Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Mukadimah

Berikut merupakan panduan lengkap menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari

Menerusi panduan ini, anda akan dipandu langkah demi langkah dari mula hingga tamat.

Apa yang menarik:

Panduan solat sunat ini turut dilengkapkan dengan transliterasi rumi bagi memudahkan anda yang belum mahir membaca teks Arab.

Sekiranya panduan ini yang anda cari, mari kita mulakan.

Maksud Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana matahari

Solat Sunat Gerhana turut dikenali dengan nama Solat Kusuf atau Khusuf.

Ia merupakan solat sunat sebanyak dua rakaat yang disertakan dengan khutbah. Apabila berlakunya gerhana matahari mahupun bulan, umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat gerhana ini.

Pengertian Gerhana Matahari (Kusuf)

Kusuf ( كسوف ) membawa erti hilang atau berkurangnya cahaya matahari, sama ada sebahagian cahayanya terlindung ataupun keseluruhannya.

Adakalanya gerhana matahari turut dipanggil Khusuf ( خسوف ), namun istilah tersebut sebenarnya lebih khusus merujuk kepada gerhana bulan.

Pensyariatan Solat Sunat Gerhana

Solat sunat gerhana matahari mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah.

Pensyariatan solat gerhana ini bersandarkan beberapa ayat Allah serta hadis Rasul-Nya.

  1. Allah berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 37:

Dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah adalah (Dia mencipta) malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah pula kamu sujud kepada matahari dan janganlah kamu sujud kepada bulan. Sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, sekiranya kamu benar-benar menyembah Allah.

  1. Berdasarkan hadis, sewaktu berlakunya gerhana matahari pada hari kewafatan puteranya Ibrahim, Rasulullah SAW bersabda:

Matahari dan bulan hanyalah dua daripada tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana matinya seseorang atau kerana hidupnya. Apabila kamu menyaksikannya hendaklah kamu bersolat dan berdoa sehingga ia terang kembali. — Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Waktu Solat Sunat Gerhana

Waktu Solat Gerhana Matahari

Bagi solat Gerhana Matahari, waktunya masuk sebaik sahaja gerhana mula berlaku dan tamat apabila gerhana tersebut hilang.

Jika gerhana itu berlaku ketika matahari sedang terbenam atau selepasnya, maka tiada solat gerhana.

Waktu Tamat Solat Gerhana Matahari

Solat gerhana matahari tamat waktunya sebaik sahaja gerhana berakhir — iaitu ketika bulan tidak lagi melindungi matahari sehingga wajah matahari kelihatan sepenuhnya semula.

Jumlah Rakaat

Solat gerhana ditunaikan sekurang-kurangnya 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Itulah kadar yang paling minimum.

Cara yang lebih akmal (sempurna) pula ialah dengan melakukan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam pada setiap satu rakaat, tanpa memanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat tersebut.

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّيۡ سُنَّةَ الۡكُسُوۡفِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Usolli Sunnatal KusuuFi Rak’ataini Lillahi Taala

Sahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara Solat Sunat Gerhana

Cara menunaikan solat sunat gerhana ada sedikit kelainan berbanding solat-solat sunat yang lain.

Solat ini mengandungi 2 kali rukuk bagi setiap rakaat. Bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud pula digandakan sehingga mencecah 100 kali.

Berikut ialah cara mengerjakan Solat Sunat Gerhana:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika takbir diangkat, hadirkan niat solat di dalam hati.

takbiratul ihram

Niat Solat Gerhana Matahari

Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

Nota

Adalah sunat melafazkan niat dalam bahasa Arab sekiranya mampu. Namun tidak menjadi masalah untuk berniat dalam apa jua bahasa yang difahami, contohnya bahasa Melayu.

Rakaat Pertama — 2. Kemudian, tangan diletakkan di antara pusat dan dada

Hukum membaca Iftitah ialah sunat hai’ah. Sekiranya doa ini tidak dibaca, solat tetap sah.

اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ حَنِيفًا مُسۡلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الۡمُشۡرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرۡتُ وَأَنَا مِنَ الۡمُسۡلِمِينَ

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina. Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina. Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin

Rakaat Pertama — 3. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, maka bacaannya adalah wajib dalam solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 4. Kemudian,

Sesudah al-Fatihah, bacakan pula ayat daripada surah al-Quran, contohnya surah al-A’la (ataupun surah lain).

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى ﴾١﴿ ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ ﴾٢﴿ وَٱلَّذِى قَدَّرَ فَهَدَىٰ ﴾٣﴿ وَٱلَّذِىٓ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ ﴾٤﴿ فَجَعَلَهُۥ غُثَآءً أَحۡوَىٰ ﴾٥﴿ سَنُقۡرِئُكَ فَلَا تَنسَىٰٓ ﴾٦﴿ إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ ۚ إِنَّهُۥ يَعۡلَمُ ٱلۡجَهۡرَ وَمَا يَخۡفَىٰ ﴾٧﴿ وَنُيَسِّرُكَ لِلۡيُسۡرَىٰ ﴾٨﴿ فَذَكِّرۡ إِن نَّفَعَتِ ٱلذِّكۡرَىٰ ﴾٩﴿ سَيَذَّكَّرُ مَن يَخۡشَىٰ ﴾١٠﴿ وَيَتَجَنَّبُهَا ٱلۡأَشۡقَى ﴾١١﴿ ٱلَّذِى يَصۡلَى ٱلنَّارَ ٱلۡكُبۡرَىٰ ﴾١٢﴿ ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحۡيَىٰ ﴾١٣﴿ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴾١٤﴿ وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ﴾١٥﴿ بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ﴾١٦﴿ وَٱلۡءَاخِرَةُ خَيۡرٌۭ وَأَبۡقَىٰٓ ﴾١٧﴿ إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلۡأُولَىٰ ﴾١٨﴿ صُحُفِ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ ﴾١٩﴿

Anda bebas memilih surah. Surah-surah lain juga boleh dibaca.

Rakaat Pertama — 5. Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk pertama pada rakaat pertama.

Tasbih dalam rukuk ini dibaca sebanyak 100 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيۡمِ وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (100 kali)

rukuk solat

  1. Selepas selesai rukuk pertama, maka lakukan Qiyam (berdiri sekali lagi) kali kedua pada Rakaat Pertama

Kemudian, bacakan Surah al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Seterusnya bacalah Surah Al-Ghasyiah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ هَلۡ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلۡغَٰشِيَةِ ﴾١﴿ وُجُوهٌۭ يَوۡمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ ﴾٢﴿ عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ ﴾٣﴿ تَصۡلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ ﴾٤﴿ تُسۡقَىٰ مِنۡ عَيۡنٍ ءَانِيَةٍۢ ﴾٥﴿ لَّيۡسَ لَهُمۡ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ ﴾٦﴿ لَّا يُسۡمِنُ وَلَا يُغۡنِى مِن جُوعٍۢ ﴾٧﴿ وُجُوهٌۭ يَوۡمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ ﴾٨﴿ لِّسَعۡيِهَا رَاضِيَةٌۭ ﴾٩﴿ فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ ﴾١٠﴿ لَّا تَسۡمَعُ فِيهَا لَٰغِيَةًۭ ﴾١١﴿ فِيهَا عَيۡنٌۭ جَارِيَةٌۭ ﴾١٢﴿ فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرۡفُوعَةٌۭ ﴾١٣﴿ وَأَكۡوَابٌۭ مَّوۡضُوعَةٌۭ ﴾١٤﴿ وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌۭ ﴾١٥﴿ وَزَرَابِىُّ مَبۡثُوثَةٌ ﴾١٦﴿ أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلۡإِبِلِ كَيۡفَ خُلِقَتۡ ﴾١٧﴿ وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ رُفِعَتۡ ﴾١٨﴿ وَإِلَى ٱلۡجِبَالِ كَيۡفَ نُصِبَتۡ ﴾١٩﴿ وَإِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَيۡفَ سُطِحَتۡ ﴾٢٠﴿ فَذَكِّرۡ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌۭ ﴾٢١﴿ لَّسۡتَ عَلَيۡهِم بِمُصَيۡطِرٍ ﴾٢٢﴿ إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴾٢٣﴿ فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ ﴾٢٤﴿ إِنَّ إِلَيۡنَآ إِيَابَهُمۡ ﴾٢٥﴿ ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا حِسَابَهُم ﴾٢٦﴿
  1. Selesai membaca surah al-Ghasyiah, teruskan dengan rukuk kedua pada rakaat pertama.

Sebagaimana rukuk yang pertama, tasbih pada rukuk kedua ini juga dibaca 100 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيۡمِ وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (100 Kali)

rukuk solat

  1. Selepas selesai membaca tasbih rukuk 100 kali, maka bangunlah iktidal

iktidal

  1. Selepas itu, turunlah sujud dan membaca tasbih sujud sebanyak 100 kali juga.
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (100 Kali)

sujud

  1. Selepas itu, duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)

solat taubat

  1. Sujud kedua pada rakaat pertama dan membaca tasbih (90 kali)

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (90 Kali)

Sesudah tasbih sujud genap 90 kali, bangkitlah berdiri untuk memulakan rakaat kedua.

Rakaat Kedua — 12. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah ialah takbir yang menandakan permulaan rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 13. Baca surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah turut dibaca pada rakaat kedua.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 14. Membaca Surah asy-Syams

Pada rakaat kedua ini, baca surah Al-Fatihah dan susuli dengan surah Asy-Syams:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَىٰهَا ﴾١﴿ وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ﴾٢﴿ وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ﴾٣﴿ وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰهَا ﴾٤﴿ وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ﴾٥﴿ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَىٰهَا ﴾٦﴿ وَنَفۡسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴾٧﴿ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ﴾٨﴿ قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴾٩﴿ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ﴾١٠﴿ كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَىٰهَآ ﴾١١﴿ إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَىٰهَا ﴾١٢﴿ فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَٰهَا ﴾١٣﴿ فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّىٰهَا ﴾١٤﴿ وَلَا يَخَافُ عُقۡبَٰهَا ﴾١٥﴿

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Anda bebas memilih surah. Surah-surah lain juga boleh dibaca.

  1. Lakukan rukuk ketiga pada rakaat kedua.

Bagi rukuk ketiga ini, tasbih rukuk dibaca sebanyak 70 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيۡمِ وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali)

  1. Bangun qiyam kali kedua pada rakaat kedua

Seterusnya ulanglah bacaan surah al-Fatihah

Kemudian, bacalah surah Az-Zalzalah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ﴾١﴿ وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا ﴾٢﴿ وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا ﴾٣﴿ يَوۡمَئِذٍۢ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا ﴾٤﴿ بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا ﴾٥﴿ يَوۡمَئِذٍۢ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتًۭا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ ﴾٦﴿ فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرًۭا يَرَهُۥ ﴾٧﴿ وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ﴾٨﴿
  1. Selesai membaca surah Az-Zalzalah, lakukan rukuk keempat pada rakaat kedua.

rukuk solat

Tasbih dalam rukuk ini dibaca sebanyak 70 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيۡمِ وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal ‘AziiMi Wa Bihamdih (70 Kali)

  1. Selepas selesai membaca tasbih rukuk 70 kali, maka bangunlah iktidal

iktidal

  1. Selepas itu, turunlah sujud ketiga pada rakaat kedua.

Pada sujud ketiga ini, tasbih sujud turut dibaca sebanyak 70 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (70 kali)

  1. Selesai sujud ketiga, maka bangun duduk antara dua sujud

(Tempoh duduk ini disunatkan supaya dipanjangkan)

solat taubat

  1. Selepas itu, turunlah sujud sekali lagi iaitu sujud keempat pada rakaat kedua.

Pada sujud ini, tasbih disunatkan dibaca sebanyak 50 kali.

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (50 Kali)

Rakaat Kedua — 22. Solat diteruskan dengan tahiyyat akhir

التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 23. Solat diakhiri dengan memberi salam.

salam

Salam yang pertama dilafazkan sambil menoleh ke sebelah kanan, manakala salam kedua sambil menoleh ke sebelah kiri.

  1. Selepas selesai solat sunat gerhana, maka bacalah khutbah gerhana jika solat berjemaah.

Huraian tentang khutbah solat gerhana dinyatakan pada bahagian di bawah.

Nota

  1. Berdasarkan pandangan ulama Mazhab Hanafi, solat gerhana ditunaikan sekurang-kurangnya dua rakaat seperti mana-mana solat dua rakaat yang lain, tanpa qiyam dan rukuk diulang pada setiap rakaat.
  2. Mengerjakan solat dua rakaat dengan dua qiyam, dua kali bacaan al-Fatihah berserta surah, serta dua kali rukuk. Kesemua rukun ini tidak dipanjangkan, sebaliknya dilakukan dalam tempoh yang ringkas sama seperti solat biasa.
  3. Cara yang paling sempurna dan menepati sunnah Rasulullah SAW ialah cara yang dipersetujui oleh majoriti ulama. Menurut mereka, solat gerhana yang sempurna adalah dua rakaat, dan setiap rakaat mesti mengandungi dua qiyam, dua bacaan surah, dua rukuk, dan dua sujud. Bacaan yang terbaik selepas al-Fatihah pada qiyam pertama ialah surah al-Baqarah ataupun surah-surah yang setara panjangnya.
  4. Seterusnya pada qiyam kedua rakaat pertama, bacalah mana-mana surah yang mengandungi lebih kurang 200 ayat seperti surah Ali Imran. Selepas al-Fatihah pada qiyam pertama rakaat kedua pula, bacakan satu surah atau beberapa surah berjumlah kira-kira 150 ayat, contohnya Surah an-Nisa’. Manakala pada qiyam kedua selepas al-Fatihah, bacalah surah yang mempunyai 100 ayat seperti Surah al-Maidah. Ibnu Abbas menceritakan peristiwa gerhana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, katanya:

Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah SAW lalu baginda solat dan berdiri selama bacaan surah al-Baqarah. Kemudian baginda rukuk dengan lama. Kemudian baginda berdiri kembali dengan lama, tetetapi tidak selama berdiri yang pertama. Kemudia baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian baginda sujud, kemudian berdiri dengan lama, tetapi tidak selama berdiri yang pertama. Seterusnya baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak selama rukuk yang pertama. Kemudian, baginda bangun berdiri dengan lama, tetapi tidak selama yang awal. Kemudian, baginda rukuk dengan lama, tetapi tidak seperti rukuk yang awal. Selepas itu, baginda sujud dan beredar. Pada ketika itu, matahari sudah kembali terang, iaitu selesai gerhana. (Hadis direkodkan oleh al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari pada bab solat gerhana berjemaah)

Khutbah Solat Gerhana Matahari

teks khutbah raya aidilfitri

Adalah sunat menyampaikan khutbah sesudah solat sunat ini, sekalipun gerhana telah pun berlalu.

Bentuk khutbahnya menyerupai khutbah hari raya, cuma tidak disunatkan bertakbir.

Kandungan khutbah sewajarnya mengajak para jemaah supaya bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, serta memperingatkan manusia agar tidak lalai dan tidak dibuai kesenangan dunia dan seumpamanya.

Sekiranya jemaah solat itu keseluruhannya terdiri daripada kaum wanita sahaja, khutbah tidak diperlukan.

Dari Aisyah r.a. berkata:

Selanjutnya baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari )

Hukum Solat Gerhana

Dalam menentukan hukum solat gerhana, para ulamak tidak sependapat

Ada yang menetapkannya sebagai sunat muakkad, manakala sebahagian lagi menghukumkannya wajib

Pendapat pertama

Solat Gerhana hukumnya sunat muakkad, dan ia tidak diwajibkan ke atas sesiapa pun sama ada yang bermusafir mahupun yang bermukim.

Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah menunaikan solat gerhana matahari sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, serta solat gerhana bulan menurut riwayat Ibnu Hibban.

Ia disunatkan kepada setiap lelaki dan perempuan yang telah diwajibkan menunaikan solat fardhu lima waktu.

Para ulamak yang memegang pandangan ini berdalilkan firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 37, serta sabda Rasulullah berkenaan gerhana yang berlaku selepas kewafatan puteranya, Ibrahim.

Antara yang berpegang dengan pendapat ini ialah Imam al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Hajar, Ibnu Qudamah dan al-Syafi’i.

Namun begitu, mazhab Maliki dan Hanafi berpandangan bahawa solat gerhana bulan hanyalah sunat yang tidak muakkad; yang muakkad hanyalah solat gerhana matahari.

Pendapat Kedua

Segolongan ulamak pula mewajibkan solat gerhana matahari dan bulan, atas alasan Rasulullah bukan sahaja melakukannya malah memerintahkan supaya solat dikerjakan apabila gerhana berlaku.

Antara tokoh yang berpegang dengan pandangan ini ialah Abu ‘Uwanah dalam sahihnya, al-‘Alamah al-Sa’di, Ibn ‘Uthaimin dan Ibnu Qayyim.

Masalah Berkaitan Solat Gerhana Matahari

Di bawah ini disenaraikan beberapa situasi yang boleh timbul ketika menunaikan Solat Gerhana:

Gerhana Matahari Telah Selesai Ketika Solat

Jika gerhana tamat sewaktu seseorang itu masih di dalam solat gerhana, solat tersebut hendaklah disempurnakan hingga selesai, namun disunatkan supaya diringkaskan.

Solat Selesai Terlebih Dahulu Sebelum Gerhana Matahari Tamat

Sekiranya solat gerhana sudah pun tamat sedangkan gerhana masih berterusan, tidak disunatkan solat gerhana itu diulang. Sebaliknya perbanyakkanlah zikir, istighfar dan doa.

Setelah gerhana berakhir, solat gerhana tidak lagi disyariatkan, dan ia juga tidak perlu diqadha.

Matahari atau Bulan Hilang

Andai kata sewaktu solat gerhana sedang dikerjakan, matahari atau bulan yang bergerhana itu tiba-tiba lenyap daripada pandangan kerana dilitupi awan atau seumpamanya, solat hendaklah tetap diteruskan.

Sebabnya, gerhana itu pada hakikatnya memang sedang berlaku; ia cuma tidak kelihatan sahaja.

Matahari Hilang Pada Waktu yang Sepatutnya

Jika matahari terbenam ketika gerhana sedang berlaku, solat gerhana tidak lagi disunatkan.

Begitu jugalah apabila bulan hilang kerana masuknya waktu pagi sedangkan gerhana masih berlangsung — solat tidak perlu dilakukan.

Terdapat dua keadaan di mana solat gerhana matahari tidak harus dikerjakan:

  1. Matahari sudah kembali bercahaya dan tidak lagi dilindungi bulan, iaitu ketika gerhana telah tamat.
  2. Apabila matahari yang sedang bergerhana itu terbenam kerana tibanya waktu malam, ataupun gerhana matahari itu berlaku pada waktu malam.

Masbuk Dalam Solat Gerhana

Seseorang yang masbuk dalam solat gerhana, tetapi sempat rukuk bersama imam pada rukuk pertama bagi rakaat pertama atau kedua, dikira memperoleh rakaat berkenaan.

Namun jika dia hanya sempat menyertai imam pada rukuk yang kedua, rakaat itu tidak dikira baginya dan rakaat tersebut perlu diulang semula.

Bagaimana Jika Waktu Gerhana Berlaku Bertembung Dengan Solat Yang Lain?

Pada umumnya, apabila berlaku pertembungan sebegini, kaedahnya ialah mendahulukan solat yang paling ringan. Sekiranya kedua-duanya setara, maka yang paling kuat didahulukan.

Bagaimana Jika Bertembung Dengan Solat Jenazah? Yang Mana Perlu Didahulukan?

Sekiranya solat gerhana bertembung dengan Solat Jenazah, maka Solat Jenazah hendaklah didahulukan.

Penutup

Kejadian gerhana bukanlah tanda kemurkaan Allah swt; sebaliknya ia adalah bukti keagungan kekuasaan Allah swt.

Fenomena ini juga mampu menjadi peringatan buat manusia tentang azab serta nikmat yang telah Allah swt janjikan kepada hamba-Nya, kerana kejadian gerhana ini mempunyai makna yang amat mendalam sama ada dari sudut penghayatan iman mahupun sains.

Ia bukanlah fenomena baharu yang muncul di akhir zaman semata-mata; ia telah pun berlaku semenjak alam ini diciptakan, termasuk pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk anda.

Nota Rujukan

  1. Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
  2. Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam.
  3. Matla’ Badrai, al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terjemahan : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda.
  4. Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI?

Panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI disusun dalam 33 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI?

Panduan ini mengandungi 33 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.