Semua panduan solat

Adakah Jatuh Talak Jika Hanya Niat Dalam Hati?

Adakah Jatuh Talak Jika Hanya Niat Dalam Hati?

Mukadimah

Adakah talak akan jatuh sekiranya suami sekadar berniat di dalam hati?

Bagaimanakah hukum perbuatan sebegini?

Dalam panduan ini, saya kongsikan jawapan yang pernah diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau.

Semoga ia bermanfaat.

SOALAN:

Saya nak tanya ustaz adakah jatuh talak kalau suami hanya berniat di dalam hati tapi tidak sebut pada mulut?Kalau suami berbisik tapi tidak jelas bunyi perkataan talak adakah jatuh atau tidak?

JAWAPAN:

Sekiranya suami hanya berniat talak di dalam hati tanpa melafazkannya, nescaya tidak jatuh talak.

Dinyatakan dalam kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:

Maka apabila berniat oleh suami akan talak kemudian tidak melafazkannya nescaya tidak jatuh talak kerana tidak ada lafaz sama sekali.”

Demikian juga sekiranya lafaz talak itu diucapkan tetapi terlalu perlahan sehingga tidak dapat didengari, nescaya talak tidak jatuh.

Syeikh Nawawi Al-Bantani berkata, ertinya:

Dan disyaratkan jatuhnya talak dengan sorih (jelas) atau kinayah itu mesti dengan suami mengangkat suaranya sekira-kira dirinya sendiri dapat mendengar jikalau telinganya sihat dan tiada bising.Tidak jatuh talak jika tidak dengan berlafaz dan tidak jatuh talak dengan suara yang perlahan sekira-kira dia sendiri tidak mendengarnya.” (Kitab Nihayah Az-Zain)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Adakah Jatuh Talak Jika Hanya Niat Dalam Hati??

Panduan Adakah Jatuh Talak Jika Hanya Niat Dalam Hati? disusun dalam 1 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Adakah Jatuh Talak Jika Hanya Niat Dalam Hati??

Panduan ini mengandungi 1 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.