Semua panduan solat

Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring

Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring

Mukadimah

Bagaimanakah orang yang sakit boleh menunaikan solat secara duduk & baring?

Panduan ringkas ini menerangkan cara mengerjakan solat sambil duduk di atas kerusi, solat secara berlunjur serta solat dalam keadaan baring.

Setiap langkah akan diterangkan satu persatu dari awal hingga akhir, dan isinya telah dipadatkan supaya senang diikuti.

Apa yang menarik:

Panduan solat bagi pesakit ini turut disertakan gambar bagi membantu anda memahaminya dengan lebih mudah.

Jom kita mula tanpa berlengah lagi..

  1. Pengenalan
  2. Syarat solat atas kerusi
  3. Cara solat duduk atas kerusi
  4. Cara solat duduk tahiyat awal
  5. Cara solat duduk berlunjur
  6. Cara solat baring
  7. Q&A soalan lazim berkaitan solat orang sakit

Pengenalan

Keuzuran merangkumi keadaan seperti sakit, cedera, cacat anggota, penyakit kronik mahupun lumpuh.

Wanita yang sedang sarat mengandung serta pesakit yang baru selesai pembedahan dan masih dalam tempoh pemulihan juga tergolong dalam kumpulan ini.

Bagi seorang muslim, kewajipan solat tetap tidak gugur walaupun seseorang itu berada dalam keadaan uzur.

Islam merupakan agama yang indah lagi memudahkan.

Golongan yang uzur diberikan rukhsah (keringanan) ketika mengerjakan solat.

Tujuannya supaya hubungan umat Islam dengan Allah SWT tidak pernah terputus.

Syarat-Syarat Solat Atas Kerusi

Kebiasaannya, golongan uzur ini sukar untuk bergerak, sama ada semasa hendak berdiri mahupun ketika duduk.

Ada juga yang mengalami kesakitan pada anggota badan akibat faktor umur, misalnya sakit lutut dan gout.

Justeru, Islam memberikan kelonggaran kepada mereka untuk menunaikan solat sambil duduk di atas kerusi.

Berikut ialah syarat-syarat bagi solat duduk di atas kerusi:

  • Berpunca daripada faktor usia serta kesakitan pada bahagian lutut dan pinggang.
  • Mesti menghadap kiblat sepanjang mengerjakan solat.

Cara Solat Duduk Atas Kerusi

Berikut ialah langkah-langkah kaedah menunaikan solat sambil duduk di atas kerusi:

Duduk dengan badan menghadap ke arah kiblat.

Setelah takbiratul ihram, letakkan kedua-dua belah tangan pada kedudukan antara pusat dan dada, sama seperti ketika solat berdiri.

solat duduk atas kerusi

rukuk solat duduk kerusi

solat duduk atas kerusi

Lepaskan tangan ke bawah.

iktidal

rukuk solat duduk

Cara Solat Duduk Tahiyat Awal

Cara duduk yang terbaik untuk solat secara duduk ialah duduk iftirasy (duduk tahiyat awal).

Jika pesakit tidak berdaya melakukannya, dia boleh duduk secara berlunjur ataupun mengikut apa yang termampu olehnya.

Setelah takbiratul ihram, letakkan kedua-dua tangan pada kedudukan antara pusat dan dada, sebagaimana dalam solat berdiri.

Cara Solat Duduk Berlunjur

Cara Solat Secara Baring

Bagi pesakit yang keuzurannya terlalu berat sehingga hanya mampu terbaring di atas katil, mereka diharuskan menunaikan solat secara baring ataupun mengiring.

Sebiji bantal juga boleh diletakkan di atas riba bagi mereka yang memerlukan sokongan pada bahagian hadapan badan supaya lebih mudah bersolat.

solat baring

solat baring melentang

kepala hendaklah ditinggikan sedikit agar bahagian dada menghadap ke arah kiblat.

Setiap pergerakan solat dibuat dengan satu isyarat sahaja, seperti yang berikut:

  1. Ketika hendak rukuk, isyaratkan dengan menundukkan kepala, atau dengan menutup kelopak mata sekiranya kepala sudah tidak dapat digerakkan.

  2. Ketika hendak iktidal, kepala diangkat semula atau kelopak mata dibuka kembali disertai niat sedang beriktidal.

  3. Bagi sujud pula, sama ada kepala ditundukkan semula ataupun kelopak mata ditutup dengan niat mengerjakan sujud.

  4. Untuk duduk antara dua sujud, angkat kembali kepala atau buka kelopak mata sambil berniat melakukannya.

  5. Teruskan cara yang sama sehinggalah selesai memberi salam.

Kesemua bacaannya sama sahaja dengan bacaan solat biasa.

Soalan Lazim Berkaitan Solat Orang Sakit

Berikut dihimpunkan beberapa persoalan yang sering ditanya mengenai rukhsah solat bagi orang sakit:

1. Berdiri Secara Membongkok

Sekiranya seseorang yang lanjut usia atau uzur itu masih berupaya berdiri dan berjalan walaupun dalam keadaan membongkok, dia tetap wajib menunaikan solat fardu secara berdiri, biarpun membongkok.

Hukum asal bagi solat fardu ialah berdiri tegak, maka hendaklah dia berdiri setakat yang dia mampu.

Sekiranya pada rakaat pertama dia masih boleh berdiri tetapi pada rakaat-rakaat seterusnya sudah tidak berdaya, dia dibolehkan menyambung solatnya sambil duduk.

2. Rukuk dan Sujud ketika Solat Duduk

Sekiranya seseorang tidak mampu berdiri kerana uzur, ataupun sedang solat di atas kenderaan bergerak yang menyukarkannya berdiri dengan tegak, dia dibenarkan bersolat secara duduk.

Semasa rukuk, tundukkan kepala sehingga paras kepala setentang dengan lutut.

Namun yang lebih afdal ialah apabila kepala dapat setentang dengan tempat sujud, sebagaimana rukuk dalam solat berdiri.

Demikian juga sujudnya; kedudukannya serupa dengan sujud orang yang bersolat secara berdiri.

Walau bagaimanapun, jika pergerakan sebegitu tidak terdaya dilakukan, memadailah setakat yang mampu.

3. Mengerjakan Solat Menggunakan Isyarat Mata

Solat menggunakan isyarat mata dilakukan dengan membuka kelopak mata sebagai tanda berdiri, menutupnya separuh sebagai tanda rukuk, membukanya semula sebagai tanda berdiri iktidal, dan menutupnya sebagai tanda sujud.

Ketika duduk, mata dibuka kembali sepertimana ketika berdiri.

Begitulah seterusnya; yang penting, kedudukan kelopak mata bagi isyarat rukuk dan isyarat sujud dapat dibezakan.

Bacaannya pula dibaca seperti biasa; sekiranya tidak mampu, memadai dibaca di dalam hati sahaja.

4. Mengerjakan Solat dalam Hati

Sekiranya seseorang itu terlalu uzur sehingga isyarat mata pun tidak terdaya dilakukan, maka sebagai jalan terakhir, dia dibenarkan bersolat di dalam hati.

Caranya ialah dengan membayangkan gerak dirinya sedang berdiri, rukuk, iktidal dan sujud.

Semua bacaan bagi setiap pergerakan hendaklah disebut di bibir, tetapi jika tidak berdaya, cukuplah dibaca di dalam hati sahaja.

5. Solat Wanita yang Hampir Bersalin

Apabila seorang ibu yang sudah tiba masanya untuk melahirkan anak didatangi waktu solat, sedangkan dia tidak berupaya mengambil wuduk atau menutup aurat, dan tidak dapat bersolat dengan sempurna kerana kesakitan yang teramat, dia hendaklah menunaikan solat dengan apa jua cara yang termampu, sama ada secara isyarat mahupun solat di dalam hati.

Perlu diingat, ibu yang hampir tiba waktu bersalin lazimnya akan mengeluarkan tanda seperti darah dan sebagainya.

Pada ketika itu, wanita tersebut masih diwajibkan bersolat selagi anak belum dilahirkan, kerana darah tersebut bukanlah darah nifas atau haid yang menggugurkan kewajipan solat.

6. Solat Hormat Waktu

Solat hormat waktu ialah solat yang ditunaikan dalam keadaan berhadas kerana ketiadaan air untuk berwuduk mahupun tanah untuk bertayamum, termasuk juga solat yang tidak dapat dilakukan sambil menghadap kiblat.

Solat ini wajib diqadha semula apabila sudah memperoleh air atau tanah, ataupun sudah boleh menghadap kiblat kembali.

Qadha solat hormat waktu juga boleh dibuat secara jamak atau qasar, dengan syarat kita masih berada dalam musafir.

Setelah pulang ke tempat asal, solat hormat waktu tersebut hendaklah diqadha dengan sempurna.

Andai kita masih bermusafir dan masih tidak menemui air untuk berwudhu atau tanah untuk bertayammum bagi mengqadhanya, maka solat hormat waktu tadi sudah cukup untuk diterima Allah.

Sebaliknya, jika sudah ada peluang mengqadha solat hormat waktu setelah wujudnya air atau debu tanah tetapi kita sengaja melengah-lengahkannya, maka ia dikira berdosa.

Penutup: Hikmah Rukhsah Solat

Islam ialah agama yang memudahkan, maka tiada alasan untuk kita meninggalkan solat sekalipun ketika sedang sakit.

Sekiranya pesakit pernah kehilangan kesedaran, hukum tanggungan solatnya perlu dinilai secara berasingan daripada sakit fizikal yang biasa.

Antara hikmah diharuskan rukhsah ialah:

  1. Memperlihatkan bahawa Islam agama yang mudah.
  2. Menjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.
  3. Membolehkan umat Islam melaksanakan kewajipan dalam apa jua keadaan.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk anda.

Wallahuaklam.

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring?

Panduan Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring disusun dalam 15 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Cara Solat Duduk Atas Kerusi, Duduk Berlunjur & Solat Secara Baring?

Panduan ini mengandungi 15 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.