Semua panduan solat

Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi)

Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi)

Mukadimah

Apakah bacaan doa makan yang mudah?

Panduan ini menghimpunkan doa makan umum yang ringkas, disertakan ejaan rumi supaya lebih senang diikuti.

Turut disenaraikan ialah doa selepas makan dan doa selepas minum, yang kedua-duanya juga dimudahkan dengan tulisan rumi.

Tidak perlu berlengah lagi, mari kita mula..

Doa Makan

اَللّٰهُمَّ بَارِكۡ لَنَا فِيۡمَا رَزَقۡتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar

Maksudnya:

Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”

Doa Selepas Makan

اَلۡحَمۡدُ ِللهِ الَّذِىۡ اَطۡعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسۡلِمِيۡنَ

Alhamdu lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam”

Doa Selepas Minum

اَلۡحَمۡدُ ِللهِ الَّذِىۡ جَعَلَهُ عَذۡبًا فُرَاتًا بِرَحۡمَتِهِ وَلَمۡ يَجۡعَلۡهُ مِلۡحًا اُجَاجًا بِذُنُوۡبِنَا

Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”

Penutup: Berdoalah Untuk Mendapat Keberkatan

Sepanjang perjalanan hidup ini, kita sebenarnya tidak pernah bersendirian — ada makhluk lain yang sentiasa mengiringi kita.

Sebagai contoh, jika kita menjamah makanan tanpa membaca doa, syaitan akan turut menumpang makan bersama kita.

Natijahnya, keberkatan makanan yang dimakan itu akan hilang.

Syaitan pula tidak pernah berhenti menghasut — menyemai keraguan, ketakutan, kerakusan dan pelbagai perasaan negatif lain di dalam hati.

Di sinilah bermulanya kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam hidup seseorang.

Justeru, satu-satunya cara mengusir syaitan yang sentiasa mendampingi kita ialah dengan mengingati Allah melalui doa.

Sebaliknya, apabila kita berdoa, malaikat pula yang akan mendampingi kita serta membisikkan sarana dan input yang baik-baik ke dalam hati.

Hasilnya, insan yang sentiasa diiringi malaikat akan lebih terjaga tutur katanya, pertimbangannya, keputusannya dan tindak-tanduknya.

Maka jangan tinggalkan doa — insyaaAllah malaikat akan menghampiri, manakala syaitan akan menjauh.

Rujukan

  • Ibn al-Sunni, 'Amal al-Yawm wa'l-Laylah
  • Sunan Abu Dawud, no. 3850
  • Sunan al-Tirmidhi, no. 3457
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi)?

Panduan Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi) disusun dalam 5 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Doa Makan & Doa Selepas Makan (Ejaan Rumi)?

Panduan ini mengandungi 5 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.