Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap)

Mukadimah

Macam mana sebenarnya cara untuk menunaikan solat Zohor?

Dalam panduan ini, anda akan dibimbing mengerjakan solat fardu Zohor secara berperingkat, satu langkah demi satu langkah, sehingga sempurna selesai.

Setiap tulisan jawi dan Arab turut kami sertakan transliterasi RUMI dan audio supaya lebih senang anda ikuti.

Sekiranya anda rasa panduan ini sesuai untuk anda, mari kita mulakan…

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan Solat Zohor?

Solat Fardu Zohor (صلاة الظهر) ialah satu daripada lima (5) solat fardu yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam.

Solat fardu ini wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang masih hidup dan waras akalnya.

Ia langsung tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan sekalipun, kerana meninggalkannya termasuk dalam kategori dosa-dosa besar.

Malah, sekiranya seseorang itu sakit teruk sehingga hanya matanya sahaja yang mampu bergerak, solat tetap wajib ditunaikan dalam waktunya dengan menggunakan isyarat mata.

Andai kata seseorang itu terlepas solat fardu, maka wajib baginya menggantikan solat tersebut dengan niat qada.

Panduan ini disediakan khas untuk membantu saudara baru yang baharu memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara bersolat.

Mudah-mudahan panduan ini dapat meringankan dan memudahkan urusan solat anda.

Lafaz Niat Solat Zohor

Berikut merupakan lafaz niat untuk Solat Zohor:

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.

Niat Solat Zohor dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Waktu Masuk Solat Zohor

Waktu Zohor bermula sebaik sahaja matahari gelincir dari kedudukan tengah langit, dan berterusan sehingga bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengan benda itu sendiri.

Secara ringkasnya, Zohor masuk apabila bayang-bayang mula condong ke arah barat.

Bilangan Rakaat Solat Zohor

Jumlah rakaat bagi Solat Zohor ialah 4 rakaat sahaja.

Ia boleh dikerjakan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.

Cara Solat Zohor

Ringkasan langkah mengerjakan Solat Fardu Zohor

  • Solat Zohor bermula dengan takbiratul ihram serentak berniat di dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Bacaan dalam solat: mulakan dengan Doa Iftitah, diikuti Surah al-Fatihah, kemudian pilih mana-mana surah atau ayat lain dari Al-Quran.
  • Tunaikan rukuk, kemudian sujud sebanyak dua kali. Jagalah ketenangan pada setiap pergerakan.
  • Rakaat Kedua: bangkit ke rakaat kedua sambil membaca takbir. Baca al-Fatihah dan surah pilihan, lalu disusuli rukuk dan sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: sebaik tamat rakaat kedua, duduklah untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga dan Keempat: berdiri bagi rakaat ketiga dan keempat, baca al-Fatihah sahaja, kemudian rukuk dan sujud.
  • Tahiyyat Akhir dan Salam: selepas rakaat keempat, duduk untuk tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.

Di bahagian ini, kami susunkan langkah-langkah ringkas yang mudah anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda boleh meneliti gambar dan audio yang disertakan.

Rakaat Pertama — 1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat

Berdirilah dengan selesa sambil memandang ke arah tempat sujud.

Hayati dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Seterusnya, lafazkan niat Solat Zuhur:

Niat

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli fardoz Zuhri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Ta’ala.

Rakaat Pertama — 2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati

Lafazkan takbir “Allahuakbar” sambil mengangkat kedua tangan dan berniat di dalam hati:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Sekiranya anda sukar untuk berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, anda boleh melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu, kemudian disusuli niat dalam hati beberapa detik selepasnya.

cara takbir

takbir perempuan

Rakaat Pertama — 3. Membaca Doa Iftitah

Selepas mengangkat takbir, letakkanlah tangan di atas pusat.

Kemudian, bacalah Doa Iftitah.

Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Rakaat Pertama — 4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah

Setelah selesai Doa Iftitah, bacakan pula surah al-Fatihah.

Al-Fatihah merupakan bacaan rukun di dalam solat.

Oleh sebab itu, ia wajib dibaca ketika solat.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran

Selepas tamat membaca al-Fatihah, sambunglah dengan membaca surah-surah lain atau ayat-ayat dari al-Quran.

Anda bebas memilih mana-mana surah yang anda gemari dan hafal.

Antara surah pendek ialah al-Kafirun.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 6. Kemudian, Lakukan Rukuk

Sebaik selesai membaca surah, sambunglah dengan bertakbir (Allahuakbar) lalu rukuk.

rukuk solat

Semasa rukuk:

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua tangan diletakkan di atas lutut dalam keadaan selesa.

cara rukuk yang betul

Bacaan tasbih ketika rukuk adalah seperti berikut:

Bacaan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Rakaat Pertama — 7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Posisi iktidal

Bacaan Iktidal

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Pertama — 8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

sujud

Bertakbir lalu turun untuk sujud sambil membaca:

Bacaan Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 9. Kemudian, Duduk antara dua sujud

Selepas itu, bangkit dari sujud (ke keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Kedudukan ini dikenali sebagai duduk antara dua sujud.

Berikut ialah posisi duduk antara dua sujud:

Posisi duduk diantara dua sujud

Bacaan ketika duduk antara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Pertama — 10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

sujud

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Posisi dan bacaannya sama seperti sujud yang pertama.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangkit ke rakaat kedua, duduklah berehat seketika (lebih kurang 3 saat) sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua tangan tersebut.

Kemudian, naiklah terus dengan bantuan kedua tangan.

Rakaat Kedua — 12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan bagi rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 13. Baca Surah al-Fatihah.

Sepertimana rakaat pertama, surah al-Fatihah sekali lagi dibacakan pada rakaat kedua ini.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Selepas tamat membaca al-Fatihah, bacalah pula surah al-ikhlas

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua tangan diletakkan di atas lutut dalam keadaan selesa.

Ketika rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangkit dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Kedua — 17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Kedua — 19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal

Sebaik tamat sujud kedua, bangkitlah ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Genggamlah tapak tangan kanan, kecuali jari telunjuk kanan yang diluruskan.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kedudukan jari semasa tahiyat

Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.

Bacaan Tahiyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Cara Naik Ke Rakaat Ketiga

Setelah selesai membaca tahiyat awal, bersedialah untuk bangun semula.

Bertakbirlah dan berdiri bagi meneruskan rakaat ketiga.

Seperti cara bangun dari rakaat pertama, letakkan kedua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua tangan.

Kemudian, naiklah terus berdiri dengan bantuan kedua tangan.

Rakaat Ketiga

Rakaat ketiga sama sahaja seperti rakaat pertama, cuma tidak perlu dibaca surah selepas tamat membaca surah al-Fatihah.

Rakaat Ketiga — 21. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat Ketiga — 22. Baca Surah al-Fatihah.

Sepertimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibacakan sekali lagi pada rakaat kedua ini.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Ketiga — 23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua tangan diletakkan di atas lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Ketiga — 24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Ketiga — 25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Ketiga — 26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Ketiga — 27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Ketiga — 28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangkit ke rakaat kedua, duduklah berehat seketika (lebih kurang 3 saat) sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua tangan.

Kemudian, naiklah terus dengan bantuan kedua tangan.

Rakaat keempat

Rakaat keempat (rakaat terakhir) sama sahaja seperti rakaat kedua, cuma tidak perlu dibaca surah selepas tamat membaca surah al-Fatihah.

Rakaat keempat — 29. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat keempat — 30. Baca Surah al-Fatihah.

Sepertimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibacakan sekali lagi pada rakaat kedua ini.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat keempat — 31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan rata, pandangan diarahkan ke tempat sujud, dan kedua tangan diletakkan di atas lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat keempat — 32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat keempat — 33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat keempat — 34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat keempat — 35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

telunjuk jari ketika tahiyat

Ketika melafazkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Rakaat keempat — 37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkanlah wajah ke sebelah kanan, lalu ucapkan salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… selepas itu, palingkan pula wajah ke sebelah kiri sambil mengucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Alhamdulillah, Selesai Sudah Solat Fardhu Zohor.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?

Sebagai contoh, andai kata saya terlupa mengerjakan rakaat ketiga solat zohor, atau saya terlupa membaca doa qunut, apakah hukum solat saya?

Adakah saya perlu mengulang solat dari awal?

Jawapan

Pertama sekali, kita perlu kenal pasti dahulu sama ada perkara yang tertinggal itu termasuk dalam kategori rukun atau sunat.

Sekiranya perbuatan yang tertinggal itu ialah perkara rukun, maka anda KENA ulangi semula perkara rukun tersebut serta menambah Sujud Sahwi di penghujung solat.

Contoh:

  • Jika anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda perlu bangun semula selepas tahiyat akhir untuk menambah 1 rakaat lagi, kemudian disusuli Sujud Sahwi.

Namun, jika perbuatan yang tertinggal itu tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAK perlu mengulang perbuatan tersebut. Memadai dengan melakukan sujud sahwi sahaja.

Contoh:

  • Sekiranya anda terlupa membaca Doa Qunut, anda hanya perlu melakukan sujud sahwi sahaja.

Nota: Sekiranya perkara yang tertinggal itu pula ialah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu diulang mahupun disujud sahwikan. Cukup sekadar meneruskan solat seperti biasa.

Doa Selepas Solat Zohor

doa

Setelah selesai menunaikan solat fardhu, kita amat digalakkan untuk melafazkan tasbih, tahmid, takbir serta istigfar.

Adalah kurang elok sekiranya selepas tamat solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diiringi wirid dan doa.

Lazimnya, selepas selesai sembahyang kita disunatkan bertasbih dan seumpamanya bagi menyahut anjuran Nabi Muhammad SAW.

Antara salah satu Doa Solat Zohor yang boleh dibaca ialah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا، اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in. Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro, Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab. Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.

Maksud doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Zohor

solat sunat zuhur

Terdapat solat sunat yang amat digalakkan untuk dikerjakan.

Solat sunat ini dikenali sebagai solat Sunat Rawatib.

Ia boleh dikerjakan sebelum dan juga selepas selesai menunaikan Solat Fardu Zohor.

Fungsi solat ini ialah sebagai pelengkap atau tambahan bagi menampung kekurangan ketika kita mengerjakan solat fardu.

Qada Solat Zohor

Sekiranya anda terlepas solat fardu Zohor, maka anda hendaklah mengerjakan qada solat.

Qada ( قضاء ) bererti menunaikan solat di luar waktunya yang asal.

Tujuan qada solat adalah untuk menggantikan solat yang tertinggal. Ia hukumnya wajib kerana solat fardu yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang dengan Allah.

Bagi mengqada solat fardu Zohor, bacaan dan pergerakannya adalah serupa dengan solat fardu Zohor yang ditunaikan secara tunai.

Yang membezakan antara solat fardu tunai dan solat qada hanyalah dari sudut NIAT.

Berikut ialah niat untuk qada Solat Zohor:

أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardhoz Zuhri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Zohor empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Penutup

Panduan ini disediakan khas untuk membantu saudara baru yang baharu memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara bersolat.

Mudah-mudahan panduan ini dapat meringankan dan memudahkan urusan solat anda.

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Sahih al-Bukhari, no. 6307
  • Al-Quran 3:8
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap) disusun dalam 49 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT ZOHOR (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 49 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.