Semua panduan solat

Maksud Bacaan Ketika Solat

Niat

Contoh niat:

"Sahaja Aku Solat Fardu Zohor 4 Rakaat Tunai Kerana Allah Taala"

Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapkan dengan Allah SWT.

Angkat Takbir (Takbiratul Ihram)

"Allahuakbar!" (Allah Maha Besar)

Doa Iftitah

اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلّهِ كَثِيْرًا
Allah Yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَاَصِيْلًا

Maha Suci Allah pagi dan petang.

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَالسَّمَاوَاتِ وَالْاَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْن

Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan yang musyrik.

اِنَّ صَلَاتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِيْ لِلّهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Tidak ada sekutu bagiNya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku tergolong dalam golongan orang Islam.

Surah Al-Fatihah Dan Surah Lain

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Alhamdu lillaahi Rabbil 'aalameen

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ar-Rahmaanir-Raheem

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Maaliki Yawmid-Deen

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Iyyaaka na'budu wa lyyaaka nasta'een

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Ihdinas-Siraatal-Mustaqeem

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ

Siraatal-lazeena an'amta 'alaihim ghayril-maghdoobi 'alaihim wa lad-daaalleen

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Rukuk

Semasa rukuk, ucapkan takbir "Allahuakbar" dan letakkan kedua belah tangan di atas lutut.

Bacaan tasbih semasa rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّي الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

Diulang sekurang-kurangnya 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Berdiri Dari Rukuk (Iktidal)

Setelah selesai rukuk, seterusnya kita akan bangun berdiri tegak. Keadaan ini dipanggil iktidal.

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami’Allahu li man hamidah

رَبَّنَا ولكَ الحَمد
Rabbana walakal-hamd

Maksudnya: Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Sujud Pertama

Bacaan semasa sujud:

Tasbih ini diulangi sebanyak 3 kali

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaa na rabbiyal a’laa wabihamdih

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Duduk Antara Dua Sujud

Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut "Allahuakbar" (tanpa mengangkat tangan).

Fasa ini dipanggil "duduk di antara dua sujud"

رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى

Rabbigfirli, warhamni, wajburni, warfagni, warzuqni, wahdini, wa a’fini, wa’fu anni

Maksudnya: Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Tahiyat Awal


التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad.

Bacaan Tahiyat Awal:

Makna: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahiyat Akhir


التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِىُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu anla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala MuhammadAllaahumma Shalli’Alaa Muhammad, Wa’Alaa Aali Muhammad. Kamaa Shallaita Alaa Ibraahiim Wa Alaa Aali Ibraahiim. Allahumma barik’Alaa Muhammad Wa Alaa Aali Muhammad. Kamaa Baarakta Alaa Ibraahiim Wa Alaa Aali Ibraahiim, Innaka Hamiidum Majiid.

Bacaan Tahiyat Akhir:

Maksudnya: Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Rujukan

  • Surah an-Nur 24:56
  • Hadith Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah
  • Hadith Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim
  • Hadith Riwayat Abu Dawud
  • Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Maksud Bacaan Ketika Solat?

Panduan Maksud Bacaan Ketika Solat disusun dalam 10 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Maksud Bacaan Ketika Solat?

Panduan ini mengandungi 10 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafi.

Adakah panduan ini disemak oleh ulama?

Ya, panduan ini telah disemak dan disahkan mengikut sumber Islam yang sahih.