Semua panduan solat

NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap)

NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap)

Mukadimah

Macam mana nak tunaikan solat Asar?

Panduan ini akan memandu anda mengerjakan solat fardu Asar secara berperingkat, langkah demi langkah, sehinggalah solat itu sempurna.

Bagi memudahkan anda, setiap tulisan jawi dan Arab turut dilengkapi dengan transliterasi RUMI serta audio sebagai bantuan.

Jika anda rasa panduan ini sesuai untuk anda, marilah kita mulakan…

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan Solat Asar?

Solat Fardu Asar (صلاة عصر) ialah satu daripada lima (5) solat fardhu yang difardukan ke atas setiap umat Islam.

Solat fardu wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang masih hidup dan sempurna akalnya.

Ia sama sekali tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan, kerana meninggalkannya tergolong dalam dosa-dosa besar.

Malah, walaupun seseorang itu sakit teruk sehingga hanya matanya sahaja yang mampu digerakkan, solat tetap wajib didirikan dalam waktunya, iaitu dengan menggunakan isyarat mata.

Sekiranya seseorang itu tertinggal solat fardu, maka wajib baginya mengulanginya dengan niat qada.

Panduan ini disediakan terutamanya untuk membantu saudara baru yang baru memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara bersolat.

Mudah-mudahan panduan ini dapat meringankan urusan solat anda.

Lafaz Niat Solat Asar

Berikut adalah Niat Solat Asar:

أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.

Niat Solat Asar dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala

Waktu Masuk Solat Asar

Bilakah waktu Asar bermula?

Waktu solat Asar bermula sebaik sahaja tamatnya waktu solat Zohor, iaitu apabila matahari tergelincir sehingga bayang-bayang sesuatu objek menjadi lebih panjang berbanding ketinggian objek itu sendiri.

Manakala waktunya pula berakhir apabila matahari terbenam di ufuk (Maghrib).

Bilangan Rakaat Solat Asar

Solat Asar dikerjakan sebanyak 4 rakaat sahaja.

Ia boleh ditunaikan sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.

Cara Solat Asar

Di bawah ini disenaraikan langkah-langkah untuk menunaikan solat fardu Asar.

  • Mulakan solat Asar dengan takbiratul ihram sambil berniat di dalam hati: “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala”.
  • Seterusnya bacalah Doa Iftitah, diikuti Surah al-Fatihah, kemudian pilih mana-mana surah atau ayat lain daripada Al-Quran.
  • Lakukan Rukuk, kemudian Sujud sebanyak dua kali. Pastikan tuma’ninah dijaga pada setiap pergerakan.
  • Rakaat Kedua: Bangun untuk rakaat kedua sambil bertakbir. Bacalah al-Fatihah dan surah pilihan, kemudian lakukan rukuk serta sujud.
  • Duduk Tahiyat Awal: Setelah rakaat kedua selesai, duduklah untuk tahiyat awal.
  • Rakaat Ketiga dan Keempat: Berdiri untuk rakaat ketiga dan keempat, bacalah al-Fatihah sahaja, lalu lakukan rukuk dan sujud.
  • Selepas rakaat keempat, duduklah untuk tahiyat akhir dan tamatkan solat dengan salam.

Di bahagian ini, saya susun langkah-langkah ringkas yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini. Anda juga boleh merujuk gambar dan audio yang disediakan.

Rakaat Pertama — 1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat

Berdirilah dalam keadaan selesa sambil memandang ke arah tempat sujud.

Hayati di dalam hati bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian bacalah lafaz niat Solat Zuhur:

Niat

أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.

Rakaat Pertama — 2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati

Angkatlah takbir dengan menyebut “Allahuakbar” sambil mengangkat kedua tangan dan berniat di dalam hati:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

Nota

Sekiranya anda tidak mampu berniat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram, anda boleh melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu, kemudian diikuti niat dalam hati beberapa saat selepas itu.

cara takbir

takbir perempuan

Rakaat Pertama — 3. Membaca Doa Iftitah

Sesudah mengangkat takbir, letakkan tangan di atas pusat.

Selepas itu, bacalah Doa Iftitah.

Bacaan Doa Iftitah adalah seperti berikut:

Bacaan Doa Iftitah

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksud Doa Ifitah

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

Rakaat Pertama — 4. Kemudian, Bacalah Surah al-Fatihah

Setelah selesai membaca Doa Iftitah, bacalah pula surah al-Fatihah.

Al-Fatihah merupakan bacaan rukun di dalam solat.

Oleh sebab itu, ia wajib dibaca semasa solat.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Pertama — 5. Kemudian, Baca Pula Surah Dari Al-Quran

Sebaik selesai membaca surah al-Fatihah, sambunglah dengan membaca surah-surah lain atau ayat-ayat daripada al-Quran.

Anda bebas memilih mana-mana surah yang anda sukai dan hafal.

Antara surah pendek ialahal-Kafirun.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلْ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمْ عَٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Rakaat Pertama — 6. Kemudian, Lakukan Rukuk

Setelah selesai membaca surah, sambunglah dengan bertakbir (Allahuakbar) lalu rukuk.

rukuk solat

Semasa rukuk:

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud, manakala kedua tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.

cara rukuk yang betul

Bacaan tasbih ketika rukuk adalah seperti berikut:

Bacaan Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal ‘Azimi WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

Rakaat Pertama — 7. Kemudian, Bangun Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Sambil Mengucapkan:

Posisi iktidal

Bacaan Iktidal

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Pertama — 8. Kemudian, Lakukan Sujud Pertama

sujud

Bertakbir lalu turun untuk sujud sambil membaca:

Bacaan Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 9. Kemudian, Duduk antara dua sujud

Selepas itu, bangkitlah daripada sujud (dalam keadaan duduk) sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Kedudukan ini dinamakan duduk di antara dua sujud.

Posisi duduk antara dua sujud adalah seperti di bawah:

Posisi duduk diantara dua sujud

Bacaan semasa duduk di antara dua sujud adalah seperti berikut:

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

duduk diantara dua sujud

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFinii Wa’fu AnNii

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Pertama — 10. Kemudian, Sujud Sekali Lagi Untuk Kali Kedua

sujud

Bertakbir lalu sujud sekali lagi. Kedudukan serta bacaannya adalah sama seperti sujud yang pertama.

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’laa WabiHamDih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Pertama — 11. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduklah berehat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkatlah kedua lutut terlebih dahulu dengan menekan kedua-dua tangan.

Selepas itu, teruslah bangun dengan menggunakan kedua-dua tangan.

Rakaat Kedua — 12. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).

Rakaat Kedua — 13. Baca Surah al-Fatihah.

Sebagaimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Kedua — 14. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Sebaik selesai membaca al-Fatihah, bacalah pulasurah al-ikhlas

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴾٣﴿ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Rakaat Kedua — 15. Selesai Membaca Surah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud, manakala kedua tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.

Ketika rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Kedua — 16. Kemudian, Bangun Iktidal

Bangkitlah daripada rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Kedua — 17. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 18. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Kedua — 19. Kemudian, Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Kedua — 20. Seterusnya, Duduk Tahiyat Awal

Selesai sujud kedua, bangkitlah ke kedudukan tahiyat awal, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Telapak tangan kanan digenggam, kecuali jari telunjuk kanan yang diluruskan.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

kedudukan jari semasa tahiyat

Bacalah tahiyat awal seperti di bawah.

Bacaan Tahiyat Awal

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah, Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah. Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad

Makna bacaan Tahiyat Awal:

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Cara Naik Ke Rakaat Ketiga

Setelah selesai membaca tahiyat awal, bersiaplah untuk bangun semula.

Bertakbirlah lalu berdiri untuk meneruskan rakaat ketiga.

Sepertimana cara bangun daripada rakaat pertama, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkatlah kedua lutut terlebih dahulu dengan menekan kedua-dua tangan.

Selepas itu, teruslah bangun berdiri dengan kedua-dua tangan.

Rakaat Ketiga

Rakaat ketiga adalah serupa dengan rakaat pertama, cuma tidak perlu membaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

Rakaat Ketiga — 21. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat Ketiga — 22. Baca Surah al-Fatihah.

Sebagaimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat Ketiga — 23. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud, manakala kedua tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat Ketiga — 24. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkitlah daripada rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat Ketiga — 25. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Ketiga — 26. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat Ketiga — 27. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat Ketiga — 28. Duduk Istirahat Seketika Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.

Sebelum bangun ke rakaat kedua, duduklah berehat sebentar (lebih kurang 3 saat) sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya.

solat taubat

Cara Naik Berdiri Ke Rakaat Keempat

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkatlah kedua lutut terlebih dahulu dengan menekan kedua-dua tangan.

Selepas itu, teruslah bangun dengan kedua-dua tangan.

Rakaat keempat

Rakaat keempat (rakaat terakhir) adalah serupa dengan rakaat kedua, cuma tidak perlu membaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.

Rakaat keempat — 29. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Takbir Intiqalat

Rakaat keempat — 30. Baca Surah al-Fatihah.

Sebagaimana rakaat pertama, surah al-Fatihah dibaca semula pada rakaat kedua.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾١﴿ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴾٢﴿ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴾٣﴿ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴾٤﴿ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴾٥﴿ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴾٦﴿ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴾٧﴿

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn

Rakaat keempat — 31. Selesai Membaca Al-Fatihah, Teruskan Dengan Rukuk

rukuk solat

Belakang badan hendaklah rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud, manakala kedua tangan diletakkan pada kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan rukuk:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih

Rakaat keempat — 32. Kemudian Bangun Iktidal

Bangkitlah daripada rukuk dan berdiri tegak (iktidal), kemudian bacalah:

bangun dari rukuk

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh

Maksudnya:

Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Rakaat keempat — 33. Selepas Iktidal, Teruskan Dengan Melakukan Sujud

sujud

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

Rakaat keempat — 34. Kemudian Duduk Diantara Dua Sujud

solat taubat

Bacalah bacaan antara dua sujud:

Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.

Rakaat keempat — 35. Kemudian Lakukan Sujud Kedua

Semasa sujud, bacalah bacaan sujud:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih

Maksudnya:

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.

  1. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

telunjuk jari ketika tahiyat

Ketika melafazkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad. Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.

Maksudnya:

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Rakaat keempat — 37. Selesai Tahiyat, Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam.

salam

Palingkan muka ke sebelah kanan, lalu ucapkanlah salam seperti berikut:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri sambil mengucapkan salam kedua:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

Assalamualaikum Warahmatullah

Maksudnya:

Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya

Alhamdulillah, Anda Telah Selesai Mengerjakan Solat Fardhu Asar.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Tertinggal Rakaat Atau Pergerakan Dalam Solat?

Sebagai contoh, sekiranya saya terlupa mengerjakan rakaat ketiga solat zohor, atau terlupa membaca doa qunut, apakah hukum solat saya?

Perlukah saya mengulangi semula solat itu?

Jawapan

Perkara pertama yang perlu kita pastikan ialah sama ada perkara yang tertinggal itu tergolong dalam kategori rukun atau sunat.

Jika perbuatan yang tertinggal itu merupakan perkara rukun, maka anda KENAmengulangi semula perkara rukun tersebut dan menambah Sujud Sahwi pada penghujung solat.

Contoh:

  • Sekiranya anda tertinggal rakaat ketiga (solat zohor), maka anda perlu bangun semula selepas tahiyat akhir untuk menambah 1 rakaat lagi, kemudian diikuti dengan Sujud Sahwi.

Sekiranya perbuatan yang tertinggal itu pula tergolong dalam kategori sunat (sunat ab’adh), maka anda TIDAKperlu mengulangi perbuatan tersebut. Memadai dengan melakukan sujud sahwi sahaja.

Contoh:

  • Sekiranya anda terlupa membaca Doa Qunut, maka cukup sekadar melakukan sujud sahwi sahaja.

Nota: Jika perkara yang tertinggal itu pula ialah sunat haiah, maka ia dimaafkan dan tidak perlu diulang ataupun disusuli sujud sahwi. Cukup teruskan sahaja solat seperti biasa.

Doa Selepas Solat Asar

doa

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, kita amat digalakkan untuk berzikir dengan tasbih, tahmid dan takbir serta beristighfar.

Adalah kurang elok sekiranya sebaik selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diiringi wirid serta doa.

Lazimnya selepas habis sembahyang, kita disunatkan bertasbih dan sebagainya bagi memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.

Salah satu Doa Solat Asar yang boleh dibacakan adalah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا، اللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ وَلَا تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الْخَاتِمَةِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalaamu ‘Alaa Sayyidina Muhammadin Ashrofil Mursalin, Wa’alaa Aalihi Wasohbihi Ajma’in. Allahumma Ahyina Bil Iimaan, Wa Amitna Bil imaan, Wa Adkhilnal Jannata Ma’al Iimaan, Allahummaghfirlana Zunuubana Waliwaa Lidaina Warhamhuma Kamaa Robbayaanaa Soghiro, Allahummakhtim Lanaa Bi Husnil Khotimah, Wala Takhtim ‘Alaina Bi Suu’il Khotimah, Robbana Laa Tuzigh Qulubana Ba’daiz Hadaitana Wahablana Milladunka Rohmatan Innaka Antal Wahhab. Robbana Aatinaa Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirotihasanah Waqinaa ‘Azaabannar, Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa’ala Aalihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirobbil ‘Alamiin.

Maksud doa:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Fardu Asar

solat sunat zuhur

Terdapat solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan.

Solat sunat ini dikenali sebagai solat Sunat Rawatib.

Ia dilakukan sebelum dan juga selepas selesai mengerjakan Solat Fardu Isyak.

Solat ini bertindak sebagai pelengkap atau tambahan bagi menampung kekurangan ketika mengerjakan solat fardu.

Qada Solat Asar

qada solat

Sekiranya anda tertinggal solat fardu Asar, maka anda hendaklah mengerjakan qada solat.

Qada ( قضاء ) bererti menunaikan solat di luar waktunya.

Tujuan qada solat ialah untuk menggantikan solat yang tertinggal itu. Ia adalah wajib kerana solat fardu yang tertinggal dianggap sebagai hutang dengan Allah.

Bagi mengqada solat fardu Asar, bacaan serta pergerakannya adalah sama seperti solat fardu Asar yang dikerjakan secara tunai.

Yang membezakan antara solat fardu tunai dan solat qada hanyalah dari sudut NIAT.

Niat bagi qada Solat Asar adalah seperti berikut:

أُصَلِّي فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَضَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli Fardhol Asri Arba’a Raka’atin Qadaan Lillahi Ta’ala

… atau boleh juga diniatkan dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Penutup

Panduan ini disediakan terutamanya untuk membantu saudara baru yang baru memeluk Islam serta sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara bersolat.

Mudah-mudahan panduan ini dapat meringankan urusan solat anda.

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Sahih Muslim, no. 771
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Sahih Muslim, no. 772
  • Sunan Abu Dawud, no. 870
  • Sahih al-Bukhari, no. 689
  • Sahih al-Bukhari, no. 6265
  • Sahih Muslim, no. 402
  • Sahih al-Bukhari, no. 3370
  • Sahih Muslim, no. 582
  • Sahih al-Bukhari, no. 6307
  • Al-Quran 3:8
  • akuislam.com (audio recitations)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap) disusun dalam 49 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan NIAT & CARA SOLAT ASAR (Panduan Asas Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 49 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.