Semua panduan solat

Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin

Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin

Mukadimah

Panduan ini menghimpunkan segala yang anda perlukan tentang Doa Yasin, iaitu doa yang diamalkan sebaik sahaja tamat bacaan Surah Yasin — disertakan sekali transliterasi Rumi, Audio serta terjemahannya.

Beberapa topik akan disentuh dalam panduan ini:

  • Tatacara membaca surah Yasin
  • Doa Yasin beserta maksud
  • Adab sesama membaca Yasin
  • Kelebihan mengamalkan Yasin

Sekiranya anda mencari satu rujukan lengkap mengenai Yasin, panduan inilah jawapannya.

Jom kita mula..

Tatacara Membaca Surah Yasin

Sebelum memulakan surah Yasin, awali dahulu dengan bacaan-bacaan di bawah ini:

1. Beristighfar sebanyak 3 kali.

أَسۡتَغۡفِرُاللَّهَ الۡعَظِيمَ

Astagfirullah hal Aazim

2. Baca surah al-Fatihah sebanyak 1 kali.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

3. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 10 kali.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَبَارِكۡ وَسَلِّمۡ

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wabarik wassalim

Apabila selawat sudah selesai, teruskan dengan bacaan surah Yasin

Bacaan Doa Yasin

Apabila bacaan Surah Yasin sudah lengkap, tutuplah dengan doa yang berikut:

AUDIO DOA

بِسۡمِ اللّٰهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ حَمۡدًا يُّوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيۡدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِيۡ لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيۡمِ سُلۡطَانِكَ. اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلٰى اٰلِهِ وَصَحۡبِهِ اَجۡمَعِيۡنَ. اَللّٰهُمَّ بِحَقِّ يٰسۤ وَالۡقُرۡاٰنِ الۡحَكِيۡمِ وَبِمَنِ اخۡتَرۡتَهُ بِالرِّسَالَةِ وَالنُّبُوَّةِ وَالۡوِلَايَةِ وَالۡهِدَايَةِ اِلٰى صِرَاطِكَ الۡمُسۡتَقِيۡمِ

وَبِجَمِيۡعِ مَا جَاءَ بِهِ مِنۡكَ جِبۡرِيلُ، تَنۡزِيلَ الۡعَزِيزِ الرَّحِيۡمِ، وَبِخَوَاصِّ الۡحُرُوفِ وَالۡأَسۡمَاءِ التَّامَّاتِ وَبِمَا اَظۡهَرۡتَ فِي الۡوُجُوۡدِ لِكُلِّ مَوۡجُوۡدٍ مِنَ الۡآيَاتِ الۡبَيِّنَاتِ

وَبِخَفِيِّ لُطۡفِكَ الۡمُفَرِّجِ عَنۡ كُلِّ مَهۡمُوۡمٍ، الۡمَخۡلَصَ لِكُلِّ مَدۡيُوۡنٍ، يَا مُجۡرِيَ الۡبِحَارِ وَالۡعُيُوۡنِ، يَا مَنۡ خَزَائِنُهُ بَيۡنَ الۡكَافِ وَالنُّوۡنِ، وَعَلِمَ بِمَا كَانَ قَبۡلَ اَنۡ يَّكُوۡنَ.

وَنَسۡأَلُكَ اللّٰهُمَّ اَنۡ تَسۡئَلُكَ بِنَا جَآدَّةَ رِضَاكَ، وَاَنۡ تَجۡعَلَنَا اَهۡلًا وَمَحَلًّا لِّسَعَادَتِكَ وَغِنَاكَ، وَاَنۡ تُيَسِّرَ لَنَا جَمِيۡعَ الۡمُرَادَاتِ وَالۡمَطَالِبِ، وَاَنۡ تَجۡعَلَ رِضَاكَ عَنَّا خَيۡرَ مُصَاحِبٍ لَّنَا وَرَفِيۡقٍ، وَاَنۡ تُتۡحِفَنَا بِالۡجَلَالَةِ وَالۡمَهَابَةِ، وَاَنۡ تَمُنَّ عَلَيۡنَا بِسُرۡعَةِ الۡإِجَابَةِ.

اِسۡتَجِبِ اللّٰهُمَّ دُعَاءَنَا، وَحَقِّقۡ فِيۡكَ رَجَاءَنَا، وَاَدۡخِلۡنَا فِيۡ حِرۡزِ لُطۡفِكَ الۡمَصُوۡنِ بِسِرِّ قَوۡلِكَ اِنَّمَآ اَمۡرُهُ اِذَا اَرَادَ شَيۡئًا اَنۡ يَّقُوۡلَ لَهُ كُنۡ فَيَكُوۡنُ، فَسُبۡحَانَ الَّذِيۡ بِيَدِهِ مَلَكُوۡتُ كُلِّ شَيۡءٍ وَّاِلَيۡهِ تُرۡجَعُوۡنَ. سُبۡحَانَ الۡمُنَفِّسِ عَنۡ كُلِّ مَهۡمُوۡمٍ، سُبۡحَانَ الۡمُنَفِّسِ عَنۡ كُلِّ مَدۡيُوۡنٍ، سُبۡحَانَ مَنۡ اَمۡرُهُ اِذَا اَرَادَ شَيۡئًا اَنۡ يَّقُوۡلَ لَهُ كُنۡ فَيَكُوۡنُ.

يَا مُفَرِّجَ الۡهُمُوۡمِ، يَا مُفَرِّجُ فَرِّجۡ، يَا مُفَرِّجُ فَرِّجۡ، فَرِّجۡ عَنَّا هُمُوۡمَنَا يَا حَيُّ يَا قَيُّوۡمُ، يَا ذَا الۡجَلَالِ وَالۡإِكۡرَامِ، وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ، وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِيۡنَ.

Doa Yasin Dalam Rumi

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin Hamdan YuwaaFi Ni’aMahu WaYuKaaFi’u MaziiDah, Ya Rabbana LakalHamdu Kama YamBaghii Lijalali WajHika Wa ‘AziiMi Sulthonik. Allahumma Solli Wassalim ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in. Allahumma Bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-Aa-nil hakim, wabimanih tartahu BirriSaalati WannuBuwwati Wal Wilaayati Wal Hidaayati iLaa SirooTikal Mustaqim, Wa Bijamii’i Maa Jaa Abihi Minka Jibrill, TanZiiLal-Azii-Zirra-Him. WabiHawasSil-HuruuFi Wal Asmaa’it-Tamm-Maati Wabima AzharTa Fil WujuuDi Likulli Maujuudin Minal Aayatil BayyinaaTi, WabiKho-Fiyyi LutFikal Mufarriji ‘An Kulli MahMum, al-Mukhollisi Likulli Madyun, Yaa Mujriyal BiHaaRi Wal ‘Uyunn, Ya Mann KhoZaa-inahu Bainal KaaF-Fi Wan-nun, Wa ‘Aalima Bimaa KaaNa Qabla An Yakun. WaNas Alukallah-Humma An TasLuka Binaa JaaDData ridhooKa, Wa An Taj’aLaaNa AhLan WaMahallal-lisa’AaDaTika Wa RhgiNaaKa, Wa An Tuyassiro Lana Jamii’Al MuRooDaaTi Wal MathoLiBi, Wan Taj’Al RiDhooKa ‘AnNaa KhoiRo MuSooHiBinn LaNaa WaRoFiqq, Wa An TutLifaNaa Bil JalaaLati Wal Mahabbah, Wa An TamunNa ‘Aalayna Bisur’Atil-iJaaBah. IsTajiBillah-Humma Du’Aa Anaa Wa Haqqiq FiiKa RaJaa Anaa, Wa AdHilNa Fii HirZi LutFikal-Masunn Bisirri Qaulika InnaMaa AmRuHuu iZaa AraaDa Syaii-An An YaQuuLa-Lahu Kun FayaKun, fa subḥānallażī biyadihī malakūtu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūn, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli Mahmumm, SubHaaNal-MuNafFisi ‘An Kulli MadYunn, SubHaaNaMan AmRuHuu, iZaa ARaaDa Syai-An An YaQuuLa-Lahu Kun FaYaKun. Ya MuFarriJal Hummum, Ya MuFarriJu Farrij, Ya MuFarriJu Farrij, Farrij ‘AnNaa HuMuuMaNaa Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya DzalJalali Wal Iqramm. Wasollallahu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa ‘ALaa Aalihi Wasohbihi Wassalam, Walhamdulillahi Robbil-‘AaLaMinn.

Maksud Doa Yasin

Segala pujian untuk Allah, Tuhan sekalian alam — pujian yang mencukupi nikmat-nikmatNya dan menandingi limpahan tambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian, selayak dengan keagungan wajahMu dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami memohon agar selawat serta salamMu dicurahkan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabat Baginda.

Ya Allah, dengan berkat Surah Yasin serta kitab Al-Quran yang sarat hikmah, dan dengan orang yang Engkau pilih membawa risalah, kenabian, pertolongan dan hidayah menuju Sirat al-MustaqimMu.

Dengan Al-Quran yang disampaikan menerusi Malaikat Jibril, dengan rahsia kekuatan huruf-huruf dan nama-nama sempurna milikMu, dan dengan segala yang Engkau nyatakan dalam Al-Quran tentang tanda-tanda jelas yang membuktikan (kewujudanNya), serta dengan limpahan kurniaMu yang mampu

melenyapkan keluh kesah dan melangsaikan bebanan hutang.

Wahai Tuhan yang menggerakkan lautan dan matahari, wahai Tuhan yang meletakkan khazanahNya antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui keadaan sebelum dan sesudah sesuatu perkara.

Ya Allah, kami memohon supaya Engkau bukakan bagi kami ruang keredhaanMu, satukanlah kami dalam memuji dan memuja kekayaanMu, agar segala hajat dan permohonan kami Engkau permudahkan.

Jadikanlah keredhaanMu pendamping hidup kami, dan dengan keluasan kebesaranMu tunaikanlah permintaan kami dengan segera; kabulkanlah doa kami Ya Allah, benarkanlah pengharapan kami di sisiMu, dan tempatkanlah kami dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya urusanMu, apabila Engkau menghendaki sesuatu, cukup sekadar berfirman: JADI, lalu terjadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu, dan kepadaNya jua semuanya dikembalikan.

Maha Suci Tuhan yang melenyapkan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang menghilangkan segala kesusahan, Maha Suci Tuhan yang melangsaikan bebanan hutang, dan Maha Suci Tuhan yang urusanNya apabila menghendaki sesuatu hanya dengan berfirman: JADILAH, maka terjadilah ia.

Wahai Tuhan yang melenyapkan dukacita, lenyapkanlah, lenyapkanlah. Ya Tuhan

yang melenyapkan dukacita. Wahai yang melenyapkan, lenyapkanlah, wahai yang melenyapkan, lenyapkanlah, lenyapkanlah dukacita daripada kami.

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Yang Maha Kekal, Yang memiliki segala kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah melimpahkan rahmat serta kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Adab-Adab Membaca Surah Yasin

doa khatam quran

Surah Yasin merupakan bacaan yang amat digalakkan dan menyimpan fadhilat yang besar. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar dibaca begitu sahaja — ada beberapa adab yang wajar dipelihara supaya bacaan kita diterima dan manfaatnya lebih mendalam.

Berikut ialah adab-adab yang perlu diberi perhatian ketika membaca Surah Yasin:

  1. Membaca dengan Tertib dan Tartil Pastikan bacaan dilakukan dengan betul — menjaga makhraj (tempat keluarnya huruf), sifat-sifat huruf, dan mematuhi hukum tajwid. Perkara ini penting supaya setiap kalimah yang dilafazkan menepati maksud sebenarnya dan maknanya tidak berubah. Allah SWT berfirman: “Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan (tartil).” (Surah al-Muzammil: 4)
  2. Bacaan yang Perlahan dan Khusyuk Bacaan yang tidak tergesa-gesa memberi ruang untuk kita memahami erti setiap ayat dan merenungkan kandungannya. Khusyuk pula bermaksud menghadirkan hati kepada Allah SWT dengan rasa hina diri dan penuh tawaduk, sambil mengharapkan petunjuk daripada ayat-ayat yang dibacakan.
  3. Mengikut Imam Jika Dibaca Beramai-Ramai Dalam bacaan secara berjemaah, semua yang hadir seharusnya mengikuti bacaan imam secara serentak. Dengan itu bacaan menjadi harmoni, seragam, dan majlis lebih khusyuk.
  4. Bersiwak atau Membersihkan Mulut Sunat membersihkan mulut terlebih dahulu dengan siwak atau berus gigi sebelum membaca al-Quran. Tujuannya ialah memelihara kebersihan dan kemuliaan al-Quran, kerana ia Kalam Allah yang suci.
  5. Bersuci dari Hadas Kecil dan Besar Amat digalakkan berada dalam keadaan suci dan bersih ketika membaca Surah Yasin — berwuduk untuk mengangkat hadas kecil, atau bertayamum sekiranya air tiada. Sesiapa yang berhadas besar pula disarankan mandi wajib dahulu sebelum memegang atau membaca al-Quran.
  6. Menjaga Kebersihan Tempat dan Menghadap Kiblat Tempat bacaan hendaklah bersih dan terhindar daripada najis. Di samping itu, digalakkan menghadap kiblat sewaktu membaca al-Quran kerana arah tersebut penuh keberkatan dan mencerminkan rasa hormat terhadap ibadah.
  7. Menghayati Ayat Kebesaran, Azab, dan Rahmat Apabila tiba pada ayat yang menyebut kebesaran Allah, azab, atau rahmat-Nya, kita digalakkan bertasbih, beristia’zah (memohon perlindungan dari Allah), atau berdoa. Ini tanda kita bukan setakat melafazkan ayat, malah turut meresapi makna dan mesej di sebaliknya.
  8. Menjauhi Perkara yang Melalaikan Sewaktu membaca al-Quran, elakkan daripada ketawa berdekah, berbual-bual, atau melihat perkara yang boleh memecahkan tumpuan. Al-Quran wajar dibaca dalam suasana penuh hormat dan takzim.
  9. Membaca dari Mushaf Bacaan secara hafazan memang ada kelebihannya, namun membaca sambil melihat mushaf lebih diutamakan. Sebabnya, mata yang memandang ayat-ayat suci al-Quran turut memperoleh pahala.
  10. Mencantikkan Suara dan Bacaan Rasulullah SAW bersabda: “Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.” (Riwayat Ahmad). Justeru, suara yang diperelokkan bukan sekadar menyerikan bacaan, bahkan memudahkan hati pembaca dan pendengar untuk tersentuh dan terkesan.
  11. Menjaga Ibtida’ (Permulaan) dan Wakaf (Berhenti) Setiap kali membaca, tentukan tempat memulakan dan memberhentikan bacaan dengan tepat agar makna ayat tidak terpesong. Tersilap tempat berhenti atau bermula boleh menghasilkan maksud yang berlainan daripada maksud asal ayat berkenaan.
  12. Istia’zah Ketika Terputus Bacaan Sekiranya bacaan terhenti atas sebab tertentu — contohnya menjawab salam atau bersin — dianjurkan mengulang bacaan A’uzubillah sebelum menyambung semula. Ini melambangkan kesantunan kita dalam memelihara adab bacaan.

Apabila adab-adab ini dipelihara, kita bukan setakat memuliakan Kalam Allah, malah bacaan kita menjadi lebih berkat, khusyuk, dan mendalam. Amalkanlah Yasin dengan hati yang ikhlas sambil mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Kelebihan Membaca Surah Yasin

Antara fadhilat mengamalkan surah Yasin ialah seperti berikut:

1. Beramal dengan surah Yasin dapat menghindarkan hati yang keras

Abi Ja’far Muhammad bin Ali pernah menyatakan:

Barangsiapa yang mendepati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرۡءَانِ di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minumlah airnya.

2. Ganjaran membacanya seolah-olah membaca al-Quran sebanyak 10 kali

Imam ad-Darimi, Tirmizi, Muhammad bin Nasr dan Baihaqi meriwayatkan di dalam kitab Syu’ab al-Imam, daripada Anas, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Siapa yang membaca surah Yasin, Allah tuliskan pahala bacaan untuknya sebanyak 10 kali bacaan al-Quran.

Selepas mentakhrijkan hadis ini, Imam Tirmizi menyebut:

Hadis ini adalah Gharib, ia tidak diketahui melainkan daripada hadis Humaid bin Abdul Rahman. Dalam sanadnya ada lelaki yang bernama Harun Abu Muhammad iaitu seorang syeikh yang tidak diketahui. Dalam hal ini, ada riwayad daripada Abi Bakar. Oleh yang demikian, tidak sah untuk melemahkan sanadnya.

3. Diampunkan dosa orang yang membacanya

Imam ad-Darimi, Abu Ya’la, Tabarani di dalam kitab Mu’ajam al-Awsat, Ibnu Mardawaih, serta Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Iman meriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya:

Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari semata-mata untuk mendapat redha Allah, diampunkan dosanya pada malam itu

Kata Ibnu Kathir: “Sanadnya baik”

4. Surah yang meliputi kebaikan di dunia dan akhirat

Ibnu al-Durais, Ibnu Mardawaih, al-Khatib dan al-Baihaqi mengeluarkan riwayat daripada Abu Bakar al-Siddiq, katanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Surah Yasin dipanggil di dalam Taurat sebagai al-Mua’mminah. Yakni menjadikan orang yang membacanya mendapat kebaikan dunia dan akhirat secara menyeluruh, mendatangkan kesabaran pada ujian dunia dan akhirat dan membenteng dari kesengsaraan akhirat. Ia juga dipanggil penghadang dan penuaian, iaitu menghalang dari kejahatan dan menunaikan setiap hajat bagi orang yang membacanya. Barangsiapa yang membacanya diberikan ganjaran 20 kali melakukan haji dan siapa yang mendengarnya diganjarkan seribu Dinar dijalan Allah. Dan barangsiapa yang menulis kemudian meminumnya, dimasukkan ke dalam rongga tenggoroknya sebanyak seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan menghilangkan segala keterlampauan dan keracunan.

5. Surah Yasin kebanggaan Nabi Muhammad SAW

Al-Bazzar mengeluarkan riwayat daripada Ibnu Abbas, katanya Nabi SAW bersabda mengenai surah Yasin.

Aku sangat menyukai sekiranya surah Yasin ada (dihafaz) di hati setiap orang daripada kalangan umatku

6. Dikurniakan ganjaran mati syahid.

Tabarani dan Ibnu Mardawaih mengeluarkan riwayat ini — imam Suyuti menilai sanadnya lemah — daripada Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang sentiasa membaca surah Yasin setiap malam, kemudian meninggal, dia meninggal dalam keadaan mati syahid.

7. Diberikan kemudahan dan kesenangan

Imam ad-Darimi mengeluarkan riwayat daripada Ibnu Abbas yang berkata:

Barangsiapa yang membaca surah Yasin ketika Subuh, diberikan kemudahan pada siang harinya hingga ke petang. Dan barangsiapa yang membacanya pada awal malam, diberikan kemudahan pada malamnya hingga ke waktu subuh.

8. Mendapat keberkatan dan rahmat kepada si mati

Menurut pandangan sebahagian ulama, bacaan surah Yasin ini memudahkan segala urusan yang sukar; apabila dibacakan ke atas orang yang mati pula, ia menurunkan rahmat dan keberkatan serta melancarkan roh keluar daripada jasad si mati.

Ma’qal bin Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bacalah ia pada orang yang mati di kalangan kamu – yakni surah Yasin.

Imam Ahmad rahimallah menyebut, kami diceritakan oleh Abu al-Mughirah, dan Safwan pula menceritakan kepada kami, katanya yang maksudnya:

Para masyaikh pernah berkata: “Jika dibacakan – yakni surah Yasin – di sisi orang yang mati, ia dapat meringankannya.

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin?

Panduan Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin disusun dalam 18 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Doa Yasin, Adab & Kelebihan Membaca Surah Yasin?

Panduan ini mengandungi 18 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.