Semua panduan solat

Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Panduan Lengkap)

Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah bunyi lafaz iqamat, dan apakah doa yang dibaca selepasnya?

Dalam panduan ini, anda akan dibimbing tentang lafaz iqamat, cara menjawab iqamat serta doa selepas iqamat.

Setiap bacaan disertakan dalam ejaan rumi untuk memudahkan sesiapa yang masih sukar membaca tulisan arab.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan azan dan iqamat turut dimuatkan dalam panduan ini.

Jika inilah panduan yang anda perlukan, mari kita mulakan..

  1. Pengenalan
  2. Syarat iqamat
  3. Lafaz iqamat
  4. Cara jawab iqamat
  5. Bacaan doa selepas iqamat
  6. Adab-adab semasa iqamat
  7. Jarak masa antara azan dan iqamat

Pengenalan

Dari sudut bahasa, iqamah bererti bangun.

Menurut istilah syarak pula, iqamah bermaksud menyeru orang yang hadir supaya bangun mendirikan solat, menggunakan kalimah-kalimah yang tertentu.

Laungan iqamah menandakan solat fardu akan bermula, sekali gus mengingatkan para hadirin agar berdiri dan bersedia di dalam saf untuk menunaikan solat fardu tersebut.

Syarat-syarat iqamah

Ada beberapa syarat iqamah yang mesti dipatuhi.

Antara syarat-syarat tersebut:

  1. Diucapkan dalam bahasa Arab
  2. Dilaungkan oleh seorang sahaja
  3. Muwalat (berturut-turut) kalimah-kalimahnya.
  4. Dilaungkan setelah masuk waktu solat.
  5. Tertib.

Lafaz Iqamat

Iqamat merupakan seruan yang dilaungkan bagi memaklumkan kepada para jemaah bahawa solat berjemaah bakal dimulakan.

Kalimah-kalimah seruan iqamat ialah:

اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوۡلُ اللهِ حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ قَدۡ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدۡ قَامَتِ الصَّلَاةُ اللهُ أَكۡبَرُ اللهُ أَكۡبَرُ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ

Seruan Iqamat dalam Rumi:

Maksudnya:

Allah Maha Besar Allah Maha Besar Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Marilah mendirikan solat. Marilah kepada kejayaan. Sesungguhnya solat akan didirikan. Sesungguhnya solat akan didirikan. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Tiada Tuhan melainkan Allah

āllahu ākbar āllahu ākbar āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah hayyā alā-s-salah hayyā alā-l-falāh qad qāma tis-salaah qad qāma tis-salaah āllahu ākbar āllahu ākbar lā ilaha illā-llah.

Maksudnya:

Allah Maha Besar Allah Maha Besar Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Marilah mendirikan solat. Marilah kepada kejayaan. Sesungguhnya solat akan didirikan. Sesungguhnya solat akan didirikan. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Tiada Tuhan melainkan Allah

Cara Menjawab Iqamat

Ketika mendengar iqamat dilaungkan, kita disunatkan untuk menjawabnya.

Untuk menjawab iqamat, ulanglah secara perlahan setiap ucapan muazin dalam iqamat itu, kecuali bagi kalimah-kalimah berikut:

1. kalimah Hayyā `alā-s-salah

حَيَّ عَلَىٰ الصَّلَاةِ

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

لَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

2. Kalimah Hayyā `alā-l-falāh

حَيَّ عَلَىٰ الۡفَلَاحِ

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

لَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

3. Kalimah Qad qāma tis-salaah

قَدۡ قَامَتِ الصَّلَاةُ

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

أَقَامَهَا اللهُ وَأَدَامَهَا

Maksudnya:

Semoga Allah menjadikan solat itu terus berdiri dan kekal

Doa Selepas Iqamat

Sebaik sahaja iqamat selesai, kita disunatkan membaca doa yang sama seperti doa selepas azan, sebagai doa keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW:

اللّٰهُمَّ رَبَّ هٰذِهِ الدَّعۡوَةِ التَّآمَّةِ وَالصَّلَاةِ الۡقَائِمَةِ، اٰتِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا الۡوَسِيۡلَةَ وَالۡفَضِيۡلَةَ، وَالشَّرَفَ وَالدَّرَجَةَ الۡعَالِيَةَ الرَّفِيۡعَةَ، وَابۡعَثۡهُ مَقَامًا مَحۡمُوۡدًا الَّذِيۡ وَعَدۡتَّهُ، إِنَّكَ لَا تُخۡلِفُ الۡمِيۡعَادَ.

Doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah. Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksud Iqamat:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Adab-adab Semasa Iqamat

Ketika melaungkan iqamat, ada beberapa adab yang digalakkan supaya dipraktikkan:

  1. Membacanya dengan pantas
  2. Berhenti seketika pada setiap ayat sebagaimana dilakukan semasa azan
  3. Iqamat dilaungkan oleh orang yang sama melaungkan azan.

Jarak Masa antara Azan dan Iqamat

Sunat untuk diselangi jarak masa antara azan dengan iqamat.

Selang masa ini bertujuan menjaga kepentingan umum — memberi ruang kepada mereka yang ingin berjemaah untuk sampai, membolehkan orang yang sedang makan menghabiskan makanannya, dan orang yang perlu membuang air menunaikan hajatnya tanpa tergesa-gesa.

Sikap tergesa-gesa itu datangnya daripada syaitan.

Para ulama menyatakan bahawa jarak antara azan dan iqamat ialah sekadar tempoh seseorang menghabiskan makan dengan tenang, atau mandi secara bertenang.

Al-Imam asy-Syaukani meriwayatkan dalam Nail al-awthar 1/409, dengan sanadnya daripada Ubay ibn Ka’ab, bahawa Rasulullah bersabda:

Wahai Bilal, jadikanlah antara azanmu dan iqamatmu ruang nafas seperti jangka masa seseorang makan dengan tenang bersahaja, atau mandi dengan cara tenang bersahaja.

Penutup

Semoga panduan ini dapat membantu anda memahami perkara-perkara berkaitan iqamat.

Sekian, terima kasih.

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 385
  • Sunan Abu Dawud, no. 528
  • Sahih al-Bukhari, no. 614
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Panduan Lengkap)?

Panduan Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Panduan Lengkap) disusun dalam 9 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Panduan Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 9 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.