Semua panduan solat

Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati

Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati

Mukadimah

Apakah hukumnya membayar zakat fitrah untuk orang yang sudah meninggal dunia?

Dalam panduan ini, saya kongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga ia bermanfaat

SOALAN:

Kalau seseorang itu tidak membayar zakat ketika hidup adakah warisnya kena bayar selepas dia mati? Duit untuk bayar zakat si mati itu duit siapa?

JAWAPAN:

Sekiranya seseorang telah diwajibkan membayar zakat namun belum sempat menunaikannya lalu dia meninggal dunia, maka zakat itu wajib dijelaskan sebagai hutang si mati, diambil daripada harta peninggalan si mati itu sendiri.

Andai dia tidak membayarnya semasa hayatnya kerana terlupa, maka dia tidak berdosa; tetapi jika sengaja ditinggalkan atau ditangguh-tangguhkan sehingga dia mati, maka berdosalah dia.

Imam Syairazi berkata:

ومن وجبت عليه الزكاة وتمكن من أدائها فلم يفعل حتى مات وجب قضاء ذلك من تركته لأنه حق مال لزمه في حال الحياة فلم يسقط بالموت كدين الآدمي

Ertinya:

Barang siapa yang wajib atasnya zakat dan berpeluang ia membayarnya tapi tidak ia bayar sampai ia mati maka wajib qadha zakat tersebut dari harta peninggalan si mati itu kerana sungguhnya zakat itu hak harta yang wajib baginya ketika dia hidup dan tidak terhapus sama sekali dengan sebab mati seperti mana hutang kepada manusia.” (Kitab Al-Muhazzab)

Kesimpulan

Apabila seseorang yang telah wajib berzakat meninggal dunia tanpa menunaikannya, maka wajiblah dikeluarkan daripada harta peninggalannya bagi menjelaskan zakat itu, sebagai qadha hutang si mati kepada Allah.

Sekiranya si mati langsung tidak meninggalkan harta, maka hendaklah para warisnya menjelaskannya daripada harta mereka sendiri.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati?

Panduan Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati disusun dalam 1 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Hukum Bayar Zakat Fitrah Bagi Orang Yang Telah Mati?

Panduan ini mengandungi 1 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.