Langkau ke kandungan

Doa Naik Kenderaan (Panduan Lengkap Rumi)

Doa & Zikir10 langkahDikemas kini 5 Oktober 2026

Kandungan · 10
Doa Naik Kenderaan (Panduan Lengkap Rumi)
  1. Mukadimah

    Berikut ialah panduan ringkas dan mudah bagi bacaan Doa Naik Kenderaan.

    Apa yang menarik:

    Doa ini disertakan ejaan rumi serta bacaan audio sebagai bantuan kepada sesiapa yang belum lancar membaca tulisan arab.

    Mudah-mudahan panduan ini membantu perjalanan musafir anda dilimpahi keberkatan

  2. Bacaan Doa Naik Kenderaan

    سُبۡحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقۡرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنۡقَلِبُونَ

    Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun

    Maksudnya:

    Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.

  3. Doa Apabila Sampai Ke Tempat Tujuan

    Apabila tiba di destinasi, sunat pula dibacakan doa yang berikut:

    Maksudnya:

    Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”

    اَلۡحَمۡدُ لِلهِ الَّذِى سَلَّمَنِى وَالَّذِى اَوَنِى وَالَّذِى جَمَعَ الشَّمۡلَ بِى

    Alhamdulillahil ladzi sallamani wal ladzi awani wal ladzi jama’asy syamla bi

    Maksudnya:

    Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”

  4. Adab Menaiki Kenderaan

    adab menaiki kenderaan

    Antara adab-adab baik yang wajar diberi perhatian setiap kali menaiki kenderaan ialah:

  5. 2. Baca doa naik kenderaan

    Bacalah doa naik kenderaan sambil memohon kebaikan dan ketakwaan, agar Allah menjauhkan pemandangan buruk dan kesukaran sepanjang perjalanan, serta memudahkan perjalanan tersebut.

  6. 3. Mulakan dengan langkah kanan

    Sewaktu hendak menaiki kenderaan, kita dianjurkan melangkah dengan kaki kanan terlebih dahulu.

  7. 4. Ikut giliran

    Ketika menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan seumpamanya, kita hendaklah beratur mengikut barisan.

    Tujuannya adalah bagi mengelakkan insiden seperti terjatuh, terhantuk atau bertolak-tolakan sesama sendiri.

    Tambahan pula, dengan mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas, para penumpang dapat menaikinya dengan lebih pantas dan selamat.

  8. 5. Berdisiplin di jalan raya

    Punca utama kemalangan ketika menggunakan kenderaan ialah sikap cuai dan tidak berdisiplin — contohnya bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang serta pemandu lain, dan mementingkan diri sendiri.

    Justeru, kita juga ditegah daripada mempamerkan aksi yang membahayakan diri dan orang lain, seperti berlumba haram atau merempit.

  9. 6. Utamakan orang yang lebih memerlukan

    Anak-anak muda digalakkan mendahulukan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu yang mengendong anak kecil serta kanak-kanak, dengan menyerahkan tempat duduk kepada mereka di dalam mana-mana pengangkutan awam.

    Semua adab di atas sangat senang untuk dipraktikkan.

    Peliharalah sikap tenang serta sopan santun di jalan raya demi perjalanan yang lebih selamat.

  10. Penutup: Islam adalah agama yang sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan.

    Alangkah indahnya apabila setiap urusan kita disandarkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

    Dalam masa yang sama, Islam turut menjadi agama yang meringankan urusan penganutnya.

    Sekiranya perjalanan musafir kita melebihi 2 marhalah (92km), kita diberi kelonggaran untuk menunaikan solat jamak dan qasar — satu rukhsah (kemudahan) buat kita.

    Di samping itu, sebelum berlepas memulakan perjalanan, disunatkan mengerjakan solat sunat musafir.

    Harapannya panduan ini bermanfaat buat anda semua. :-)

Rujukan

  • Sahih Muslim, no. 1342
  • Al-Quran (riwayat Hafs)
  • Al-Quran 43:13-14
  • Mazhab Syafi'i (tradisi ulama')
  • Tradisi Nusantara (kitab amalan)