
Mukadimah
Inilah panduan penuh mengenai niat serta tatacara menunaikan Solat Tahajjud. Melaluinya, anda akan dibimbing mengerjakan Solat Sunat Tahajjud dengan cara yang betul, lengkap bersama Doa Tahajjud.
Apa yang penting:
Setiap langkah diterangkan satu persatu sehingga solat selesai. Semua bacaan turut dipermudahkan dengan transliterasi rumi serta audio (sekiranya anda sukar membaca tulisan arab)
Jom kita mulakan panduan ini tanpa berlengah lagi..
Ringkasan Pantas Solat Tahajjud
- Waktu: Bermula selepas Isyak sehinggalah masuknya waktu Subuh. Mengikut pengertian yang biasa dipakai, Tahajjud ditunaikan setelah seseorang bangun daripada tidur.
- Waktu terbaik: Sepertiga terakhir daripada waktu malam.
- Bilangan rakaat: Paling kurang dua rakaat. Tunaikan dua rakaat dengan satu salam, lalu ulang seberapa yang termampu.
- Niat: Cukup dihadirkan di dalam hati semasa takbiratul ihram. Melafazkannya dalam bahasa Arab mahupun Melayu bukanlah syarat sah.
- Surah: Selepas al-Fatihah, bacalah apa sahaja surah yang anda hafal. Tidak ada surah tertentu yang diwajibkan.
- Selepas solat: Panjatkan doa dalam bahasa yang anda fahami. Sekiranya belum berwitir, sunat mengakhiri solat malam dengan Solat Witir.
Jika anda baru bermula: Memadai dua rakaat yang ringkas, asalkan dikerjakan dengan tenang dan istiqamah.
Maksud Dan Hukum Solat Tahajjud
Solat Sunat Tahajjud (صلاة سنة التهجد) bermaksud solat malam yang ditunaikan setelah seseorang bangkit daripada tidurnya, sekalipun tidur itu hanya seketika. Ia termasuk dalam amalan Qiamullail, iaitu usaha menghidupkan malam dengan solat, tilawah al-Quran, berzikir, beristighfar serta berdoa.
Solat Tahajjud tergolong dalam solat sunat yang amat digalakkan. Allah SWT berfirman:
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajjud padanya sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” — Surah al-Isra’, ayat 79 [1]
Apa Beza Tahajjud Dan Qiamullail?
Qiamullail membawa pengertian yang lebih umum. Ia meliputi segala ibadah malam selepas Isyak — solat, zikir, doa dan bacaan al-Quran — tidak kira sama ada seseorang itu tidur terlebih dahulu ataupun tidak.
Tahajjud pula kebiasaannya dikhususkan kepada solat malam yang dikerjakan selepas terjaga daripada tidur. Para ulama mempunyai perincian pandangan mengenai penggunaan istilah ini. Mudahnya begini: sekiranya anda sudah tidur lalu bangun, namakan solat itu Tahajjud. Sekiranya belum tidur, anda tetap boleh menunaikan solat malam dan ia terhitung sebagai Qiamullail. Jangan sampai solat malam ditinggalkan semata-mata kerana belum sempat melelapkan mata. [2] [3]
Keheningan malam membuka ruang untuk kita bermunajat, memohon keampunan dan mencurahkan isi hati kepada Allah dengan lebih khusyuk. Pada ketika itulah kita lebih mudah menginsafi kekurangan diri serta menyegarkan kembali rasa pergantungan kepadaNya.
Adakah Perlu Tidur Dahulu?
Seperti yang dijelaskan di atas, istilah Tahajjud lazimnya digunakan bagi solat selepas bangun daripada tidur; sekiranya belum tidur, solat malam anda tetap boleh dikerjakan dan terhitung sebagai Qiamullail.

Waktu Solat Tahajjud
Solat malam boleh ditunaikan bermula setelah selesai Solat Isyak sehinggalah tibanya waktu Subuh. Khusus bagi Tahajjud, kerjakanlah ia setelah anda terjaga daripada tidur.
- Awal malam: Selepas Isyak. Sekiranya anda belum tidur, ibadah tersebut dikira sebagai Qiamullail. Sekiranya sudah tidur lalu terjaga, anda boleh menunaikan Tahajjud.
- Pertengahan malam: Setelah berehat seketika dan bangkit semula.
- Sepertiga malam terakhir: Inilah waktu paling afdal untuk bersolat, beristighfar dan memanjatkan doa.
Cara Mengira Sepertiga Malam Terakhir
Rujuk waktu Maghrib dan Subuh di kawasan anda:
- Hitung jarak masa dari masuknya Maghrib sehingga masuknya Subuh.
- Bahagikan keseluruhan tempoh tersebut kepada tiga.
- Tolakkan satu bahagian daripada waktu Subuh. Hasilnya ialah anggaran bermulanya sepertiga malam terakhir.
CONTOH
Katakan Maghrib jam 7:20 malam dan Subuh jam 5:50 pagi. Panjang malam ialah 10 jam 30 minit, maka satu pertiga ialah 3 jam 30 minit. Justeru, sepertiga malam terakhir bermula lebih kurang jam 2:20 pagi sehinggalah masuk Subuh.
Waktu “2, 3 atau 4 pagi” bukanlah angka yang tetap. Pastikan anda menyemak waktu solat di kawasan anda kerana ia berbeza mengikut lokasi dan tarikh.
Persediaan Melakukan Solat Tahajjud
Penuhi dahulu syarat-syarat umum solat: berwuduk, menutup aurat, mengadap kiblat, serta memastikan tubuh badan, pakaian dan tempat solat bersih daripada najis.
- Cuba tidur lebih awal dan tetapkan penggera.
- Jarakkan sedikit telefon atau jam loceng daripada katil anda.
- Pasang sasaran dua rakaat sahaja sebagai permulaan.
- Peruntukkan masa yang cukup untuk mengambil wuduk dan bersolat dengan tenang sebelum masuk Subuh.
- Sekiranya mengantuk teruk sehingga bacaan pun tidak difahami, tidurlah semula dahulu supaya solat dapat dikerjakan dalam keadaan sedar dan tertib.
Niat Solat Tahajjud
Niat bermaksud tujuan yang tersemat di dalam hati. Semasa mengucapkan takbiratul ihram, hadirkan kesedaran bahawa anda sedang mengerjakan Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah SWT.
Berikut ialah lafaz niat bagi Solat Sunat Tahajjud
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Niat Tahajjud juga boleh diucapkan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:
Sahaja aku Solat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
Lafaz-lafaz ini sekadar membantu hati menghadirkan niat. Anda tidak diwajibkan menghafaz atau menyebutnya; memadai niat itu hadir di dalam hati ketika takbiratul ihram.
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى ## Bilangan Rakaat Solat TahajjudSolat Tahajjud ditunaikan sekurang-kurangnya dua rakaat. Tidak ada peraturan yang menetapkan ia mesti berhenti pada lapan atau dua belas rakaat. Kerjakanlah sekadar yang termampu, dua rakaat bagi setiap satu salam. [4]
“Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu Subuh, maka solatlah satu rakaat untuk menjadikan solatmu ganjil.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim [5] [6]
Contoh Susunan Yang Mudah
- Baru bermula: Tahajjud 2 rakaat + Witir 1 atau 3 rakaat.
- Ada sedikit masa: Tahajjud 2 + 2 rakaat, disusuli Witir.
- Mampu lebih lama: Tahajjud 2 + 2 + 2 + 2 rakaat, disusuli Witir.
Rakaat yang sedikit tetapi dikerjakan dengan tenang jauh lebih baik daripada memaksakan diri sehingga bacaan dan pergerakan menjadi kelam-kabut.
Sekiranya anda belum berwitir, sunat menjadikan Solat Witir sebagai penutup bagi solat malam.
Sekiranya anda sudah berwitir sebelum tidur lalu terjaga semula, anda masih boleh bersolat dua rakaat demi dua rakaat. Cuma jangan ulang Witir buat kali kedua pada malam yang sama. [7]
Susunan Tahajjud, Taubat, Hajat Dan Witir

Ramai yang tertanya solat manakah yang patut didahulukan apabila ingin menunaikan beberapa solat sunat dalam satu malam yang sama.
Tidak wujud tertib wajib yang menjadikan solat anda tidak sah sekiranya susunannya berlainan. Setiap solat dikerjakan dengan niat dan salam masing-masing.
Contoh susunan yang mudah:
- Solat Tahajjud — buka dengan dua rakaat atau lebih mengikut kemampuan anda.
- Solat Taubat — pohon keampunan dan perbaharui taubat kepada Allah.
- Solat Hajat — sekiranya anda mempunyai permohonan atau urusan tertentu.
- Solat Witir — jadikan penutup sekiranya anda belum berwitir.
Susunan ini hanyalah cadangan praktikal, bukan syarat. Sekiranya taubat merupakan perkara paling mendesak bagi anda, dahulukan sahaja Solat Taubat.
Sekiranya masa terlalu suntuk, memadai dua rakaat yang dikerjakan dengan tenang.
Perkara pokoknya, jangan beranggapan kesemua solat dalam senarai ini wajib dibuat pada setiap kali bangun malam. [8]
Cara Mengerjakan Solat Tahajjud
Ringkasan Cara Solat Tahajjud
- Solat Tahajjud ditunaikan dua rakaat bagi setiap satu salam.
- Mulakan dengan takbiratul ihram sambil berniat di dalam hati.
- Pada tiap-tiap rakaat, bacakan al-Fatihah dan disusuli mana-mana surah, kemudian sempurnakan solat seperti kebiasaannya.
- Pada rakaat kedua, bacakan tahiyat akhir dan sudahi dengan salam.
- Sekiranya ingin menambah rakaat, ulangi dua rakaat demi dua rakaat. Jadikan Solat Witir sebagai solat penutup malam tersebut. Setelah selesai, bolehlah anda berdoa.
Tatacaranya serupa dengan solat sunat dua rakaat yang lain. Bahagian berikutnya menghuraikan bacaan serta pergerakan bagi sesiapa yang memerlukan bimbingan lebih terperinci.
Apakah Yang Mesti Dijaga Dan Apakah Yang Sunat?
Bahagian ini penting agar anda tidak menyangka solat terbatal semata-mata kerana terlupa satu bacaan sunat.
- Yang mesti dijaga: niat bersama takbiratul ihram, al-Fatihah pada setiap rakaat, rukuk, iktidal, sujud sebanyak dua kali, duduk antara dua sujud, tumakninah, tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi SAW, salam pertama dan tertib. Berdiri adalah lebih afdal bagi Solat Tahajjud, namun solat sunat tetap sah walaupun dikerjakan sambil duduk.
- Yang sunat: Doa Iftitah, surah selepas al-Fatihah, takbir perpindahan, bacaan iktidal, tasbih rukuk dan sujud, doa antara dua sujud serta salam kedua.
Sekiranya ada bacaan sunat yang tertinggal kerana terlupa, teruskan sahaja solat anda. Tidak perlu mengulang solat hanya kerana tertinggal tasbih rukuk, tasbih sujud atau surah tambahan. [9]
Rakaat Pertama
1
Solat Tahajjud Dimulakan Dengan Takbiratul ihram dan Niat
Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat Solat Sunat Tahajjud di dalam hati seperti berikut:
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَىUsolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala
Anda juga boleh berniat dalam Bahasa Melayu sahaja, “Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala“

Sebutkan takbir “Allahuakbar” dengan jelas (sekadar dapat didengari telinga sendiri) sambil kedua-dua tangan diangkat dan hati menghadirkan niat.
اَللَّهُ أَكۡبَرُAllahuakbar!
Maksudnya
Allah Maha Besar!
Nota
Asasnya, niat mesti wujud di dalam hati sewaktu takbiratul ihram dilafazkan. Bagi orang awam, memadai jika niat itu hadir pada mana-mana bahagian lafaz takbir—sama ada di awal, pertengahan mahupun penghujungnya. Sekiranya anda diganggu waswas, elakkan mengulang-ulang niat dan takbir. Keraguan yang timbul selepas takbir tidak perlu dilayan selagi anda memang tahu solat apa yang sedang dimulakan. Bagi mereka yang benar-benar sukar menghadirkan niat tepat ketika takbir, ada kelonggaran untuk berniat sejurus sebelum takbir tanpa jarak yang lama, berpandukan pendapat mazhab lain. Kelonggaran ini bukanlah bermakna niat boleh dimulakan beberapa saat selepas takbir tamat.
2
Bacalah Surah al-Fatihah.
Selepas takbir, sunat membaca Doa Iftitah. Sekiranya tidak membacanya, teruskan sahaja kepada al-Fatihah dan solat kekal sah.
Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, maka bacaannya diwajibkan pada semua solat.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat*.*
3
Kemudian, Baca Surah Pilihan
Setelah al-Fatihah selesai, bacalah mana-mana surah yang anda hafal. Bacaan surah tambahan ini hukumnya sunat; sekiranya hanya al-Fatihah sahaja dibaca, solat tetap sah.
Antara surah pendek yang boleh dipilih ialah al-Kafirun:
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ٢ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٣ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ ٤ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ٥ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ ٦Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn
Maksud Bacaan
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat mengikut cara kamu beribadat. “Dan kamu juga tidak mahu beribadat mengikut cara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
4
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Pastikan belakang badan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, dan kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.
Bacaan ketika rukuk sama sahaja dengan bacaan rukuk dalam solat fardu, iaitu:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan bagi-Nya segala pujian.”
5
Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal). Seterusnya bacakan bacaan iktidal seperti berikut:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنۡ حَمِدَهُSami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.”
6
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Turun Melakukan Sujud

Ketika dahi mencecah lantai dalam sujud, bacakan bacaan sujud seperti berikut:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujian bagi-Nya
7
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Setelah bacaan sujud selesai, bangkitlah daripada sujud lalu duduk antara dua sujud sebagaimana posisi di atas.
Seterusnya bacakan tasbih antara dua sujud seperti berikut:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.”
8
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Setelah tasbih antara dua sujud selesai, turunlah untuk bersujud sekali lagi. Sebagaimana sujud yang pertama, bacakan bacaan sujud.
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujian bagi-Nya”
9
Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Sebelum bangkit ke rakaat kedua, sunat berhenti duduk sebentar sebelum berdiri bagi rakaat berikutnya.

Tiada apa-apa bacaan dalam kedudukan ini. Cukup sekadar berdiam sambil menghayati solat.
—— ❈ ——
Rakaat Kedua
10
Bangun Untuk Rakaat Kedua Dengan Takbir
Setelah sujud kedua dan duduk istirahat sebentar, berdirilah untuk rakaat kedua sambil menyebut:

Allahuakbar!
Lafaz ini dipanggil takbir intiqal, iaitu takbir sunat yang diucapkan setiap kali berpindah daripada satu rukun solat ke rukun yang lain.
Ia bukan takbir khas untuk memulakan rakaat kedua. Sekiranya terlupa menyebutnya, solat tetap sah.
11
Baca Surah al-Fatihah
Sebagaimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Maksud Bacaan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat*.*
12
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Sesudah al-Fatihah, bacalah pula surah yang berikutnya. Antara pilihan yang boleh dibaca ialah surah al-ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia juga tidak diperanakkan; “Dan tiada sesiapa pun yang setara denganNya”.
Sama seperti rakaat pertama, kita bebas memilih mana-mana surah yang kita gemari atau ingati.
13
Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

Perkara asas ketika rukuk ialah belakang badan mesti rata, pandangan tertumpu ke tempat sujud dan tangan diletakkan pada kepala lutut dengan selesa.
Sebagaimana sebelum ini, bacaan rukuk ialah:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِSubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan bagi-Nya segala pujian.”
14
Kemudian Bangun Iktidal

Bangkit daripada rukuk lalu berdiri tegak (iktidal), kemudian bacakan:
سَمِعَ اللّٰهُ لِمَنۡ حَمِدَهُSami Allahu Liman Hamidah
Maksud Bacaan
“Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya.”
15
Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

Ketika sujud, bacakan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih (3x)
Maksud Bacaan
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujian bagi-Nya
16
Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

Bacakan bacaan antara dua sujud:
رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّيRabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Maksud Bacaan
“Ya Tuhanku, ampunkanlah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah kekuranganku, angkatlah darjatku, kurniakanlah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku, dan maafkanlah segala kesalahanku.”
17
Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, bacakan bacaan sujud:
سُبۡحَانَ رَبِّيَ الأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِSubhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Maksud Bacaan
“Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala pujian bagi-Nya”
18
Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌBacaan tahiyat ini sama seperti bacaan tahiyat akhir dalam solat-solat fardu, iaitu seperti berikut:
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللّٰهِ. السَّلاَمُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. السَّلاَمُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللّٰهِ الصَّالِحِينَ. أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللّٰهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.At-taḥiyyātu al-mubārakātu aṣ-ṣalawātu aṭ-ṭayyibātu lillāh. As-salāmu ‘alaika ayyuhan-nabiyyu wa raḥmatullāhi wa barakātuh. As-salāmu ‘alainā wa ‘alā ‘ibādillāhi aṣ-ṣāliḥīn. Ash-hadu alla ilāha illallāh, wa ash-hadu anna Muḥammadar-rasūlullāh. Allāhumma ṣolli ‘alā Muḥammad, wa ‘alā āli Muḥammad, kamā ṣollaita ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīm. Wa bārik ‘alā Muḥammad wa ‘alā āli Muḥammad, kamā bārakta ‘alā Ibrāhīm wa ‘alā āli Ibrāhīma fil-‘ālamīn, innaka ḥamīdun majīd.
Maksud Bacaan
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan adalah milik Allah; keselamatan, rahmat Allah serta berkatNya tetap ke atasmu wahai Nabi. Semoga keselamatan sentiasa tercurah kepada kami dan kepada hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah Penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di seluruh alam ini, hanya Engkaulah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia
19
Setelah Selesai Membaca Tahiyat, Akhiri Solat Dengan Memberi Salam.
Palingkan wajah ke sebelah kanan sambil mengucapkan salam, kemudian palingkan pula ke sebelah kiri bagi salam yang kedua.

Bagi salam pertama, palingkan wajah ke kanan dan ucapkan salam seperti berikut:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللّٰهِAssalamualaikum Warahmatullah
Maksud Bacaan
Salam sejahtera ke atas kamu, beserta rahmat Allah dan berkatNya
… seterusnya palingkan wajah ke sebelah kiri dan lafazkan salam kedua:
السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللّٰهِAssalamualaikum Warahmatullah
Salam pertama merupakan rukun yang mengeluarkan seseorang daripada solatnya, manakala salam kedua hukumnya sunat.
Sekiranya ingin menambah rakaat Tahajjud, bangunlah semula dan kerjakan dua rakaat yang baharu.
Wirid Dan Zikir Selepas Solat Tahajjud
Tidak ada wirid panjang yang diwajibkan secara khusus sesudah Tahajjud. Setelah memberi salam, anda boleh:
- Beristighfar serta berzikir secara ringkas.
- Memohon keampunan, petunjuk, kebaikan untuk keluarga dan apa-apa hajat yang baik.
- Berdoa dalam Bahasa Melayu atau mana-mana bahasa yang difahami.
- Menyambung dengan solat sunat yang lain.
- Mengakhiri solat malam dengan Solat Witir sekiranya belum menunaikannya.
Susunan zikir yang lebih panjang bukanlah syarat dan jangan dianggap sebagai wirid khas Tahajjud.
Antara bacaan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
1
Membaca Istighfar
أَسۡتَغۡفِرُ اللّٰهَ الۡعَظِيمَ، الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الۡحَيُّ الۡقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيۡهِ (٣ مَرَّات)AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi
Aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi sentiasa berkuasa, dan aku bertaubat kepadaNya
2
Membaca Pengakuan Tauhid
لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ، يُحۡيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (٣ مَرَّات)Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya; milik Allah seluruh kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
3
Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka
اللّٰهُمَّ أَجِرۡنَا مِنَ النَّارِ (٣/٧ مَرَّات)
AllahumMa AjirNa MinanNar
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada azab api neraka
Nota: Perkataan Ajirna (أَجِرۡنَا) boleh ditukar kepada AjirNi (أَجِرۡنِى) sekiranya bersolat seorang diri
4
Seterusnya, Memohon Keselamatan
اَللَّهُمَّ أَنۡتَ السَّلَامُ، وَمِنۡكَ السَّلَامُ، وَإِلَيۡكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَام، وَأَدۡخِلۡنَا الۡـجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكۡتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيۡتَ يَاذَا الۡـجَلَالِ وَالۡإِكۡرَامِAllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.
Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera; daripadaMu datangnya kesejahteraan dan kepadaMu jua kembalinya kesejahteraan itu. Justeru hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkanlah kami ke dalam syurga, negeri yang aman sejahtera. Bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami lagi Maha Tinggi, wahai Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kemuliaan.
5
Seterusnya, Membaca Ta’awuz
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيۡطَانِ الرَّجِيمِAa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
6
Seterusnya Membaca Al-Fatihah
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara serta mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
7
Seterusnya Membaca Ayat Kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ ٢٥٥Allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Dia tidak mengantuk apatah lagi tidur. MilikNya segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang mampu memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Dia kehendaki (untuk diberitahu). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tidak menjadi keberatan bagi Allah untuk menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
8
Seterusnya Membaca al-Ikhlas
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada sesiapa pun yang setara denganNya.
9
Seterusnya Membaca al-Falaq
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥Qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, daripada bencana makhluk-makhluk yang diciptakanNya, dan daripada bahaya gelap apabila ia menyelubungi, dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
10
Seterusnya Membaca an-Nas
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia, Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.
11
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكۡرِكَ وَشُكۡرِكَ وَحُسۡنِ عِبَادَتِكَ.AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa ShukriKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik
Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami kepadaMu
12
Membaca Tasbih “SubHaaNallah”
إِلَـٰهِى يَا رَبِّـى ــ سُبۡحَانَ اللَّهِiLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah
Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah
13
Membaca SubhaaNallah 33 Kali
سُبۡحَانَ اللّٰهِ (٣٣ مَرَّة)SubHaaNallah (33 Kali)
Maha Suci Allah
14
Membaca Tahmid
سُبۡحَانَ اللَّهِ وَبِـحَمۡدِهِ دَآئِمًا قَائِمًا أَبَدًا ـــ اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِSubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memujiNya, kekal sentiasa buat selama-lamanya — segala pujian hanya milik Allah
15
Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali
اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِ (٣٣ مَرَّة)Alhamdulillah (33 Kali)
Segala pujian hanya milik Allah
16
Membaca Takbir
اَلۡـحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَـمِينَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعۡمَةٍ ــ اَللَّهُ أَكۡبَرُAlhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar
Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, atas apa jua keadaan dan nikmat kurniaanNya — Allah Maha Besar
17
Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali
اَللَّهُ أَكۡبَرُ (٣٣ مَرَّة)Allahu Akbar (33 Kali)
Allah Maha Besar
18
Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir
اَللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيۡرًا وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيۡرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيۡلًا.Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar; segala puji bagi Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya; dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
لَا إِلـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لا شَرِيۡكَ لَهُ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ يُحۡيِي وَيُمِيۡتُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيۡرٌLaa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir
Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
وَلاَ حَوۡلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الۡعَلِيِّ الۡعَظِيۡمِ، أَسۡتَغۡفِرُ اللَّهَ الۡعَظِيۡمَWaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim, Astaghfirullāhal-‘Aẓīm.
Dan tiada daya mahupun upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan aku memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung.
19
اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعۡطَيۡتَ، وَلَا مُعۡطِيَ لِمَا مَنَعۡتَ، وَلَا رَادَّ لِمَا قَضَيۡتَ، وَلَا يَنۡفَعُ ذَا الۡجَدِّ مِنۡكَ الۡجَدُّ.AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd
Ya Allah, wahai Tuhan kami, tiada sesiapa pun yang mampu menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tiada sesiapa pun yang mampu memberi apa yang Engkau tahan, dan tiada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang telah Engkau tetapkan; dan kemuliaan seseorang tidak memberinya manfaat, kerana daripadaMu jua (datangnya) segala kemuliaan.
20
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُونِي أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ.WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum
Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagi kamu
21
Kemudian bacalah doa selepas Solat Tahajjud
Doa Selepas Solat Tahajjud
Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan solat sunat Tahajjud sepanjang hidup Baginda.
Terdapat riwayat sahih daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW membaca doa berikut apabila Baginda bangkit pada waktu malam untuk bertahajjud. Riwayat ini menghubungkan doa tersebut dengan qiamullail.
Ia bukan bacaan yang diwajibkan, dan jangan dijadikan formula tetap selepas salam.
بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ. اللَّهُمَّ لَكَ الۡحَمۡدُ أَنۡتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ وَمَنۡ فِيهِنَّ، وَلَكَ الۡحَمۡدُ لَكَ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ وَمَنۡ فِيهِنَّ، وَلَكَ الۡحَمۡدُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ، وَلَكَ الۡحَمۡدُ أَنۡتَ الۡحَقُّ وَوَعۡدُكَ الۡحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوۡلُكَ حَقٌّ وَالۡجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسۡلَمۡتُ، وَبِكَ آمَنۡتُ، وَعَلَيۡكَ تَوَكَّلۡتُ، وَإِلَيۡكَ أَنَبۡتُ، وَبِكَ خَاصَمۡتُ، وَإِلَيۡكَ حَاكَمۡتُ، فَاغۡفِرۡ لِي مَا قَدَّمۡتُ وَمَا أَخَّرۡتُ وَمَا أَسۡرَرۡتُ وَمَا أَعۡلَنۡتُ. أَنۡتَ الۡمُقَدِّمُ وَأَنۡتَ الۡمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنۡتَ أَوۡ لَا إِلَهَ غَيۡرُكَ، وَلَا حَوۡلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِAllahumma Lakal-Hamdu Anta Qoyyimus-SamaWaa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal Hamdu Laka Mulkus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi Waman Fii-Hinna, Walakal-Hamdu NuuRus-Samaa Waa Tiwal-Ardhi, Walakal-Hamdu Antal-Haqq WaWa’-Dukal Haqq WaLiqoo-Uka Haqq WaQauLuka Haqq Wal-Jannatu Haqq WanNaRu Haqq, WanNabiyYuuna Haqq, WaMuHamMaDun Sollallahu ‘AlaihiWasallam Haqq, WasSa-‘ATu Haqq AllaHumMa Laka AslamTu, Wabika Amantu, Wa ‘Alaika TawakKalTu Wa iLaiKa AnabTu Wabika KhoSomTu, Wa iLaiKa Hakamtu, FagFirLi MaaQadDamTu, WaMaa Akh-KhorTu WaMaa AsRarTu WaMaa A’-LanTu, AnTal MuQodDimu Wa Antal Mu-Akh-Khiru, Laa iLaha illa Anta Au Laa iLaha GhoiRuKa WaLaa HauLa Walaa QuwWata illa Billahi
Maksudnya
Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah yang mentadbir dan menegakkan langit, bumi serta segala isi kandungannya. BagiMu segala puji; kepunyaanMu kerajaan langit, bumi dan segala yang ada padanya. BagiMu segala puji; Engkaulah cahaya bagi langit dan bumi.
BagiMu segala puji. Engkaulah Yang Maha Benar; janjiMu benar, pertemuan denganMu benar, firmanMu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW itu benar dan Hari Kiamat itu benar.
Ya Allah, kepadaMu aku berserah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu aku kembali bertaubat, dengan pertolonganMu aku berdepan dengan pertikaian dan kepadaMu aku memohon keputusan. Ampunkanlah apa yang telah aku lakukan terdahulu dan yang terkemudian, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku zahirkan. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Yang Mengemudiankan. Tiada Tuhan selain Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. [10]
—— ❈ ——
Contoh Doa Ringkas Selepas Solat Tahajjud
Tiada lafaz tertentu yang diwajibkan selepas memberi salam.
Anda bebas berdoa dalam Bahasa Melayu serta menyatakan hajat-hajat yang baik dengan ungkapan yang anda fahami.
Yang berikut hanyalah contoh doa umum yang boleh disesuaikan mengikut keperluan:
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk mentaati-Mu. Perbaikilah urusanku, lindungilah keluargaku, lapangkanlah rezekiku yang halal dan kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia serta di akhirat. Amin.”
Doa ini bukan bacaan yang disandarkan secara khusus kepada Rasulullah SAW dan bukan juga syarat sah Tahajjud.
Anda boleh memendekkannya, menambah, atau menggantikannya dengan mana-mana doa lain yang baik.
Fadhilat & Kelebihan Solat Tahajjud Berdasarkan Dalil
Keistimewaan Tahajjud tidak perlu ditokok tambah dengan janji-janji rezeki atau kesihatan yang belum pasti. Dalil-dalil yang sahih sudah memadai untuk menggerakkan hati seorang Muslim menghidupkan malamnya.
Nabi SAW menunaikan solat malam sehingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Apabila ditanya, Baginda bersabda: “Tidakkah aku patut menjadi seorang hamba yang bersyukur?” — Sahih al-Bukhari, no. 1130 [11]
Hadis ini bukan suruhan agar seseorang memudaratkan dirinya. Ia melukiskan rasa syukur serta kesungguhan Rasulullah SAW. Bagi orang awam, mulakanlah sekadar yang termampu dan pastikan Solat Subuh terjaga.
1. Solat Sunat Yang Paling Afdal Selepas Solat Fardu
“Solat yang paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam.” — Riwayat Muslim, no. 1163 [12]
Hadis ini membuktikan betapa tingginya kedudukan solat malam dalam kalangan solat-solat sunat. Keutamaan ini tidak bermakna kita perlu memaksa diri; kerjakanlah mengikut kemampuan tanpa mencuaikan Solat Subuh, kesihatan mahupun tanggungjawab yang wajib.
2. Waktu Untuk Berdoa Dan Memohon Keampunan
Hadis sahih menyebut keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai saat seorang hamba meminta, berdoa dan beristighfar kepada Allah. Ia bukan jaminan bahawa setiap permohonan akan termakbul persis seperti yang kita gambarkan, tetapi ia merupakan galakan yang besar untuk mendekatkan diri kepadaNya. [13]
3. Membina Jiwa Yang Sedar Dan Bersungguh-sungguh
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sesiapa yang bangkit dari tidur, mengingati Allah, mengambil wuduk lalu bersolat, akan menyambut paginya dengan jiwa yang baik lagi bersemangat. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. [14]
4. Sifat Orang Yang Mengingati Allah Pada Waktu Malam
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur; mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan penuh harap…” — Surah al-Sajdah, ayat 16 [15]
Ayat ini melukiskan keseimbangan hati seorang mukmin: gerun kepada Allah namun dalam masa yang sama mengharapkan rahmatNya. Bangkit pada waktu malam bukan semata-mata untuk meminta sesuatu; ia mendidik hati agar tunduk, berharap dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.
Tips Mudah Untuk Istiqamah Tahajjud
- Mulakan dengan dua rakaat. Elakkan terus meletakkan sasaran yang memberatkan diri.
- Tetapkan hari tertentu. Misalnya malam hujung minggu, sebelum membentuk rutin yang lebih kerap.
- Tidur lebih awal. Kurangkan aktiviti yang melewatkan tidur selepas Isyak.
- Sediakan tempat solat. Siapkan telekung, kain pelikat atau sejadah dari awal.
- Jangan mengejar bacaan panjang. Al-Fatihah bersama surah pendek sudah memadai.
- Jika terlepas, jangan berputus asa. Sambung semula pada malam seterusnya tanpa terlalu menyalahkan diri sendiri.
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Solat Tahajjud

Di bawah disenaraikan soal jawab bagi beberapa kemusykilan lazim berkaitan perlaksanaan Solat Tahajjud
Saya belum tidur. Bolehkah saya terus bersolat malam?
Boleh. Selagi belum tidur, solat tersebut terhitung sebagai Qiamullail. Istilah Tahajjud lazimnya dipakai apabila seseorang itu tidur dahulu, kemudian bangun untuk bersolat. Yang utama, jangan tinggalkan ibadah malam semata-mata kerana belum sempat tidur.
Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara berjemaah?
Boleh, sekali-sekala. Namun Tahajjud bukanlah solat sunat yang dituntut berjemaah secara khusus seperti Solat Tarawih; kebiasaannya ia ditunaikan bersendirian. Jangan jadikan berjemaah sebagai syarat atau amalan tetap yang dikhususkan. Riwayat Ibn Abbas RA menunjukkan bahawa beliau pernah turut serta dalam solat malam Nabi SAW.
Saya terjaga selepas waktu Subuh masuk. Perlukah saya teruskan Tahajjud?
Tidak. Waktu Tahajjud berakhir sebaik sahaja masuknya waktu Subuh. Bersiaplah untuk menunaikan Solat Subuh dan jangan sambung Tahajjud selepas waktunya tamat. Anda boleh mencuba semula pada malam berikutnya.
Saya bekerja syif malam. Bagaimana mahu melakukan Tahajjud?
Sekiranya sempat, tidurlah sebentar sesudah pulang, kemudian bangun sebelum Subuh untuk bertahajjud. Sekiranya tidak tidur, anda tetap boleh menunaikan solat malam sebagai Qiamullail. Jangan paksa diri sehingga menjejaskan kesihatan atau menyebabkan Solat Subuh terlepas.
Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan ketika bangun untuk sahur atau hampir Subuh?
Boleh, selagi mana waktu Subuh belum masuk. Sekiranya masa masih mencukupi, tunaikan dahulu dua rakaat sebelum bersahur. Sekiranya masa suntuk, utamakan sahur sekadar keperluan dan pastikan Solat Subuh tidak tertinggal. Kerjakan Tahajjud secara ringkas tetapi tetap memelihara tumakninah. Apabila Subuh masuk, waktu Tahajjud pun tamat.
Bolehkah tidur semula selepas Tahajjud?
Boleh. Tiada tegahan untuk kembali tidur sesudah Tahajjud. Pasang penggera dan pastikan anda bangkit menunaikan Solat Subuh dalam waktunya.
Saya sudah berwitir sebelum tidur. Bolehkah saya bertahajjud?
Boleh. Sekiranya terjaga, tunaikan solat sunat dua rakaat demi dua rakaat. Witir tidak perlu diulang kerana dua Witir tidak dihimpunkan dalam satu malam.
Adakah Solat Witir wajib selepas Tahajjud?
Tidak wajib. Witir merupakan solat sunat yang sangat dituntut sebagai pengakhir solat malam. Sekiranya anda belum berwitir, tunaikanlah mengikut kemampuan; sekiranya tidak, Solat Tahajjud anda tetap sah.
Adakah bacaan khas pada sujud terakhir Solat Tahajjud?
Tiada bacaan khusus yang diwajibkan atau ditetapkan bagi sujud terakhir Solat Tahajjud. Memadai dengan tasbih sujud seperti biasa. Doa boleh dipanjatkan pada mana-mana sujud, bukan terhad kepada sujud terakhir sahaja. Sekiranya menggunakan ayat al-Quran yang berbentuk doa, niatkan ia sebagai doa, bukan sebagai bacaan al-Quran. Jangan menjadikan Surah al-Isra’ ayat 80 atau sebarang bilangan tertentu sebagai amalan khas Tahajjud tanpa dalil. Sekiranya tiada doa tambahan dibaca, solat tetap sah.
Betulkah surah tertentu perlu dibaca 11 kali?
Tidak ada syarat bahawa Surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau Ayat Kursi mesti dibaca sebanyak 11 kali untuk mengesahkan Tahajjud. Selepas al-Fatihah, bacalah mana-mana surah yang mudah bagi anda. Sekali bacaan pun sudah memadai; jangan menganggap sesuatu bilangan sebagai kewajipan tanpa dalil yang jelas.
Perlukah bacaan dikuatkan atau diperlahankan?
Kedua-dua cara dibenarkan dalam solat malam. Pilihlah kadar suara yang membantu kekhusyukan anda tanpa mengganggu orang yang sedang tidur atau beribadah berdekatan.
Bolehkah membaca daripada telefon atau kertas?
Sesudah solat, doa boleh dibaca terus daripada telefon atau kertas. Semasa solat pula, pandangan Mazhab Syafi‘i mengharuskan bacaan al-Quran daripada mushaf atau telefon, namun elakkan pergerakan yang berlebihan serta apa-apa yang mencacatkan khusyuk. Bagi pemula, membaca surah pendek yang telah dihafal adalah lebih mudah.
Saya terlupa tasbih rukuk, tasbih sujud atau doa antara dua sujud. Sahkah solat?
Sah. Bacaan-bacaan tersebut hukumnya sunat menurut panduan Mazhab Syafi‘i. Teruskan solat sambil menjaga pergerakan dan tumakninah. Rujuk bahagian yang mesti dijaga dan yang sunat.
Perlu mandi dahulu atau cukup berwuduk?
Memadai dengan berwuduk selagi anda tidak berada dalam keadaan yang mewajibkan mandi. Mandi untuk menyegarkan badan hanyalah pilihan, bukan syarat khusus bagi Tahajjud.
Bolehkah Solat Tahajjud dilakukan secara duduk atau menggunakan kerusi?
Boleh. Solat sunat tetap sah dikerjakan secara duduk walaupun seseorang itu berupaya berdiri, cuma berdiri lebih afdal. Sekiranya anda duduk kerana sakit atau keuzuran, laksanakan rukuk dan sujud setakat yang termampu.
Bolehkah berdoa dalam Bahasa Melayu selepas Tahajjud?
Boleh. Setelah solat selesai, berdoalah dalam Bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang anda fahami. Bagi doa yang dilafazkan semasa masih di dalam solat, terdapat perincian hukumnya; pilihan paling selamat bagi orang awam ialah berdoa dengan lafaz Arab yang diketahui atau berdoa di dalam hati.
Apakah yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid?
Wanita yang didatangi haid tidak menunaikan solat. Walau bagaimanapun, malam masih boleh dihidupkan dengan doa, zikir, selawat, istighfar, mendengar bacaan al-Quran serta amalan-amalan lain yang diharuskan.
Bolehkah Tahajjud dilakukan untuk hajat seperti jodoh, rezeki atau hutang?
Boleh memohon sebarang hajat yang baik. Namun Tahajjud bukanlah kaedah untuk memaksa sesuatu terjadi menurut kemahuan kita. Berdoalah, berikhtiarlah melalui jalan yang halal, dan serahkan ketentuan serta masanya kepada Allah.
Bila waktu yang sesuai untuk memohon hajat?
Anda boleh berdoa semasa sujud, selepas tahiyat akhir sebelum salam, ataupun setelah solat selesai. Sekiranya belum menghafal doa Arab untuk dibaca di dalam solat, luahkan hajat anda dalam bahasa yang difahami selepas memberi salam.
Perlukah melakukan Tahajjud tujuh malam berturut-turut?
Tiada syarat tujuh malam mahupun sebarang bilangan malam tertentu. Yang lebih utama ialah istiqamah mengikut kemampuan, walaupun sekadar dua rakaat pada beberapa malam.
Bagaimana jika saya benar-benar tidak mampu bangun malam?
Jangan berputus asa. Anda boleh beribadah malam selepas Isyak sebelum tidur sebagai Qiamullail, dan menunaikan Witir lebih awal sekiranya bimbang tidak terjaga. Tahajjud ialah amalan sunat; jangan sampai usaha mengejarnya menyebabkan Solat Subuh terlepas atau kesihatan diabaikan.
Penutup: Mulakan Dengan Dua Rakaat
Solat Tahajjud bukanlah pertandingan membaca doa yang paling panjang mahupun mengerjakan rakaat yang paling banyak. Matlamatnya ialah mendampingi Allah pada saat yang hening, dengan hati yang tunduk serta penuh pengharapan.
Mulakanlah dengan dua rakaat. Bacalah surah yang anda ingati, peliharalah tumakninah, dan berdoalah dalam bahasa yang anda fahami. Apabila rutin itu mula terasa ringan, tambahlah secara beransur-ansur mengikut kemampuan.
Semoga panduan ini membantu anda menunaikan Solat Tahajjud dengan lebih yakin, tenang dan istiqamah.
Nota Kaki & Rujukan
- Anjuran bangun malam untuk bertahajjud dinyatakan dalam al-Quran menerusi Surah al-Isra’ ayat 79. Ayat-ayat lain berkenaan ibadah malam termasuklah Surah al-Sajdah ayat 16 dan Surah al-Dhariyat ayat 17–18. [Surah al-Isra’ 17:79] ↩︎
- Panduan Qiamullail keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merangkumkan penerangan asas mengenai ibadah malam, meliputi waktu, tatacara serta doa. [Panduan Qiamullail JAKIM] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memperincikan pengertian Tahajjud dan kaitannya dengan tidur serta Qiamullail. [AL-KAFI #793] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut membahaskan bilangan rakaat serta kaedah salam bagi solat sunat. Bagi panduan ini, susunan dua rakaat dengan satu salam dipilih kerana ia paling mudah diikuti. [AL-KAFI #1843] ↩︎
- Hadis Ibn Umar RA dalam Sahih al-Bukhari menyatakan bahawa solat malam ditunaikan dua rakaat demi dua rakaat, kemudian diakhiri dengan satu rakaat Witir apabila bimbang masuknya waktu Subuh. [Sahih al-Bukhari 990] ↩︎
- Riwayat serupa mengenai solat malam dua rakaat demi dua rakaat turut direkodkan dalam Sahih Muslim. [Sahih Muslim 749] ↩︎
- Panduan Qiamullail JAKIM menyebut kedudukan Witir sebagai pengakhir solat malam. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menerangkan kaedah menunaikan Witir serta larangan menghimpunkan dua Witir dalam satu malam. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
- Panduan Qiamullail JAKIM menyarankan agar Tahajjud diikuti dengan solat-solat sunat lain seperti Taubat dan Hajat, sementara Witir dijadikan penutup. Susunan ini bersifat panduan amali, bukan syarat sah bagi setiap solat. [Panduan Qiamullail JAKIM] [AL-KAFI #1729] ↩︎
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan bahawa zikir semasa rukuk dan sujud, bacaan iktidal serta doa antara dua sujud hukumnya sunat menurut Mazhab Syafi‘i, dan meninggalkannya tidak membatalkan solat. [AL-KAFI #1460] [AL-KAFI #1804] ↩︎
- Hadis Ibn Abbas RA dalam Sahih al-Bukhari merakamkan doa yang dibaca Rasulullah SAW apabila Baginda bangkit pada waktu malam untuk bertahajjud. [Sahih al-Bukhari 1120] ↩︎
- Hadis Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari menceritakan bahawa Rasulullah SAW mendirikan solat malam sehingga bengkak kedua-dua kaki Baginda, sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. [Sahih al-Bukhari 1130] ↩︎
- Hadis Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim menyatakan bahawa solat paling afdal selepas solat fardu ialah solat malam. [Sahih Muslim 1163] ↩︎
- Hadis sahih menyebut keistimewaan sepertiga malam terakhir sebagai waktu untuk berdoa, memohon serta meminta keampunan. [Sahih al-Bukhari 1145] [Sahih Muslim 758] ↩︎
- Hadis dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim menjelaskan bahawa sesiapa yang bangun, mengingati Allah, berwuduk lalu bersolat akan menyambut paginya dengan jiwa yang baik dan bersemangat. [Sahih al-Bukhari 1142] [Sahih Muslim 776] ↩︎
- Sebagai bacaan lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menghuraikan kelebihan solat malam serta waktu-waktu mustajab pada malam hari. [Irsyad al-Hadith #436] [Irsyad al-Hadith #393] ↩︎
Rujukan Tambahan
Fiqh Populer: Terjemah Fathul Mu‘in merupakan antara rujukan fiqh umum yang dijadikan sandaran dalam penyediaan panduan ini.
Bughyah al-Mustarsyidin, halaman 136, turut menjadi sumber fiqh yang dirujuk.
Buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Allahyarham Dato’ Ismail Kamus dijadikan rujukan umum berkenaan amalan dan ibadah harian.
Buku Ensiklopedia Solat susunan Rohidzir Rais, Fuad Ismail dan Mohd Wahid Abd Hanif dirujuk secara umum bagi pelaksanaan serta persoalan solat.
Buku Ensiklopedia A–Z Tentang Solat tulisan Dr. Nik Yusri Musa dijadikan rujukan umum tentang hukum dan amalan solat.
Video Ensiklopedia Solat: Solat Tahajjud terbitan TV3 Official menjadi sumber audiovisual tambahan bagi penerangan ringkas mengenai Tahajjud.
Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat karya Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib dan Rohidzir Rais dijadikan rujukan tambahan bagi tatacara solat sunat.
Buku Solat Sunat Harian oleh Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi dirujuk sebagai sumber tambahan bagi amalan solat sunat harian.
Buku 1157 Persoalan Solat karya Ustaz Muhadir Haji Joll menjadi rujukan bagi persoalan-persoalan praktikal berkaitan solat.
Nihayah az-Zain, halaman 113, turut dirujuk dalam perbahasan fiqh mengenai solat sunat.
Tuhfah al-Muhtaj bersama Hawasyi asy-Syarwani wa al-‘Ubbadi, jilid 3 halaman 276, turut dijadikan sumber fiqh.