Semua panduan solat

Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja?

Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja?

Mukadimah

Adakah dibolehkan berpuasa pada hari sabtu sahaja?

Bagaimana pula hukumnya?

Dalam panduan ini, dikongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

SOALAN

Saya ingin bertanya tentang puasa sunat hari sabtu.Bagaimanakah yang dikatakan makruh puasa hari sabtu itu?Kalau hanya hari sabtu sahaja kita ada peluang untuk berpuasa adakah dibolehkan sebab saya hanya cuti tidak bekerja pada hari sabtu. Pada hari kerja saya tidak mampu berpuasa kerana penat kerja sebagai buruh?

JAWAPAN

Puasa sunat pada hari sabtu yang dihukumkan makruh ialah apabila seseorang sengaja mengkhususkan hari sabtu semata-mata untuk berpuasa, iaitu seperti orang yang enggan berpuasa pada mana-mana hari lain kecuali hari sabtu tanpa apa-apa sebab.

Antara sebab yang mengharuskan seseorang berpuasa pada hari sabtu sahaja termasuklah kerana bernazar, kafarah, qadha, atau kerana dia mengamalkan puasa sunat berselang sehari lalu kebetulan jatuh pada hari sabtu, ataupun dia memang tiada kesempatan berpuasa pada hari-hari lain — contohnya seseorang yang hanya bercuti pada hari sabtu manakala pada hari lain dia bekerja dan tidak berdaya untuk berpuasa.

Dinyatakan dalam kitab Nihayah Syeikh Ramli :

Tidak dimakruhkan puasa pada hari sabtu sahaja dengan sebab puasa nazar atau puasa kafarah atau puasa qadha. Dan dikecualikan dari menunggalkan puasa pada hari sabtu sahaja itu ialah apabila dia puasa sehari sebelum atau sehari selepas sabtu bersama sabtu tersebut maka tidak lagi makruh kerana ternafi sebab larangan.”

Kesimpulan

Sesiapa yang menetapkan hanya hari sabtu sebagai hari puasanya dan tidak pada hari yang lain, maka amalannya itu dihukumkan makruh.

Adapun bagi orang yang tiada pilihan — misalnya dia hanya tidak bekerja pada hari sabtu, sedangkan pada hari-hari lain dia bekerja dan tidak berkemampuan untuk berpuasa — maka diharuskan baginya berpuasa pada hari sabtu.

Demikian juga, harus berpuasa pada hari sabtu sekiranya ia merupakan puasa qadha, nazar atau fidyah, ataupun dia menggandingkan puasa hari sabtu itu dengan puasa pada hari jumaat atau hari ahad.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja??

Panduan Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja? disusun dalam 1 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Bolehkah Puasa Hari Sabtu Sahaja??

Panduan ini mengandungi 1 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.