Semua panduan solat

DOA QUNUT SUBUH & WITIR (Transliterasi Rumi & Audio)

DOA QUNUT SUBUH & WITIR (Transliterasi Rumi & Audio)

Mukadimah

Macam mana sebenarnya bacaan Doa Qunut itu?

Panduan ini merangkumi bacaan Doa Qunut (dalam ejaan rumi) untuk solat Subuh yang dilakukan seorang diri, serta bacaan Qunut yang dilafazkan imam ketika solat berjemaah.

Selain itu, turut dikongsikan panduan bacaan bagi Qunut Witir dan Qunut Nazilah.

Perkara yang perlu anda tahu:

Panduan ini dilengkapi AUDIO dan ejaan RUMI supaya anda yang masih baru belajar atau belum lancar membaca tulisan Arab tetap dapat mengikutinya dengan mudah.

Mudah-mudahan panduan ini membantu anda menunaikan solat dengan lebih sempurna.

Pengertian Doa Qunut

doa qunut

Apakah yang dimaksudkan dengan Qunut?

Dari sudut bahasa, kalimah Qunut (الۡقُنُوۡتُ) berasal daripada Bahasa Arab dan mengandungi pelbagai erti, antaranya berdiri dalam tempoh yang lama, diam, sentiasa taat, tunduk, doa serta khusyuk.

Dari segi istilah pula, doa Qunut bermaksud doa yang dilafazkan oleh seorang Muslim di dalam solat, pada tempat tertentu yang dikhususkan, ketika dalam keadaan berdiri.

Imam Ahmad ada meriwayatkan daripada Anas r.a yang berkata:

Rasulullah SAW sentiasa membaca dia qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia. (Riwayat Ahmad dalam kitab Musnad Ahmad, kitab Musnad Anas bin Malik)

Riwayat daripada Anas r.a turut dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa:

Dia telah telah ditanya: ‘Adakah Rasulullah membaca qunut ketika Subuh?’ Jawabnya: ‘Ya’. Mereka bertanya lagi: ‘Adakah Baginda membaca qunut sebelum rukuk?’ Katanya: ‘Sebaik sahaja selepas rukuk’ (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Jumaat: Bab qunut sebelum dan selepas rukuk)

Qunut dalam solat terbahagi kepada tiga jenis: Qunut pada solat subuh, Qunut pada solat witir di bulan ramadhan, dan Qunut Nazilah.

Bacaan Doa Qunut Bersendirian

Bagaimanakah doa qunut dibaca apabila solat seorang diri?

Ketika rakaat kedua Solat Fardu Subuh, sebelum turun sujud, teruskan berdiri tegak sambil kedua-dua tangan diangkat, lalu bacalah doa qunut.

Berikut ialah lafaz doa qunut tersebut:

اللَّهُمَّ اهۡدِنِي فِيمَنۡ هَدَيۡتَ، وَعَافِنِي فِيمَنۡ عَافَيۡتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنۡ تَوَلَّيۡتَ، وَبَارِكۡ لِي فِيمَا أَعۡطَيۡتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيۡتَ، فَإِنَّكَ تَقۡضِي وَلَا يُقۡضَى عَلَيۡكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنۡ وَالَيۡتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنۡ عَادَيۡتَ، تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ، فَلَكَ الۡحَمۡدُ عَلَى مَا قَضَيۡتَ، أَسۡتَغۡفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيۡكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الۡأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Doa Qunut Rumi

Transliterasi rumi bagi bacaan Qunut disediakan seperti berikut:

اَللَّهُمَّ اهۡدِنِيۡ فِيۡمَنۡ هَدَيۡتَ

Allahhummah Dinii Fiiman Hadait

وَعَافِنِيۡ فِيۡمَنۡ عَافَيۡتَ

Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait

وَتَوَلَّنِيۡ فِيۡمَنۡ تَوَلَّيۡتَ

Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit

وَبَارِكۡ لِيۡ فِيۡمَا أَعۡطَيۡتَ

Wabaariklii Fiimaa A’thait

وَقِنِيۡ شَرَّمَا قَضَيۡتَ

Waqinii Syarramaa Qadhait

فَإِنَّكَ تَقۡضِيۡ وَلَا يُقۡضَى عَلَيۡكَ

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنۡ وَالَيۡتَ

WainNahu Laa Yadzilu-man Walait

وَلَا يَعِزُّ مَنۡ عَادَيۡتَ

Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait

تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ

Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait

فَلَكَ الۡحَمۡدُ عَلَى مَا قَضَيۡتَ

Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

اَسۡتَغۡفِرُكَ وَاَتُوۡبُ اِلَيۡكَ

Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الۡأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ

Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.

Doa Qunut Imam (Berjemaah)

Apabila solat fardu subuh ditunaikan secara berjemaah, lafaz qunutnya mempunyai sedikit perbezaan berbanding bacaan ketika bersolat seorang diri.

Perbezaannya terletak pada kata ganti diri dalam bahasa arab — ‘Ku’ (nii) digantikan dengan ‘Kami’ (naa) kerana doa itu dipohon bagi pihak jemaah yang ramai (lebih daripada seorang).

Imamlah yang memulakan bacaan Qunut.

Imam melafazkan doa qunut secara kuat, manakala makmum meng-aminkan bahagian doa tersebut dan membaca sendiri bahagian pujian serta selawat di penghujungnya.

اَللَّهُمَّ اهۡدِنَا فِيمَنۡ هَدَيۡتَ، وَعَافِنَا فِيمَنۡ عَافَيۡتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنۡ تَوَلَّيۡتَ، وَبَارِكۡ لَنَا فِيمَا أَعۡطَيۡتَ، وَقِنَا شَرَّمَا قَضَيۡتَ، فَإِنَّكَ تَقۡضِى وَلَا يُقۡضَى عَلَيۡكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنۡ وَالَيۡتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنۡ عَادَيۡتَ، تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ، فَلَكَ الۡحَمۡدُ عَلَى مَا قَضَيۡتَ، وَنَسۡتَغۡفِرُكَ وَنَتُوۡبُ إِلَيۡكَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الۡأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ

Bacaan Qunut Berjemaah Rumi

اَللَّهُمَّ اهۡدِنَا فِيۡمَنۡ هَدَيۡتَ

Allahhummah-dinaa Fiiman Hadait

وَعَافِنَا فِيۡمَنۡ عَافَيۡتَ

Wa ’Aafinaa Fiiman ‘Aafait

وَتَوَلَّنَا فِيۡمَنۡ تَوَلَّيۡتَ

Watawal-lanaa Fiiman Tawal-laiit

وَبَارِكۡ لَنَا فِيۡمَا اَعۡطَيۡتَ

Wabaarik-lanaa Fiimaa A’thait

وَقِنَا شَرَّمَا قَضَيۡتَ

Waqinaa Syarramaa Qadhait

فَإِنَّكَ تَقۡضِيۡ وَلَا يُقۡضَى عَلَيۡكَ

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdha ‘Alaik

وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنۡ وَالَيۡتَ

Wainnahu Laa Yadzilu Man Walait

وَلَا يَعِزُّ مَنۡ عَادَيۡتَ

Walaa Ya’izzu Man ‘Aadait

تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ

Tabaa-rakta Rabbanaa Wata’Aalait

فَلَكَ الۡحَمۡدُ عَلَى مَا قَضَيۡتَ

Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

وَنَسۡتَغۡفِرُكَ وَنَتُوۡبُ اِلَيۡكَ

Wa Nastaghfiruka Wa Natuubu Ilaik

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الۡأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Wa Sohbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut (Terjemahan Baris Demi Baris)

Di bawah ini disertakan terjemahan doa qunut satu baris demi satu baris:

“Ni” = aku “Na” = kami

Allah humah dini fiman hadait. Ya Allah, kurniakanlah hidayah kepadaku sepertimana orang-orang yang telah Engkau kurniakan hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait. Anugerahkanlah aku kesihatan sepertimana orang-orang yang telah Engkau anugerahkan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait. Dan jagalah diriku sepertimana mereka yang telah Engkau jaga.

Wabarikli fimaa a’tait. Limpahkanlah keberkatan untukku pada segala yang telah Engkau berikan.

Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait. Dan lindungilah aku (dengan rahmat Allah) daripada keburukan yang telah Engkau takdirkan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan hukum, dan Engkau tidak dihukum oleh sesiapa.

Wainnahu layadziluman walait. Dan sesungguhnya tidak akan hina sesiapa yang berada dalam pimpinan-Mu.

Walaa ya’izzuman ‘adait. Dan tidak akan mulia sesiapa yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait. Maha Suci lagi Maha Tinggi Engkau, wahai Tuhan kami.

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Maka untuk-Mu segala puji atas segala yang telah Engkau tetapkan.

Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik. Dan kepada-Mu kami memohon keampunan, dan kepada-Mu jua kami kembali bertaubat.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda.

Hukum Membaca Doa Qunut

Dalam kalangan para ulama, wujud khilaf dan pandangan yang berbeza-beza tentang hukum membaca doa qunut ketika solat Subuh.

Menurut Imam Syafi’e, membaca Qunut dalam solat Subuh hukumnya sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.

Sekiranya seseorang terlupa atau tertinggal bacaan Qunut, dia disunatkan menggantikannya dengan sujud sahwi.

Namun, solat Subuh itu tetap sah sekalipun sujud sahwi tidak dilakukan.

Pandangan Mazhab Syafi’e inilah yang menjadi pegangan kukuh umat Islam, terutamanya di Malaysia dan di seluruh rantau Nusantara.

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh Di Mekah & Madinah

Bagi Mazhab Shafie, doa ini termasuk sunat ab’adh — maksudnya, jika ditinggalkan, disunatkan menampungnya dengan sujud sahwi.

Ketika solat Subuh di Mekah dan Madinah pula, imam di sana tidak membaca doa ini.

Justeru, terdapat tiga pilihan untuk kita:

Pilihan 1: Tidak membacanya langsung, lalu digantikan dengan sujud sahwi.

Pilihan 2: Membaca doa ringkas seperti berikut:

اَللَّهُمَّ اغۡفِرۡلِى يَاغَفُوۡرُ

Pilihan 3: Membaca doa qunut seperti biasa, dengan syarat sempat sujud bersama imam; jika tidak sempat, doa qunut itu tidak lagi disunatkan.

Doa Qunut Nazilah

Dari sudut Bahasa, Nazilah bermakna keadaan yang genting, menakutkan dan mendesak.

Dari sudut istilah pula, ia merujuk kepada musibah yang melanda umat Islam — contohnya ancaman musuh, ketakutan, kemarau berpanjangan, wabak penyakit, atau apa-apa kemudaratan nyata yang menimpa umat Islam.

Qunut Nazilah pula ialah doa yang dibaca selepas ruku’ (ketika i’tidal) pada rakaat terakhir solat.

Hukumnya sunnah hai’ah (sekiranya terlupa atau tertinggal, sujud sahwi tidak diperlukan).

Ia diamalkan apabila berlaku sesuatu peristiwa atau musibah, seperti bencana alam mahupun peperangan.

Kaedah Pelaksanaan Qunut Nazilah

Qunut Nazilah harus dibaca dalam mana-mana solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Tempat bacaannya ialah pada rakaat terakhir, sebaik bangkit daripada Rukuk untuk iktidal.

Doa ini dilafazkan sewaktu berdiri Iktidal.

Terdapat tiga cara untuk membacanya, dan kita bebas memilih mana-mana satu daripada cara berikut:

  1. Membaca doa Qunut yang lazim dibaca dalam solat Subuh.
  2. Membaca Qunut Nazilah semata-mata
  3. Membaca Qunut subuh terlebih dahulu, kemudian disusuli Qunut Nazilah

Peringatan:

Sekiranya belum menghafal Qunut Nazilah, memadai membaca qunut seperti dalam solat subuh. Doa nazilah itu kemudiannya boleh dibaca sesudah selesai solat.

Bagi solat berjemaah pula, imam sewajarnya memaklumkan kepada jemaah bahawa qunut akan dibaca dalam solat, supaya mereka dapat sama-sama meng-aminkan doa itu.

Bacaan Qunut Nazilah Rumi

Majoriti ulama’ berpandangan bahawa tiada lafaz doa tertentu yang diwajibkan dalam Qunut Nazilah.

Maka, doa yang dibaca hendaklah selari dengan musibah yang sedang berlaku pada waktu itu.

  • Contohnya, apabila berlaku bencana alam, kita boleh berdoa secara khusus memohon perlindungan daripada Allah.
  • Jika berlakunya peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita boleh mendoakan secara khusus saudara seagama kita di sana.

Meskipun begitu, ada teks Doa Qunut Nazilah yang lazim diajarkan kepada kita, antaranya seperti yang didendangkan dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.

Doa Qunut Nazilah

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجۡعَلُكَ فِيۡ نُحُوۡرِ أَعۡدَائِنَا،

ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚

وَنَعُوۡذُبِكَ مِنۡ شُرُوۡرِهِمۡ،

Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,

اَللَّهُمَّ بَدِّدۡ شَمۡلَهُمۡ،

ALLâhumma Baddid Syam-Lahum

وَفَرِّقۡ جَمۡعَهُمۡ،

Wa Farriq Jam-‘Ahum‚

وَشَتِّتۡ كَلِمَتَهُمۡ،

Wa Syattit Kalimata-Hum,

وَزَلۡزِلۡ أَقۡدَامَهُمۡ،

Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,

وَسَلِّطۡ عَلَيۡهِمۡ كَلۡبًا مِنۡ كِلَابِكَ،

Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚

يَا قَهَّارُ، يَا جَبَّارُ، يَا مُنۡتَقِمُ،

Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu

يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ،

Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚

اَللَّهُمَّ يَا مُنۡزِلَ الۡكِتَابِ،

ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚

وَيَا مُجۡرِيَ السَّحَابِ،

Yâ Mujriyas-Saĥâb‚

وَيَا هَازِمَ الۡأَحۡزَابِ،

Yâ Hazimal Aĥzâb

اِهۡزِمۡهُمۡ وَانۡصُرۡنَا عَلَيۡهِمۡ

Ihzim-Hum. Wan-Şurnâ ‘Alayhim

Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Doa Qunut

Meskipun wujud perselisihan tentang hukum membaca qunut dalam Solat Subuh, perlu kita sedari bahawa membaca Qunut itu sunnah Nabi saw, dan meninggalkannya pun turut merupakan sunnah Baginda.

Sesiapa yang bergaduh dan bermasam muka hanya kerana berbalah soal hukum qunut dalam solat Subuh, hakikatnya dia sendiri tidak menuruti sunnah Nabi saw.

Isu-isu cabang seperti doa qunut ini telahpun dikupas dengan mendalam oleh para ulama terdahulu.

Natijahnya, ulama mazhab Syafie menetapkan qunut itu sunat, sementara ulama daripada mazhab-mazhab lain tidak berpandangan sedemikian.

Perbezaan pendapat itu berlangsung dalam keadaan yang harmoni.

Solat Subuh tetap sah, sama ada doa qunut dibaca ataupun ditinggalkan.

Berpegang kepada sunnah memang sikap yang baik lagi terpuji, tetapi ruang lingkupnya tidaklah sesempit itu.

Sunnah Nabi menjadi sumber rujukan, dan ia terbuka kepada pelbagai tafsiran.

Oleh itu, berlapang dada dan saling bertoleransi adalah sikap terbaik yang wajar kita hayati.

Soal Jawab Masalah Berkaitan Doa Qunut

Di bawah ini dikumpulkan beberapa persoalan lazim tentang Doa Qunut:

Apakah Hukum Doa Qunut?

Menurut Imam Syafi’e, membaca Qunut dalam Solat Subuh hukumnya sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.

Adakah Sah Solat Subuh Jika Tidak Dibaca Doa Qunut?

Solat subuh tetap sah sekalipun Doa Qunut tidak dibaca. Namun, ia sunnah yang digalakkan, dan rugilah kita jika meninggalkannya.

Bagaimana Jika Tertinggal Doa Qunut?

Disunatkan mengerjakan Sujud Sahwi pada penghujung solat, sebelum melafazkan salam.

Jika Saya Tidak Hafal Doa Qunut, Bolehkah Saya Membaca Doa Lain?

Bagi yang belum menghafal bacaan doa qunut, harus baginya membaca mana-mana doa lain yang diingatinya.

Rujukan

  • Sunan Abu Dawud, no. 1425
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 464
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • Sunan Abu Dawud, no. 1537
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan DOA QUNUT SUBUH & WITIR (Transliterasi Rumi & Audio)?

Panduan DOA QUNUT SUBUH & WITIR (Transliterasi Rumi & Audio) disusun dalam 13 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan DOA QUNUT SUBUH & WITIR (Transliterasi Rumi & Audio)?

Panduan ini mengandungi 13 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.