
Mukadimah
Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid?
Dalam panduan ini, anda akan dibimbing menunaikan solat sunat ini satu langkah demi satu langkah, dengan penerangan yang mudah dicerna oleh sesiapa sahaja.
Kelebihan panduan ini:
Semua bacaan turut disertakan transliterasi rumi bagi memudahkan anda yang masih belum lancar membaca tulisan arab.
Jom, mari kita mulakan panduan ini tanpa berlengah lagi.
Maksud Solat Tahiyyatul Masjid
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat dua rakaat yang ditunaikan serta-merta apabila seseorang melangkah masuk ke dalam masjid atau surau, iaitu sebelum sempat duduk.
Ia merupakan sunat mu’akkad, umpama ucapan ‘selamat datang’ — tanda kita menghormati masjid dan memberi salam kepada rumah Allah yang kita masuki (kecuali Masjidil Haram, kerana penghormatan kepadanya adalah dengan mengerjakan tawaf)
Justeru, sesiapa yang memasuki masjid disunatkan menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid sebanyak dua rakaat, tidak kira bila dia masuk — sama ada ketika waktu yang dilarang untuk bersolat mahupun sebaliknya.
Sesiapa yang terus duduk di dalam masjid tanpa mengerjakan solat sunat dua rakaat ini terlebih dahulu, hukumnya adalah makruh. Rasulullah SAW bersabda:
Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” — Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim
Doa Masuk Masjid
Ketika melangkah masuk ke dalam masjid, amalkanlah doa masuk masjid ini:
Maksudnya:
اللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لِي ذُنُوبِي وَافۡتَحۡ لِي أَبۡوَابَ رَحۡمَتِكَYa Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.
Allahummagfirli Zunubi Waftahli Abwaba Rahmatika
Maksudnya:
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu.
Waktu Mendirikan Solat Ini
Tiada waktu khusus ditetapkan untuk solat sunat ini. Ia boleh ditunaikan pada bila-bila masa sebaik sahaja kita melangkah masuk ke masjid, selagi kita belum duduk.
Niat Solat Tahiyatul Masjid
Setelah berada di dalam masjid, berdirilah tegak mengadap kiblat lalu lafazkan niat berikut:
Maksudnya:
أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةِ الۡمَسۡجِدِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَىSahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Usolli Sunnata Tahiyyatil Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid
Secara ringkasnya, beginilah Solat Sunat Tahiyyatul Masjid ditunaikan:
- Solat sunat Tahiyyatul Masjid dimulakan dengan takbiratul ihram, sambil berniat di dalam hati: “Sahaja aku Solat Sunat Tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala”.
- Pada setiap rakaat, bacakan Surah Al-Fatihah dan sambung dengan surah lazim — contohnya al-Kafirun pada rakaat pertama atau al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Kemudian rukuk, dan seterusnya sujud sebanyak dua kali, sambil memelihara tuma’ninah (ketenangan) pada setiap pergerakan.
- Bagi rakaat kedua, bangkit sambil bertakbir, baca Al-Fatihah bersama surah lazim yang berlainan, lalu teruskan dengan rukuk dan sujud.
- Apabila rakaat kedua selesai, duduklah bagi tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.
Solat ini didirikan sebagai tanda memuliakan masjid, sekali gus menjadi ucapan salam kepada rumah Allah.
Seterusnya ialah panduan terperinci, langkah demi langkah, cara menunaikannya
Rakaat Pertama — 1. Solat Dimulakan Dengan Takbiratul ihram.
Niat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat Solat Sunat Tahiyatul Masjid di dalam hati:
أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةِ الۡمَسۡجِدِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Sunnata Tahiyyatil Masjidi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala.
Boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat Sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala
- Lafaz niat solat juga boleh disebut sebelum takbir diangkat.

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.
Lazimnya bagi solat sunat, al-Fatihah dibaca terus tanpa didahului doa iftitah.
Namun sekiranya mahu membaca doa iftitah sekali, ia tetap satu amalan sunat yang diberi ganjaran pahala
Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, maka bacaannya adalah wajib pada setiap solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Pertama — 3. Kemudian, Bacalah Surah al-Kafirun
Sesudah al-Fatihah dibaca, sambunglah dengan mana-mana surah pendek daripada al-Quran.
Salah satu pilihan yang sesuai ialah surah al-Kafirun
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Selain al-Kafirun, surah-surah lain juga boleh dibaca
Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.
Sewaktu rukuk, ucapkan bacaan rukuk ini:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), dan bacakan:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Rakaat Pertama — 6. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Rakaat Pertama — 7. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud ini:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Rakaat Pertama — 8. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Rakaat Pertama — 9. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum berdiri bagi rakaat kedua, duduklah berehat seketika (dalam anggaran 3 saat), barulah bangkit untuk rakaat berikutnya.

Rakaat Kedua — 10. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat
Sesudah bangkit daripada duduk istirahah, angkatlah takbir bagi memulakan rakaat kedua.
(Takbir intiqalat ialah takbir yang menandakan bermulanya rakaat kedua).
اللَّهُ أَكۡبَرُ
Rakaat Kedua — 11. Baca Surah al-Fatihah
Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua ini.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Rakaat Kedua — 12. Seterusnya Membaca Surah Al-Ikhlas
Sesudah al-Fatihah selesai, teruskan pula dengan surah al-ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
- Sebagaimana pada rakaat pertama, kita bebas memilih mana-mana surah yang kita hafal dan gemari.
Rakaat Kedua — 13. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.
Sewaktu rukuk, ucapkan bacaan rukuk ini:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Rakaat Kedua — 14. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), dan bacakan:

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Rakaat Kedua — 15. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Rakaat Kedua — 16. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud ini:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Rakaat Kedua — 17. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Rakaat Kedua — 18. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan
Rakaat Kedua — 19. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.
Tamatkan solat dengan dua kali salam — mulakan ke arah kanan, kemudian palingkan wajah ke arah kiri.

Palingkan wajah ke arah kanan sambil melafazkan salam berikut:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… seterusnya palingkan wajah ke arah kiri pula dan lafazkan salam yang kedua:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Niat Iktikaf Di Dalam Masjid

Setelah solat sunat tadi selesai ditunaikan, pasanglah niat untuk beriktikaf di dalam masjid seperti berikut:
نَوَيۡتُ الۡإِعۡتِكَافَ فِي هَذَا الۡمَسۡجِدِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَىNawaitul iktikaf fi hazal masjidi sunnatan lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.
Dalil Mengenai Solat Tahiyyatul Masjid

- Menerusi hadis yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah bin Rib’i al Ansari, Nabi bersabda:
Apabila salah seorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sehinggalah dia mendirikan solat dua rakaat. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Menerusi hadis riwayat Jabir bin Abdullah pula, beliau menceritakan:
Aku menemui Nabi, ketika itu Baginda sedang berada di dalam masjid. Lantas Baginda bersabda: Solatlah kamu dua rakaat. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
- Dalam satu hadis yang lain lagi, Jabir bin Abdullah meriwayatkan:
Seorang lelaki telah datang (masuk ke dalam masjid) dan ketika itu Nabi sedang berkhutbah di hadapan orang ramai pada hari Jumaat. Lantas Baginda bertanya kepada lelaki itu: Adakah kamu telah solat wahai fulan? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda pun bersabda: Bangunlah dan lakukanlah solat dua rakaat. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian, antara cara kita menghormati, memuliakan serta mengagungkan rumah Allah — iaitu masjid atau surau — ialah dengan memberi salam kepadanya menerusi solat dua rakaat sewaktu memasukinya.
Solat sunat Tahiyatul Masjid juga menjadi wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah tatkala melangkah ke dalam rumah-Nya.
Isu Berkaitan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Adakalanya kita berdepan dengan pelbagai situasi atau kekangan ketika hendak menunaikan solat sunat ini.
Berikut dihimpunkan beberapa keadaan yang biasa ditemui:
1. Azan Sedang Berkumandang
Jika kita masuk ke masjid ketika azan sedang dilaungkan, jawablah dahulu azan itu sambil berdiri. Selepas itu, tunaikan solat sunat Rawatib — ia sudah mencukupi bagi menunaikan tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
2. Khatib Sedang Berkhutbah
Sekiranya khatib sedang menyampaikan khutbah atau majlis ilmu sedang berlangsung ketika kita tiba, tunaikanlah dahulu solat Tahiyatul Masjid dua rakaat sebelum duduk.
Solat itu hendaklah dipendekkan, dengan melaksanakan perkara yang wajib sahaja.
3. Sengaja
Sekiranya seseorang masuk ke masjid lalu terus duduk dengan sengaja, maka gugurlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid bagi dirinya.
4. Duduk Kerana Terlupa
Sekiranya dia duduk kerana terlupa, terdapat 2 keadaan:
- Lupa seketika sahaja lalu segera teringat — dia masih boleh bangun dan terus menunaikan solat.
- Lupa dalam tempoh yang lama sebelum teringat — dia tidak lagi dibolehkan bangun untuk bersolat.
5. Tidak Sempat Mengerjakan Solat Tahiyatul Masjid
Bagi mereka yang terlepas peluang menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atas sebab:
- Solat jemaah sudah pun bermula
- Dia sudah terlanjur duduk atau
- Dia hanya singgah seketika atas sesuatu urusan
Maka digalakkan untuk membaca sebanyak 3 kali:

Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Maksudnya:
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya bagi Allah dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar
6. Imam Mendirikan Solat Fardu Ketika Anda Sedang Solat Tahiyatul Masjid
Apakah yang perlu dibuat sekiranya solat fardhu didirikan oleh imam ketika kita masih di tengah-tengah solat sunat Tahiyatul Masjid?
Jika ketika itu dia masih berada pada rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan jemaah sudah mendirikan solat fardhu, dia wajib membatalkan solat sunat itu lalu masuk ke dalam saf solat fardhu.
Hal ini berdasarkan larangan daripada Rasulullah SAW:
Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” — Hadis Riwayat Muslim
Namun sekiranya dia sudah masuk ke rakaat kedua, hendaklah dia memendekkan bacaan dan menyempurnakan baki rukun-rukunnya hingga salam, barulah menyertai jemaah solat fardhu.
7. Bolehkah Solat Sunat Tahiyatul Di Luar Masjid?
Solat Sunat Tahiyatul Masjid tidak dituntut di luar kawasan masjid, misalnya di padang atau di kaki lima.
8. Mendirikan Solat Sunat Rawatib Tanpa Mengerjakan Tahiyatul Masjid Terlebih Dahulu
Sekiranya seseorang tidak menunaikan solat sunat tahiyatul masjid tetapi terus mendirikan solat sunat qabliyah, ia turut memadai — kerana hadis di atas datang dalam bentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.
9. Waktu Singkat Untuk Mengerjakan Solat Sunat
Jika kita tiba di masjid sedangkan solat fardhu hanya berbaki beberapa minit lagi, cukuplah dengan menunaikan solat sunat sebelum fardu — ia sudah dikira menepati tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Kita juga boleh menggabungkan dua niat, iaitu mana-mana Solat Sunat Qabliyah bersama Solat Tahiyatul Masjid.
Kesimpulan
Sufyan at-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkenal, pernah berkata:
“Antara perkara yang tergolong sebagai sia-sia ialah seseorang yang melangkah masuk ke dalam masjid, lalu keluar semula tanpa sempat menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid”
Justeru, sekiranya ada kelapangan dan peluang, eloklah seseorang itu menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid secara berasingan — hasilnya, timbangan amalannya di akhirat kelak akan menjadi lebih berat.
Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat buat anda!
Nota Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll