Semua panduan solat

Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)

Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)

Mukadimah

Bagaimanakah cara menunaikan solat sunat tolak bala?

Ini merupakan panduan ringkas untuk mengerjakan solat tolak bala

Anda akan dibimbing langkah demi langkah hingga selesai, dan panduan ini disusun secara ringkas supaya senang difahami.

Bacaan doa turut disertakan.

Apa yang menarik:

Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan dalam bahasa rumi bagi membantu sesiapa yang menghadapi kesukaran membaca tulisan arab.

  1. Jumlah rakaat dan waktu mengerjakan
  2. Niat solat
  3. Cara mengerjakan
  4. Doa tolak bala

Jumlah rakaat & Waktu Dikerjakan

Bilangan rakaat bagi solat sunat tolak bala ini tidak terhad.

Ia didirikan dua rakaat dengan satu salam, dan boleh dikerjakan pada bila-bila masa.

Niat Solat Sunat Tolak Bala

Berikut ialah lafaz niatnya:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِدَفۡعِ الۡبَلَاءِ رَكۡعَتَيۡنِ لِلهِ تَعَالَى.

Usolli sunnata lidaf’il bala’i rakataini lillahi taala

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat menolak bala dua rakaat Allah taala”

Cara Mengerjakan Solat Ini

Dirikanlah kedua-dua rakaat solat ini mengikut cara dan tertib yang sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Pada rakaat pertama,

surah Al-Fatihah

surah Al-Kafirun.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ﴾١﴿ لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ ﴾٢﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٣﴿ وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمۡ ﴾٤﴿ وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ ﴾٥﴿ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ ﴾٦﴿

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Pada rakaat kedua,

surah Al-Fatihah

surah Al-Ikhlas.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ﴾١﴿ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ﴾٢﴿ لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ﴾٣﴿ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ﴾٤﴿

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Doa Tolak Bala

Sesudah memberi salam, bacakanlah doa berikut:

يَا دَافِعَ الۡبَلَاءِ يَا اللهُ يَا دَافِعَ الۡبَلَاءِ يَا رَحۡمَنُ يَا دَافِعَ الۡبَلَاءِ يَا رَحِيمُ اِدۡفَعۡ عَنَّا كُلَّ بَلَاءِ الدُّنۡيَا وَبَلَاءِ الۡآخِرَةِ وَشَرِّ الدُّنۡيَا وَشَرِّ الۡآخِرَةِ وَمِنۡ عَدُوٍّ مِنَ الۡإِنۡسَانِ وَالۡجِنِّ وَمِنَ الشَّيۡطَانِ وَالۡإِبۡلِيسِ وَمَا يَطِيرُ مِنَ الۡهَوَاءِ وَمَا يَنۡزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنَ الۡأَرۡضِ بِرَحۡمَتِكَ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمَ وَالۡحَمۡدُ لِلهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan yang menolak bala, Wahai Tuhan yang menolak bala, Ya Rahman, tolakkan dari kami semua bencana dunia dan bencana akhirat, serta kejahatan dunia dan akhirat. Dan juga bencana yang datangnya dari musuh-musuh dari manusia dan jin, serta dari syaitan dan iblis. Dan apa-apa yang diturunkan dari langit dan yang terkeluar bumi. Dengan rahmatMu ya Arhamarrohimin, Semoga Allah memberi selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda, Segala pujian bagi Allah, Tuhan pengatur alam semesta”

Rujukan

  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)

Soalan lazim

Bagaimana cara melakukan Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)?

Panduan Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap) disusun dalam 5 langkah jelas, lengkap dengan teks Arab dan tulisan Rumi untuk setiap langkah supaya mudah diikuti.

Berapa langkah dalam panduan Solat Sunat Tolak Bala (Panduan Lengkap)?

Panduan ini mengandungi 5 langkah.

Panduan ini mengikut mazhab apa?

Kandungan ini mengikut mazhab shafii.