Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Apa lafaz niatnya dan bagaimana Solat Sunat Mutlak ini dikerjakan?

Dalam panduan ini, anda akan dibawa mengikuti setiap langkah Solat Sunat Mutlak dengan cara yang senang difahami.

Jom kita mulakan panduan ini bersama-sama.

Maksud Solat Sunat Mutlak

solat dhuha

Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang dikerjakan semata-mata untuk mencari keredaan Allah SWT. Ia tergolong dalam solat sunat yang tidak diikat dengan mana-mana masa, waktu, atau sebab yang khusus.

Bilangan rakaat bagi solat sunat mutlak juga tidak ditetapkan dan tidak ada hadnya. Maka, ia sah dikerjakan walau dengan satu rakaat sahaja, malah boleh sehingga seratus rakaat sekalipun.

Pada asasnya, solat sunat mutlak adalah ibadah untuk mengingati Allah melalui solat dan doa yang sunat, dan kita sangat digalakkan memperbanyakkannya kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada waktu-waktu yang dilarang untuk bersolat.

Berkenaan solat, Rasulullah ﷺ pernah menyampaikan sabdaan kepada Abu Dzar RA:

Solat adalah sebaik-baik perkara sama ada banyak dilakukan ataupun sedikit. (Hadis riwayat al Tabrani)

Oleh itu, solat adalah ibadah yang paling afdal untuk diamalkan; pelaksanaan solat sunat mutlak pula tiada sekatan, sama ada dengan rakaat yang sedikit mahupun banyak, dan boleh dikerjakan sepanjang hari selagi bukan pada waktu larangan solat.

Kerana itulah Rasulullah ﷺ sentiasa istiqamah dengan solat-solat sunat, sama ada yang mempunyai sebab khusus mahupun yang tanpa sebab, sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada Penciptanya.

Sebuah hadis menceritakan:

Bahawasanya ‘Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah ﷺ. Beliau juga seorang sahabat Ansar yang bersama dalam peperangan Badar, beliau datang menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku sudah tidak berapa nampak, aku menjadi imam bagi kaumku, apabila hujan maka mengalirlah air di lembah yang terletak di antaraku dengan kaumku, aku tidak dapat datang ke masjid untuk menjadi imam kepada mereka, aku bercita-cita, wahai Rasulullah, engkau datang kepadaku dan solat di rumahku untuk aku jadikannya sebagai tempat solatku.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “InsyaaAllah. Aku akan lakukan.” Kata ‘Itban, “Rasulullah SAW datang bersama Abu Bakar ketika matahari naik, maka Rasulullah SAW meminta izin, lalu aku memberi izin kepada Baginda.”. Tanpa duduk, Baginda masuk ke dalam rumah, kemudian Baginda bertanya, “Di mana tempat yang engkau suka aku solat di rumahmu ini?” Kata ‘Itban, maka aku menunjukkan kepada Baginda satu tempat di rumahku. Rasulullah SAW pun berdiri dan solat dengan memulakan takbiratulihram, maka kami pun berdiri membuat saf solat. Baginda solat dua rakaat kemudian memberi salam” — Riwayat Bukhari

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa di samping solat fardu lima waktu, solat sunat rawatib dan solat-solat sunat yang khusus, kita turut boleh menunaikan solat sunat mutlak sebagai amalan tambahan sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ.

Allah SWT berfirman:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Bagarah ayat 45)

Ayat ini mengajar kita bahawa pertolongan Allah hanya dapat diraih dengan dua jalan, iaitu sabar dan solat.

Lafaz solat dalam ayat tersebut bersifat umum — ia meliputi solat fardu, solat sunat, dan sudah tentu termasuk solat sunat mutlak.

Sama ada kita sedang gembira, bersedih, lapang, sempit, atau sedang diuji dengan pelbagai cabaran, dirikanlah solat: sebagai tanda syukur ketika menerima nikmat, dan sebagai jalan keluar bagi setiap masalah ketika ditimpa kesusahan.

Hudzaifah bin al-Yaman berkata:

Rasulullah ﷺ, apabila Baginda mengalami sesuatu perkara, Baginda akan terus mengerjakan solat. (Riwayat Ahmad)

Inilah teladan dan penyelesaian terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ apabila berdepan sesuatu keadaan — iaitu sentiasa kembali kepada solat, tidak kira ketika senang mahupun sebaliknya.

Jadikanlah solat sunat mutlak sebagai amalan untuk mengingati Allah pada setiap ketika, dalam keadaan lapang mahupun sukar.

Niat Solat Sunat Mutlak

Berikut ialah lafaz niat bagi solat sunat Mutlak:

أُصَلِّي صَلَاةَ السُّنَّةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Solatal Sunnati Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala

Cara Solat Sunat Mutlak

Ringkasan langkah-langkah Solat Sunat Mutlak

  1. Mulakan dengan berniat di dalam hati: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala” seiring dengan mengangkat takbir.
  2. Baca Surah Al-Fatihah, kemudian sambung dengan surah pendek seperti Surah Al-Kafirun.
  3. Lakukan rukuk serta dua kali sujud, sambil memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan tenang.
  4. Bangkit ke rakaat kedua sambil bertakbir, kemudian baca al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas atau mana-mana surah pendek lain. Ulangi rukuk dan sujud sebagaimana rakaat pertama.
  5. Selepas selesai rakaat kedua, duduk bagi tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.
  6. Sekiranya mahu menambah rakaat, bangunlah semula untuk dua rakaat yang berikutnya.
  7. Selesai solat, panjatkan doa dengan penuh keikhlasan — pohon kepada Allah agar segala hajat ditunaikan, dosa diampunkan, serta dikurniakan keberkatan dan rezeki yang halal.

Jumlah rakaat solat sunat mutlak tidak dihadkan, malah memadai dikerjakan dengan satu rakaat sahaja. Sebab itulah niat solat sunat mutlak tetap sah walaupun bilangan rakaatnya tidak disebut.

Maka, sesiapa yang berniat menunaikan solat sunat mutlak tanpa menentukan bilangan rakaat, dia bebas memberi salam selepas satu rakaat, atau menyambung kepada rakaat kedua, ketiga, keempat dan seterusnya tanpa had.

Walau bagaimanapun, jika mahu mengerjakan solat sunat Mutlak melebihi satu rakaat, adalah sunat dilakukan secara dua rakaat demi dua rakaat, dengan salam pada setiap dua rakaat. Cara ini lebih bertepatan dengan sunnah Rasulullah ﷺ

Jika masih ingin menambah solat sunat Mutlak selepas itu, teruskan sahaja dua rakaat demi dua rakaat setiap kali selesai memberi salam.

Sesudah salam, berdoalah memohon keampunan atas segala dosa, di samping memohon keafiatan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan untuk diri, keluarga serta seluruh umat Islam.

Berikut ialah panduan melaksanakan solat Sunat Mutlak langkah demi langkah:

Rakaat Pertama — 1. Solat

Ketika mengangkat takbir, hadirkan niat Solat Sunat Mutlak di dalam hati.

Lafaz niat yang boleh digunakan antaranya:

أُصَلِّي صَلَاةَ السُّنَّةِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Solatal Sunnati Rak’ataini Lillahi Taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala

  • Lafaz niat ini juga boleh disebut sebelum takbir diangkat.

takbiratul ihram

Rakaat Pertama — 2. Bacalah Surah al-Fatihah.

Lazimnya dalam solat sunat, al-Fatihah dibaca terus tanpa didahului Doa Iftitah.

Namun sekiranya mahu membaca Doa Iftitah, ia tetap sunat (mendapat pahala bagi yang membacanya)

Surah al-Fatihah termasuk dalam rukun solat, justeru bacaannya wajib dalam setiap solat.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 3. Kemudian,

Setelah selesai al-Fatihah, sambung pula dengan bacaan surah pendek daripada al-Quran.

Salah satu surah yang sesuai dibaca ialah al-Kafirun:

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 4. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Sewaktu rukuk, ucapkan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Pertama — 5. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan daripada rukuk sehingga berdiri lurus (iktidal), lalu bacakan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Pertama — 7. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 8. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Pertama — 9. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Pertama — 10. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum berdiri bagi rakaat kedua, berhenti seketika dalam duduk istirahat (kira-kira 3 saat), barulah bangkit meneruskan rakaat berikutnya.

solat taubat

Rakaat Kedua — 11. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah ialah takbir yang menandakan bermulanya rakaat kedua).

اللَّهُ أَكۡبَرُ

Rakaat Kedua — 12. Baca Surah al-Fatihah.

Sama seperti rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua ini.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 13. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sesudah al-Fatihah selesai dibaca, ikuti pula dengan surah al-ikhlas

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 14. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Pastikan belakang badan lurus dan rata, mata memandang ke arah tempat sujud, manakala kedua-dua tangan memegang kepala lutut dengan selesa.

Sewaktu rukuk, ucapkan bacaan rukuk:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡعَظِيمِ وَبِحَمۡدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 15. Kemudian Bangun Iktidal

Angkat badan daripada rukuk sehingga berdiri lurus (iktidal), lalu bacakan:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنۡ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Rakaat Kedua — 16. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Rakaat Kedua — 17. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Ucapkan bacaan duduk antara dua sujud:

رَبِّ اغۡفِرۡ لِي وَارۡحَمۡنِي وَاجۡبُرۡنِي وَارۡفَعۡنِي وَارۡزُقۡنِي وَاهۡدِنِي وَعَافِنِي وَاعۡفُ عَنِّي

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Ketika sujud, ucapkan bacaan sujud:

سُبۡحَانَ رَبِّيَ الۡأَعۡلَى وَبِحَمۡدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الۡمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيۡكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيۡنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ، وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ فِي الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Rakaat Kedua — 20. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Toleh ke arah kanan sambil melafazkan salam berikut:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… seterusnya toleh pula ke arah kiri dan lafazkan salam yang kedua:

السَّلَامُ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Doa Selepas Solat Sunat Mutlak

Salah satu doa yang elok diamalkan ialah Doa Penghulu Istighfar:

اللَّهُمَّ أَنۡتَ رَبِّي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنۡتَ، خَلَقۡتَنِي وَأَنَا عَبۡدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهۡدِكَ وَوَعۡدِكَ مَا اسۡتَطَعۡتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنۡ شَرِّ مَا صَنَعۡتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعۡمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنۡبِي، فَاغۡفِرۡ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغۡفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنۡتَ

Allaahumma Anta Rabbii Laa ilaaha illaa Annta Kholaq-tanii Wa Anaa ‘Abduka Wa Anaa ‘Ala ‘Ahdika Wawa’ Dika Mas-tatha’-tu Auudzu-bika Min Syarrimaa Sona’-tu Abuu-U Laka Bini’matika ‘Alayya Wa Abuu-U Bidzanmmbi, Faghfirlii Fainnahu Laa Yagh-Firudz-zunuuba Illaa Annta.

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku; tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku ialah hambaMu, dan aku akan setia pada ketentuan dan janjiMu sekadar termampu olehku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan perbuatanku sendiri; aku mengakui segala nikmat kurniaanMu ke atasku dan aku mengakui dosa-dosaku. Maka ampunkanlah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Penutup

Solat sunat turut dikenali sebagai solat Nawafil atau Tatawwu’, iaitu solat yang ditunaikan atas dasar sukarela.

Ia dikerjakan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT serta meraih kasih sayangNya.

Sesiapa yang menunaikan solat sunat dengan hati yang ikhlas akan lebih dikasihi dan diberikan perhatian oleh Allah SWT berbanding mereka yang hanya bergantung pada solat fardu semata-mata.

Antara kelebihan solat sunat ialah:

  1. Menampung kekurangan dan menyempurnakan solat fardu
  2. Menguatkan iman
  3. Merapatkan hubungan seseorang hamba dengan Allah.

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk anda!

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sunan Abu Dawud, no. 850
  • Sunan Ibn Majah, no. 898
  • Sahih al-Bukhari, no. 789
  • Sahih Muslim, no. 392
  • Sahih Muslim, no. 403
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Sahih al-Bukhari, no. 6306
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap)?

Panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap) disusun dalam 24 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT SUNAT MUTLAK (Panduan Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 24 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.