaaHumma WafFiqNii FiiHi LimuWaaFaqotil AbRarr Wa JanNibNii FiiHi MuRaFaQatal AsyRarr Wa AaWinii FiiHi BirahMatika ilaa DaaRil QaRaaRi Bi-ILaaHiyyaTika Yaa iLaaHal ‘Aalamiin

Ya Allah, izinkanlah aku pada bulan ini untuk berdamping dengan orang-orang yang baik, dan hindarkanlah aku daripada bersahabat dengan golongan yang jahat. Naungilah aku pada bulan ini dengan rahmat-Mu hinggalah ke alam Akhirat. Demi keesaan-Mu, wahai Tuhan sekalian Alam

Doa Ramadan Hari 17

اَللَّهُمَّ اهۡدِنِيۡ فِيۡهِ لِصَالِحِ الۡأَعۡمَالِ وَاقۡضِ لِيۡ فِيۡهِ الۡحَوَائِجَ وَ الۡآمَالَ يَا مَنۡ لاَ يَحۡتَاجُ إِلَى التَّفۡسِيۡرِ وَالسُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيۡ صُدُوۡرِ الۡعَالَمِيۡنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِه الطَّاهِرِيۡنَ

AllaaHummah Dinii FiiHi LisooLihil A’MaaLi WaqDhi Lii FiiHil HaWaa-ija Wal AaMaala Yaa Man Laa YahTaaju ilat Tafsirr Was SuAali Ya ‘AaliMan Bimaa Fii SuduuRil ‘AaLamin Solli ‘Alaa Muhammadin Wa AaLi-Hith-ThooHiRiin

Ya Allah, bimbinglah aku pada bulan ini untuk melakukan amalan yang baik, dan tunaikanlah segala hajat serta cita-citaku. Wahai Tuhan yang tidak memerlukan sebarang penjelasan mahupun pertanyaan, Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi hati makhluk di alam ini. Limpahkanlah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang mulia.

Doa Ramadan Hari 18

اَللَّهُمَّ نَبِّهۡنِيۡ فِيۡهِ لِبَرَكَاتِ أَسۡحَارِهِ وَنَوِّرۡ فِيۡهِ قَلۡبِيۡ بِضِيَاءِ أَنۡوَارِهِ وَخُذۡ بِكُلِّ أَعۡضَائِيۡ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوۡرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوۡبِ الۡعَارِفِيۡنَ

AllaaHumma NabBihNii FiiHi LiBaRaKaaTi AsHaaRihi Wa Nawwir FiiHi Qalbii BiDhiYaa-i AnWaaRihi Wa Khudz Bikulli A’-Dhoo-I ilat-TiBaa-’I AaTsaaRihi BiNuuRika Ya Munawwiral QuluuBi

Ya Allah, sedarkanlah aku agar dapat menghayati keberkatan pada waktu sahur. Sinarilah hatiku dengan cahaya-Mu yang lembut, dan jadikanlah seluruh anggota tubuhku menurut cahaya tersebut. Wahai Penerang hati sanubari.

Doa Ramadan Hari 19

اَللَّهُمَّ وَفِّرۡ فِيۡهِ حَظِّيۡ مِنۡ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلۡ سَبِيۡلِيۡ إِلَى خَيۡرَاتِه وَلاَ تَحۡرِمۡنِيۡ قَبُوۡلَ حَسَنَاتِه يَا هَادِيًا إِلَى الۡحَقِّ الۡمُبِيۡنِ

AllaaHumma WafFir FiiHii Hadz-Dzii Min BaraKaaTihi Wa SahHil SaBiiLii ilaa KhayRaaTihi Walaa TahRimNii QaBuuLa HasaNaaTihi Yaa HaaDiYan ilal Haqqil MuBiina

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pada bulan ini nikmat berkat-berkat-Mu yang lebih besar, dan permudahkanlah jalanku untuk meraih segala kebaikannya. Janganlah ENGKAU halang aku daripada menerima kebaikan-kebaikannya. Wahai Pemberi Petunjuk ke jalan yang terang

Doa Ramadan Hari 20

اَللَّهُمَّ افۡتَحۡ لِيۡ فِيۡهِ أَبۡوَابَ الۡجِنَانِ وَأَغۡلِقۡ عَنِّيۡ فِيۡهِ أَبۡوَابَ النِّيۡرَانِ وَوَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِتِلاَوَةِ الۡقُرۡآنِ يَا مُنۡزِلَ السَّكِيۡنَةِ فِيۡ قُلُوۡبِ الۡمُؤۡمِنِيۡنَ

AllaaHumMaftah Lii FiiHi AbWaaBal JiNaaNi Wa AgLiq ‘AnNii FiiHi AbWaaBan NiiRann Wa WafFiqNii LitiLaaWatil QurAaNi Yaa Munzilas SaaKiiNati Fii QuLuuBil Mu’MiNinn

Ya Allah, bukalah untukku pada bulan ini segala pintu menuju syurga dan kuncikanlah daripadaku pintu-pintu neraka. Kurniakanlah aku keupayaan untuk mendalami Al-qur’an pada bulan ini. Wahai Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin

Doa Ramadan Hari 21

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ لِيۡ فِيۡهِ إِلَى مَرۡضَاتِكَ دَلِيۡلاً وَلاَ تَجۡعَلۡ لِلشَّيۡطَانِ فِيۡهِ عَلَيَّ سَبِيۡلاً وَاجۡعَلِ الۡجَنَّةَ لِيۡ مَنۡزِلاً وَمَقِيۡلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيۡنَ

AllaaHummaj-‘al Lii FiiHii ilaa MarDhaaTika DaLiiLan Wa Laa Taj-‘al Lisy-SyaiThaaNi FiiHii ‘Alayya SaBiiLan Waj-‘Alil Jannata Lii ManziLan Wa MaQiiLan Yaa QaaDhiYa HaWaaIji ThoLiBinn

Ya Allah, pimpinlah aku pada bulan yang mulia ini untuk mencapai keredhaan-Mu, dan janganlah ENGKAU berikan sebarang ruang kepada syaitan untuk menggodaku. Jadikanlah syurga sebagai tempat kediaman dan naunganku. Wahai Tuhan yang menunaikan hajat orang-orang yang meminta.

Doa Ramadan Hari 22

اَللَّهُمَّ افۡتَحۡ لِيۡ فِيۡهِ أَبۡوَابَ فَضۡلِكَ وَأَنۡزِلۡ عَلَيَّ فِيۡهِ بَرَكَاتِكَ وَوَفِّقۡنِيۡ فِيۡهِ لِمُوۡجِبَاتِ مَرۡضَاتِكَ وَأَسۡكِنِّيۡ فِيۡهِ بُحۡبُوۡحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيۡبَ دَعۡوَةِ الۡمُضۡطَرِّيۡنَ

AllaaHummaftah Lii AbWaaBa FadhLika Wa Anzil ‘Alayya FiiHii BarakaaTika Wa WaffiqNii FiiHii LiMuuJiBaaTi MardhoTika Wa AsKinNi FiiHii BuhBuuHaaTi JanNaaTika Yaa MuJiiBa Da’-Watil MudhTharRinn.

Ya Allah, bukalah seluas-luasnya pintu rahmat-Mu pada bulan ini dan limpahkanlah segala barakah-Mu ke atasku. Tempatkanlah aku pada kedudukan yang menjadikan ENGKAU redha terhadapku, dan tempatkanlah aku di dalam Syurga-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha memperkenankan doa orang yang berada dalam kesempitan

Doa Ramadan Hari 23

اَللَّهُمَّ اغۡسِلۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الذُّنُوۡبِ وَطَهِّرۡنِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡعُيُوۡبِ وَامۡتَحِنۡ قَلۡبِيۡ فِيۡهِ بِتَقۡوَى الۡقُلُوۡبِ يَا مُقِيۡلَ عَثَرَاتِ الۡمُذۡنِبِيۡنَ

AllaaHummagh-SilNii FiiHii Minaz-DzuNuuBi Wa ThohHirNi FiiHii Minal ‘UyuuBi WamTaHin Qalbii BiTaqwal-QuLuuBi Yaa MuQiiLa ‘ATsaRaaTil MudzNiBinn.

Ya Allah, basuhlah diriku daripada segala dosa dan bersihkanlah aku daripada segala aib dan keburukan. Semaikanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa

Doa Ramadan Hari 24

اَللَّهُمَّ إِنِّيۡ أَسۡأَلُكَ فِيۡهِ مَا يُرۡضِيۡكَ وَأَعُوۡذُ بِكَ مِمَّا يُؤۡذِيۡكَ وَأَسۡأَلُكَ التَّوۡفِيۡقَ فِيۡهِ لِأَنۡ أُطِيۡعَكَ وَلاَ أَعۡصِيَكَ يَا جَوَادَ السَّائِلِيۡنَ

AllaaHumma Inni As-Aluka FiiHii Maa YurDhiiKa Wa A’-UuDzu Bika MimMâ Yu’-DziKa Wa As-Alukat-TauFiiQa FiiHi Li’an UTii-’Aka Wa Laa A’-ShiiYaka Yaa JawWadas-Saa-ILiin

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pada bulan yang suci ini segala perkara yang mendatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala yang mengundang kemarahan-MU. Aku juga memohon kepada-MU kekuatan untuk sentiasa taat kepada-MU dan menjauhi maksiat terhadap-MU, Wahai Pemberi

Doa Ramadan Hari 25

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡنِيۡ فِيۡهِ مُحِبًّا لِأَوۡلِيَائِكَ وَمُعَادِيًا لِأَعۡدَائِكَ مُسۡتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنۡبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوۡبِ النَّبِيِّيۡنَ

AllaaHummaj’-Alnii FiiHii MuhibBan Lii AwLiYaa-Ika Wa Mu-‘AadiYan LiA’Daa-Ika MusTaNan BiSunNati KhaaTami AnBiYaa-Ika Yaa ‘AaSima QuLuubin-NaBiyYiin

Ya Allah, jadikanlah aku pada bulan ini insan yang lebih menyayangi para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut setia sunnah Nabi penutup-Mu. Wahai Tuhan yang memelihara hati para nabi

Doa Ramadan Hari 26

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ سَعۡيِيۡ فِيۡهِ مَشۡكُوۡرًا وَ ذَنۡبِيۡ فِيۡهِ مَغۡفُوۡرًا وَعَمَلِيۡ فِيۡهِ مَقۡبُوۡلاً وَعَيۡبِيۡ فِيۡهِ مَسۡتُوۡرًا يَا أَسۡمَعَ السَّامِعِيۡنَ

AllaaHummaj-’al Sa’Yiî FiiHii MasyKuuRan Wa DzanBii FiiHii MaghFuuRan Wa ‘AmaLii FiiHii MaqBuuLan Wa ‘AyBii FiiHii MasTuuRan Yaa Asma-’AsSaa-Mi’-iin

Ya Allah, jadikanlah setiap usahaku pada bulan ini sebagai tanda kesyukuran, dosa-dosaku diampunkan, amal-amalku diterima, dan segala aibku tertutup. Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar antara segala yang mendengar

Doa Ramadan Hari 27

اَللَّهُمَّ ارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ فَضۡلَ لَيۡلَةِ الۡقَدۡرِ وَصَيِّرۡ أُمُوۡرِيۡ فِيۡهِ مِنَ الۡعُسۡرِ إِلَى الۡيُسۡرِ وَاقۡبَلۡ مَعَاذِيۡرِيۡ وَحُطَّ عَنِّيَ الذَّنۡبَ وَالۡوِزۡرَ يَا رَؤُوۡفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيۡنَ

AllaaHummar-Zuqnii FiiHii FadhLa LayLatil Qadri Wa SoyYir UmuuRii FiiHii Minal ‘Usri iLal Yusri Waqbal Ma-’A-DziiRii Wa HuthTha ‘AnNiYadz-DzanBa Wal WizRa Yaa Ra`UuFan Bi-’iBaaDi-Hîsh SooLihiin

Ya Allah, rahmatilah aku pada bulan ini dengan kurniaan lailatul qadar. Tukarkanlah perjalanan hidupku daripada kesukaran kepada kemudahan. Terimalah segala permohonan maafku serta hapuskanlah dosa-dosa dan kesilapanku. Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh

Doa Ramadan Hari 28

اَللَّهُمَّ وَفِّرۡ حَظِّيۡ فِيۡهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَأَكۡرِمۡنِيۡ فِيۡهِ بِإِحۡضَارِ الۡمَسَائِلِ وَقَرِّبۡ فِيۡهِ وَسِيۡلَتِيۡ إِلَيۡكَ مِنۡ بَيۡنِ الۡوَسَائِلِ يَا مَنۡ لاَ يَشۡغَلُهُ إِلۡحَاحُ الۡمُلِحِّيۡنَ

AllaaHumma Waffir Hadz-Dzii FiiHi Minan NawaaFili Wa AkRimNii FiiHi Bi-ihDhoril MaSaa-iLi Wa Qarrib FiiHi WaSiiLaTii ilayKa Min Baynil-WaSaa-iLi Yaa Man Laa Yasy-GhaLuHu ilHaaHul MulihHiiNa

Ya Allah, lengkapkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan memperkenankan segala permintaanku. Rapatkanlah aku kepada-Mu melalui pelbagai jalan, Wahai Tuhan yang tidak pernah sibuk dengan rintihan orang yang meminta

Doa Ramadan Hari 29

اَللَّهُمَّ غَشِّنِيۡ فِيۡهِ بِالرَّحۡمَةِ وَارۡزُقۡنِيۡ فِيۡهِ التَّوۡفِيۡقَ وَالۡعِصۡمَةَ وَطَهِّرۡ قَلۡبِيۡ مِنۡ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيۡمًا بِعِبَادِهِ الۡمُؤۡمِنِيۡنَ

AllaaHumma Ghasy-syi-Nii FiiHi BirrahMati WarZuqNii FiiHit-TawFiiQa Wal ‘Ismata Wa ThohHir Qalbii Min GhaYaaHibit TuhMati Yaa RaHiiMan Bi-’iBaaDihil Mukmininn

Ya Allah, limpahkanlah ke atasku rahmat-Mu pada bulan ini, dan kurniakanlah aku taufik serta pemeliharaan-Mu. Bersihkanlah hatiku daripada benih-benih fitnah dan kebencian, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman

Doa Ramadan Hari 30

اَللَّهُمَّ اجۡعَلۡ صِيَامِيۡ فِيۡهِ بِالشُّكۡرِ وَالۡقَبُوۡلِ عَلَى مَا تَرۡضَاهُ وَيَرۡضَاهُ الرَّسُوۡلُ مُحۡكَمَةً فُرُوۡعُهُ بِالۡأُصُوۡلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِه الطَّاهِرِيۡنَ وَالۡحَمۡدُ للهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ

AllaaHummaj’-al SiYaaMii FiiHi Bis-Syukri Wal QaBuuLi ‘Alaa Maa TarDhoHu Wa YarDhoHur-RaSuuLu MuhKaMaTan FuRuu-’U-Hu Bil UsuLi Bihaqqi SayyiDinaa Muhammadin Wa AaLihit-ThooHiRiin Wal Hamdu LillaHi Rabbil ‘Aalamin

Ya Allah, perkenankanlah puasaku pada bulan ini dengan penuh kesyukuran. Jadikanlah puasaku ini membawa keredhaan-Mu dan keredhaan para Rasul-Mu. Teguhkanlah furu (cabang-cabang)-nya dan usul (pokok-pokok)-nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad saw serta keluarganya yang mulia. Segala puji bagi-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam

Waktu Afdal Dan Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadan

Bilakah masa yang paling mustajab untuk memanjatkan doa sepanjang Bulan Ramadan?

Di bawah ini disenaraikan beberapa dalil yang menunjukkan waktu-waktu doa mudah dimakbulkan:

1. Waktu Sahur

Allah SWT berfirman:

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” — Surah Adz Dzariyat: 18

2. Semasa Sedang Berpuasa

Iaitu sepanjang tempoh dari terbitnya fajar sehinggalah matahari terbenam.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah:

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” — HR Tirmidzi

3. Sewaktu Menjelang Berbuka Puasa

Saat menunggu azan Maghrib sebelum berbuka juga merupakan waktu doa yang mustajab.

Sebaik-baiknya, gunakanlah detik menjelang berbuka ini untuk mengadu dan memohon sebanyak mungkin kepada Allah SWT.

Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” — HR Ibnu Majah

4. Waktu Satu Pertiga Malam

Pada hari-hari biasa pun, sepertiga malam yang terakhir memang tergolong sebagai waktu doa yang mustajab.

Namun ketika Ramadhan, ramai yang lebih mudah merebut waktu ini kerana ia lazimnya bertepatan dengan masa bersahur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni.” — HR. Al Bukhari dan Muslim

5. Sewaktu Azan Berkumandang

Rasulullah SAW bersabda:

Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang.” — HR. Abu Daud

6. Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar merupakan malam Al Qur’an diturunkan.

Kelebihannya mengatasi 1000 bulan.

Kita digalakkan menggandakan ibadah pada malam ini, termasuklah memperbanyakkan doa.

Perkara ini diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].” — HR. Tirmidzi

Penutup

Mudah-mudahan panduan ini dapat membantu anda memperelokkan ibadah sepanjang Bulan Ramadan ini.

InsyaaAllah panduan ini akan diperkemas dari semasa ke semasa. Terima kasih!

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur)?

Panduan DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur) disusun dalam 41 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur)?

Panduan ini mengandungi 41 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.