الفاتحةAl-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Soalan lazim
Apakah maksud Surah Al-Fatihah?
Surah Al-Fatihah bermaksud "The Opening". Ia merupakan surah ke-1 dalam al-Quran.
Berapa ayat dalam Surah Al-Fatihah?
Surah Al-Fatihah mengandungi 7 ayat.
Adakah Surah Al-Fatihah Makkiyah atau Madaniyah?
Surah Al-Fatihah ialah surah Makkiyah (diturunkan di Makkah).
Di mana saya boleh membaca Surah Al-Fatihah?
Anda boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan teks Arab, terjemahan Bahasa Malaysia dan transliterasi dalam pembaca Quran TawbahPro.